Tuesday, May 11, 2010

KONSPIRASI KE TEPI, LIWAT SAIFUL ATAU TIDAK?

Apa masalahnya Anwar?

Nak tunjukkan kononnya ada konspirasi? Soal penting ialah “U liwat Saiful atau tidak?”

Ini persoalan asas. Tidak payahlah wujudkan teori konspirasi dalam kes ini.

Dulu pun sama. Tun Dr Mahathir Mohamad juga diberitahu mengenai ‘perbuatan liwat’ lebih awal, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah.

Pada peringkat awal, Dr Mahathir berang dengan semua orang kalau mengatakan Anwar ‘melakukan liwat’.

Saya sendiri pernah bertengkar hebat dengan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Menteri Pendidikan di pejabatnya di Damansara.

Saya dipanggil oleh Najib ke pejabatanya kerana sebuah ulasan yang saya tulis dalam akhbar Harian Watan, yang mempersoalkan siapa mempertahankan Najib, Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayob pada ketika Dr Mahathir mempertahankan Anwar dalam kes tuduhan liwat ini.

Najib merasakan saya cuba mengaitkan namanya kononnya wujud konspirasi untuk menjatuhkan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.

Namun akhirnya bekas Perdana Menteri sendiri mengakui Anwar meliwat.

Dengan gambar mata lebam dan kononnya wujud konspirasi oleh Dr Mahathir, pilihan raya umum 1999 menyaksikan pembangkang mendapat untung daripada penangkapan Anwar.

Kini giliran Datuk Seri Mohd Najib Razak pula menjadi mangsa tuduhan Anwar.

Skripnya lebih kurang sama. Kononnya wujud konspirasi kali kedua.

Bagaimanapun kali ini orang yang mendakwa diliwat atau lebih tepat pengadu tampil dengan beraninya dan berjumpa Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.
Berbeza dengan kes pertama apabila ‘yang kena liwat’ adalah mereka yang rapat dengan Anwar. Tiada laporan polis dan hanya siasatan dan dakwaan polis mengatakan ‘mereka diliwat’ oleh Anwar.
Semalam, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata. Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.
Amat jelas bahawa peguambela Anwar berusaha untuk mengaitkan perdana menteri dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dengan tuduhan meliwat seorang bekas pembantu lelakinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengakui bertemu pembantu ketua umum PKR itu - Saiful Bukhari Azlan, selepas dia berkata diliwat oleh Anwar tetapi sebelum satu aduan polis dibuat pada Jun 2008.

Apa salahnya Saiful menemui Najib? Saiful menemui seseorang yang beliau yakin dapat membantu selain menjamin orang yang ‘meliwatnya’ dihadapkan ke muka pengadilan.

Najib sendiri menafikan campurtangan dalam kes tersebut.

Jadi apa masalahnya? Pertemuan itu mahu dijadikan bukti konspirasi?

Saiful memberitahu mahkamah semalam bahawa dia bertemu Najib pada 24 Jun - dua hari sebelum kenyataannya bahawa Anwar telah meliwatnya - satu jenayah di negara Islam - dan empat hari sebelum dia berjumpa polis.

Saiful telah menceritakan kepada Najib masalah yang dihadapinya. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apakah masalah yang dihadapinya ketika itu.

"Perdana menteri terbabit. Terdapat konspirasi politik untuk menyingkirkan Anwar," kata peguam Karpal Singh di mahkamah semalam.

Karpal juga mencabar dakwaan Saiful yang dia diliwat, dengan menegaskan bahawa ia tidak disokong oleh satu laporan perubatan.

Perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dijadual berterusan hingga Ogos depan.

Saiful memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara - hukuman yang sekaligus akan menamatkan karier politik ketua pembangkang berkenaan.

1 comment:

  1. sebagai orang islam,kita wajib menerima kaedah perundangan islam yg mengatakan (seseorang itu tidak bersalah melainkan ada bukti2 yg jelas bahwa dia memang bersalah)kaedah masti di guna pakai samada kita sangat membenci datok anwar atau sangat bersimpati dgn nya.tetapi yg berlaku sekarang kita semua jauh dari hukum islam dgn terus menghukom beliau dgn tidak ada
    perasaan takut kpd allah begitu juga menyukong beliau tampa menunggu hukoman mahkamah. saudara2
    kembali lah kpd alquran dan hadis jangan buat dosa kering...

    ReplyDelete