Suspek utama (paling kiri) dan dua suspek lain yang dilanjutkan tahanan reman sehingga 25 September (Sabtu depan). Suspek utama dan adiknya juga seorang peguam ditahan polis pada 9 September lalu di Banting, manakala enam lagi suspek ditahan keesokkan hari iaitu 10 September. Tempoh reman ke atas lima lagi suspek disambung hingga Khamis depan.
Dalam Bahagian Pertama entri mengenai tajuk ini yang memperkatakan “Inspektir Sab vs Datuk Peguam Kaya Raya’ saya ada menimbulkan isu apakah Peguam Bergelar Datuk itu memakai gelaran palsu atau yang dibeli.
Ternyata laporan media dan polis mengesahkan suspek utama - peguam K. Patmanaban - tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin (gambar kanan) berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu. "Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.
Amat jelas Peguam Bergelar Datuk ini amat licik dan pasukan polis akan berdepan dengan pelbagai rintangan untuk menjamin beliau ‘dibawa ke tali gantung’.
Kerana itu pandangan seorang pembaca yang menyatakan pendiriannya melalui The Star bertajuk “Build a solid case to ensure justice prevails” jangan dipandang mudah.
Perkembangan terbaru menunjukkan kertas siasatan mengenai pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain, sedang disediakan dan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara, berkemungkinan minggu depan. Polis mengatakan pihaknya mempunyai bukti kukuh.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.
Kes pembunuhan itu terbongkar selepas penahanan suspek utama yang juga seorang peguam berusia 41 tahun pada 11 September lalu diikuti beberapa tangkapan membabitkan tujuh individu lain. Semua suspek dipercayai pekerja suspek utama.
Dua pasukan khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung tragedi pembunuhan keempat-empat mangsa dan kes kehilangan tiga lagi individu serta seorang wanita yang mati dibunuh sebelum ini.
Bagi kes Sosilawati dan tiga rakannya, pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah. Sementara bagi menyiasat at individu hilang ia diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi, Datuk Hadi Ho Abdullah.
Sejauh ini jelas polis mengatakan pihaknya mempunyai ‘bukti kukuh’ seperti berikut - penemuan tulang, beberapa senjata, barangan peribadi dan pengakuan suspek untuk mengheret suspek utama – Peguam Bergelar Datuk – serta tujuh yang lain ke mahkamah bagi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bukti-bukti itu di dapati dari beberapa tempat tetapi kawasan yang menjadi fokus ialah Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting. Polis kini sudah menghentikan operasi mencari bahan walaupun anggota polis masih berkawal di tempat itu dan ia masih ditutup kepada orang ramai.
Semua pihak perlu menunggu tiga atau empat hari lagi bagi mengenai ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas serpihan tulang yang dipercayai milik mangsa.
Amat jelas Peguam Bergelar Datuk ini menjadi individu tumpuan khusus dalam konteks mereka yang terbabit dengan kes ini.
Selain peguam ini ada tujuh atau lapan lagi terpalit dan akan didakwa.
Siapa mereka? Laporan polis menyebut, tangkapan pertama pada 9 September lalu melibatkan seorang lelaki dipercayai Datuk dan adiknya yang juga seorang peguam di Banting, manakala enam lagi ditahan pada 10 September.
Amat jelas di pihak suspek, ia membabitkan individu berikut:
1. Peguam Bergelar Datuk;
2. Adik peguam berkenaan yang juga peguam di Banting;
3. Seorang lelaki lain yang rapat dengan peguam berkenaan;
4. Lelaki berusia 19 tahun yang dikatakan ang melakukan pembunuhan kejam serta; dan
5. Lima atau lebih suspek lain yang akan turut didakwa.
Bagaimanapun, dengan penahanan seorang lagi lelaki tempatan di Kampung Laksamana, Batu Caves tengah malam semalam bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang ahli perniagaan warga India di Banting, Selangor tahun ini, jumlah yang akan didakwa mungkin bertambah.
Malah tangkapan itu adalah susulan kepada penahanan seorang lelaki berusia 34 tahun di Taman Wilayah, Selayang petang kelmarin bagi kes yang sama. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial Facebooknya berkata lelaki berusia 21 tahun tersebut ditahan kira-kira 12.15 tengah malam.
Sementara di pihak yang menjadi mangsa dikatakan ada lapan atau sembilan orang termasuk Sosilawati dan tiga rakannya. Sementara tiga atau empat lagi individu yang hilang sebelum ini disyaki ‘boleh dikaitkan’ dengan suspek utama.
Polis sudah mengesahkan lebih ramai individu yang mati di tangan pembunuh Sosilawati ketika polis sedang berusaha membongkarkan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu.
Sekurang-kurangnya seramai sembilan orang dipercayai telah dibunuh secara kejam dan dihapuskan mayat dengan cara yang sama seperti dilakukan terhadap Sosilawati bersama tiga individu lain.
Semua individu terbabit dilaporkan hilang dan mempunyai kaitan dengan adik-beradik peguam yang disyaki sebagai dalang kepada pembunuhan Sosilawati.
Menarik ialah Polis Pulau Pinang turut membuka semula beberapa kes yang belum selesai membabitkan pembunuhan beberapa individu.
Mangsa pembunuhan sejauh ini ialah:
1. Datuk Sosilawati Lawiya , 47,
2. Pemandu peribadi Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44,
3. Pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38 dan,
4. Peguam peribadi sosilawati , Ahmad Kamil Abd Karim, 32.
Keempat-empat mangsa disahkan dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.
