(Sembang Ahad)
Untuk fiesta Kelantan boleh bersalam-salaman.
Untuk Melayu dan Islam macam nak perang.
Penjelasan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mudah sahaja: "Saya dari gerakan Islam, tak musuh dengan individu, tak musuh dengan orang tertentu. Kita bermusuh dari segi ideologi, fahaman dan akidah sahaja,"
Inilah jawapan beliau apabila ditanya mengapa permuafakatan antara UMNO dan PAS dalam fiesta itu tidak diterjemahkan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai baru-baru ini.
Jadi siapa kata Nik Aziz hanya ‘ulama’ bukan orang politik?
Jelas Nik Aziz pandai ‘bersilat’ untuk mengelak dalam sesuatu perkara dan menggunakan agama untuk perkara-perkara politik yang menguntungkan diri dan partinya – PAS.
Apapun, katanya, kerjasama dengan kerajaan Pusat bagi tujuan Fiesta Kelantan itu adalah satu titik tolak bagi kedua-dua pihak (PAS dan UMNO) dalam berkongsi anugerah Allah.
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata fiesta itu akan memberikan pendedahan kepada rakyat di Kelantan mengenai perniagaan, pelancongan, pendidikan dan kebudayaan.
Kepada Datuk Mustapa Mohamed yang menjadi Penaung pula berkata, tidak ada sebab mengapa beliau dan Nik Aziz tidak boleh berada di pentas yang sama untuk kerja-kerja kebajikan dan kepentingan rakyat.
Beliau yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata "Saya selaku rakyat Kelantan juga ingin melihat rakyat Kelantan bersatu padu, maju kehadapan dan selaku wakil rakyat, insyaAllah saya akan berusaha bersungguhsungguh untuk memastikan bahawa Kelantan akan turut menikmati perubahanperubahan yang dibawa kerajaan Pusat.”
Kedua-dua mereka membuat kenyataan itu selepas selepas majlis prapelancaran Fiesta Kelantan 2009 di Kuala Lumpur semalam.
Hakikatnya, ini bukan sekali Nik Aziz pegang tangan orang UMNO.
Beliau pernah berpimpin tangan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi di padang Sekolah Menengah Wakaf Mek Zainab ketika pelancaran Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Tetapi apa kata beliau kepada kerajaan BN dan UMNO selepas itu?
Saya tidak sampai hati mahu mengulangi perkataan yang disebutnya kerana penyokong UMNO – orang Melayu Islam – pedih untuk menelannya.
Begitulah juga selepas fiesta ini, akan ada lagi kata-kata kesat terhadap UMNO kerana Nik Aziz berpegang kepada pendiriannya.
Nik Aziz mengata UMNO kerana ia bukan individu. Bagaimana dengan individu UMNO yang jelas ideologi, fahaman dan akidahnya berlainan dengannya?
Bukankah ini bermakna ia menjadi musuh Nik Aziz. Bukankah Mustapa itu adalah pendokong kuat UMNO yang menjadi ‘musuh Nik Aziz’?
Soalan lain ialah Kerajaan Pusat itu siapa? Bukankah kerajaan Pusat itu berbeza fahaman, ideologi, fahaman dan akidah mengikut acuan Nik Aziz? Bukankah mereka ini terang-terang musuh Nik Aziz?
Soalan lain ialah, bagaimana Parti Keadilan Rakyat dan DAP?
Parti DAP yang terang-terangan menentang negara Islam serta hukum hudud dan berdasarkan kata-katanya itu kenapakah beliau boleh duduk dan mesra dengan kumpulan ini?
Sebab itu saya katakana Nik Aziz juga ‘political animal’ yang akan menerkam, menyerang serta memakan mangsanya demi survivalnya dan PAS.
Yang pasti ada beberapa sebab Nik Aziz sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan jelas sudah mentafsir siapa musuhnya – termasuk Mustapa dan Kerajaan Pusat.
