Wednesday, February 8, 2012

BAHASA MALAYSIA TIDAK ADA NILAI EKONOMI GLOBAL?

Jangan marah saya!

Saya nak tanya pakar Bahasa Malaysia yang memperjuangkan bahasa berkenaan habis-habisan – Benarkah Bahasa Malaysia tidak ada nilai ekonomi global?

Kalau tidak ada nilai ekonomi, buat apa nak ditukarkan sekolah ke aliran Bahasa Malaysia?

Dengan kata lain, buat apa kita nak agung-agungkan Bahasa Melayu kalau ekonomi kita mundur atau terkebelakang.

Bahasa melalui pendidikan adalah aset penting untuk seseorang berkomunikasi ketika kerja atau untuk mendapatkan kerja. Namun kalau sekadar hebat dalam Bahasa Malaysia pun aka nada masalah.

Juga saya nak tanya, apa pandangan tokoh dan pakar bahasa Malaysia dan lebih jauh pejuang kita mengenai seruan suapaya kerajaan Persekutuan biarlah praktikal dan berpijak di bumi nyata mengenai isu penggunaan Bahasa Malaysia.


Siapa yang buat saranan?

Jawapannya pembangkang DAP Sarawak.

Menurut Setiasusaha Agung DAP negeri, Chong Chien Jen “dari perspektif Sarawak, apa yang dilakukan kerajaan adalah kerja bodoh…di Sarawak Bahasa Malaysia, English dan bahasa suku kaum digunakan secara meluas antara rakyat.

Jika ekonomi kita kuat, bukan sahaja orang kita akan mula mempelajari Bahasa Malaysia, tetapi orang asing juga mempelajarinya...Seperti Cina kini ramai yang mempelajari Bahasa Mandarin kerana ekonomi negara itu kukuh,”
katanya.

Nak dengar pula apa pakar Bahasa Malaysia kita nak kata?

1 comment:

  1. SOALAN 1: ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA. KENAPA BANGSA BANGSA DARI SELURUH DUNIA SEBOK SEBOK NAK BELAJAR BAHASA MELAYU ??

    SOALAN 2: SIAPA YANG NAK BELA, BINA DAN MAJUKAN BAHASA MELAYU SEHINGGA IA MAMPU MEMBENDUNG NILAI; EKONOMI DAN APA SAHAJA.

    SOALAN 3 : NAK TUNGGU IA MAJU DULU BARU KITA NAK BERPROAKTIF MEMBINANYA ?

    CUKUPLAH 3 SOALAN ITU. SIAPA NAKM JAWAB PUN JAWABLAH. TAK JAWAB PUN TAK MENGAPA KERANA SOALAN SOALAN ITU SEBENARNYA SUDAH MENDENDANGKAN JAWAPAN MENGIKUT SELERA SENDIRI YANG SENDIRI SENDIRI PUN.

    WALLAHUAKLLAM.

    ReplyDelete