Sunday, April 4, 2010

GILIRAN NAJIB SERANG ANWAR

Rakyat semakin jelas untuk membuat kesimpulan sendiri mengenai situasi politik pembangkang.

Mungkin DAP sukar dibaca tetapi kepada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), pertelingkahan yang melanda kedua-duanya semakin mengharukan.

Pertelingkahan mengenai halatuju dan perjuangan dalam PAS terdedah sejak Muktamar PAS lalu apabila isu kerajaan perpaduan walaupun reda tetap menjadi luka yang sukar disembuhkan.

Selain itu pertelingkahan PAS di Kelantan walaupun disorokkan di bawah permaidani sesekali membawa kesan yang kurang baik dalam konteks imej dan perpaduan parti pada peringkat negeri.

Dalam konteks PKR pula selain sukar mempertahankan serangan daripada Barisan Nasional (BN), pemimpin mereka kini sukar untuk spin dalam isu-isu tertentu.

kata lain, ketika ini pemimpin PKR lebih sibuk memperbetulkan rumah mereka yang semakin hampir roboh. Lebih membimbangkan pemimpin mereka - pakatan pembangkang - semakin sukar mendapat sokongan daripada anggota parti itu sendiri.

Paling jelas, dalam semua masalah ialah yang melanda PKR.

Perdana Menteri yang selalunya tidaklah begitu lantang memperkatakan mengenai pembangkang, khususnya PKR tetapi semalam – setahun selepas memegang tampuk pemerintahan – membidas pemimpin dan sikap pembangkang.

Malah, Datuk Seri Mohd Najib Razak bagaikan memulangkan paku buah keras kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini menyerang beliau bertalu-talu khususnya dalam isu Altantuya dan kepimpinan yang dianggap lemah.

Najib berkata pemimpin pembangkang kini sering bertelagah sesama sendiri dan pelbagai pendedahan semakin banyak dibuat oleh bekas anggota parti itu, walaupun mereka dikatakan rapat dengan pemimpin parti pembangkang itu.

"Kalaulah orang rapat dengan kita satu demi satu dah hilang kepercayaan dan dah keluar parti, apa kesimpulannya? Kita bukan cakap pasal orang luar, ini orang rapat dengan kita. Apakah mesejnya, apa kesimpulannya?,"

Beliau membuat pertanyaan itu berucap melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) di Felda Sungai Tengi di Hulu Selangor semalam..

Najib mempunyai sebab tersendiri apabila berani memperkatakannya.

Beliau memberikan contoh anggota PKR yang keluar parti itu bukan calang-calang orang, bahkan merupakan golongan intelektual yang juga rapat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertahun-tahun lamanya.

"Saya boleh sebut satu persatu, Dr Chandra Muzaffar bekas timbalan presiden Keadilan. Dia orang kurang upaya tapi dari segi minda dia hebat. Orang yang rapat dengan dia boleh kena pecat, yang turun naik mahkamah hari ini dah hilang kepercayaan kepada pemimpin," katanya.

"Setiausaha Agungnya sama-sama dengan dia di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), dah keluar, akhirnya sampai masa dia diketepikan, diperbodohkan, kepala yang jatuhkan BN suatu masa dulu dah tak percaya kepada PKR," katanya.

Najib menyebut mengenai Datuk Salehuddin Hasim yang menyertai PKR pada tahun 2004 sebagai setiausaha penganjur parti itu untuk tempoh empat tahun sebelum mengambil alih jawatan setiausaha agung parti itu daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Mac 2008.

Salehuddin dilaporkan melepaskan jawatan itu pada 7 Januari 2010 untuk memberikan tumpuan kepada pernigaan konsultansi minyak dan gasnya.

Najib berkata Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat, dan bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor turut hilang kepercayaan terhadap parti, malah disuruh supaya memfitnah Najib.

"Ezam sanggup masuk penjara kerana Anwar. Anwar pernah suruh dia lawan saya di Pekan, dia tidak mahu tetapi Anwar suruh. Anwar suruh dia fitnah saya pasal kes (wanita Mongolia) Altantuya, tapi tiada bukti.

"Zulkifli pakai ketayap biasanya warak, dia jadi peguam Azilah dia tanya Azilah tapi dia kata Datuk Najib tak terlibat, kalau dia percaya saya terlibat dia takkan keluar (sebagai peguam kes itu)," kata Perdana Menteri.

"Ini mainan politik yang tidak menguntungkan rakyat, nak jadi Perdana Menteri tetapi tak sampai, sebab kerusi perdana menteri Allah yang tentukan. Kita rancang macam-macam pun akhirnya tidak kesampaian," katanya.

Najib juga memperkatakan mengenai rancangan pengambilahan kuasa pada 16 September 2008.
Perdana Menteri berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menafikan bahawa baginda sudah menunggu di Istana untuk majlis angkat sumpah perdana menteri yang baru.

"Tarikh 16 September nak tubuhkan kerajaan, dia guna nama Agong. Saya tanya Tuanku tapi Tuanku menafikan, tentera juga sedia untuk sokong kerajaan baru, macam-macam bidaah dia buat," katanya.

Dua bekas Anggota Parlimen PKR yang kini menjadi wakil bebas iaitu anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli pada persidangan Dewan Rakyat semasa membahas usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong pada baru-baru ini telah mendedahkan mengenai pembohongan Anwar itu.

Najib membuat serangan bertubi-tubi semalam selepas sekian lama bertahan daripada serangan Anwar.

Apakah akan ada serangan baru Anwar terhadap Najib selepas ini?

4 comments:

  1. Najib dah mula kempen tapi Polis kata kena tunggu selepas penamaan calon. Undang-undang untuk siapa di Malaysia ni? Memang pemimpin-pemimpin UMNO ada kekebalan

    ReplyDelete
  2. Beri lah peluang untuk demokrasi subur di Malaysia. Negara lain lebih maju daripada kita walaupun para peminpinnya acapkali letak jawatan apabila berlaku pelbagai insiden. Masalah nya kita memomokkan PR dengan pelbagai label. Sudah lah era komunis dah berlalu ... . Jangan sebut sayang kan negara tapi sebenarnya sayangkan pada kuasa yang boleh mendatang kan kekayaan

    ReplyDelete
  3. Masallah Pemimpin dan YB yang keluar PKR, itu dah menjadi lumrah Dunia, di mana ada gula di situ ada semut, di mana boleh dapat Kekayaan, di situ lah kena perlu melompat, walau pun Lautan Api. di sebabkan pasal harta, adik beradik pun sampai bunuh membunuh, ini kan pulak hanya sahabat karib. kalau saya pun tetep melompat, walau pun di suruh menyeberangi Lautan Air mendidih.

    ReplyDelete
  4. isu yg di jawab najib sangat remeh, tapi ada isu keselamatan negara yg belom dijawab dgn sempurna, isu apco mengapa pm membisu ,ini dia tabiat najib ,kalau kena dia mendiamkan diri atau lari keluar negara, dan media perdana juga membisu itu cara mereka spin, melucukan politik
    malaysia, seolah2 malaysia milik harta pusaka.

    ReplyDelete