Pertama, Nik Aziz cuba dilute kebencian orang terhadapnya, termasuk penyokong PAS dalam kes kerajaan perpaduan;
Kedua, selepas menyedari kesilapannya ‘membantai’ Nasaruddin Mat Isa – Timbalan Presiden PAS – Nik Aziz tahu ramai membenci sikap ‘pongohnya’ menyebabkan beliau cuba mengalihkan pandangan orang ramai dengan menunjukkan sikap terbukanya;
Ketiga, Kelantan sedang memujuk kerajaan Pusat untuk royalti minyak. Mungkin Mustapa boleh dijadikan jambatan untuk ‘melembutkan’ kerajaan Pusat supaya bersetuju dengan permintaan kerajaan Kelantan;
Keempat, dalam kedudukan ‘anak buahnya’ seperti Datuk Husam Musa diserang hebat kerana kes pertandingan PAS dan sokongannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemarahan kepada Husam akan menjadi semakin berkurangan jika Nik Aziz menunjukkan sikap berlembut dengan kerajaan Pusat; dan
Kelima, jangan lupa – Nik Aziz sebagai ‘binatang politik’ – dia akan menggunakan apa juga ruang untuk menjamin Kelantan mendapat habuan baik daripada kerjasama pelancongan, ekonomi dan sebagainya – agar Kelantan stabil dari segi ekonomi kerana hasil balak dan bantuan (geran) tahunan kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM400 juta setahun itu kini tidak cukup lagi untuk perbelanjaan pembangunan dan membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.
Sebagai ‘political animal’ Nik Aziz akan melakukan apa sahaja untuk menjamin PAS terus memegang Kelantan kerana kegagalan di Kelantan akan memberikan kesan ‘domino’ kepada pengaruh PAS di negeri lain.
Kerana itu ada pemimpin UMNO bimbang kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membuka pintu kerjasama dengan kerajaan Pusat tidak boleh terhad dalam konteks untuk mendapatkan bantuan semata-mata.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya kesediaan berkenaan haruslah disertakan dengan keikhlasan termasuk keseimbangan antara kehendak pentadbiran dan politik. ''Jangan apabila mahu bantuan Persekutuan baru kata sila buka pintu tetapi apabila berbincang tentang agenda bersama, dia (Nik Aziz) tutup pintu. 'Pemimpin kena konsisten. Biar ikhlas, jangan ada agenda tersembunyi.”
Dibandingkan dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta mufti-mufti lain yang jelas tidak menunjukkan sikap dan terikatnya mereka kepada parti politik, Nik Aziz iternyata ‘political animal’ kerana selain kenyataan dan tindakannya, beliau adalah pemimpin dalam PAS dan menjawat jawatan penting di sebuah negeri sejak 20 tahun lalu kerana partinya mendapat sokongan majoriti sejauh ini.
ore klate
ReplyDeletesebab manusia bernama TGNA yg dianugerahkan oleh Allah SWT lah menyebabkan klate dapat diperintah lebih 20 tahun, dan sebab itulah umno/BN tak akan dapat balik umno, pencak silat TGNA lah politik klate hebat dan jadi guru kepada rakyat negri lain.
itu pun kamu tak paham yeop, hang ingat di malaysia umno sekor yang boleh perintah/
Nik Aziz Nik Mat Mengamalkan Politik Kebinatangan
ReplyDeleteBegitulah tafsiran andakmaon mengenai tajuk tulisan Sdr Hambali ini. Binatang memang selalu pun lupa apa yang dibuatnya. Lagipun binatang memang tak pernah kenal dirinya,saudara sendiri,kawan dan siapa saja. Yang pasti janji tembolok kenyang sudah. Apa orang nak kata tolak tepi. Muka tak tahu malu atau "muka tempe" mejadi amalan Nik Aziz. Demi untuk kepentigan politiknya dia akan sanggup buat apa saja. Kita nak tengok sejauh mana dia akan bertahan dengan katanya konon untuk berbaik itu. Kita sama-sama tunggu dan menjadi pengadilnya.
Che Awe Donde
ReplyDeleteApa hebatnya Nik Aziz perintah negeri selama lebih 20 tahun tapi mundur. Itu bukan hebat namanya tapi amat malang .Guru amendenya kalau rakyat negeri sendiri berguru mencari rezeki di negeri orang. Sudah-sudahlah . Pakat-pakat bagi peluang pada Tok Pa yang bijak tapi sangat sederhana dalam perwatakkanya perintah Kelantan tu. Insyaallah Kelantan akan maju dan menjadi contoh kepada negeri lain.
Terasa megahkah dgn menggunakan bahasa begitu untuk seorang MB? Tidak kira dari mana datangnya! Puaskah hati menggunakan perkataan binatang tu? Berbaik-baik sangka lah tu..
ReplyDeleteIngat : Perbezaan Pendapat itu bukan Perpecahan