(Pembuka Selera 1)
Sedap juga cerita ini. Boleh dijadikan pembuka selera atau starter sambil duduk-duduk berbual politik.
Ceritanya ialah beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) khususnya dari UMNO kini sedang berunding sesama mereka untuk menjadi ADUN Bebas.
Saya menelefon rakan-rakan UMNO di Perak bertanyakan benarkah laporan dalam Malay Mail bertajuk “Quit threat by Perak Umno reps” kelmarin 21 November 2008.
Ada yang menjawab spontan ‘gila!” dan ada yang mengatakan “ada saya dengar tetapi...” dan ada pula yang mengatakan “mungkin juga...”
Menurut laporan Malay Mail itu, puncanya ialah mereka kecewa dengan cara pengendalian politik wang yang melanda beberapa Bahagian UMNO di Perak yang dikatakan berleluasa tetapi gagal diuruskan oleh Ibu Pejabat UMNO.
Lebih jelas Malay Mail melaporkan: “All is not well in Perak Umno, with a group of State assemblymen said to be mulling the idea of leaving the party because their complaints on money politics have not been looked into.”
Kata orang tiada angin, pokok tidak boleh bergoyang dan tiada taufan, pokok dan rumah tidak akan berterbangan.
Rakan saya yang menjawab ‘mungkin juga...” mengulas sebenarnya ADUN berkenaan kecewa dengan sikap Ketua Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali kerana banyak bermain politik ‘selamatkan dirinya’.
Selain itu dalam beberapa kes ternyata beliau ‘lepas tangan’ dan bulat-bulat menyerahkan kepada Ibu Pejabat UMNO, sedangkan beliau sudah menerima ‘watikah’ untuk menguruskan isu-isu berkenaan untuk bahagian-bahagian.
Memanglah sekali fikir tidak logik untuk ADUN melompat kerana jika melakukan demikian, mereka tidak boleh masuk UMNO lagi.
Tetapi kata kawan saya itu, untuk apa berada dalam UMNO jika pemimpin atasan asyik ‘menyelamatkan diri sendiri’ dan ada pula mementingkan kawan, kroni dan sahabat-sahabat untuk kekal di atas.
“UMNO boleh lingkup selepas ini,” katanya geram.
Saya tidak menjawab apa-apa cuma teringat kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohd Najib baru-baru ini member amaran – tiada maknanya menang pertandingan jawatan tinggi UMNO kalau parti tidak memerintah.
Tepuk dada tanya selera. Lihatlah di Perak apa jadi dengan bekas Menteri Besar – jadi Ketua Pembangkang di persidangan DUN sahaja – kuasa memujuk dan mendesak Ibu Pejabat UMNO pun sudah tiada.
Orang dah tak heran!
Kalau nak berhijrah ada longkang dalam, kena lompatlah! Lompat jangan tak lompat!!!
ReplyDelete