Friday, June 26, 2009

SHAH RUKH KHAN HINA NABI MUHAMMAD?

Akhirnya media juga yang disalahkan. Tersalah petik!

Isu salah petik bukan membabitkan pemimpin dan tokoh politik sahaja. Ia turut membabitkan bintang filem.

Bukan di Malaysia sahaja perkara ini berlaku tetapi di India, ia melibatkan pelakon pujaan ramai – Shah Rukh Khan (Datuk) - sekurang-kurangnya benua Asia dan Eropah.

Shah Rukh Khan terheret ke lembah kontroversi apabila kata-katanya tentang Nabi Muhammad SAW dikatakan telah disalah tafsir dan dicetak sedemikian rupa oleh sebuah majalah “Time’n Style Luxury.”

Pihak majalah telah cepat-cepat mengeluarkan satu kenyataan bagi meredakan suasana panas dari terus bergolak akibat dari salah lapor majalah itu.

Perenggan dalam artikel itu sepatutnya berbunyi begini dan bukan seperti yang tercetak...." kata kenyataan majalah itu.

“Siapakah yang anda anggap tokoh paling impresif dalam sejarah?

"Ramai sekali, tapi ada di antara mereka agak negatif imej mereka seperti Hitler, Napoleon dan Winston Churchill dan mereka ini adalah tokoh sejarah. Kemudian ada Nabi Muhammad dan yang terkini Nelson Mandela. Ada juga yang 'agak baik' seperti Gandhiji dan Mother Teresa.’”
Menurut aktor yang bergelar Datuk (Melaka) itu, beliau disalah petik oleh wartawan yang menemuramahnya.

Isu 'menghina' Nabi itu menjadi begitu serius sehinggakan beberapa blog di negara kita turut memperkatakannya.

Sebuah blog mengulas, “Onar apalah pulak yang dimainkan oleh si Datuk (Melaka) Shahrukh Khan ni, duduk rumah besar, bini comel, karier masih boleh tahan, tak tau bersyukur rupanya. Sanggup dia perkecilkan Nabi Muhammad SAW sambil membandingkan baginda dengan Adolf Hitler dan Winston Churchill

Fuh...memang tak takut tuhan dia ni, pengaruh filem hindu kot atau dia masih dalam khayalan sebagai hero yang tak mati walaupun dibedil, tapi kena ingat panah petir pun boleh terjadi walau masa tiada hujan. Tuhan maha berkuasa beb.

Semua ni pasal dia celupar ketika ditemubual sebuah majalah, mendakwa bahawaNabi Muhammad SAW merupakan salah seorang tokoh yang paling tidak berpengaruh sepanjang sejarah dunia, malah tidak setanding dengan populariti Adolf Hitler dan Winston Churchill.

Menurut blogger Pendikar Gunung Kriang mencatatkan: “Sebuah madrasah agama Islam di India telah mengkritik dan mengeluarkan fatwa terhadap bintang Bollywood terkenal Shahrukh Khank kerana kenyataannya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.

"Seseorang yang membuat ucapan seperti Shahkhrukh Khan itu adalah kafir dan keluar dari Islam," kata fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Muhammad Shoib Raza Qadri dan Mufti Mutiur Rahman dari Madraasah Darul Ulum Mazharil Islam., India.

"Dalam sebuah negara Islam, seseorang yang membuat komentar seperti itu harus mempertanggung jawabkan kenyataanya dengan dibunuh. Pernikahan Shahrukh Khan juga tidak sah dan status keIslamannya menjadi batal dan jatuh kafir serta dia tidak boleh dikebumikan dalam tanah perkuburan kaum Muslimin. Orang seperti itu harus segara bertaubat dan meminta maaf untuk kembali ke dalam Islam," kata fatwa tersebut.

Shahrukh Khan sendiri meskipun beragama Islam namun dirinya beristeri seorang penganut agama Hindu.”

Dilaporkan, sebuah laporan polis dibuat di Stesen Polis Bandra oleh beberapa pihak yang tidak puas hati.

Pihak Mumbai Aman Committe juga telah membuat laporan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Shah Rukh Khan dalam majalah itu.

Pejuang-pejuang Islam dan fundamentalis agama di bandar Mumbai juga tidak dapat memaafkan 'kesilapan' Shah Rukh kali ini dan bangkit memprotes apa yang dihamburkan oleh Shah Rukh dalam majalah tersebut.

Desakan demi desakan supaya dikenakan tindakan ke atas bintang terlaris Bollywood ini semakin memuncak hinggakan mengheret tokoh-tokoh agama, ulamak serta mufti-mufti yang warak tentang hukum agama untuk mengeluarkan fatwa mereka.

Antara tokoh agama yang terpaksa memberi kenyataan ialah Maulana Shahbuddin dari Markazi Darul Ifta, Ashraf Usmani dari Darul-Uloom Deoband dan Mufti terkenal bernama Maulana Yaseen Misbahi. Merek terus-terusan didesak untuk keluarkan fatwa terhadap apa yang dinyatakan oleh Shah Rukh Khan itu.

Mujurlah, kesemua tokoh agama itu mempertahankan Shah Rukh dan membuat kenyataan balas bahawa "apa yang tercetak dalam majalah itu hanyalah satu salah faham. Kita tidak perlu keluarkan fatwa atas satu kenyatan media yang salah. Jadi soal keluarkan fatwa tidak timbul sama sekali."

Bagi menamatkan kontroversi yang sedang meruncing dari berlanjutan, Shah Rukh telah meminta sidang redaksi majalah itu membuat klarifikasi dengan segera untuk menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Menurut laporan, orang paling risau sekali di tengah kehangatan kontroversi ini ialah pengarah Karan Johar. Ini adalah kerana dia sedang sibuk menghabiskan filem yang ada unsur Islam iaitu 'My Name is Khan' yang turut dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol.

Kontroversi ini menyebabkan Karan terpaksa membuat kajian semula tentang subjek Islam yang cuba diterokanya.

No comments:

Post a Comment