Friday, February 26, 2010

KEMELUT TERENGGANU –PUTRAJAYA, UMNO PERLU TEGAS

Ada pihak tertentu di Terengganu yang merasakan ‘kalau aku tak dapat, biar orang itu pun tidak dapat’.

Ada juga pihak merasakan aku boleh berbuat apa sahaja kerana aku kini berkuasa. Peduli apa kepada hasrat dan harapan rakyat Terengganu.

Kedua-dua tidakan susulan daripada perasaan ini boleh mengubah senario politik Terengganu dan ia hanya berlaku jika orang atau permimpin UMNO sendiri yang buat hal.

Dengan kata lain, di kalangan orang UMNO – oleh kerana kepentingan peribadi – tidak dapat dicapainya, biarlah UMNO rebah dan Terengganu rebah kepada PAS!

Jelas, UMNO bergolak bukan kerana serangan pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan politik pembangkang khususnya PAS Terengganu.

Awal-awal lagi PAS Terengganu sudah mengisytiharkan mereka lebih gembira mengambil alih pentadbiran Terengganu melalui proses pilihan rakyat – pilihan raya – bukan melalui proses menjatuhkan Menteri Besar sekarang.

Namun yang sering menimbulkan pelbagai isu dan cucuk-cucuk kononnya Menteri Besar akan digantikan datang daripada orang UMNO sendiri.

Siapa orang UMNO ini dan kenapa dia ‘bebas’ dan ‘berani’ mengeluarkan kenyataan?

Apakah dia dilindungi oleh Ibu Pejabat UMNO atau Putrajaya?

Soalnya, apabila kes di Perak yang jelas membuktikan mahkamah menghormati keputusan Sultan, begitulah juga Terengganu.

Kenapa pemimpin UMNO yang mengatakan mereka orang Melayu, menjunjung Islam dan meletakkan kedaulatan Sultan sebagai perkasra utama terus menerus cuba mencabar keputusan berkenaan?

Ada cerita mengatakan ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu menghadap Sultan tetapi tidak dilayan.

Kenapa? Kerana cuba membawa idea pertukaran Menteri Besar Terengganu.

Malah pemimpin berkenaan dikatakan mendapat restu pemimpin tertinggi UMNO.

Aneh juga, apabila sahaja Datuk Ahmad Said ke luar Negara, ada sahaja berita mengatakan beliau akan diganti.

Terbaru, ada berita mengatakan ada seorang bergelar Datuk akan menghadap Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan tujuan membawa misi pemimpin tertinggi UMNO dan Putrajaya untuk menukar Ahmad Said.

Dengan menggunakan lama proPAS, berita itu sengaja diperbesar-besarkan dan dipetik oleh rangkaian laman berkenaan.

Kata mereka, Ahmad Said akan ditukar mulai Isnin ini (1 Mac) atau selewat-lewatnya pertengahan Mac.

Ahmad Said yang akan sampai di Kuala Terengganu petang ini dalam rangka lawatannya ke Jerman, pasti akan diganggu-gugat dengan persoalan seperti ini.

Apa dibuat di Jerman tiada siapa tahu. Kebetulan, Tuanku Mizan juga sudah berada di sana ketika Ahmad Said melawat Jerman.

Apakah dengan mengatakan Ahmad Said akan ditukar, ia taktik untuk menjadikan Ahmad Said tidak dapat tidur nyenyak?

Sejak beberapa kes yang menggugat kedudukan Ahmad Said, jelas kenyataan daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri samar-samar.

Kenapa tidak ada kenyataan tegas yang mampu mematikan isu penggantian, pertukaran atau apa-apa sahaja mengenai kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu?

Apakah UMNO, Putrajaya atau pemimpin tertinggi UMNO masih merasakan ada jalan untuk menukar Ahmad Said?

Jika demikian, yang rugi bukan Ahmad Said. Beliau pernah kalah pilihan raya dan pernah diketepikan dan kini pun diketepikan dalam konteks UMNO Terengganu.

Penarikan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO memang hak Presiden tetapi melakukannya kerana kepentingan kumpulan UMNO yang menentang kepimpinan negeri tidak wajar.

Kenapa tidak ditarik balik jawatan itu daripada Menteri Besar Perlis atau Negeri Sembilan kerana penentangan juga besar di dua negeri berkenaan?

Ahmad Said tidak menangis jika digugurkan Menteri Besar tetapi yang akan rugi ialah pemimpin tertinggi UMNO dan Putrajaya kerana jika Terengganu tidak stabil.

Ia akan memberikan kesan kepada kepimpinan Negara.

UMNO perlu menjaga memastikan Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Terengganu tidak jatuh kepada pembangkang.

Jika ini berlaku tidak guna ada orang memegang jawatan Presiden, Timbalan Presiden atau Najib Presiden UMNO apabila tidak lagi menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Menteri Kanan.

4 comments:

  1. Salam bro, samapai bila pertelagahan sesama sendiri harus berlaku..... kenapa hanya menunjuk kekuatan dan pengaruh hanya kepada sesama sendiri, cuba segala pengaruh dan kekuatan itu ditujukan kepada musuh..... kn lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Inilah padahnya apabila Idris Jusuh diketepikan dr jawatan MB dulu . Terengganu terus berkocak politiknya. Rakyat menjadi mangsa . PAS pula ketawa di belakang , seronok.
    Namun ,sudah sampai masanya kepimpinan UMNO negeri dikembalikan kepada MB . Ini utk mengelakkan suasana tegang terus berlaku di sana.

    ReplyDelete
  3. sangat sukar permusuhan ini akan berakhir. Inilah politik UMNO.

    bukan PAS ketawa di belakang.... puak UMNO pun sedang tertawa mentertawa antara satu sama lain.

    aku dok leh, biar mung pun dok leh sama.

    ReplyDelete
  4. Idris ni nak apa lagi. Dia dah kongsi banyak daripada billion yang di bazirkan oleh dollah dizaman pemerintahan gelapnya.

    KEpada MB Trengganu sekarang ni, semasa DYMM Sultan masih YDP Agung, serahkan segala file berhubung dengan salah guna kuasa Idris kepada SPRM dan sumbatkan semua yang cuba kacau pemerintahan yang saya rasa pada masa sekarang lebih prihatin kepada majoriti rakyat Trengganu.

    Kalau di ikut nafsu Idris, dan mereka yang berada diputrajaya, sampai bila pun Trengganu akan berada ditahap 50/50 dari segi kemajuan, walaupun negeri kaya dengan hasul mahsul.

    Untuk MB Trengganu, saya di Selangor dah rasa apa yang dibuat oleh golongan yang anti Islam dan Melayu kepada bangsa kami. TEruskan perjuangan dengan ikhlas semata mata kerana Allah s.w.t.

    Kami rakyat biasa akan mempastikan, mereka yang Islam dan berwibawa sahaja akan di sokong pada PRU 13 nanti. Zaman internet ni Datuk Seri, Datuk seri pergi buang air pun orang kat Selangor pun tahu. JAdi, janganlah takut. BErjuanglah dengan ikhlas. Allah tetap bersama Datuk Seri.

    ReplyDelete