Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Saturday, November 19, 2016

BERSIH5 - JAMAL ANTARA TAHAN TERBARU OLEH POLIS


Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos ditahan oleh polis awal pagi ini menjadikan sejauh ini seramai 14 orang ditahan.

Utusan Malaysia melaporkan Jamal ditahan di rumahnya di Ampang sementara Berita Harian melaporkan dia ditahan di sebuah hotel, di  Jalan Tun Razak.

Jamal, ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor, sekitar jam 1.30 pagi, ketika berada dalam bilik hotel berkenaan.

Sumber - Malaysiakini
Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam bagi membantu siasatan.

Penahanan tersebut sekaligus menjadikan 13 individu ditahan berhubung penganjuran himpunan haram di sekitar Dataran Merdeka hari ini.

Sebelum ditahan, malam tadi Jmal menyifatkan penangkapan Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan pegawai sekretariat gabungan itu yang juga Ahli Sekretariat Bersih,  Mandeep Singh adalah perkara yang sepatutnya dilakukan polis dalam memelihara keamanan.

Pemimpin Baju Merah itu berkata sememangnya BERSIH mempunyai “agenda jahat” menghasut rakyat turun ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dipilih secara demokrasi menerusi sistem pilihan raya.

Dalam kenyataan malam semalam, Jamal juga berkata kumpulannya akan memastikan BERSIH gagal meneruskan demonstrasi hari ini.

Dengan penangkapan Jamal, kini seramai 14 individu yang dipercayai bakal terbabit dengan perhimpunan di sekitar ibu negara, sudah ditahan sejak jam 5 petang semalam.

Tangkapan membabitkan pemimpin kumpulan Bersih 5 dan Gerakan Merah.

Sementara itu, Maria Chin Abdullah dan, Mandeep Singh direman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur esok.


Peguam yang mewakili mereka, Eric Paulsen dan Melissa Sasidaran berkata, Maria ditahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

"Mandeep ditahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

"Kedua-dua mereka dipindahkan ke Kuala Lumpur dan akan direman pada Sabtu," kata Eric pada Sabtu.

Sejauh ini, selain Jamal,  Maria Chin dan Mandeep Singh, pemimpin lain yang juga ditahan adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; bekas Exco Selangor, Ronnie Liu dan pemimpin parti PSM, S Arutchelvan.

Turut ditahan adalah dua aktivis, Luqman Nul Hakim Zul Razali dan Jurucakap Gabungan Tangkap MO1, Anis Syafiqah Md YusofAnis Syafiqah serta dua ahli DAP, Jimmy Wong dan Lee Khai Ming.

Beberapa yang lain termasuk dari Baju Merah, Baju Hitam dan aktivis masyarakat turut ditahan.

Sementara itu, kira-kira 7,000 anggota polis akan bertugas pada perhimpunan Bersih 5 dan Gerakan Merah di ibu negara hari ini.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, polis juga bersedia untuk bertindak jika ada peserta perhimpunan yang melanggar undang-undang dan ingkar arahan polis.

"Tujuh ribu anggota polis akan turun ke padang bagi memastikan tiada sebarang ancaman atau perkara tidak diingini berlaku esok (hari in) ," katanya kepada pemberita pada majlis prebiu dan pelancaran buku 'Coffee Table' PDRM semalam.

Beliau berkata, tanggungjawab polis adalah untuk memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan menegakkan undang-undang yang ada di negara ini. 

"Kami akan jalankan tanggungjawab sebagai anggota polis dan saya seru agar sebaiknya orang ramai tidak terlibat dengan mana-mana pihak pada perhimpunan esok," katanya.


Dalam pada itu, polis trafik dalam satu kenyataan  menyebut 58 jalan utama di beberapa lokasi sekitar Dataran Merdeka akan dilencongkan manakala 12 laluan ditutup bermula pukul 7 pagi hingga perhimpunan selesai hari ini.

Monday, November 23, 2015

BERTEMU MUSUH NEGARA - JANGAN BIARKAN IA JADI 'PRECEDENT'

"Daripada gambar-gambar seperti Nurul Izzah memegang poster bersama musuh negara, ianya bukan satu kebetulan sebaliknya perjumpaan itu telah dirancang dan kita perlu tahu apa yang telah mereka bincangkan."
 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Bukan sekadar sekeping gambar tetapi ‘a picture is worth a thousand words’.