Siapa lagi? Daripada sembilan yang dipercayai turut dibunuh oleh Peguam Bergelar Datuk itu termasuklah:
1. Jutawan India yang dikenali sebagai Allal Kathan Muthuraja, 34 (gambar kiri) dilaporkan hilang sejak tiba di negara ini dari Chennai, India pada 18 Januari lalu. Dia dikatakan berjumpa dengan seorang peguam yang juga rakannya di Banting. Jutawan berumur 34 tahun itu dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini. (Isteri jutawan, S Usharani, 24, dikatakan boleh membantu siasatan);
2. Seorang wanita bernama T Selvi (gambar kanan) dan mangsa dikatakan dibunuh selepas berselisih faham berhubung pinjaman sejumlah wang dengan suspek utama, dan
3. Beberapa individu lain yang hilang.
Di pihak polis, selain Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah serta Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi, Datuk Hadi Ho Abdullah akan terus menjadi tumpuan.
Namun bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ada beberapa kakitangan polis akan turut menjadi tumpuan selapas ini khususnya ketika pendakwaan di mahkamah.
Juga dalam kes berprofil tinggi seperti pasukan pendakwaan dan pembelaan juga menarik untuk diketahui.
Seperti saya katakan sebelum ini, kes ini bukan seperti pembunuhan Datuk Mazlan Idris oleh Mona Fendi yang tidak begitu sulit untuk polis mencari bahan bukti. Lagipun Mona Fendi bukan individu yang kaya, berpengaruh dan peguam seperti suspek utama pembunuhan Sosilawati ini.
Beliau mempunyai rakan dan sahabat yang berpengaruh di kalangan orang politik, peguam, ahli perniagaan dan berbagai lagi bukan sahaja di Malaysia tetapi hingga India.
Jadi dengan perkataan lain, ‘don’t play play’ dengan kumpulan peguambela Peguam Bergelar Datuk ini.
Biarpun polis mengatakan pihaknya mempunyai bukti kukuh namun kita sedia maklum apa itu mahkamah dan apa itu peguam.
Dengan pasukan pembelaan yang saya jangka amat kuat, tugas polis tidak mudah dan bergantunglah kepada Ketua Polis Negara yang baru, Datuk Ismail Omar untuk menjamin imej dan integriti polis dihormati dan dipercayai.
Apapun saya amat yakin polis berupaya serta nekad membuktikan pasukannya juga kuat, dan wajar menerima penghormatan tinggi menyelesaikan kes Sosilawati ini selain kes-kesn berkaitan untuk mempastikan mereka yang menjadi mangsa mendapat pembelaan sewajarnya dan yang melakukan jenayah kejam ini menerima hukuman setimpal dengan kejahatan mereka!
Perkhabaran lain yang tersebar ialah bahawa lesen pengamal undang undang "peguam konon bergelar dato ini juga sudah ditarik balik. Oleh kerana maklumat ini barangkali tidak bersangkut dengan kes dakwaan maka ia tidak menjadi bahan cerita. Tetapi mungkin menjadi maklumat penting dan akan terbongkar dalam kes yang akan dibawa oleh bahagian jenayah perdagangan kelak.
ReplyDeleteSatu lagi cerita yang menjadi buah mulut ialah bahawa beliau itu dikatakan sebagai anggota majlis kepada Majlis Peguam. Orang ramai masih percaya cerita ini benar kerana Majlis Peguam masih lagi berdiam diri. Sepatutnya Majlis Peguam membuat kenyataan untuk membersihkan namanya yang ikut terpalit itu.
Walau apa pun kita harap pihak Polis akan mampu membuktikan keupayaan mereka berhadapan dengan ujian ini. Inshaallah.
aku rasa dia akan lepas. sebab bukti ada hanya lah "circumstantial evidence", yakni dia hanya boleh dikaitkan dgn pembunuhan melalui org suruhannya.
ReplyDeletesetakat ini bukti seperti alatan pembunuhan hanya lah mengaitkan bukti itu kepada org suruhannya. bukan kepada peguam tu.
Kecuali la peguam tu dah gila dan sain pengakuan bertulis dan memohon dia di gantung. tapi, itu kan "jauh panggang dari api".
tak tahu lah aku tengok semasa PC Dato Bakri ni..dia ni cakap merapu aje..Melayu pun tak betul, bahasa Inggeris pun macam tak betul aje..pegawai tinggi polis ke ni?? Dia kata dah cukup bukti tapi bila ditanya pasal DNA dia kata belum buat lagi...apa ni??
ReplyDeleteWalau apa pun dalam zaman teknology canggih dan dengan kerjasama Telcos kes nidapat disiasat dgn lebeh baik lagi supaya yang bersalah didakwa dan disabit kesalahan cepat
I heard that the killer is 19 year old SriLankan.
ReplyDeleteMy concern is that the killing and the disposal of bodies was so cruel that it wer carried out by this one person.
For someone to do this without any guilt or fear ,it must be the training or upbringing.
My CONCERN..
Are we seing the remnants of "Tamil Tiger" child soldiers in our midst?
This angle must be look into as there are probably many of them in Malaysia ,hired by this sort of Lawyer characters , to do their killings for a pittance .
Hope the police will look into this angle as we were once accused by SriLankan to be the training ground for Tamil Tiger Guerillas.
Jutawan Malysia patut bersyukur dan mengambil iktibar dari kejadian ini. Jika kes ini tidak terbongkar, mungkin ramai lagi jutawan Malaysia yang nama mereka di antara tersenarai yang akan diambil tindakan oleh ladang ternakan Gadong, Banting.
ReplyDeleteagbr47: Ada jutawan dari Johor dah terlepas kerana perjanjian di tanggohkan kepada hari raya ke tiga.
selain dari membuat siasatan yang rapi,pihak polis dan pendakwa juga jangan lupa untuk memohon dari Allah,buatlah sembahyang hajat supaya kes ini dapat ditegakkan kebenarannya jangan dilekehkan oleh pihak peguam bela...
ReplyDeletetokawe