Wednesday, August 5, 2009

NAK SAMAN, SAMAN LAH...TIDAK GENTAR PUN

Inilah anak jantan, namanya. "Saya tidak akan minta maaf... tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bukan sekadar tidak mahu menarik balik tetapi Muhyiddin juga tidak melayan ugutan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi Muhyiddin, melabel Anwar sebagai pengkhianat bukan untuk gimik politik atau mencari populariti.

Timbalan Perdana Menteri, menegaskan beliau telah menerima notis daripada peguam yang mewakili Anwar, menyatakan Ketua Pembangkang itu mahu menyaman beliau bagi memfitnah tetapi sama sekali tidak akan memohon maaf.

"Ya, saya sudah menerima surat peguam itu. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan yang sesuai. Saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak berbohong semasa membuat kenyataan itu," kata Muhyiddin.

Gara-gara perhimpunan bantah ISA di ibu negara Sabtu lalu, Muhyiddin telah melabelkan Anwar sebagai pengkhianat.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno memberitahu, perhimpunan anjuran pembangkang bagi membantah ISA itu bertujuan untuk memprovokasi polis supaya menggunakan ISA yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.

Anwar sudah menegaskan mahu Muhyiddin memohon maaf secara terbuka dan jika gagal berbuat demikian, beliau akan menyaman Timbalan Perdana Menteri bagi memfitnah.

Jelas bahawa ancaman Ketua Pembangkang itu sedikit pun tidak menakutkan Muhyiddin.

Pemimpin Umum PKR itu berang dengan laporan muka depan Utusan 3 Mei lalu yang memetik Muhyiddin menuduh Anwar pengkhianat' kepada perjuangan Melayu dan menuduhnya memutarbelit fakta mengenai usaha martabatkan Melayu.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading di Johor semalam.

Pada 2 Ogos lalu, Anwar dianggap msebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.

Anwar juga dikatakan sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

2 comments:

  1. Bak kata orang dulu-dulu, kita boleh tipu orang sekali dalam satu masa tapi kita tak boleh tipu orang orang berkali-kali dalam setiap masa. Lama-lama orang tahu juga siapa DSAI yang sebenar.

    ReplyDelete
  2. Apa yang ditakuti ialah apabila orang melayu sedar siapa dia DSAI , sudah terlambat kerana hukum Allah sudah sampai. Rakyat dan negara yang akan menanggung musibahnya.

    ReplyDelete