Di sebalik gambar, apakah tidak ada perbincangan? Dan jika ada, perkara apa?

Sekadar mengenai perjuangan bersama membebaskan ‘orang dalam penjara’? Tidak setakat itu, mungkin!

Wira Negara kerana pencerobohan di Sabah.
Ada pendapat pemimpin muda DAP yang membandingkan gambar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bersama 'Puteri' Sulu, Jacel Kiram dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York yang tersebar.

DAP cuba mempertikaikan sikap orang ramai dan kerajaan terhadap Nurul Izzah yang dilihat 'double standard'. 

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Zairil Khir Johari mengemukakan pertanyaan: “Saya nampak seperti biasa, ia satu tindakan yang 'double standard' di mana saya rasa ada juga gambar Datuk Seri Najib dengan orang-orang tertentu tapi kenapa YB Izzah kena, Datuk Seri Najib tidak?," katanya kepada Sinar Online.

Gambar Nurul Izzah dan Jacel itu mencetuskan kontroversi berikutan status Jacel sebagai anak kepada Jamalul Kiram III.


Allahyarham Jamalul Kiram III sebelum ini pernah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, dalang di sebalik insiden pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013.

Nurul Izzah sewajarnya  dikenakan tindakan tegas kerana anak sulung bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ke luar negara untuk berjumpa dengan anak pengganas yang tidak diiktiraf.

Ia jelas dan nyata merupakan perbuatan salah.

Masih jelas dalam ingatan, iaitu pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh bertempur dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.



Perbuatan Nurul Izzah ini kalau di negara lain, merupakan isu besar yang boleh mencetuskan provokasi dan mengundang kontroversi.

Ini kerana semua maklum, setiap ahli Parlimen baik parti kerajaan mahupun pembangkang, mereka terikat dengan sumpah taat dan setia serta menghormati Perlembagaan.

Lazimnya mereka ini mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong selepas memenangi kerusi pada pilihan raya.

Jika demikian, apakah perbuatan itu bukan sahaja salah tetapi ‘menderhaka’?

Persoalan lain ialah, tidak sensitifkah Nurul Izzah mengenai kejadian pencerogohan dan kesannya selain kejadian susulan selepas itu yang menjadikan sebahagian Sabah kini tidak lagi seperti sebelum serangan dan pecerobohan di Lahad Datu pada 2013?

Jika mahu dikaitkan dengan gambar Najib dan Netanyahu, ibarat langit dengan bumi. Gambar Najib-Nentanyahu bukan kerana pertemuan. Ia langsung tidak dirancang. Ia secara kebetulan – terserempak.

Namun gambar Nurul Izzah ini siap dirancang dan pegang poster dan dengan satu tujuan bersama pula.

Isunya ialah apakah pemimpin pembangkang kita ‘main rembat’ sesiapa sahaja asalkan menyokong perjuangan mereka.

Nurul Izzah pasti tahu siapa bapa Jacel. Apakah dia tidak sensitif dengan kejadian di Sabah dan kematian rakyat Malaysia akibat daripadanya?

Jadi wajar sangat jika rakyat dan pemimpin mengecam tindakan Nurul Izzah itu.

Nurul mengatakan tidak ada apa yang hendak beliau sembunyikan dan lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai lawatan itu.

"Saya memahami keluarga wira negara yang terkorban di Lahad Datu ketika pencerobohan, ahli keluarga Sabah yang terkesan termasuk rakyat Malaysia secara umumnya terkilan dengan gambar saya bersama Jacel Kiram dan untuk itu saya amat kesal," katanya.

Sekadar menyatakan kesal dan tidak merancang untuk mengadakan sebarang pertemuan dengan Jacel - tidak cukup untuk menghilangkan kemarahan rakyat.

Seperti kata Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC),  Tan Sri Shahrir Samad,  tindakan memohon maaf itu sebagai tidak ikhlas. Ini kerana Nurul Izzah tidak menyesali perbuatannya mengadakan pertemuan dengan anak ketua pengganas itu.

