Thursday, November 27, 2008

SAIFUL MENGHIDAP PENYAKIT KELAMIN?

Fitnah dan bohong.

Itulah reaksi Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia menafikan dirinya selama ini terlantar sakit, lumpuh dan menghidap penyakit kelamin.

"Saya dengan ini menyangkal segala tohmahan dan fitnah yang dibuat terhadap diri saya yang tersebar di laman-laman web serta cakap-cakap yang mengatakan kononnya saya kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan menghidap penyakit kelamin hingga ke tahap saya telah meninggal dunia.

"Itu semua adalah tidak benar dan merupakan fitnah serta suatu pembohongan besar yang direkacipta oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Saiful.

"Saya juga mengurangkan masa membuka laman web bagi mengelakkan stres," katanya apabila menjawab sebab dia tidak mengemaskini blognya.

Pagi tadi, Saiful keluar membacakan kenyataan itu setelah 25 minit berada di dalam pejabat unit siasatan bahagian penguatkuasaan JAWI, namun kembali semula menuju ke pejabat tersebut selepas itu.

Dalam kenyataan media yang dibaca oleh Saiful di perkarangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini, dia menganggap tohmahan itu adalah satu fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, dia kini berada di dalam keadaan yang baik dan tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak-pihak terbabit.

"Saya ingin menegaskan bahawa keadaan kesihatan saya adalah sangat baik dan tidak sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya masih berehat dan menenangkan fikiran dari kekusutan yang berlaku.

Kenapa Saiful hadir di pejabat JAWI?

mStar Online memetik sumbert, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu.
Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.

Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos lalu.

Sebelum itu, pada 15 Ogos, Mohd Saiful ditemani bapanya, Azlan Mohd Lazim, melafazkan sumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan disaksikan Imam Ramlang Porigi, menyatakan dia diliwat Penasihat PKR terbabit.

Dalam sumpah laknat itu, Mohd Saiful mendakwa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar.
Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu lagi, kemunculan Mohd Saiful di JAWI pagi ini mampu menangkis tohmahan dan laporan palsu yang tersebar sebelum ini kononnya beliau ditimpa bala dan sumpah memakan dirinya.

"Saiful perlu hadir di JAWI esok (hari ini). Pada masa yang sama, beliau ingin menunjukkan yang cerita beliau ditimpa bala adalah tidak benar," jelas sumber itu semalam.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang kehadirannya di situ pagi ini.

Dia juga enggan memberi komen berhubung ura-ura mengatakan dia sedang dikawal rapi oleh pihak berkuasa.

Katanya, dia juga sudah bersedia untuk menunggu hari perbicaraan kes liwat itu nanti.
Terdahulu, Saiful dilihat tiba di JAWI pada jam 11.10 pagi dengan dikawal rapi oleh tiga lelaki.
Turut hadir mengiringi Saiful ialah bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya, Zamri Idrus.

4 comments:

  1. salam,

    kegairahan penyokong anwar mengiakan "karamah" dan "daulah" si anwar ibrahim ini sudah memasuki fasa yang taksub sama seperti ketaksuban abuya al-arqam iaitu ashaari yang kedua2nya telah dibuktikan melakukan kesalahan yang nyata benar dan berbukti malah sehingga kini kedua2nya masih berpengikut ramai dan hidup mewah tanpa bekerja dan buat apa2..

    ReplyDelete
  2. Bila Najib jadi PM, Saiful selamatlah

    ReplyDelete
  3. Disangkakan kumpulan bloggers Pembela Negara berbahasa comel! Rupanya teruk bahasanya! Ini bukan pembela negara! Ini perosak negara! Kan baik gunakan bahasa baik untuk menyampaikan tujuan yang baik! Barulah orang boleh terima dengan baik!

    Seladang tetap baik dengan semua orang!

    ReplyDelete