Sunday, November 30, 2008

PKR - ANTARA MIMPI DAN REALITI

(Sembang Ahad)

Ahli falsafah Greek, Aristotle berkata, ‘hope is a waking dream’.
Sama ada harapan atau mimpi, ia hampir sama. Itulah yang sedang didokong oleh pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam usaha membentuk kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional (BN).

Sehingga tamat Kongres Nasional Tahunan Keadilan 2008 hari ini, punca dan sebab kegagalan rancangan916 (pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat dan menggulingkan Kerajaan Barisan pada 16 September lalu) gagal diperjelaskan kepada rakyat, hatta penyokog Keadilan dan sekutunya dari PAS dan DAP.

Kongres tiga hari (28-30 November 2008) bermula Jumaat lalu bertema Harapan Baru itu adalah yang pertama oleh PKR selepas pilihan raya lalu, atas kesedaran perlunya untuk menterjemahkan kuasa rakyat yang disaksikan dalam pilihan raya umum lalu kepada kuasa perubahan yang jitu ke arah Malaysia yang adil dan demokrasi.

PAS bagaikan menekan Pensihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila melalui suara rasminya, Harakahdaily, 26 Oktober 2008 lalu yang memetik pandangan seorang pensyarah meminta KPKR perlu memberikan penjelasan berhubung kegagalan pelan 16 September yang dicanangkan kepada umum pada kongres kali ini.

Pensyarah sains politik sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang enggan dikenali berkata, parti tersebut perlu membuat penjelasan mengenai kegagalan tersebut bagi menjaga sokongan masyarakat umum khususnya para pengundi pembangkang yang berharap ia menjadi kenyataan.

"Mereka mempunyai sokongan dan kepercayaan pengundi khususnya yang amat berharap akan berlaku perubahan selepas kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, dan apabila 16 September gagal apa alternatif baru," katanya.

Tambahnya lagi, PKR perlu mencari dan membentuk formula pembentukan sebuah kerajaan selepas meneliti kelemahan kerajaan Umno-BN yang memerintah negara ini sejak 51 tahun lalu.
Bukan pensyarah ini sahaja yang berpandangan sedemikian tetapi juga seluruh ahli PKR dan ahli parti gabungan Pakatan Rakyat kerana ketika menyatakan kemungkinan membentuk kerajaan baru – 916 – Anwar dan beberapa pemimpin PAS begitu yakin akan berjaya.

Kini pemimpin seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Husam Musa dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada bagaikan ‘tikus dalam beras’ dan tidak boleh angkat muka kerana terpengaruh dengan janji-janji Anwar.

Dan Anwar sendiri pun nampaknya semakin jelas tidak lagi berani ‘menabur janji’.
Di pihak PKR, ternyata mereka terus berdolak dalih mengenai pembentukan kerajaan campuran baru selepas tarikh 16 September tidak menjadi kenyataan. Apabila ditunda kepada beberapa tarikh selepas itu, ia juga tidak menunjukkan sebarang tanda kerajaan BN akan tumbang.

Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Wanita Nasional Keadilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ke-5 di Stadium Malawati, di Shah Alam kelmarin juga gagal memberikan jawapan kepada kegagalan itu.
Dr Syed Husin Ali sendiri menjangkakan perkara itu akan dijelaskan tokoh utama PKR itu dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam kongres tahunan kelima parti itu selama dua hari.

Semalam, ternyata Anwar juga tidak menjelaskan punca kegagalannya menukar kerajaan persekutuan, atau "projek 16 September", walaupun beliau dijangka mengulas panjang isu itu seperti dinanti-nantikan banyak pihak dalam kongres pertama PKR selepas pilihanraya umum Mac lepas.

Akibat kegagalan tersebut, media menuduh Anwar berbohong dan ada ahli-ahli PKR dalam pergerakan Wanita dan Angkatan Mudanya yang percaya dengan dakwaan sedemikian, kata Dr Syed Husin.

Dalam menepis kononnya tidak ramai yang mempercayai kegagalan yang dikatakan dipropaganda oleh media arus perdana, Dr Syed Husin bagaimanapun mengakui apabila mengatakan: “Malangnya saya lihat ada juga segelintir paling kecil anggota PKR, termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta Wanita PKR, yang termakan oleh propaganda murahan ini," katanya.

Lebih mengejutkan, selepas gagal memberikan alasan kukuh terhadap kegagalan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat, Dr Syed Husin menambah satu lagi teori omong kosong dengan menyatakan penubuhan kerajaan campuran mungkin hanya boleh dicapai selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 atau mungkin lebih awal.

Apa yang boleh dikatakan oleh PKR kini ialah 16 September yang dijanjikan Anwar selepas pilihan raya lalu hanya permulaan kepada usaha atau proses menubuhkan kerajaan campuran baru.

"Kami tidak akan bercakap banyak mengenai perkara ini tetapi lebih memberi tumpuan kepada menjalankan kerja untuk mencapainya.