“Sebaliknya, apa yang diperhatikan, dia hanya memohon maaf atas tindakannya yang tersilap langkah dengan memuat naik gambar bersama Jacel Kiram sehingga menggores hati pihak tertentu. Tetapi sekiranya gambar tidak diambil bermakna dia tidak kesal,” katanya.

Menurut Shahrir, pihaknya akan membawa isu pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, itu dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III Jacel Kiram,  kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, hari ini (23 November).

Pihaknya akan membangkitkan perkara tersebut supaya jawatankuasa berkenaan dapat melakukan soal siasat untuk mendisiplinkan Naib Presiden PKR itu kerana tindakan beliau bertentangan dengan sumpah taat setia yang dilafazkan sebagai ahli Parlimen.

Bukan sahaja Nurul Izzah perlu disiasat tetapi juga yang sama berkunjung ke Filipina pada 9 November lalu iaitu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang pernah dikaitkan dengan pencerobohan di Sabah,  patut sama disiasat.

Malah kita mahu pihak berkuasa menyiasat perkara ini secara seadil-adilnya dalam konteks keselamatan negara dan jika tindakan tegas perlu diambil, ‘just do it’.

Jangan biarkan perbuatan Nurul Izzah ini menjadi precedent dan ikutan yang akhirnya bertemu pihak musuh negara pun ia sebagai suatu ‘kebiasaan’.

Rakyat yang waras dan pentingkan keselamatan dan kestabilan akan menyokong tindakan pihak berkuasa itu.

Semalam, polis mengatakan Naib Presiden PKR itu  boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Seksyen 124 Kanun Keseksaan berhubung tindakannya bertemu anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nurul Izzah yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai akan dipanggil untuk memberi kenyataan minggu depan berikutan tindakannnya yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Walaupun Nurul Izzah telah memohon maaf, perbuatannya tetap dianggap serius apabila anggota Parlimen Malaysia bertemu dengan musuh negara yang telah menyerang sebahagian negara kita, kata Khalid.

Sebagai anggota Parlimen, Nurul Izzah tidak sepatutnya bertemu dengan musuh negara yang telah menyebabkan ramai anggota polis dan tentera terkorban.

Berikutan itu polis juga akan menyiasat sekiranya terdapat kemungkinan serangan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 didalangi oleh pihak tertentu dari dalam negara berikutan pertemuan Nurul Izzah itu.

"Daripada gambar-gambar seperti Nurul Izzah memegang poster bersama musuh negara, ianya bukan satu kebetulan sebaliknya perjumpaan itu telah dirancang dan kita perlu tahu apa yang telah mereka bincangkan," katanya.

Wednesday, September 16, 2015

PEMBUNUHAN KEVIN MORAIS TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN 1MDB

 

Jelas sudah, kehilangan Kevin Morais dengan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Ambank, Hussain Ahmad Najadi.

Sebaliknya polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Anthony Morais.

Mayat Kevin Morais ditemui mati dalam tong dram di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ1, di Subang Jaya pagi tadi (16 September 2015).


Penemuan ini diharaapkan menghapuskan pelbagai spekulasi yang turut menghangatkan lagi isu 1MDB oleh pihak tertentu.

Tujuan mereka ialah mengaitkan kononnya ada ‘tangan ghaib’ yang cuba menutup sesuatu dalam isu 1MDB.

Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kondominium Menara Duta (1), Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak.

Menurutt polis, motif ini adalah berdasarkan tangkapan seorang bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang sedang menjalani satu perbicaraan mahkamah di Shah Alam berhubung satu kes rasuah dikendalikan mangsa sebagai pihak pendakwaraya.

Pegawai berusia 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Rawang, yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman sejak awal pagi semalam.

Penahanan individu yang juga suspek utama itu,  sekali gus melenyapkan pelbagai spekulasi sebelum ini termasuk mengaitkan dengan 1 MDB dan pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Ambank.

Setakat ini polis sudah tangkap tujuh individu yang ada kaitan dengan kes bunuh ini iaitu suspek berusia antara 22 dan 52 tahun.

Lima yang ditahan adalah suspek utama, dua lagi wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama, selain memaklumkan ada lagi beberapa tangkapan susulan akan dibuat bagi menyelesaikan siasatan.

