Saya menerima e-mail ini daripada seorang insan bernama Maznah Haji Harun
ASSALAMUALAIKUM.
PEMIMPIN HIZBULLAH, SYED HASSAN NASRALLAH MEMINTA SELURUH MUSLIM UNTUK MELAFAZKAN SURAH AL-FATH AYAT 26-27:
إِذۡ جَعَلَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِى قُلُوبِهِمُ ٱلۡحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ فَأَنزَلَ ٱللَّهُ سَڪِينَتَهُ ۥ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَعَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَأَلۡزَمَهُمۡ ڪَلِمَةَ ٱلتَّقۡوَىٰ وَكَانُوٓاْ أَحَقَّ بِہَا وَأَهۡلَهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمً۬ا (٢٦) لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡيَا بِٱلۡحَقِّۖ لَتَدۡخُلُنَّ ٱلۡمَسۡجِدَ ٱلۡحَرَامَ إِن شَآءَ ٱللَّهُ ءَامِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمۡ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَۖ فَعَلِمَ مَا لَمۡ تَعۡلَمُواْ فَجَعَلَ مِن دُونِ ذَٲلِكَ فَتۡحً۬ا قَرِيبًا (٢٧)
DAN SURAH YUNUS AYAT 85 DAN 86
فَقَالُواْ عَلَى ٱللَّهِ تَوَكَّلۡنَا رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا فِتۡنَةً۬ لِّلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٥) وَنَجِّنَا
بِرَحۡمَتِكَ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِينَ (٨٦
DAN SURAH YUNUS AYAT 88 PADA MALAM INI DAN SETIAP KETIKA
وَقَالَ مُوسَىٰ رَبَّنَآ إِنَّكَ ءَاتَيۡتَ فِرۡعَوۡنَ وَمَلَأَهُ ۥ زِينَةً۬ وَأَمۡوَٲلاً۬ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِكَۖ رَبَّنَا ٱطۡمِسۡ عَلَىٰٓ أَمۡوَٲلِهِمۡ وَٱشۡدُدۡ عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُواْ حَتَّىٰ يَرَوُاْ ٱلۡعَذَابَ ٱلۡأَلِيمَ (٨٨)
TOLONG BACA DAN SEBARKAN AGAR ISRAEL LAKNATULLAH HANCUR.
MALU KITA KEPADA ALLAH, JIKA MASIH TAK MAMPU MENGHULURKAN SELEMAH-LEMAH BANTUAN INI KEPADA SAUDARA SEAGAMA.
HARAP DAPAT SEBARKAN.
Lalu teringatlah saya kepada ribuan orang yang menyertai protes di kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat (9 Januari 2009) semalam.
Laporan Malaysiakini menyebut, ribuan orang berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak tengahari tadi sebagai membantah serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
Menurut saksi, kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan dari bangunan Tabung Haji - yang terletak tidak sampai satu km dari kedutaan Amerika - selepas solat Jumaat.
Perarakan tersebut dianjurkan oleh Gabungan NGO Prihatin yang turut disertai oleh penyokong parti PAS.
Di sepanjang jalan, mereka melaungkan slogan anti-Amerika dan anti-Israel.
Di Masjid Negara Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap kepada kira-kira 500 orang mengutuk serangan Israel di Gaza.
Beliau berulangkali mendesak supaya diboikot barangan Amerika dan matawang mereka.
"Rakyat mesti memboikot McDonalds dan Starbucks selama sebulan," katanya.
Di perhimpunan tersebut, Persatuan Pengguna Islam Malaysia turut melancarkan kempen memboikot barangan Amerika.
Sementara itu delegasi PAS 15 orang yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kemudiannya menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika.
Mereka mensasarkan kedutaan Amerika kerana negara itu merupakan rakan sekutu Israel. Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan oleh itu, negara Yahudi itu tidak mempunyai kedutaan di sini.
Di Kampung Baru, menurut Malaysiakini, kira-kira 200 orang berhimpun selepas solat Jumaat dan solat hajat di Masjid Kampung Baru sebagai membantah serangan Israel ke atas Gaza.
Mereka meluahkan kemarahan mereka dengan membakar bendera Amerika dan Israel di simpang empat, berhadapan dengan bangunan masjid tersebut.
Kumpulan tersebut sebahagian besar terdiri daripada anggota Pemuda Umno dari bahagian Titiwangsa.
Mereka memulakan perhimpunan tersebut selepas solat Jumaat dan solat hajat. Ia diketuai oleh ahli jawatankuasa Pemuda bahagian, Mohamed Muizz Shadik Mohamed.
"Kita mengutuk kekejaman Israel. Kita mesti timbul kesedaran mengenai serangan mereka (di Gaza)," tambahnya.
Beliau turut menggesa rakyat supaya memulaukan barangan Amerika.
Turut menyertai perhimpunan tersebut NGO, antaranya Persatuan Setiakawan dan Persahabatan Malaysia-Palestin dan Gerak Keramat Bersatu.
Mereka kemudiannya bergerak menuju ke jalan utama - Jalan Raja Abdullah - di mana mereka membakar dua bendera Israel dan satu bendera Amerika - mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas hampir 10 minit.
Orang ramai kemudiannya bergerak balik semula ke perkarangan masjid sebelum bersurai.
Tiada anggota polis yang berpakaian seragam kelihatan di situ.
Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Naib Ketua Pemuda Umno Titiwangsa, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bertindak menutup selama seminggu KFC, Starbucks dan McDonalds - semuanya merupakan syarikat Amerika.
No comments:
Post a Comment