Friday, August 7, 2009

TERENGGANU - KINI DAH JADI 5-0

Gambar apa pula ni? Tunggu sekejab....


Makin parah. Salah siapa?

Siapa nak mengaku salah. Selagi hasil keputusan penyiasatan yang dibentuk kerajaan Pusat dan kerajaan Terengganu tidak mengumumkan hasilnya, selagi itulah pihak yang bertanggungjawab ‘membuat jaringan 5-0’ ini dapat bernafas lega.

Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) pula belum mendedahkan hasil siasatan mereka mengenai ‘kejutan’ di Terengganu.

Kenapa lambat sangat? Banyak masalah kah untuk mendapatkan bukti?

Apapun, apa itu lima kosong?

Lihat gambar di bawah..


Jawapan kepada persoalan kenapa 5 – 0 ialah : Gambar 1 - bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh; Gambar 2 - Pusat Akuatik Dewan Bandaraya Kuala Terengganu di Batu Buruk bocor; Gambar 3 – Stadium tertutup di Gong Badak ditutup dan Gambar 4 – Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud gugur.

Gambar-gambar di bawah ini, apa pula?

Dalam blog www.teganuku.blogspot hari ini, didedahkan kejadian keruntuhan terbaru ( yang ke 5) iaitu menara yang baru siap dibina lebih kurang setahun. Baca apa kata blog berkenaan:

Di Besut...Menara Pula Runtuh?

Oleh teganuku

Apalah nasib projek di Terengganu...

Selepas setahun siap dibina, ia runtuh atau mengalami masalah.

Jika sebelum ini keruntuhan dan kebocoran membabitkan bumbung stadium, pusat akuatik, stadium tertutup dan lapangan terbang, kali ini ia berjangkit ke menara projek jalur lebar di Besut pula.

Menara Mobile Mast projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN) berhampiran Bestari.Comm Pasir Akar, Hulu Besut, runtuh pada 1 Ogos 2009 lalu.

Tiada berita mengenai keruntuhan ini dianggarkan kerugian berjuta-juta ringgit.

Mungkin ada pihak cuba ’menyorok keruntuhan’ ini tetapi ’bangkai gajah sukar untuk ditutup’.

Menara Mobile Mast ialah projek Infrastruktur Jalur Lebar Tanpa Wayar Kerajaan Negeri Terengganu (T@WAN).

Ia dibina bagi menempatkan antena radio dan struktur itu adalah pada ketinggian 38 meter di lokasi

Menara dibina untuk memastikan sambungan rangkaian T@WAN ke Bestari.Comm Pasir Akar dari Masjid Hadhari di Jerteh.

Ia disiap dibina pada September 2008 dan runtuh kira-kira setahun kemudian.

Persoalannya di sini, berapakah anggaran kerosakan kali ini kerana menara ini khabarnya menelan berjuta-juta ringgit?

Punca keruntuhannya belum diketahui dan siapa bertanggungjawab mengawasinya?

Apakah Jabatan Kerja Raya atau agensi kerajaan negeri?

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dijangka menjadi sasaran lagi sehari dua ini.

4 comments:

  1. berita sensasi nie tapi ngapa tak keluar media cetak . ngapa tak email kat media cetak. ngapa tak bagitau media electronic. mana wakil rakyatnya, mana menteri besarnya, mana pemudanya semua mimpi keeee

    ReplyDelete
  2. kalau kita lihat semua yang runtuh di terengganu ni kerana projek terbabit terlalu mengejar masa..inilah padahnya..satadium dan kolam renang kejar SUKMA..lapangan terbang kejar penerbangan pertama nak gi haji...bila dah kejar masa faham fahamlah..pusing sana..pusing sini..last terpeleok!!kalau ada masa lawatilah taman tamadun islam pula...tak lama lagi mungkin rutuh juga..kalau pegi masuk ke tiap monumen..boleh lihat siling yang bocor..pintu mereput..dinding yang basah..kalau tak buat apa apa tunggu masa jelah seme tu..itulah hakikat..

    ReplyDelete
  3. sedih sgt... inilah nasib klu terlalu tamak habiskan duit RAKYAT!!!!!

    ReplyDelete
  4. Siapakah yang hendak dipersalahkan apabila berlaku malapetaka begini ? Kita tahu apabila melibatkan projek yang besar ini , ramai yang terlibat . Dari awal lagi ramai jurutera dan konsultant yang terlibat . Mereka yang terlibat ini mempunyai peranan masing-masing dalam mempastikan kerja siap mengikut masa yang telah ditetapkan.Begitu juga jurutera bahan dan mutu.Apabila kerja telah siap dan disahkan oleh kontraktor dan konsultan , pihak lain pula akan mengeluarkan sijil "boleh guna". Malapetaka yang berlaku ini menunjukkan banyak yang tidak kena kepada sistem kerja sedia ada.

    ReplyDelete