Monday, March 2, 2009

UMNO AKAN KE MAHKAMAH?

Permainan dah bermula!

Sebelum ini ada pihak meningatkan saya bahawa Datuk Seri Mohd Najib Razak TIDAK AKAN DAPAT MENJADI PERDANA MENTERI, setidak-tidaknya Mac ini.

Walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah memberi jaminan akan melepaskan jawatan kepada Najib tetapi perkembangan esok, jam 1 tengahari akan menjawab sega-galanya.
Satu sms daripada seorang rakan – WIP – menggembarkan.

Saya terus menghubungi beberapa pemimpin UMNO. Ada yang mengatakan YES, dan ada pula yang tidak tahu.

Apakah bunyi SMS berkenaan?

“Esok Selasa – 3 Februari 09, jam 1 pm satu sidang media untuk mendapatkan INJUKSI/PERINTAH mahkamah bagi menangguhkan Pemilihan Agung UMNO 09 akan dipimpin oleh Dato................., adakah kerana mahu mempertahankan Pak Lah & menidakkan Najib atau adakah kerana Ku Li. Apa yang pasti, UMNO akan ke mahkamah sekali lagi, Kita tunggu esok.”

Jika benarlah apa yang dikatakan ini, negara akan menghadapi satu lagi krisis politik.
Sudah pasti keadaan ini akan mengeruhkan lagi suasana politik negara dan memberikan keuntungan sedikit sebanyak kepada pembangkang.

Mainan dan pakatan siapakah ini?

Kemelut politik seperti ini akan menjadikan UMNO sebagai parti yang bukan sahaja mendapat ancaman dari luaran tetapi dalaman.

Apakah UMNO perlu proses ‘penyucian’ seperti 1988?

Apakah UMNO akan berada dalam ‘kegawatan’ seperti 1999?

Atau apakah UMNO akan menjadi parti minority mulai 2009 hanya kerana perebutan menjadi Perdana Menteri?

Apa pun interesting juga untuk melihat bagaimana Abdullah dan Najib menghadapi krisis ini.

Apakah ia secara bersama atau berasingan?

Tunggulah!

4 comments:

  1. Inilah dikatakan politik seribu kemungkinan boleh berlaku..!! Salah siapa,Pas,Keadialan dan Dap? Biarlah peralihan kuasa berlaku pada waktu yang sesuai.Maksudnya beri peluang pada Pak Lah memimpin pada hujung PRU 13.Seperti mama dibuat pemimpin yang lalu.Maka tidak timbulah perpecahan dalam Umno kerana ada pihak-pihak dari akar umbi yang tidak setuju.Jangan salahkan UMNO tapi organisasi.

    ReplyDelete
  2. Wariq!!Ini lah yang saya sifatkan gara-gara 'sibebal yang tidak sabar'.
    Ikut nafsu bukan ikut akal.
    Kalah dalam PRU Pak Lah sorang yang dipersalahkan.Patut semua kena pikul beban.Logiknya Pemuda dan Puteri patut kena tenyeh betul-betul.Mereka tidak dapat menarik penyokong muda.Mereka ni lah yang mengawatkan UMNO.

    ReplyDelete
  3. Salam,, Off topik sikit,, sejak mso link semula blog hambali?

    ReplyDelete