Thursday, July 1, 2010

WAHAI PAS – MANA SATU YANG BETUL

Apa sahaja masalah dalam negara, termasuk kegagalan mendaftar mengundi, terus dihempuk ke atas kepala UMNO.

Itulah sikap PAS hari ini. Pandangan sempit Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad membahayakan kerana pandangannya asyik tertumpu dalam kotak ‘menyerang UMNO’ bukan sama-sama melihat pentingnya untuk diatasi masalah ini.

Katanya, PAS berpandangan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 orang Melayu dan 40 bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, adalah petunjuk kegagalanUMNO sebagai tonggak kepada negara pada hari ini untuk menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.

Beliau berpendapat perkara itu terjadi kerana UMNO BN yang berkuasa di negara ini telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau.

Katanya, orang Melayu yang dilanda dengan budaya itu memang mereka tidak akan mempedulikan soal politik dan apa sahaja gejala rasuah yang berlaku dalam negara kita.

“UMNO mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini,” katanya kepada Harakahdaily.
Itulah pandangan Idris kelmarin.

Sebaliknya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memberikan kesedaran kepada orang Melayu untuk mendaftar sebagai sebagai pengundi.

Menurut Hadi, pendedahan kajian daftar pemilih yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda Umno bahawa nisbah pendaftaran pengundi baru adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40) membuktikan kelemahan SPR melaksanakan peranan mereka.

“Pendedahan itu hanya melihatkan kelemahan SPR dalam gerak kerja mereka untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu untuk mendaftar sebagai sebagai pengundi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen kelmarin.

Namun di sebalik itu, saya tertarik dengan pandangan Mutaligat ( http://mutaligat.blogspot.com) yang walaupun membantai kerajaan Barisan Nasional tetapi mencadangkan agar SPR diberi kuasa untuk mendaftar pemilih secara automatik di mana pangkalan data mengenai semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun boleh diperolehi terus dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, masalahnya sekarang kita berasa hairan dan pelik mengapa kerajaan tidak mahu memberikan kuasa kepada SPR dan JPN untuk menjalankan pendaftaran secara automatik seperti yang telah lama dituntut oleh BERSIH dan pakatan pembangkang.

Pandangan beliau agak sedikit selari dengan pandangan Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang bahawa kerajaan sepatutnya meminda undang-undang sedia ada dengan membenarkan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang telah mencapai umur 21 tahun.

Yang penting, kerajaan patut meminda undang-undang dengan mempunyai sistem jaringan maklumat dengan Jabatan Pendaftaran.

Bagi Hadi, sebaik sahaja pengundi ini mencapai usia 21 tahun maka pendaftaran dapat dibuat secara automatik.

Maka tidak akan timbul isu pengundi Melayu sedikit berbanding kaum Cina.

1 comment:

  1. Kerajaan mesti bertindak secara proaktif dlm masaalah pendaftaran pengundi,diantara pengeshoran yg patut di ketengahkan pendaftaran secara automatik ygdi peraktikan di negara2lain seperti thailand dll.
    maka apakah sebab kerajaan kita tidak mengamal
    kan nya, menyebabkan timbul tandatanya yg tidak berjawab,seolah2 kerajaan takut kpd perubahan yg mungkin merugikan konon nya.walhal ianya tidak sebab utk di takutkan.

    ReplyDelete