Thursday, July 16, 2009

BERFIKIRLAH SECARA MATANG!

Mudah sahaja menepisnya apabila melukakan hati orang Melayu.

Sama ada mengatakan sebagai ‘tiada niat’ dan ‘wartawan salah petik’ dan lain-lain lagi kenyataan yang menyalahkan media.

Selepas berdiam diri selama seminggu, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), M Manoharan akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu dan Bumiputera berhubung isu songkok dan Bumiputera yang beliau persoalkan sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah itu membuat permohonan maaf menerusi sepucuk surat yang diserahkan kepada Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican, di Ibu Pejabat GPMS di Sentul kelmarin.

Manoharan menyerahkan surat memohon maaf bertarikh 15 Julai 2009 menggunakan kepala surat Adun Kota Alam Shah kepada Reezal Merican pada jam 4.15 petang.

Bagaimanapun, Manoharan enggan ditemubual wartawan, sebaliknya terus pulang selepas meluangkan masa kira-kira 15 minit menemui Reezal Merican.

Persoalannya, apakah Manoharan dan mereka yang sewaktu dengannya berfikir secara matang dan rasional sebelum mengeluarkan kata-kata sedemikian.

Ini bukan kes pertama orang India membuat kenyataan sebegini. Karpal Singh umpamanya beberapa kali mengeluarkan kata-kata kesat yang melukai orang Melayu.

Jelas kini, mengeluarkan kata-kata yang melukai orang Melayu semakin banyak kedengaran.
Apakah kerana suasana politik yang terumbang-ambing (maksudnya Barisan Nasional) tidak lagi mengawal 90 peratus kerusi Parlimen dan DUN, rakyat boleh melakukan apa sahaja?

Janganlah kerana sentimen dan kepentingan sokongan politik orang bukan Melayu boleh melakukan apa sahaja.

Dalam suratnya, Manoharan memohon maaf sekiranya kenyataan peribadinya itu mengecilkan hati atau mengguris perasaan mana-mana pihak dan beliau tidak mempunyai apa-apa niat terselindung.

"Saya juga tidak pernah menyoal hak orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya sambil mendakwa pihak media elektronik dan akhbar tersalah tafsir kenyataannya.

Manoharan mendakwa, kenyataannya berhubung isu songkok dan Bumiputera adalah pandangan peribadi mengenai konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya amat menghormati baju kebangsaan kita, termasuk songkok," katanya.

Pada 8 Julai lalu, Manoharan dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang beliau enggan memakai songkok dan berbaju kebangsaan walaupun menghadiri majlis rasmi dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Manoharan berkata, beliau tidak akan memakai pakaian yang beridentiti atau bercirikan keMelayuan sebagai protes terhadap kerajaan yang enggan memberi status Bumiputera kepada bukan Melayu.

Kenyataan beliau itu dibantah banyak pihak terutama orang dan pertubuhan Melayu kerana dianggap menghina orang Melayu, pakaian kebangsaan dan menghasut.

Susulan itu, GPMS pada Ahad lalu membuat laporan polis terhadap Manoharan kerana berpendapat bekas tahanan ISA yang dibebaskan 9 Mei lalu itu mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Reezal Merican dalam sidang media selepas menerima surat itu berkata, GPMS menerima permohonan maaf Manoharan tetapi tetap dengan pendirian untuk tidak menarik balik laporan polis dibuat terhadap wakil rakyat itu.

2 comments:

  1. Masukkan saja Manoharan ke Kamunting.Dia lansung tidak menghargai erti kebebasan dan kasih sayang anak isterinya. Dakwaannya itu cukup menunjukkan dia seorang yang anti melayu,menentang perlembagaan negara dan raja-raja melayu ,juga anti Islam .Bahaya orang macam ni.Simpan balik dia ni.

    ReplyDelete
  2. Sudah dibagi betis nak peha. Sedarlah diri sikit dah dapat kerakyatan tidak berterima kasih, dah tu nak status bumiputra pula. Ini lah dia sikap ADUN PR, otak cair.

    ReplyDelete