Thursday, November 6, 2008

KRISIS KEWANGAN, PERKAUMAN & KEAMANAN DUNIA UJI OBAMA

Barack Obama sudah menjadikan kempen calon presiden sebagai sejarah dan di depannya terpacak kukuh pelbagai masalah di Amerika Syarikat dan dunia yang memerlukan perhatian segeranya.

Sebagai presiden kulit hitam yang pertama, harapan tinggi menggunung terhadap Obama dan untuk kesekian kalinya dia menyaksikan dua anak perempuannya ke sekolah selepas hampir dua tahun ‘berkelana’ tanpa henti ke seluruh Amerika Syarikat kerana berkempen, selain kini mampu melakukan senaman di gymnasium.

Sebagai presiden, tugas utamanya ialah membina sebuah pentadbiran yang kuat untuk menyelesaikan masalah di kalangan rakyat AS.

Kemenangan besar Obama tidak akan meletak beliau dalam keadaan selesa kerana sebagai Presideen AS, beliau berdepan dengan krisis kewangan terburuk negara itu sejak pilihan raya pada 1932 di zaman Franklin Roosevelt.

Bagaimanakah bentuk cabaran terhadap Obama dalam konteks kewangan dan ekonomi AS?

• Defisit perbelanjaan melebihi $1 trilion setahun sejak beberapa tahun lalu;

• Memerlukan dasr rangsangan fiskal baru;

• Pasaran perumahan yang menurun hingga 2010

• Kadar faedah dan cukai yang perlu dinaikkan (selepas ekonomi stabil)

• Perbadanan yang lemah jangan diselamatkan, biarkan ia runtuh

• Berjuta-juta pemilik rumah akan kehilangan hak

• Pengangguran akan naik 10 peratus

• Kerajaan tidak boleh menyelamatkan ekonomi negaranya – buka kerana kurang keazaman tetapi kurang kuasa


Oleh kerana tempoh beliau akan menjadi Presiden beberapa bulan lagi dibimbangi masalah ini akan dihempuk di atas kepalanya pada ketika Bush kini tidak akan ‘berbuat apa-apa’.

Kemenangan Obama juga memerlukan dia menangani masalah negara dengan visi lebih jelas bagaimana mengatasi masalah racism atau perkauman yang turut dihemburkan kepadanya. Kebetulan Obama yang keturunnya dari Afrika menjadikannya harapan kepada kulit hitam dan ‘rakyat Amerika berketurunan pendatang’.

Kelebihan Obama ialah sokongan kepada beliau banyak disumbang oleh pengundi wanita, kulit hitam dan mereka yang berketurunan Hispanik, selain pengundi bebas.
Pengundi kulit putih yang selama ini banyak memberi sokongan kepada Parti Republikan, banyak membantunya mengetepikan John McCain.

Sebagai presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain, Obama mengetepikan pencabar kuat Parti Republikan, McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP .

McCain yang bergandingan dengan Gabenor Alaska, Sarah Heath Palin sebagai calon Naib Presiden hanya memperoleh 163 undi BPP. Senator Joe Biden, Senator dari Delaware akan mengiringi Obama sebagai Naib Presiden.

Obama dilihat boleh meredakan beberapa masalah lain yang melanda AS melalui dasar ‘One Nation’ yang akan dilaksanakannya. Biarpun dia di ‘boo’ dan dicemuh pada pengenalan manya oleh pesaingnya McCain semalam, namun ia semakin berkurangan apabila McCain menamakan Obama sebagai ‘ketua panglima’ yang disukainya.

Kata McCain: “Seabad lalu apabila President Theodore Roosevelt menjemput pesaingnya Booker T. Washington untuk makan malam di RUmah Putih, banyak pihak menentang dan mencemuh beliau” merujuk kepada apa yang diterima Obama. “Amerika hari ini tidak lagi bersifat kejam dan angkuh seperti itu. Ia jelas dibuktikan bagaimana pilihan raya kali ini memilih presiden Amerika Syarikat daripada keturunan Afrika-Amerika.”

