(Bahagian Pertama)
Bukan keadaan politik dalam negara tetapi pertelingkahan siapa dalam PAS yang wajar menggantikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Itulah sebenarnya yang berlaku di Kelantan ketika ini menyebabkan Nik Aziz tidak berani melepaskan jawatan.
Beliau cuba melindungi masalah sebenar di Kelantan – perebutan jawatan di kalangan orang kepercayaannya.
Tepat dan betul apa yang dikatakan oleh Nik Aziz bahawa keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun.
Juga benar kata-katanya sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian.
Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti.
Hakikatnya siapa berani mendesak supaya ada peralihan kuasa di Kelantan, termasuklah Datuk Husam Musa yang kesekian lama mengidamkan jawatan itu?
Semuanya sudah menunggu sejak lebih dua tahun lalu apabila Nik Aziz mula tidak sihat dan beliau pun menyatakan hasratnya mahu bersara.
Cerita kononnya Husam akan menggantikan bertiup kencang dua atau tiga tahun lepas tetapi kini reda, lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz seakan-akan ‘mahu menongkat langit’.
Bagi Husam, sekiranya beliau mendapat jawatan itu, peluangnya untuk meningkat dalam PAS lebih cepat, dan bukanlah sesuatu yang mengjengkelkan sekiranya beliau menjawat Menteri Besar Kelantan dan bertanding Presiden PAS.
Kerana itu beliau berusaha merapatkan diri dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan harapan berpeluang menjadi Menteri untuk membolehkannya menonjolkan imejnya untuk ‘melayakkannya’ menentang jawatan Timbalan dan kemudian Presiden PAS.
Namun, jika mendapat jawatan Menteri Besar, beliau akan beroleh kedudukan yang lebih meyakinkankan dan bonus baginya.
Lihatlah kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu – ada pangkat dan pengaruh – kerana itu mudah dilantik sebagai Presiden PAS.
Kini apabila PAS Terengganu kalah, ada pemimpin yang sudah menonjolkan diri untuk melanggar beliau. Mungkin Husam sendiri!
Ketika ini jelas Husam yang sudah kurang mendapat kepercayaan Menteri Besar dan ada beberapa calon lain yang turut menawan hati Nik Aziz, beliau terpinggir sedikit.
Kuasanya mempengaruhi Nik Aziz banyak disekat dan dengan laporan rasuah dan penyelewengan terhadapnya ‘mengurangkan sedikit markah’ untuk membolehkannya menjadi satu-satunya orang yang layak menggantikan Nik Aziz.
Cara Nik Aziz menjawab dengan mengatakan “Tiada sampai ke telinga saya setakat ini (desakan) untuk berbuat demikian (berundur) disebabkan saya selalu uzur. 'Kalau betul ada orang Pas mahukan saya undur, saya undur selalu (sekarang), petang ini juga saya buat. Dah lama saya nak buat begini (berundur) tapi orang tak bagi," menggambarkan juga pertelingkahan antara kumpulan yang menyokong Nik Aziz dan yang berhasrat (bukan cara terbuka mendesak) agar ‘orang tua’ itu berundur cepat-cepat.
Nik Aziz kononnya ada kalangan pemimpin Pas yang mahukan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berundur tetapi tidak berani menyatakan secara terbuka.
Soal beliau bakal berundur dan siapa bakal penggantinya sudah beberapa kali mencetuskan isu termasuk semasa pilihan raya umum Mac lalu.
Menurut Nik Abdul Aziz, selain desakan agar beliau tidak berundur, ada beberapa faktor lain yang masih menjadi halangan baginya untuk melepaskan jawatan itu.
Kata-kata Nik Aziz bahawa ‘'Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur dan mengaitkan dengan pimpinan UMNO sekarang yang beliau ibaratkan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal,” hanya penyedap rasa.
Kenyataan itu bagaikan ‘pencecah budu’ ketika makan ikan singgang. Atau letak sambal belacan dan mentimun sahaja sedangkan nasi panas dengan ikan singgang dah cukup.
Nik Aziz bercakap betul dengan berkata apabila UMNO sudah tidak kuat lagi baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi," ujarnya.
Persoalannya bila UMNO tidak kuat di Kelantan? LIhat sahaja kepada perbezaan undi, ia tidak banyak dan UMNO di Kelantan jelas turun baik.
Kalah teruk pada 1999, memang dengan hampir menumbangkan PAS pada 2004 dan kini ada lima kerusi DUN sahaja di Kelantan.
Nik Aziz tahu jika kepimpinan baru UMNO di Kelantan melakukan sesuatu yang baik di mata rakyat – pengaruh PAS akan merudum semula.
Juga Nik Aziz sendiri mengakui sukar mencari pengganti kerana wujudnya perebutan apabila beliau mengatakan tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.
''Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti. Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan.
Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan,” kata beliau yang menggambarkan betapa jelas wujud perebutan jawatan berkenaan.
Orang UMNO dan orang PAS di Kelantan tahu bahawa Nik Aziz ada ‘blue eye boy’ yang lain –Nik Mohd Amar Nik Abdullah iaitu ‘anak Pok Nik Lah ’ dan ayahnya sahabat baik Nik Aziz - kini Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah dan sebelum ini ialah Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi negeri, adalah saingan Husam paling ketat untuk jawatan Menteri Besar.
Mohd. Amar, 49, sering disebut sebagai calon yang layak menggantikan Nik Aziz ketrana pengalamannya sebagai pensyarah yang berlatar belakang pengajian Islam dan dianggap ulama muda dan pernah memenangi kerusi Parlimen Pengkalan Chepa pada 1995.
Pemilihannya bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Panchor pada 2004 dianggap menyediakannya sebagai pemimpin pelapis.
Nik Amar pada Februari lalu menepis tanggapan sedemikian apabila namanya sentiasa dikaitkan sebagai pelapis kepada kepimpinan Pas Kelantan dan menganggap desas-desus dalam politik suatu yang lumrah.
Selain itu, jika Nik Amar dipilih, di mana mahu diletakkan Timbalan Menteri Besar sekarang iaitu Ahmad Yaacob yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah?
(Ikuti bahagian kedua esok)
Usaha Umno untuk bergabung dengan PAS tidak berhenti sekerat jalan dulu. Kini dengan isu di Selangor, media perdana sudah mula membuka gelanggang basinya untuk memecahkan Pakatan Rakyat dan menggoncang kerajaan PAS Kelantan. Apakah masih ada lagi hajat beberapa orang pemimpin PAS yang nak bergabung dengan Umno? Pergabungan itu kononnya untuk mengukuhkan Melayu! Tapi pergabungan bukan saja berlaku dengan Umno ianya secara tidak langsung dengan BN.
ReplyDeleteAda lagi fikiran Dato Asri dalam kepala pemimpin Pas masa kini untuk jadi Menteri dan MB?
Apa pun tindakan yang keputusan yang dibuat atas nama Islam dan Melayu, kita harus fikirkan masak-masak.
ReplyDeleteTak salah bergabung untuk kebaikan islam dan Melayu itu sendiri, lainlah kalau kita mmeperjuangkan Islam tetapi dalam masa yang sama, kita membenarkan diri kita untuk membina ladang babi moden di kawasan kita.
Ns dengan Melaka yang diperintah oleh Kerajaan BN berpuluh tahun buka ladang babi. Sampai lahir penyakit Nipah! Kerana ladang-ladang yang tidak sistematik.
ReplyDeleteKalau Khir Toyo buat ladang babi, semua pengampu Umno kata yes! Best!
Ini namanya pembodek!