Mengenai kereta yang ditemui di Hutan Melintang sebelum ini, Mohmad polis percaya, 99 peratus kereta terbakar itu ada kaitan dengan kes bunuh Kevin Morias berdasarkan kesan kemalangan.

Fakta yang disebutkan di atas adalah berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh pagi ini.

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini ialah polis mengklasifikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Berikutan penemuan mayat itu, kluarga timbalan pendakwa raya, Kevin Morais tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengecam mayat yang ditemui dalam tong konkrit yang dibuang dalam sungai di Jalan Subang 3, pagi tadi.

Abangnya, Datuk Richard Morais berkata, keluarganya mendapat panggilan polis pada pukul 10.30 pagi meminta mereka ke HKL bagi ujian darah untuk DNA.

Richard yang bersama dua lagi ahli keluarganya berada di Rumah Mayat HKL kelihatan tenang ketika ditemui wartawan.

Monday, May 14, 2012

BERSIH 3.0 - POLIS BERJAYA GAGALKAN BERLAKU KEMATIAN…JIKA TIDAK?


"Memang betul. Memang kita ada merakamkan satu klip, yang ada satu orang tu cakap... Kalau lima orang mati pun tak apa...Klip itu menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April...pihak media dialu-alukan untuk mendapatkan klip tersebut dari pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut...." - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar


Ini benar-benar serius!

Ia bukan perkara main-main apabila polis Malaysia mengatakan ada bukti unsur-unsur mahu kematian pada perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Hari ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat unsur-unsur yang mahu menyebabkan kematian semasa perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan itu berasaskan bukti video yang dikumpul oleh polis semasa perhimpunan tersebut. Polis mempunyai klip video bahawa memang ada pihak yang mahu kematian berlaku.

"Memang betul. Memang kita ada merakamkan satu klip, yang ada satu orang tu cakap... Kalau lima orang mati pun tak apa," katanya.

Klip itu, katanya, menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April.

Pihak media dialu-alukan untuk mendapatkan klip tersebut dari pihak polis untuk mengenal pasti individu tersebut.

Mengenai kemungkinan menangkap individu berkenaan, Khalid berkata :"Belum lagi (tangkap). Tidak ada apa-apa kesalahan pun, dia cuma cakap saja... Sehingga tengah hari ini sudah 21 orang telah ditangkap. Ada yang serah diri, ada yang ditangkap, sudah 321 orang. Jadi memang bagi sampai esoklah.

"Kita pun dah mula kenal pasti mereka melalui gambar-gambar. kalau mereka tak datang serah diri, kami akan carilah," katanya.

Berikutan itu, polis masih menunggu 120 peserta, perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas, yang disiarkan wajah mereka dalam media, untuk menyerah diri sehingga esok.

Beliau berkata secara keseluruhan polis telah menyiarkan 141 gambar wajah demonstran yang dipercayai terbabit dalam rusuhan di Dataran Merdeka itu.

 "Kita akan mengesan dan menangkap mereka yang belum menyerah diri. Kita tidak perlukan waran tangkap kerana ia kesalahan lazim ditangkap dan merusuh merupakan kesalahan lazim," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah peringkat polis kontinjen Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 28 April lepas, segelintir daripada peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Berikutan itu, polis menyiarkan gambar peserta berkenaan melalui media dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin berkata polis akan membuat tangkapan dari rumah ke rumah terhadap peserta perhimpunan, yang enggan menyerah diri, mulai Rabu ini setelah tempoh seminggu diberikan untuk mereka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka dan memberikan tempat lain sebagai pilihan kerana dataran hanya sesuai untuk acara rasmi peringkat nasional.

Tuesday, May 1, 2012

BENARKAH ANGGOTA POLIS KAWAL BERSIH 3.0 MACAM 'AFRICAN WILD DOG'?

 Sambungan semalam


Realiti Bersih 3.0:

BERSIH 3.0 yang kononnya mahu MENUNTUT PILIHAN RAYA YANG ADIL BERTUKAR GANAS.  Penyokong Bersih bertindak mencederakan 11 anggota polis serta merosakkan harta benda awam ketika menyertai perarakan haram menuju ke Dataran Merdeka Sabtu lalu. Dua daripada anggota itu ditumbuk dan dipukul dengan kon dalam insiden sebuah kereta peronda Proton Waja diterbalikkan di hadapan kompleks beli-belah Sogo.

