Mana mungkin sebuah akhbar parti Islam yang selalu melaporkan perkara benar dan berfakta salah dalam membuat laporan.
Fakta salah maknanya laporan itu BOHONG.
Harakahdaily boleh bohong? Etika kewartawanan Islam Harakahdaily melarang sedemikian, lagipun Harakahdaily suara orang yang benar-benar Islam, bukan seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian, suara ‘orang Islam yang kurang Islamnya’.
Aneh apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali hari ini menafikan laporan media rasmi PAS, Harakahdaily berkenaan laporan dia pergi berjumpa Mursyidul Am untuk meminta maaf di Kelantan kelmarin.
Bekas Pesuruhjaya PAS berkenaan, sebaliknya berkata dia ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis mahabbah melibatkan dirinya dan Nasharudin Mat Isa, bersama-sama pemimpin tertinggi PAS.
“Soal saya turun ke Kota Bharu untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali. “Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti tersebut kerapkali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Menurut Dr Hasan, beliau dijemput untuk menghadiri satu majlis mahabbah melibatkan nya dan Nasharudin Mat Isa bersama-sama dengan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din di kediaman rasmi Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10 Kota Bharu.
Sebaliknya, Harakahdaily semalam menyebut Dr Hasan dan Nasharuddin berjumpa Nik Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar tersebut untuk meminta maaf terhadap beberapa isu sebelum ini dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti.
Kenyataan itu turut disahkan oleh Nik Aziz sendiri, malah beliau turut bercadang untuk membuat kenduri kecil-kecilan bagi meraikan perkara tersebut.
Nik Aziz kata perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.
Nampak gayanya, kemelut belum selesai sepenuhnya dan Nik Aziz jangan tuduh orang UMNO sebarangan kerana yang bertelingkah adalah dalaman PAS sendiri.
Malah, jika Harakahdaily yang sepatutnya melaporkan perkara benar mengenai pemimpin mereka sendiri pun boleh berbohong, laporan mengenai UMNO dan pemimpinnya, pastilah dispin dan diputarbelit ikut selera mereka!
Terima kasih dan Tahniah Dr Hasan kerana mendedahkan identiti sebenar Harakahdaily!
No comments:
Post a Comment