Siapa Perdana Menteri selepas Najib?
Kalau dia dari UMNO dan Barisan Nasional, maka dia adalah seorang konspirator.
Antara 1982 hingga sekarang - mungkin Tun Abdullah Ahmad Badawi yang digelar “PM Tidur’ sahaja - bukan konspirator.
Semalam di mahkamah, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi ‘berceramah politik’ – walaupun dari kandang tertuduh, selain tidak bersumpah (baca di sini dan di sini )dan tidak perlu disoal balas, memomokkan modal lapuknya - mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut langkah Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha menamatkan kerjaya politiknya agar Barisan Nasional (BN) dapat terus berkuasa.
Bekas timbalan perdana menteri ini menegaskan demikian dalam keterangan yang dibuat dari kandang tertuduh pagi semalam. Kes peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula semalam.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Desa Damansara Condominium di Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dr Mahathir memecatnya pada September 1998 dan kemudian berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan kes liwat. Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar pada 2004.
Anwar tidak bertanding pada pilihan raya umum Mac 2008 tetapi memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil Ogos tahun itu.
Anwar, kini Ketua Pembangkang, merupakan saksi utama pada prosiding peringkat pembela yang bermula semalam. Beliau memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh dengan alasan tiada keyakinan akan diberi perbicaraan yang adil.
Yang pasti selagi Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri dan selagi dia hidup, dia akan menuntut jawatan itu. Baginya, jawatan Perdana Menteri adalah ‘haknya’! Kerana itu siapa juga menjadi Perdana Menteri selepas Najib, sekiranya dia mewakili UMNO atau BN, dia akan turut dituduh konspirator, samalah dengan tuduhan terhadap Najib dan Dr Mahathir.
Dengan kata lain perkataan konspirasi akan bermain di bibir Anwar hinggalah ke liang lahad.
Jadi bagi Perdana Menteri dari UMNO dan BN, selagi Anwar hidup, selagi itulah mereka tidak akan terlepas daripada tuduhan untuk menyekat beliau menjadi Perdana Menteri, seperti tuduhan terhadap Najib ketika ini.
Bagi Anwar, keseluruhan proses mahkamah tidak lain tidak bukan satu konspirasi Najib untuk menghantar beliau semula ke penjara dan mengakhiri kerjaya politik.
Anwar, 64, menyatakan perkara mengenai konspirasi ini ketika membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh. Prbicaraan di depan Hakim Mohamad Zabidin bersambung hari ini dengan pihak pembela memanggil pakar DNA dari Australia, Dr Brian Leslie McDonald dan Profesor Madya David Lawrence Noel Wells.
Anwar tidak akan pernah menganggap dirinya pesalah: “Sebagaimana saya telah saya katakan, ini bukan perbicaraan jenayah. Ia diatur oleh kuasa-kuasa yang mahu saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa,” katanya dengan merujuk bahawa Dr Mahathir, bekas perdana menteri, telah mengambil tindakan yang sama pada akhir 1990an.”
Semalam Anwar menegaskan di mahkamah, ketidakadilan dikenakan ke atasnya ketika itu dan perkara yang sama diulangi sekarang.
Baginya Najib melakukan perkara yang sama dibuat oleh Dr Mahathir dengan menggunakan apa sahaja cara dalam lingkungan kuasanya menerusi media, polis, Peguam Negara dan kehakiman untuk menguasai bidang kehakiman untuk mengeluarkannya daripada arena politik.
Penasihat PKR itu berkata tuduhan kes liwat dikenakan ke atas beliau sebaik sahaja Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.
Amat jelas, kalau pun selepas ini beliau dibebaskan, beliau akan tetap menuduh Najib mengheretnya ke mahkamah, bukan kerana Saiful yang membuat tuduhan.
Lebih buruk, jika dapat dibuktikan beliau bersalah dan dihantar ke penjara sekali lagi, akan semakin kuatlah tuduhan dan laungan bahawa wujud konspirasi untuk menyekat beliau menjadi Perdana Menteri.
Persoalannya, apakah Anwar hidup hanya kerana mahju jadi Perdana Menteri? Dan apakah kemungkinan beliau akan mati dengan cita-cita dan harapan menjadi Perdana Menteri?
Mungkinkah juga tuduhan konspirasi terhadap Perdana Menteri – walau siapa juga Perdana Menteri jika bukan beliau, selepas ini - akan turut dibawa Anwar hingga ke liang lahad?
Terlalu banyak tuduhan terhadap Anwar dan saya mula ragu-ragu dengan tuduhan tersebut.Pada tahun 1998 tuduh liwat,salah guna kuasa,rasuah.Sekarang tuduh Anwar pengkhianat melayu,ejen Yahudi, sahabat Amerika dan terbaru tuduhan terlibat dengan video seks..
ReplyDeletePatut tuan Hanbali nasihatkan pimpinan UMNO supaya hentikan politik fitnah ini. Tuan juga harus ingat Dr Mahathirlah yang menjahanamkan sistem kehakiman negara, penguasaan media yg ketat serta menyalahgunakan institusi awam seperti polis.Kalau tuan berani sila sanggah hujah saya.Kita debat secara intelektual.
tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata, apakabendanya fitnah fikirlah dengan logik akal benda terhidang depan mata masih tak caya lagi sampai islam pun nak hancur masih tak caya lagi...bertalu talu sembahyang hajat dibuat dan satu demi satu tuhan dah tunjukkan tak caya lagi entahlah tak dapet teman nak nolongnya.
ReplyDelete"tuan" abdul muiz, dulu lg dh diberi peluang kpd si "anugerah tuhan" utk mengelakkan fitnah. buatlah sumpah secara Islam supaya fitnah akan berakhir. apa pilihan yg dibuat oleh tertuduh? org yg mengadu juga telah bersumpah & sehingga kini masih boleh tidur, makan, minum, pergi ke mekah (haji) dsb dgn selesa. cuba fikir guna akal yg waras. pilihan siapa fitnah ini tidak berhenti, bukan tuan punya tubuh sendirikah?
ReplyDelete