"Saya mahu Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat perubahan bagi memperkasakan parti dan bersedia menghadapi sebarang perubahan besar pada masa depan," kata Dr Syed Husin pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Wanita Nasional Keadilan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) ke-5 di Stadium Malawati, di Shah Alam kelmarin.
Semalam Anwar terpaksa mengakui projek itu "belum berhasil". Bagi Anwar peralihan kuasa bagi PKR bukan percaturan politik peribadi.

“Peralihan kuasa bagi kita adalah menegakkan suatu sistem yang adil, media yang bebas, badan kehakiman yang bebas, polis yang profesional, pimpinan yang tidak rasuah dan tamak haloba menekan rakyat. Itu maksud peralihan kuasa. Dan peralihan kuasa belum berhasil pada 16 September,” katanya.

Ironinya, pada ketika tidak mampu menyediakan jawapan kepada punca kegagalan rancangan 916 itu, Dr Syed Husin menegaskan sebilangan besar rakyat, dan hampir semua anggota parti dalam Pakatan Rakyat tetap mengharapkan projek itu menjadi kenyataan setidak-tidaknya dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau berkata Anwar becakap benar tentang bilangan Anggota Parlimen yang hendak berpindah itu cukup sebagai jawapan terhadap tuduhan terhadap pemimpin Pakatan - Anwar berbohong tentang bilangan ahli-ahli parlimen BN yang hendak melompat kepada gabungan pembangkang bagi menumbang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Apapun, ada penjelasan daripada Dr Syed Husin mengenai faktor yang menyebabkan "perpindahan kuasa belum dapat dilaksanakan".

1. Ramai telah memberi surat pengakuan atau menyediakan surat sumpah akan berpindah. Namun ada yang takut (mereka) mungkin disekat apabila diperlukan bangun dalam Parlimen untuk membuktikan sokongan kepada sebarang usul yang dikemukakan pihak Pakatan.

2. Ahli-ahli parlimen menerima tekanan dan ugutan yang kuat, antaranya daripada polis Cawangan Khas (SB) yang "sepanjang masa bertunggu bertangga mengawasi segenap pergerakan mereka (ahli parlimen BN)".

3. Cubaan pemimpin Pakatan hendak bertemu perdana menteri bagi meminta sidang khas Parlimen diadakan bagi membincang dan memutuskan pelan perpindahan kuasa itu sentiasa ditolak.

Ternyata, kegagalan perpindahan kuasa belum dapat dilaksanakan oleh PKR dan Pakatan Rakyat menurut Dr Syed Husin disebabkan oleh hambatan dan halangan ini tanpa melihat kepada kesetiaan anggota BN sendiri kepada parti mereka.

Rupa-rupanya pemimpin PKR masih lena dalam mimpi apabila tidak dapat menerima hakikat bahawa Ahli Parlimen BN khususnya dari Sabah tidak akan termakan ‘gula-gula’ yang ditabur oleh PKR.

Malah, dengan mengatakan mereka ini takut dakan disekat untuk menyokong usul oleh Pakatan juga memperkecilkan kewibawaan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Seperti ditegaskan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal baru-baru ini, pemimpin dari Sabah bukan ‘budak-budak’ yang boleh diperkecil dan diperlekehkan kononnya mereka ‘mata duitan’.

Pemimpin UMNO dan BN Sabah melihat kepentingan rakyat negeri itu yang perlu dijaga dan sejauh ini Kerajaan Pusat tidak pernah melupakan mereka.

Pada ketika PKR baru menjanjikan akan menawarkan ‘habuan’ kepada pemimpin dan rakyat, Kerajaan Persekutuan sudah melakukan sebaik-baiknya untuk rakyat Sabah dan Sarawak sejak September 1963.

Yang pasti, jelas apabila Anwar tidak mengadakan sidang media selepas menyampaikan ucapannya, dia bagaikan takut untuk ditanya mengenai ‘pembohongan’ projek 916 itu.

Beliau disebut-sebut mengulas isu ini dalam ceramahnya malam semalam di Stadium Melawati.
Yang boleh dilakukan Anwar ketika berucap di kongres PKR itu, dia mengulangi retoriknya bahawa pemimpin Umno "terus memainkan api perkauman seolah-olah mereka jaguh Melayu tulen", selain melahirkan rasa kesal dengan label anti-Melayu yang dikenakan terhadap DAP.

2 comments:

  1. Semua mengarut...Keadilan menipu...syed apa tuh pon sama,geybang je lebih..kepala besar penipu tuh ANWAR IBRAHIM...apa lah bodo sgt rakyat yg percayakan ckp dua mangkuk ayun tuh...mcm2 alasan...rakyat yg sokong diaorg nih buta dan pekak agaknya...pk lah..blaja tinggi2 tp bodoh berbakul2.

    ReplyDelete
  2. Please see this YIP KUM FOOK cheated amounting to RM20,000.00, it belongs to VEN. U NANDIYA. Fundraising donation by Myanmar Devotees to buy large Buddhist marble for SAMNAK SAMBODHI in 2000 that Buddha Marble from Myanmar

    Information and signature in blogspot.com by YIP KUM FOOK and please be aware of the issue as all contributions to Buddhist teachings:

    https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/

    SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE at Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is president, Secretary (YAP LEONG LAN) and Treasurer (NG GOOT MEE)

    ReplyDelete