Saturday, February 20, 2010

CAMPUR TANGAN ASING KES ANWAR – PENDIRIAN HADI BERBEZA

Peguam Anwar, Karpal Singh berpendapat: “…pendakwaan ini (terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak berasas. Saya terkejut Mahkamah Rayuan (semalam) menolak alasan kukuh yang kami sampaikan.”Karpal juga pada masa sama menyatakan Malaysia bakal menjadi bahan jenaka dan diketawakan negara lain.

Berikutan itu, Karpal Singh menyeru Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menilai semula dan seterusnya menggugurkan pendakwaan tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi DAP berkata, kes itu perlu digugurkan pada prosiding berikutnya yang kini ditangguh.

Ia ditangguhkan sehingga 25 Mac ini sementara menunggu rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan beliau supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri daripada mendengar prosiding tersebut.

Nada DAP ini sama dengan nada Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby pada 13 Februari lalu apabila berkata, pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan berasakan perlu menyokong pemimpin pembangkang itu.

Nada ini selari dengan suara 50 penggubal undang-undang Australia dan tindakan mereka itu dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Pada 12 Februari lalu, 50 penggubal undang-undang Australia dilaporkan menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat terhadap Anwar dengan alasan ia akan mencemarkan imej negara.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, PAStidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Ketua Pembangkang itu kini menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Perbicaraan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula 3 Februari lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah tetapi akan hanya bermula 25 Mac depan.

Pada ketika nada DAP sama dengan suara dari luar negara, di Kuala Terengganu semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Hadi mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara Barat, negara bukan Islam,” katanya kepada pemberita selePASmerasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, PAStidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Selain Karpal, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mara ke depan dengan menggesa sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan usul menggugurkan pendakwaan kes liwat Anwar.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mendengar pandangan 50 ahli Parlimen Australia yang mahukan pertuduhan ke atas Ketua Pembangkang itu digugurkan.

Anwar, 63, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menegaskan, Malaysia tidak akan tunduk dengan tekanan termasuk dari negara asing yang mendesak agar kes pertuduhan liwat terhadap Anwar.

Kerajaan Malaysia akan terus berpegang dengan prinsip amalan demokrasi yang tidak campur tangan dalam sistem kehakiman negara.

Justeru beliau berkata, proses perundangan yang sedang dilalui oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan diteruskan kerana negara ini menghormati sistem undang-undang yang sedia termaktub.

Seperti biasa dalam kes Anwar ini pelbagai pihak – selain Australia, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat Amerika Syarikat (AS), John Kerry mahu sistem kehakiman di Malaysia berhubung kes pertuduhan liwat terhadap Anwar dilakukan secara adil.

Sejauh ini Anwar tidak putus-putus 'menjual' nama pemimpin atau tokoh-tokoh terkenal dunia bagi menunjukkan mereka ini menyokong beliau.

Anwar mendakwa menerima sokongan daripada beberapa pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogen, selain Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton dan ulama terkenal, Prof. Dr. Yusuf Al-Qardawi.

Anwar mendakwa kesemua pemimpin berkenaan ditemui semasa beliau menghadiri Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat di Doha, Qatar baru-baru ini.

Malah, bagi menguatkan lagi 'sokongan' pemimpin dunia itu terhadap dirinya, Anwar mendakwa Hillary datang menemuinya secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap beliau dan AS menyifatkan kes berkenaan melanggar hak asasi manusia.

No comments:

Post a Comment