Utusan Malaysia dituduh membuat fitnah...
Jangan jatuhkan imej polis ke tahap badan siasatan sahaja.
Bertindaklah jika sudah ada bukti. Polis boleh bertindak banyak cara. Cara mencegah, membendung dan menghapuskan sebarang ‘kejahatan’ atau perkara yang boleh menyebabkan ketidaksabilan politik dan negara.
Apa buktinya?
Dalam doa khutbah keduanya, khatib, Zakaria Ahmad pada solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Buaya membacakan doa yang berbunyi "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri".
Namun Zakaria tidak mendoakan kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.
Berikutan itu, Pemuda UMNO Bahagian Bagan semalam membuat laporan polis di Balai Polis Butterworth ekoran doa yang dibacakan khatib Zakaria Ahmad itu.
Laporan itu dibuat Ketua UMNO bahagian itu, Sheikh Hussein Mydin yang turut dihadiri beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian negeri Pulau Pinang.
Menghina Yang di-Pertuan Agong dan Islam bukan perkara kecil. Ia adalah perkara besar yang wajar diambil tindakan tegas.
Jangan sampai orang Melayu dan Islam marah. Siapa juga yang melakukannya patut dihukum.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang membuat siasatan sepenuhnya berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Perdana Menteri berkata, pihak terbabit yang melakukannya perlu dikenakan tindakan sepatutnya mengikut peraturan sedia ada.
Memang kenyataan dan pendirian Najib ini perlu disokong. Jadi polis tidak boleh menangguh atau berlengah lagi. Ini arahan Perdana Menteri Malaysia.
Kata Najib selepas menghadiri majlis penyampaian kuih raya Angkatan Tentera Malaysia di Pekan semalam: "Saya minta perkara ini disiasat sepenuhnya, siapa yang melakukan perkara ini, sebab peraturan membaca khutbah itu mesti ditentukan majlis agama dan kita tidak ada kebenaran untuk membaca skrip kita sendiri."
Isu ini didedahkan Khamis lalu oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat yang dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid di sekitar Permatang Pauh dan Jelutong.
"Jelas sekali apa yang dilakukan itu bertentangan dengan peraturan majlis agama Islam dan perkara ini perlulah disiasat oleh pihak berkuasa dan diambil apa-apa tindakan yang sepatutnya mengikut peraturan sedia ada," kata Najib.
Hakikatnya, pihak yang didakwa tidak boleh mengelak lagi.
Selain bukti seperti saya paparkan dalam entri saya sebalum ini (klik sini) kerana UMNO mempunyai bukti berupa saksi yang mendengar khatib berdoa untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika menyampaikan khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri ini.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim (gambar kiri) turut menegur Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik Abul Kassim yang dilihat seolah-olah taksub dengan Guan Eng sehingga membelakangkan isu agama dan bangsa.
“Malik dilihat sangat mengagungkan Guan Eng sehingga apa yang dibuat oleh Ketua Menteri itu semuanya betul padanya walaupun ia bertentangan dengan Islam dan ia terbukti dengan isu ini, masih nak pertahankan lagi. Gerai dan rumah kaum Melayu diroboh, sikit pun tidak ada apa-apa tindakan daripada pemimpin Melayu Pakatan Rakyat (PR) ini,” katanya.
Ketua UMNO Cawangan Jelutong, Abu Kassim Ismail (gambar kanan) berkata perkara ini bukan berlaku baru-baru ini tetapi kira-kira dua hingga tiga bulan lalu apabila Guan Eng disebut dalam bacaan khutbah solat Jumaat di Masjid Jamek Jelutong.
Katanya, beliau yang ketika itu berada dalam masjid agak terkejut tetapi berkata khatib yang membaca khutbah mungkin khatib jemputan kerana bukan yang biasa bertugas di masjid berkenaan.
“Saya tidak tahu hukum hakam fatwa mengenai nama orang bukan Islam disebut dalam khutbah ini, tetapi bagi saya membelakangkan ketua agama negeri adalah salah dan dianggap tidak patut,” katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata polis sudah pun menerima tiga laporan berhubung dakwaan penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Ada pihak yang kata khutbah itu disalahertikan... disalah lapor. Jadi, kita hendak tahu fakta sebenar," kata Hishammuddin, yang juga Ahli Parlimen Sembrong selepas majlis rahmat Ramadan dan berbuka puasa Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong, Kluang semalam.
Hishammuddin juga menegaskan, sebarang isu berkenaan kaum dan agama perlu disiasat dan dikaji dengan teliti supaya tidak menimbulkan kemarahan yang mendalam.
"Kalau dulu, isu yang digembar-gemburkan adalah berkisar kepada perkauman. Sekarang ini sudah menular kepada keagamaan pulak. Kalau khutbah Jumaat pun boleh jadi polemik agama, saya memang cukup tidak puas hati tetapi sebelum tuduh mana-mana pihak, biarlah kita kaji baik-baik. Kalau tak boleh dikawal, ralat kemudian sudah terlewat," katanya.
Kenyataan Hishamuddin itu jelas membuktikan siasatan mengenai perkara itu sedang dijalankan.
Kita berharap siasatan tidak lama dan tindakan juga pada kadar yang segera.
Ia bukan sekadar ‘mengajar’ mereka yang melakukan kesilapan seperti ini tetapi sebagai amaran keras bahawa Islam jangan dicemari dan institusi Yang di-Pertuan Agong tidak dipermain atau dihina sedemikian rupa!

