Monday, November 24, 2008

MARI SOKONG BLOGGER PEMBELA NEGARA

Terima kasih Che Moq (che-moq.blogspot.com).

Melalui komen terhadap posting saya “Banjir-Mi Kuah dan Selimut” Jumaat (21 Disember 2008), Che Moq memberitahu satu perjumpaan di kalangan blogger berlangsung pada 20 November 2008 lalu (jam 8.35 malam sehingga 12.25 pagi) dengan tujuan merapatkan saf dan hubungan sesama blogger.

Ia adalah satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.

Kata Che Moq usaha ini lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya Melayu yang tidak senang dengan kritikan melampau pihak-pihak tertentu.

“Marilah kita bersama memulakan inisiatif baru untuk berbincang dengan lebih efektif dalam usaha menghubungkan sesama kita bersama dengan lebih pantas dan mudah. Mulakanlah langkah setapak dengan menyokong usaha ini bersama,” katanya.

Objektif utama usaha ini ialah:

1. Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2. Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3. Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4. Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik
tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan
mauizah hasanah.
5. Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6. Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.

Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya).

Nama group dibincangkan di perjumpaan kedua malam 21 November 2008 jam 9 malam. Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.

Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita. Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.

Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita, kata Che
Moq.

Saya anggap idea ini baik dan mengalu-alukan untuk menyertai pasukan ini demi Malaysia Tercinta.

(Terima juga kerana link)

1 comment:

  1. Adakah blogger yang beretika itu blogger yang membodek Umno/BN?

    Jangan marah tanya je?

    ReplyDelete