Untuk itu, McCain menerima tepuk gemuruh daripada penyokong yang sebelum itu marah dan kecewa kerana kemenangan berpihak kepada Obama.
Obama kini adalah anggota Democrat pertama memenangi undi majoriti rakyat Amerika sejak Jimmy Carter pada pilihan raya 1976.

Soal penting Obama mencipta sokongan dalam konteks pakatan antara kaum yang menjadikan politik AS ini berasas atau berpangkalan kepada kuasa pelbagai ethnik di negara paling kaya itu.
Dengan menamatkan kempen yang dikatakan mencecah rekod akaun kempen sebanyak AS$700 juta, sebagai rakyat kulit hitam pertama ditakdirkan menduduki Oval Office, beliau adalah ahli Demokrat perama memenangi undi popular melebihi 50 peratus sejak Jimmy Carter pada 1976. Juga Obama adalah senator pertama dipilih ke Rumah Puith selepas John F. Kennedy pada1960.

Obama mendapat 52.3 peratus undi popular dai Mc Cain mendapat 46.4 peratus.
Dalam tempohy 47 hari, Obama akan mengambil tanggungjawab untuk mengeluarkan negara itu daripada ‘dua peperangan’, selain menjamin AS tidak lagi dibelenggu oleh krisis global dan pelbagai ancaman terhadap rakyatnya yang sering diuar-uarkan oleh George W.Bush.

Selain itu, Apakah antara isu dunia mencabar Obama?

1. Iraq - Obama berjanji akan mengundurkan sakar AS pada musim panas 2010.

2. Al Qaida dan Taliban – mereka semakin kuat di kawasan kawalan baru di Afghanistan dan kawasan bertelingkah Pakistan. Di Afghanistan, merujuk kepada perkampungan yang dibom Amerika terhadap kumpulan yang melangsungkan perkahwinan menyebabkan 37 orang awam terbunuh, Presiden Hamid Karzai berkata: “Ini adalah permintaan kepada presiden baru AS – mengakhiri pembunuhan orang awam”.

3. Nuklear – Iran tetap dengan keputusannya dalam pembangunan nuclear sementara Korea Utara pula kedudukan pemimin utama semakin uzur dan dasar nuclear negara itu semakin kabur.

4. Amerika sebagai kuasa dominan semakin dicabar oleh China, Russia dan lain-lain
Yang pasti, Obama kini adalah presiden ‘zaman perang’ dan beliau perlu membuat keputusan-keputusan dianggap keutamaan untuk kepentingan keselamatan negara itu,
Presiden Russia Dmitry Medvedev menghantar telegram tahniah dengann mengatakan ‘potensi positif yang solid’ bagi memperbaiki hubungan yang agak tegang antara Washington dan Moscow, seandainya Obama bersedia untuk mewujudkan dialog membina.

Obama mula diuji apabila Dmitri Medvedev mengumumkan dalam ucapan kenegaraan utama menyebut bahawa negara itu akan menempatkan peluru berpandu jarak dekat di sempadannya dengan Poland jika Obama meneruskan rancangan Bush bagi mewujudkan penempatan sistem pertahanan peluru berpandu di Poland dan Republik Czech.

Ini sebagai peringatan bahawa walaupun Russia nampaknya bekerjasama dengan dua Presiden sebelum Obama tetapi kali ini semakin anti-Barat.

Obama dijangka memberikan taklimat akhbar pertamanya hari ini pada ketika beliau menyiapkan barisan kakitangan pentadbirannya ke Rumah Putih dan memilih anggota perwakilan Kabinetnya.

Obama sudahpun meminta Wakil Illinois. Rahm Emanuel, bekas penasihat politik dan dasar kepada bekas Presiden Clinton, untuk menjadi Ketua Pentadbirannya di Rumah Putih, selain pembantu Obama di Senat, Rouse dan pengurus kempen Valerie Jarrett sebagai orang penting pasukan peralihan.

Presiden Bush sudahpun menjanjikan ‘kerjasama penuh; bagi peralihan selain menggelar kemenangan Obama sebagai "triumph of the American story."

No comments:

Post a Comment