Pengajaran untuk semua. Sama ada anggota parti UMNO, MCA atau MIC dan rakan parti komponen Barisan Naisonal yang lain.
Jangan celupar dan tidak beradab.
Semangat menghormati sesama rakyat dan anggota parti perlu terus dipupuk.
Jangan jadi ‘kurang ajar’ kerana ia bukan budaya Malaysia.
Setakat ini hukuman yang dikenakan kepada perwakilan yang mencerca mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung parti itu Ahad lepas digantung keanggotaannya.
Belum diketahui sama ada tindakan lanjut atau sebagainya tetapi yang nyata MIC sudah bertindak kepada perwakilan yang mahu menggantung selipar pada gambar Dr Mahathir.
Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini berkata "Saya telah memutuskan untuk menggunakan kuasa yang ada pada saya sebagai Presiden mengikut perlembagaan MIC untuk menggantung keanggotaan perwakilan itu."
Dalam satu kenyataan. Samy Vellu menjelaskan, perkara itu telah dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan MIC dan mereka bersetuju tindakan itu amat perlu buat masa ini.
Katanya Jawatankuasa Disiplin akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat parti berhubung tindakan yang akan diambil terhadap perwakilan itu.
Samy Vellu tidak mendedahkan identiti perwakilan terbabit.
Tindakan perwakilan yang dianggap ‘kurang ajar’ itu sebenarnya bertentangan dengan semangat BN dan budaya semua kaum di Malaysia.
Apapun, tindakan MIC kepada yang mencadangkan meletakkan "kalungan selipar" pada gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka meredakan sedikit kemarahan orang Melayu, khususnya UMNO.
Ramai melihatnya sebagai perbuatan biadap dan tidak menghormati pemimpin tetapi bagi saya kadangkala kerana disebabkan satu dua pandangan yang pelik atau ‘gila’ dalam parti, ia boleh mengeruhkan hubungan antara komponen BN.
Pada ketika BN sedang diuji dengan pelbagai masalah apabila MCA dilanda krisis dan UMNO berdepan dengan ujian getir pilihan raya kecil, seharusnya parti komponen BN meletakkan kepentingan perpaduan sebagai perkara paling penting.
Namun gelagat dan tindakan ‘gila’ setengah ahli parti komponen seperti MIC ini akan menyebabkan orang Melayu dalam UMNO sendiri geram dengan parti komponen lain.
Orang Melayu mulai rasa bahawa sikap bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain kini semakin terhakis.
Sikap kurang ajar bangsa lain terhadap orang Melayu digambarkan melalui cadangan gila sedemikian.
Ini belum lagi kata-kata nista daripada pemimpin kaum bukan Melayu terhadap institusi raja dan agama Islam.
Apapun, dalam isu MIC ini, jelas bukan sekadar perwakilan sahaja nampak “kurang sopan”.
Presiden MIC sendiri mengatakan orang menolak BN bukan dirinya.
Apa yang dapat dikatakan ialah dalam MIC itu sama sahaja antara Presiden dan perwakilan, sama-sama mengambarkan tidak hormat kepada BN, pakatan yang didokong mereka.
Yang penting kini ialah pucuk kepimpinan MIC perlu menjadikan iktibar daripada kekalahan teruk pada pilihan raya umum lepas dengan membaiki perpecahan dalamannya.
Ia perlu berusaha keras memulihkan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadapnya – sekurang-kurangnya menyamai rekod kemenangannya pada pilihan raya umum 2004.
Andak sangat setuju dengan pendapat Dato A Kadir Jasin dlm blognya yang mencadangkan supaya MIC dengan secara terhormat keluar dari BN . Ini memandangkan mereka mendakwa kekalahan MIC dlm banyak kerusi dlm PRU 12 yang lalu bukan kerana orang India bencikan Sammy tetapi bencikan BN . Sammy sebenarnya telah banyak digula-gulakan oleh pengikut yang hampir dengannya yang telah memberikan maklumat yang salah mengenai keadaan semasa sokongan pengundi India. Sammy sebenernya masih lagi bermimpi di siang hari. Namun dia tidak memperdulikan apa jua orang nak kata. Kalau tidak masakan dia mendesak dilantik sebagai senator selepas kalah dalam PRU 12 yang lalu ? Sammy mesti disedarkan dari mimpinya bahawa masyarakat India sudah tidak memerlukannya lagi.
ReplyDeleteSepekara yang kita jangan lupa ialah Sammy sebenarnya sudah mempotretkan dirinya macam juga Nik Aziz dalam Pas. Kalau Nik Aziz mempotretkan dirinya 'maksum' macam nabi kepada ahli Pas, Sammy juga mempotretkan dirinya macam 'dewa' kepada ahli MIC . Tengok saja patung besar depan Batu Caves itu!
Untuk mengelakkan BN nanti dilupai oleh penggundi India dalam PRU 13 , Sammy mesti dihantar keluar dari MIC dengan apa cara sekalipun .
Sama saja dalam UMNO sekarang , Khairy sudah jadi liabiliti kepada parti UMNO .Bukan saja ahli Pemuda Umno tidak suka kepadanya malahan ahli UMNO yang lain juga menunjukkan kebencian yang tinggi terhadap Ketua Pergerakan Pemuda ini. Khairy juga perlu dihantar keluar deari jawatannya sekarang demi untuk menyelamatkan parti UMNO ini. Mungkin ini akan menimbulkan kekalutan dalam Pemuda , tetapi tindakan ini sebenarnya adalah untuk kebaikan UMNO sendiri. Inilah salah satu 'dosa besar' Paklah membiarkan/merestui menantunya yang kononya bijak ini berpolitik semasa beliau masih dalam jawatan.