1. ANTARA YANG MENYERTAI BERSIH 3.0 IALAH KETUA PEMBANGKANG, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM, PRESIDEN PAS, DATUK SERI ABDUL HADI AWANG DAN PENASIHAT DAP, LIM KIT SIANG. 

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur. "Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH”.

 2. MURSYIDUL AM PAS, DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA RAKYAT yang telah menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0. Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa terharu terhadap rakyat Malaysia yang berada di hampir seluruh dunia seperti Sydney, Melbourne, Makkah, Madinah dan Mesir turut menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0.

"Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil."

3. RAPIDKL, penyedia perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas di Lembah Klang, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur perhimpunan semalam kerana MENGALAMI KERUGIAN BESAR AKIBAT TINDAKAN LIAR OLEH KUMPULAN DEMONSTRAN.

"Kami mengalami kerugian besar seperti kerosakan pada penutup gulung dan pagar, pintu tandas serta orang menggunakan perkhidmatan kami tanpa membayar dan operasi bas juga terjejas teruk kerana penutupan jalan," kata Pengarah Urusan Kumpulan, Syarikat Prasarana Berhad (Prasarana) Datuk Shahril Mokhtar dalam kenyataan hari ini.

4. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata PIHAK POLIS AKAN MEMAPARKAN RAKAMAN VIDEO mengenai apa sebenarnya berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 menuntut pilihan raya bebas dan adil, di ibu negara kelmarin.

"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya kepada pemberita selePAS mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam semalam.

5. PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA mengingatkan pembangkang dan penganjur perhimpunan Sabtu lePAS agar TIDAK MENGAMBIL KESEMPATAN MENUDUH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) sengaja mencetuskan rusuhan dan huru-hara.mereka tidak rela PDRM diperkotak-katikkan pembangkang yang hanya mahu menyuntik kebencian rakyat terhadap PASukan keselamatan itu dan meruntuhkan kerajaan sedia ada.

6. POLIS BERJAYA MENGAWAL KEADAAN, malah berjaya menyekat para penyokong Bersih 3.0 daripada memasuki Dataran Merdeka. Polis yang mendapat perintah daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarang pihak berkenaan daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam kelmarin hingga 1 Mei.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan meriam air kerana perusuh bertindak ganas.

7. PERKASA semalam meminta Raja-raja Melayu menggunakan kuasa yang diizinkan di bawah undang-undang untuk MELUCUTKAN TARAF KERAKYATAAN kepada mereka yang tidak menghormati Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Negara.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali ketika membacakan perisytiharan perhimpunan "Raja Berdaulat Kasih Dijunjung" di sini, berkata terdapat anasir-anasir yang cuba memporak-perandakan struktur teras Perlembagaan Negara yang termaktub di bawah Fasal 153 dan prinsip Rukun Negara.

 
8. TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN berkata penganjur perhimpunan Datuk S. Ambiga dan pembangkang, harus bertanggungjawab atas insiden keganasan di sekitar ibu negara Sabtu sehingga menyebabkan kemusnahan harta benda awam serta kecederaan serius. Menyifatkan insiden itu sebagai 'amat malang', Timbalan Perdana Menteri berkata sebagai penganjur, AMBIGA HARUS MENGHADAPI TINDAKAN UNDANG-UNDANG kerana menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan anggota polis.

"Ambiga tidak boleh lepas daripada tanggungjawab sebab dia kata dia jadi penganjur utama. Jadi kita serah kepada pihak berkuasa apakah tindakan wajar yang boleh diambil. Bukan kita ikat kebebasan. Itu kita sudah bagi!" tegas Muhyiddin.