Sebelum, ini penghinaan terhadap Permaisuri Yang di-Pertuan Agong berlaku di Selangor.
Kini penghinaan membabitkan Yang di-Pertuan Agong turut berlaku di negeri yang diperintah pembangkang yang diterajui DAP – Pulau Pinang.

Saya sokong, kita patut ajar mereka .
ReplyDeleteAnwar ibrahim kata ini adalah fitnah dr UMNO . Hakikatnya anwar ibrahim tak siasat pun terus sahaja serang . Inikah bakal pemimpin masa hadapan ? Apa sahaja isu yang timbul PAS PKR dan DAP dengan sombong dan mendabik dada akan berkata ini ada lah fitnah dari UMNO .. adakah selama 53 tahun Malaysia merdeka UMNO hanya tahu buat fitnah .. kemajuan dan kemakmuran yang ada kini adakah hasil dari usaha kerja kuat PAS PKR dan DAP ?
ReplyDeletePas dari tahun 1957 kerja bangkang
DAP menganugerahkan 13 mei sahaja
PKR baru beranak tahun 1998 apa la jasa sgt refomasi apa-apa tah ada la
Bro CIFUT BABI mmg mcm tu. Entah2 dia ter"LIWAT" Saiful tu pun katanya sebab UMNO... Bingai!!!
ReplyDeleteKalau orang Islam sendiri mengagongkan orang bukan islam dunia sekarang apa nak jadi.Astaga dan minta ampun pada allah
ReplyDeletekhatib zakaria ahmad kata doakan agar limguaneng terbuka hati satu masa nanti masuk islam, memang tak salah tapi kenapa dalam mesjid dan ganti nama agong dan tyt.
ReplyDeletemengikut ramai saksai berkata doanya berbunyi begini " Ya Allah Ya Tuhanku, kau selamatkanlah pemimpin kami lim guan eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri".
yang mana betul sama ada si khatib taksub ni atau saksi-saksi yang berbohong.
dengan hanya satu adun pas dan dilantik sebagai timbalan ketua maip jadi pecacai sajalah.
Rosak bangsa dan agama.
Rosak bangsa dan agama.
ReplyDeleteSiapa yang merosakan Bangsa Melayu dan Agama Islam. Juak-juak UMNO boleh tolong jawab. Jangan setakat nak cerita banyak masjid surau dibina zaman UMNO Cerita sama bagaimana tingginya peratusan melayu yang jadi penagih, mat rempit, bohsia bohjan buang anak dan berbagai-bagai lagi setelah umno memerintah 52 tahun - UMNOLAH YANG SEBENARNYA MEROSAK BANGSA MELAYU KERANA TIDAK MAHU MENERIMA ISLAM SELURUHNYA . iNI DOSA BESAR UMNO TERHADAP BANGSA MELAYU YANG TIDAK BOLEH DIMAAFKAN
ANAK JATI PULAU PINANG
Tiada nash yang sarih yang membenarkan doa kesejahteraan dan keselamatan (salam) ditujukan kepada orang bukan Islam. Do'a kesejahteraan dan keselamatan itu hanya dikhususkan untuk orang Islam. Ia sama seperti ucapan salam. Ucapan salam seperti assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh hanya ditujukan oleh orang Islam ke atas orang Islam. Kita boleh mendo'akan seseorang yang bukan Islam untuk menerima ajaran Islam, tetapi meletakkan do'a itu di masjid dan di dalam khutbah Jumaat yang pendengarnya adalah orang Islam itu adalah kekeliruan dan kejahatan yang boleh meletakkan Islam terfitnah.Maka adalah berdosa bagi sesiapa yang melakukannya.
ReplyDeleteooi mamak, tau pun umno bina mesjid dan sebagainya.. kalau mamak kata umno cipta mat rempit, ketagih dadah dan sebagainya nuuk di kelantan tu dah 20 tahun pas perintah buang bayi ada, dadah ada rogol ada, bunuh ada, adun melor kawin poligami x mau bayar nafkah terpaksa masuk mahkamah, baling kapak kat orang, ini parti islam kah, ini parti sesat pembohong lah mamak ooi.
ReplyDeletenuuuh di selangor dah dekat 3 tahun pas/pkr/dap perintah dah buat apa awat mat rempit masih kencang, ketagih dadah, pengedar dadah secara besar-besaran, rogol bunuh, sembelih macam-macam tak buat apa pun aku boleh jadi menteri besar kalau ada apa-apa tuding jari kat umno.
mamak paria la ni..
wakakakkak
ReplyDeletebetul-betul patut la penang teruk
tengok orang die akakkak
dah la bodoh sombong bangang
ajarpun x guna....
mengabiskan duit kerajaan je...
mamak nak jawab ni,
ReplyDeleteKerajaan pusat mempunyai kuasa yang luas tentang banyak pekara tetapi kerajaan ini tidak berminat untuk menangani masalah tersebut sebat tulah mamak kata UMNO yang bertangung jawab melahirkan masalah diatas .UMNO hanya pandai buat masjid sebab peruntukan berjuta-juta yang boleh mengisi tembolok kroni.
Bagilah kerajaan pusat kat kami , kami taulah macammana nak buat Jadi seruan kepada semua rakyat malaysia kita kuburkan UMNO dalam pilihanraya 13 nanti.