Monday, September 21, 2015

PKR SANGGUP BERPERANG DENGAN DAP, AMANAH DEMI PAS?

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pernah 'diserang' oleh DAP gara-gara ingin bekerjsama dengan PAS. 'Perang' itu bermula apabila salah seorang pemimpin DAP, Teo Nie Ching berkata," MB Selangor, adakah ini rakan politik yang anda cari." merujuk kepada PAS.

"Ini adalah MB Selangor kami. Apabila Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang) enggan menyokong Kak Wan untuk menjadi MB Selangor, dia tidak memanggilnya kebudak-budakan.

"Bila Hadi berkata PAS akan bertanding di kerusi yang didominasi DAP dalam PRU akan datang, dia juga tidak memanggilnya kebudak-budakan. Apabila saya membangkitkan soalan yang mengganggu fikiran beribu-ribu penyokong, dia memanggil saya kebudak-budakan," tulis Ahli Parlimen Kulai itu di Facebook miliknya.

Beliau merujuk kepada kenyataan yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tahun lalu yang menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Azmin, yang juga timbalan Wan Azizah dalam parti dikritik oleh Nie Ching kerana dilihat mahu  meneruskan hubungan kerja dengan PAS walaupun parti itu menolak DAP.

Berikutan itu, Azmin menggelar Teo Nie Ching bersifat 'kebudak-budakan'.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan PAS penting untuk pembangkang menang pilihanraya umum akan datang.

Berikutan itu, PKR merasakan pintu sentiasa terbuka untuk PAS menyertai pakatan pembangkang yang baharu walaupun terdapat penolakan secara terang-terangan oleh parti Islam itu sebelum ini.


Itu yang mungkin dirasakan oleh Wan Azizah.

Dan inilah juga mungkin akan diperkatakan Azizah apabila turut menjemput PAS untuk menghadiri perbincangan meja bulat mengenai pembentukan pakatan baharu yang dijadualkan Selasa ini (esok).

PAS dilaporkan tidak akan menghadiri perbincangan itu kerana mereka tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Suara Wan Azizah mengajak PAS itu bagaikan menyokong Azmin Ali yang mengatakan bahawa kehadiran PAS dalam pakatan baru sangat penting untuk tujuan dan matlamat yang sama.

Tetapi kini, apa pendirian PAS? Apapula pendirian DAP dan rakan baru mereka, Parti Amanah Negara (Amanah)? http://www.utusan.com.my/berita/politik/tanpa-pas-lebih-mudah-bentuk-pakatan-baharu-1.138553

Semalam Amanah menganggap pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan DAP pastinya akan memudahkan lagi parti pembangkang membentuk sebuah pakatan baharu.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, dengan ini, Amanah, PKR, DAP bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang akan mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baharu itu tanpa Pas.

“Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baharu pembangkang bagi membawa perubahan politik,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.

Salahuddin mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan kerjasama politik parti itu hanya bersama PKR. Kenyataan Abdul Hadi itu sekali gus menolak kemungkinan PAS akan bekerjasama dalam pakatan baharu pembangkang yang turut dibarisi Amanah dan DAP.

Bagi Dap pula, sejauh ini berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan PAS serta tidak mahu parti Islam itu dalam pakatan pembangkang yang baharu. 

DAP sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Hadi berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Bagi Azmin pula, PKR akan tetap melibatkan PAS dalam pembentukan pakatan pembangkang baharu walaupun DAP berkeras menolak kemasukan parti Islam itu.

Berikutan itu, beliau mahu semua pihak mengetepikan perbezaan pandangan demi menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Sebelum ini PKR diberi kata dua supaya membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.

DAP sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Hadi berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Berikutan itu, PAS dalam muktamar tahunannya pada Jun lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bagaimanapun terus kekal dalam gabungan pembangkang. Keputusan itu membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat.

Menurut Dr Wan Azizah semalam, PAS perlu turut serta kerana pakatan memerlukan bilangan untuk memenangi PRU.

"Untuk menang pilihan raya, kita perlu ada calon untuk menang bertanding. Kita perlukan semua orang," katanya ketika ditanya sekiranya PKR yakin dengan Parti Amanah Negara (Amanah), parti yang menghimpunkan bekas pemimpin PAS.

Bagi PKR, ia tetap dengan pendiriannya untuk terus bekerjasama dan menyokong penyertaan PAS dalam gabungan parti pembangkang yang baharu, kata Azmin.

Ini pendirian rasmi PKR yang sentiasa terbuka untuk bekerjasama serta menerima mana-mana parti politik yang mahu melakukan perubahan di dalam negara dan bukannya pendirian peribadi beliau seperti yang disangka sesetengah pihak.

"Perkara ini telah dijelaskan oleh dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua hari ini bahawa ia adalah keputusan parti untuk terus kekal bekerjasama dengan PAS, PKR juga mahu PAS turut serta dalam pakatan pembangkang yang baharu.

Malah ada kenyataan daripada pemimpin Parti Amanah Negara (parti politik yang sedang dalam proses didaftar) seperti Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu bahawa parti itu terbuka untuk berbincang bersama PAS bagi membentuk pakatan berkenaan.


Persoalannya, apakah PKR bersedia untuk menghadapi tekanan  setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang mahu beliau membuat keputusan sama ada memilih untuk bersama PAS atau DAP.

Pada 10 September lalu, Ramkarpal Singh meminta Menteri Besar Selangor itu  menyatakan pendirian sama ada PKR  akan bekerjasama dengan PAS jika pakatan Pembangkang baru diwujudkan.

Menurutnya, Azmin perlu membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.

"Azmin perlu pilih untuk bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana tidak lagi realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS." Ramkarpal berkata, kenyataan Azmin itu tidak tepat kerana ketegangan dalam Pakatan Rakyat yang membawa kepada perpecahan pakatan rakyat berpunca daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan Hadi bukan sahaja mencetuskan kontroversi dengan DAP tetapi juga dengan ahli-ahli partinya sendiri yang bertindak membentuk parti Amanah.

Ke manakah PAS selepas ini? Bersendirian?

No comments:

Post a Comment