Wednesday, March 18, 2009

BANYAK BELUM TERJAWAB

Persoalan awal sudah terjawab. Lembaga Disiplin UMNO sudah memutuskannya.
Tetapi dah jadi dengan lebih kurang 870 aduan lagi?


Saya terima sms daripada seseorang menggelarkan dirinya sritribuana. Saya rasa pengirim ini seorang pemimpin UMNO yang menjadi ‘mangsa’ akibat perlakuan rasuah politik di bahagiannya.

Persoalan beliau ialah:

Hasil mahsul keputusan Lembaga UMNO telah dengan sendirinya mengamit beberapa persoalan;

1.Dah selesai kah semua 900 aduan?

2. Hukuman dan mangsa-mangsa LDP semacam selektif sahaja? Sebabnya ialah, kesalahan sama,satu dilarang bertanding,yang satu lagi amaran. Tidak kah itu 'double standard' namanya? Menampakkan UMNO mengamal budaya ANTARA DUA DARJAT.

3. Apabila LDP mendapati ada elemen politik wang dan memperakuinya melalui hukuman(verdict)tak kira samada kena gantung atau amaran tak boleh bertanding dan amaran boleh bertanding(kelamkabut bentuk keputusannya)bermakna elemen rasuah sudah wujud.Sepatutnya LDP kena serahkan atau membuat lapuran kepada SPRM untuk diambil tindakan selanjutnya.

Persoalan juga ialah apakah satu kesalahan apabila ada elemen rasuah berlaku, orang yang mengetahuinya tidak melaporkan kepada SPRM. Melindungi Rasuah namanya tu.

Kata sritribuana, sedih melihat Ku Din nampak macam stress ‘gila’.

“Nampak macam ada sesuatu tekanan. Dari segi saikologi, itu lah potret seorang professional yang tertekan.Berada dipersimpangan samada melaksanakan keadilan atau membaca keputusan yang telah dirancang. YM Ku Din bukan seorang pelakun handalan macam penasihat undang-undang yang disebelahnya tu,” kata pengirim sms itu.

Bagi saya, yang menarik daripada apa juga keputusan Lembaga Disiplin ialah apa pun bagi kes-kes yang terlepas(tidak sangkut) Lembaga Disiplin juga harus memberi penjelasan dengan terperinci.

Ini bagi membolehkan ahli-ahli UMNO mengambil tindakan menyaman pelapur atas 'tuduhan palsu'.

Pelapor-pelapor dengan 'tuduhan palsu' boleh dibawa ke Mahkamah kerana;

1.Mengaibkan si kena tuduh.

2.Mngelirukan ahli-ahli UMNO dari bahagian berkenaan

3.Ahli-ahli UMNO mempunyai 'locus standi'untuk membersihkan nama baik bahagian.

4.Menghindarkan daripada ahli-ahli UMNO membuat sesuatu tuduhan berdasarkan fitnah,hasad dengki dan seumpamanya berleluasa dimasa hadapan.

5.Pelapur-pelapur palsu ini harus dinyahkan daripada UMNO kerana telah membawa budaya yang boleh menghancurkan UMNO.

Tugas dan tanggungjawab 'pelapor palsu'lah membuktikan kebenaran laporan mereka di mahkamah kelak.

Dan sekirannya 'pelapur palsu’ ini dapat membuktikan dimahkamah bahawa laporan mereka adalah benar dan mahkamah juga memutuskan ada kebenaran,vmaka Lembaga Disiplin harus bertanggungjawab kerana menjalankan tugas dengan cuai yang disengajakan.

Lembaga siasatan disiplin UMNO sewajarnya dikenakan siasatan oleh SPRM.

Apa komen pembaca dan pelayar?

1 comment:

  1. Pendapat yang popular sekarang ini ialah,UMNO tidak mampu membuat pembaharuan. Kebanyakkan pemimpin-pemimpinnya terlalu mementingkan diri sendiri.

    Secara ringkas jika parti ini ingin terus relevan dalam politik negara, ia harus menginstitusikan semula demokrasi dlm parti dan menghapuskan sepenuhnya rasuah politik dlm parti.Ini hampir-hampir mustahil kerana kebanyakan pemimpin atasan UMNO adalah TIDAK BERSIH!!!
    Perlembagaan Parti ialah suatu karya agung bagi satu-satu pertubuhan.Ia adalah penyelamat tetapi apabila ia hanya dirujuk secara selektif ia semacam ‘time-bomb’. Sejarah telah menulis kejatuhan sesuatu bangsa atau mana-mana temaddun ialah kerana gagal mematuhi peraturan.UMNO sudah memiliki ciri-ciri ketidakpatuhan kepada perlembagaan sendiri.
    Suasana UMNO sekarang semacam orang demam kepialu. Sesekali terdengar mericau, sesekali terdengar mengerang. Dalam mericau dan mengerang ini sesekali rasa hendak tergelak pula. Dahsyatnya bahang kepialu.
    Jika kepialu panasnya melebihi had, maka kehangatan politik juga menunjukan sudah melebihi had. Seperti kata Tan Sri Musa Hitam baru-baru ini, Umno sudah lama. Sudah tua. Orang tua tentu sudah nyanyuk. Di antara tabiat nyanyuk ialah mericau dan bercakap tak ketahuan kepala ekur.

    Ada 3 perkara yang melucukan dalam kelamkabut kepialu politik dan percaturan sekarang. Kita tidak mengikut ‘skill’ dan tidak mengikut matematik yang betul. Kita rasa jika semua orang politik mengambil iktibar dan belajar dari matematik itik tentunya tidak kelihatan mericau dan nyanyuk seperti sekarang ini.

    1. Sang itik walaupun berpuluh ekur, apabila balik dari sawah ketika hampir senja, matematiknya tetap terpelihara. Cuba lihat itik-itik ini. Tak seekur pun mendahului yang lain. Tak seekurpun keluar barisan. Sangat tertib lengguk keteknya walaupun lambat. Jika seekur melangkah batu, yang di belakangnya tetap juga melangkah batu.

    2.Matematik itik, jika ada orang mahu mengkaji, sepanjang mana pun barisannya, jarak antara seekur dengan seekur tetap sama. Nyatalah itik-itik yang dijadikan Allah ini mempunyai peraturan. Tidak ada yang tua mahu dahulu dan tidak ada pula yang muda minta didahulukan.

    3.Matematik itik juga menepati waktu. Tidak ada dalam perkiraan minit dan jam mereka terlewat hendak masuk reban. Pembelanya tidak perlu risau. Cukup waktu sampailah dia.
    Alangkah bagusnya jika warga UMNO kita bermatematik seperti itik. Tidak ada yang cemburu, tidak ada yang mahu mendahului, yang tua walaupun di belakang, dia tetap patuh kepada jarak lengkahnya dengan yang hadapan, manakala yang belakangnya tetap tidak menyepak kaki kawannya yang hadapan.

    Alangkah indahnya jika orang kita seperti itik pulang petang. Senyap-senyap balik, beratur dengan jarak yang ditentukan. Sampai reban masuk. Esok masing-masing bertelur untuk menunjukan hasil mahsulnya.

    Tetapi sekarang kebanyakannya ayam. Nak bertanding tawar diri, seolah-olah ‘aku’ lebih layak dari orang lain. Berkokoklah seluruh negara.TETAPI ekur bergelumang "SHIT"

    'HOPE FOR THE BEST AND BE PREPARED FOR THE WORST'
    GOOD LUCK UMNO!

    ReplyDelete