Ampun saya Tengku, janganlah berbicara perkara yang sudah lapuk.
Sebab itu ramai mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah sudah tidak berpijak di bumi nyata.
Memang ramai sayang kepada beliau – termasuk saya – namun rasanya Tengku kena kembali berpijak di bumi nyata.
Dah lama sangat Tengku main politik diawang-awangan, Tengku merasakan apa yang dibincangkan dengan pembangkang itu sebagai suatu formula baru.
Ikhlas saya berpendapat, memang konsep itu baik tetapi hanya sesuai selepas 13 Mei 1969 hinggalah awal 1980-an.
Saya menghargai peranan Tengku, khususnya di Kelantan pada pilihan raya 1974 yang membolehkan politik di negeri itu bertaut sementara.
Namun, saya yakin kalau tanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk Pas menyertai semula formula seperti Barisan Nasional, dia akan geleng 1,000 kali, mungkin sampai tertanggal serbannya.
Apa yang jelas dasar integrasi kaum yang sentiasa didukung kerajaan serta kebebasan yang dinikmati rakyat membolehkan rakyat mengamalkan adat budaya dan agama masing-masing tanpa halangan membolehkan negara mencapai kejayaan sehingga ke tahapnya sekarang.
Yang pasti pengasas negara yang terdahulu, termasuk Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan mengambil tindakan bijak dan berpandangan jauh apabila bersepakat memupuk persefahaman antara kaum sehingga ia berterusan sehingga hari ini.
Persefahaman itu amat unik kerana ketika kita membentuk negara dan menuntut kemerdekaan serta mengisi kemerdekaan selain sentiasa mendukung satu dasar integrasi kaum dan bukan asimilasi kaum.
Berasaskan kepada idea Perikatan dan kemudian Barisan Nasional (BN) membolehkan negara bertahan sehingga kini walaupun banyak kali tergugat dengan krisis-krisis yang melanda komponennya seperti MCA yang menyebabkan tertubuhnya Gerakan, MIC yang menyebabkan tertubuhnya beberapa parti kecil dan begitulah juga parti di Sarawak.
UMNO pula mengalami krisisnya sendiri yang menyebabkan tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46, Keadilan dan sebagainya.
Persoalannya, apakah BN sahaja mengalami krisis?
Tidak, PAS sendiri yang hanya parti satu kaum dan satu agama juga berdepan dengan pergolakan, termasuk tertubuhnya beberapa parti kecil khususnya Berjasa dan Hamim.
Kalau mahu bincang konsep yang disyorkan Gerakan rasanya lebih baik. Itupun kena tenguk-tengok dulu.
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebelum ini berkata untuk menjadikan sayap Pemuda parti itu sebagai bahan uji kaji bagi cadangan penggabungan semua parti komponen BN menjadi satu parti berbilang kaum.
Dr Koh berkata, dengan identiti pelbagai kaum yang dimiliki Gerakan, sayap Pemuda parti itu adalah platform yang sesuai bagi uji kaji itu dan menerajui konsep berkenaan.
Pemuda Gerakan pula semalam menyeru supaya cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai satu parti terus dikaji.
Ketuanya, Mah Siew Keong berkata, selepas 50 tahun merdeka, sepatutnya tidak ada satu parti yang memperjuangkan satu kaum sahaja.
Katanya, sepatutnya setiap masalah satu kaum itu harus dilihat dalam konteks Malaysia dan bukan hanya pada sesuatu kaum itu sahaja,’’ katanya ketika berucap Majlis Perasmian Persidangan Delegasi Wanita dan Pemuda Gerakan Nasional 2008 di Kuala Lumpur.
Tapi Tengku, saya ingin peringatkan, takut-takut Tengku lupa bahawa cakap kena pandang-pangang jangan hembur sebarang perkataan, nanti makan diri, khsususnya yang mahu bertanding!
Semalam beliau berkata akan mengesyorkan pembentukan kerajaan campuran atas nama perpaduan membabitkan Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang sekiranya dipilih sebagai Presiden Umno, Mac depan.
