Adun PAS, Mohd Fauzi Abdullah belum boleh tidur lena.
Mohd Fauzi dan PAS Kelantan keseluruhannya kenalah berdoa supaya Barisan Nasional (BN) dan UMNO Kelantan tidak melakukan sesuatu yang menyukarkan kedudukannya.
Berdasarkan keputusan yang ada pada wakil BN di peti undi Manek Urai Lama, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 1,008 undi manakala calon PAS, Mohd. Fauzi memperoleh 719 undi dan undi rosak sebanyak 19, dan dengan itu BN menang dengan majoriti 289 undi.
UMNO Kelantan sewajarnya mengambil tindakan segera untuk memfailkan petisyen berhubung keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai supaya keputusan diisytiharkan silap dan tidak sah.
Datuk Mustapa Mohamed, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan sudah menyatakan pihaknya sedang mengkaji kemungkinan mengemukakan petisyen tersebut.
Utusan Malaysia melaporkan 16 Jun lalu (Khamis), timbul desas desus wujud keraguan pada keputusan pengiraan di peti undi Manek Urai Lama di mana Barisan Nasional (BN) sepatutnya dikatakan menang dengan majoriti 289 undi tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Keputusan itu dikatakan memberi kesan yang besar sehingga menyebabkan BN kalah pada pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi Selasa lalu.
Dengan itu mungkinkah keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak sah dan kertas undi akan dikira semula yang akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN)?
Ekoran itu, difahamkan UMNO Kelantan telah mengarahkan PASukan perundangannya supaya bersiap sedia membawa kes tersebut ke mahkamah.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah mengesahkan wujudnya sedikit keraguan tetapi menolak wujudnya penyelewengan dalam pilihan raya kecil itu.
''Berdasarkan keputusan yang ada pada wakil BN di peti undi berkenaan, calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 1,008 undi manakala calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah memperoleh 719 undi dan undi rosak sebanyak 19, oleh itu, kita menang dengan majoriti 289 undi.
''Tetapi ketika pengumuman dibuat di pusat penjumlahan undi, BN hanya menang dengan majoriti 189 undi. Ini yang menimbulkan tanda tanya kenapa keputusan tersebut berubah di pusat penjumlahan undi sedangkan di peti undi kita menang dengan majoriti 100 undi," katanya.
Wan Zaid berkata, perkara tersebut perlu diberikan perhatian oleh UMNO Kelantan dan dibincangkan dengan penasihat undang-undang parti sebelum di bawa ke mahkamah.
Katanya, keputusan pilihan raya kecil yang memberikan kemenangan kepada PAS dengan majoriti 65 undi itu juga tidak dapat diterima berdasarkan trend pengundi yang menolak parti tersebut.
''BN menang di lima peti undi berbanding PAS hanya menang di empat peti undi. Kita berjaya menembusi kubu kuat PAS contohnya di Peti Undi Laloh, Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru tak pernah dalam sejarah kita menang tetapi kita menang kali ini. Kita juga menang di Temalir dan Manjor.
''Di kubu kuat PAS seperti Peti Undi Peria, kita dapat mengurangkan majoriti daripada kebiasaannya lebih dari 350 undi kepada 88 undi sahaja. Data ini menunjukkan trend pengundi menolak PAS tetapi soalnya kenapa tiba-tiba keputusan penuh diumumkan kita kalah," katanya.
Menurut beliau, perkara tersebut hanya disedari selePAS keputusan itu diumumkan di pusat penjumlahan undi dan mengikut peraturan SPR bantahan hanya boleh dibuat pusat pengiraan undi sahaja.
Katanya, difahamkan ketika di pusat pengiraan undi, semua pihak termasuk wakil PAS menerima keputusan BN menang dengan majoriti 289 undi dan disebabkan itu tidak ada kiraan semula undi dibuat di situ.
''Bila menyedari perkara ini berlaku kita cuba membantah di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra I tetapi ditolak. Mengikut perkiraan saya jika dijumlahkan dengan majoriti sebenar di Manek Urai Lama dan undi pos BN menang kira-kira 42 undi.
"Tetapi saya ingin tegaskan bahawa ini hanya pandangan saya dan bukannya untuk menuduh mana-mana pihak," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar berkata, beliau tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai perkara tersebut.
Selasa lalu, SPR telah mengumumkan Mohd. Fauzi memenangi pilihan raya kecil itu dengan mendapat 5,348 undi manakala Tuan Aziz memperoleh 5,283 undi.
No comments:
Post a Comment