Wednesday, November 4, 2009

WANG EHSAN – ANTARA KEANGKUHAN HUSAM & SYUKUR NIK AZIZ

Perbezaan ketara antara guru dan murid. Juga siapa sebenarnya Menteri Besar di Kelantan?

Dalam isu wang ehsan untuk Kelantan, kita tertanya-tanya apakah guru ini banyak dipengaruhi oleh muridnya dalam isu-isu penting untuk rakyat Kelantan.

Soalan juga ialah apakah lebihnya Exco Kerajaan berbanding Menteri Besar dalam menentukan pendirian mengenai sesuatu keputusan yang diumumkan oleh kerajaan pusat atau Perdana Menteri.

Hari ini, Exco kanan kerajaan Kelantan dengan lantang menolak ‘pengumuman kerajaan pusat’ sedangkan Menteri Besar menyatakan kesyukurannya.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan,dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa dengan lantang mengatakan Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf pembayaran wang ehsan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi pembiayaan projek pembangunan seperti yang diumum Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.

Menurutnya, kerajaan Kelantan sebaliknya tetap menuntut pembayaran royalti.

Beliau berkata, kerajaan negeri menimbang melantik panel peguam untuk mengkaji tindakan membatalkan perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975.

Sebaliknya, walaupun tidak puas hati, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh Kerajaan Pusat namun masih terkilan kerana permintaan kerajaan negeri bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

Mursyidul Am Pas itu berkata, sehubungan itu beliau akan menunaikan nazarnya untuk berpuasa tiga hari kerana peruntukan wang ehsan itu akan memberikan kebaikan kepada rakyat Kelantan.

"Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ehsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan Kelantan akan menerima wang ehsan daripada kerajaan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu melalui Petronas mulai tahun depan.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada Kerajaan Pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.

Nik Abdul Aziz kesal dengan kenyataan Perdana Menteri iaitu Kelantan tidak berhak mendapat royalti minyak kerana operasi carigali minyak dilakukan di kawasan pada jarak lebih tiga batu nautika.
Husam sebaliknya berkata, kerajaan negeri juga akan kaji ambil injunksi terhadap syarikat yang menjalankan operasi di kawasan pengeluaran di pesisir Kelantan di mahkamah luar negara iaitu di Amerika Syarikat dan Kanada (negara asal syarikat berkenaan).

"Namun, kerajaan negeri tidak menutup pintu rundingan dan sedia berunding dengan Kerajaan Pusat," katanya pada sidang media di pejabatnya.

Beliau mengumumkan reaksi kerajaan Kelantan berhubung pengumuman Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian wang ehsan kepada Kelantan di Parlimen pagi tadi.
Husam juga mendakwa Perdana Menteri membuat kenyataan salah di Parlimen kerana pembayaran kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu disebut royalti walaupun hasil minyak diperoleh di kawasan yang juga melebih tiga batu nautika dari pantai negeri terbabit.

Katanya, walaupun pembayaran kepada Terengganu itu disebut wang ehsan, ia dibuat terus kepada kepada kerajaan negeri.

"Ini berbeza dengan cadangan di Kelantan yang mana wang ehsan itu akan diurus Kerajaan Pusat," katanya.
Sementara itu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, berkata kerajaan negeri Kelantan wajar berterima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana wang ehsan itu dapat digunakan untuk manfaat rakyat seperti membangunkan pendidikan dan membasmi kemiskinan.

"Saya antara yang sangat gembira dengan pengumuman ini kerana ini adalah perjuangan yang diperjuangkan sekian lama Umno Kelantan sebelum ini bagi Kelantan turut menerima wang ehsan," katanya.

3 comments:

  1. Andainya segala projek pembangunan atas nama wang ehsan menemui akibat seperti di Terengganu maka UMNO Kelantan akan menerima padah.Penolakan dari segi undi dan sokongan rakyat terbanyak.Lihat di Terengganu macam-macam kes berlaku, satdium runtuh, taman yang menjadi seperti gajah putih, kolam renang rosak dan macam-macam lagi.Wang ehsan ada baiknya untuk UMNO tetapi jika tidak diurustadbir dengan baik maka rakyat Kelantan akan terus menjauhi UMNO.Rakyat Kelantan bukan sebarang pemain politik, mereka mempunyai ketajaman berfikir walaupun dianggap kurang maju dari segi pembangunan, tetapi itu semua bukan kayu ukur untuk menidakkan kehebatan mereka di dalam membuat keputusan di saat2 akhir.Mereka yang mengikuti perkembangan politik Kelantan sentiasa keliru dan bingung dengan strategi rakyat Kelantan berpolitik.Pemimpin UMNO dan PAS tidak mampu meneka kecenderongan para pengundi.Senyum belum tentu menerima, muka masam belum tentu menolak...sinis mereka berlapik, marah mereka beralas,ketawa belum tentu gembira, menangis belum tentu sedih...tetapi itulah uniknya rakyat Kelantan menentukan masa depan mereka melalui politik.Mereka lebih bijak...

    ReplyDelete
  2. cukup2 la melagakan pimpinan PAS...
    ini semua kerja munafikun!!

    ReplyDelete
  3. pas- peluang anta songlap,erti pas sebenarnya
    tidak hairanlah pas dilihat hari ini kelamkabut tidak ketentuan, walaupun nik aziz dilihat ulamakkkkkk, alamak,
    berperang dengan haji hadi, dan kabilah serta puak hj hadi, dimana hukumnya kalau berkawan dgn dap parti anti islam, pas ni sebenarnya parti kelam kabut, parti sonsangkan pemikiran org melayu/islam saperti umno bekas perisik negara

    ReplyDelete