Beliau berkata, idea membentuk kerajaan perpaduan mirip penubuhan BN yang diilhamkan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dapat mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat.
Katanya, idea itu tercetus ketika pertemuannya dengan tiga pemimpin pakatan pembangkang terdiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, baru-baru ini.
Katanya: “Ini idea saja, saya tertarik dengan apa yang Tun Razak buat dulu sehingga BN dibentuk," katanya di Gua Musang.
Ahli Parlimen Gua Musang itu kini menawarkan diri bertanding Presiden Umno, mengaku perjumpaannya dengan tiga pemimpin pembangkang itu hanyalah membincangkan isu semasa dan tidak menjurus ke arah pembentukan kerajaan perpaduan itu.
Apa yang saya mahu katakana kepada Tengku ialah jangan percaya sangat cakap ketua-ketua parti pembangkang tu! Mereka tunggu nak ngap saja.
Bila dah mereka dapat, lihatlah apa jadi dengan Kelantan. Usaha Tengku sendiri pada 1999, Tun Dr Mahathir pada 1995 dan kemudian Datuk Mustapa Mohamad pada 2004 dan akhir sekali oleh Tan Sri Annuar Musa, makin teruk kalahnya pada 2008.
Hakikatnya, saya bersetuju dengan calon Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bahawa belum tiba masanya lagi untuk semua parti komponen Barisan Nasional (BN) bergabung menjadi sebuah parti pelbagai kaum di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan itu adalah satu langkah yang amat besar dan memerlukan persetujuan semua parti komponen BN.
Wajar sekali sesuatu perkara besar seperti ini ia dibincangkan dengan semua parti komponen BN dan sejauh ini menurut Najib, kita belum sampai ke tahap untuk perbincangan.
Najib berkata sesiapa pun boleh mengusulkan cadangan, tetapi ia memerlukan persetujuan semua parti komponen BN sebelum dapat dilaksanakan.
Apapun, saya berharap konvensyen BN awal tahun depan dapat menilai sepenuhnya konsep, falsafah dan mekanismenya demi mewjudkan perpaduan dan kestabilan politik di negara ini.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata 8 Oktober lalu, satu Konvensyen Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada awal tahun depan bagi memperkukuhkan keharmonian hubungan kaum dan agama yang semakin merosot serta terhakis.
Perdana Menteri berkata, kerajaan dan BN perlu berusaha untuk memperbaharui komitmen bagi mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni.
Tegasnya: “Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini,” katanya.
Bagi penulis, isu-isu seperti itu perlu kerajaan dan semua pihak depani dengan bijak dan matang melalui dialog selain tangani isu-isu berkenaan secara konstruktif dan adil.
Matlamatnya? Bagi menjamin rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas tanpa sebarang keraguan yang menyebabkan mereka membuat pelbagai andaian dan mentafsirnya dalam suasana kusut.
Bagi saya, kekusutan itu perlu dileraikan segera dan BN boleh melakukannya dengan syarat ia dilakukan dengan ikhlas bukan keran kepentingan jawatan parti aitu puak.
Sekali lagi, saya mohon Tengku Razaleigh melihat politik dan suasana perhubungan kaum dalam konteks baru, walaupun cara lama diakui lebih ikhlas dan telus!
Selamat berjuang dan bertanding Tengku!
Please see this YIP KUM FOOK cheated amounting to RM20,000.00, it belongs to VEN. U NANDIYA. Fundraising donation by Myanmar Devotees to buy large Buddhist marble for SAMNAK SAMBODHI in 2000 that Buddha Marble from Myanmar
ReplyDeleteInformation and signature in blogspot.com by YIP KUM FOOK and please be aware of the issue as all contributions to Buddhist teachings:
https://committeesamnaksambodhi1.blogspot.com/2019/01/
SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE at Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK) is president, Secretary (YAP LEONG LAN) and Treasurer (NG GOOT MEE)