Daripada apa yang dapat disaksikan selain kenyataan pihak-pihak yang terbabit secara langsung dalam menjamin keamanan pada perhimpunan ini, PAS tetap mendakwa bahawa provokasi berpunca daripada tindakan Unit Cawangan Khas polis dan bukan menyebabkan berlakunya kekecauan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, penyokong Bersih 3.0 tetap berada dalam keadaan terkawal walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Baginya rempuhan yang berlaku di Dataran Merdeka jam 3 petang Sabtu itu dilakukan oleh individu profesional kerana mereka dapat boleh memotong kawat duri dalam tempoh singkat. "Kekecohan ini berlaku kerana kawat duri itu dipotong, oleh itu pihak polis perlu siasat siapa yang memotong dan dakwa individu itu di mahkamah," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi menyifatka nggota polis macam 'African wild dog', tidak berakhlak, malah lebih teruk dari polis Israel. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Hatta Ramli pula meminta polis menangkap individu yang dikatakan bertindak mengasari polis di sekitar Sogo.

Di pihak polis pula, ia sudah mengenal pasti penyokong, penganjur termasuk pemimpin politik yang dilihat mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0 merusuh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan perhimpunan yang diadakan Sabtu lalu, bukan perhimpunan aman, sebaliknya demonstrasi jalanan yang bertukar menjadi rusuhan. "Kita sudah kenal pasti individu yang memulakan rusuhan tersebut.

Siasatan yang dijalankan bukan hanya meliputi mereka yang terlibat secara langsung tetapi juga terhadap mereka yang dianggap pencetus perhimpunan ini. Apa yang berlaku merupakan satu kesalahan merusuh, melanggar perintah mahkamah dan beberapa kesalahan lain yang akan diPAStikan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman semalam.

Yang pasti  penganjur tidak mengotakan janji di mana gagal memastikan perhimpunan tersebut tidak bertukar ganas. Insiden menjadi ganas ialah selepas penyokong memecahkan halangan terakhir iaitu penghadang dan kawat duri di Dataran Merdeka.

Siapa yang memberikan ‘kebenaran’ untuk memecahkan halangan itu? Perbahasan kini jelas bahawa ia datangnya daripada arahan pemimpin pembangkang. 

Akta Perhimpunan Aman 2012 benar-benar teruji Sabtu lalu dan pastinya ia tidak akan terhenti di situ sahaja kerana tindakan susulan pihak berkuasa akan membuktikan sejauh mana Akta itu lebih baik daripada Akta sebelumnya.

Polis pasti  akan meneliti dan menyiasat semua dakwaan termasuk kejadian Unit Amal PAS merempuh polis di KLCC serta serangan terhadap anggota polis dan jurugambar TV Al-Hijrah, Mohamad Azri Salleh di Jalan Tunku Abdul Rahman. Juga akan diteliti ialah serangan terhadap PASukan keselamatan termasuk rakaman video dan gambar yang tersebar di internet.


Ismail berkata, pihaknya menerima lebih 10 laporan daripada penyokong dan wartawan yang mendakwa dipukul polis dan beberapa laporan daripada polis yang cedera dipukul perusuh..“Kita menjanjikan siasatan yang telus untuk semua.

Dalam waktu terdekat, kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya.

Yang nyata penganjur tidak mengambil peluang tawaran Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk menganjurkan perhimpunan di stadium, antaranya Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka.

Benar kata Ketua Polis Negara, sekiranya senario ini terus berlangsung, ia menggalakkan budaya agresif di masa akan datang yang akan mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.


Bersambung...Ambiga Bukan Anwar Layak Ganti Najib Sebagai Perdana Menteri!

Friday, April 27, 2012

AMBIGA, BERSIH 3.0 UJI KUASA POLIS, AKTA PERHIMPUNAN AMAN...


Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, Bersih 3.0 mencabar polis bahawa mereka TIDAK WAJAR DIHALANG UNTUK BERHIMPUN di Dataran Merdeka esok

Persoalannya apakah penyokong BERSIH yang dibenarkan berhimpun di tempat yang dirancang akan sanggup duduk dan tidak berarak ke Dataran Merdeka ?

Walaupun mereka semua tahu peraturan seperti digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini, tidak ada jaminan bahawa mereka akan berarak ke kawasan yang dilarang itu.

Bersih 3.0 pastinya akan cuba menghampiri Dataran Merdeka dan diharapkan sesuatu yang tidak baik tidak akan berlaku.

Lebih menyerlah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku boleh dilihat daripada apa yang disebut oleh Pengerusi Bersama Dtuk Ambiga Sreenevasan hari ini bahawa polis tidak ada kuasa untuk menghalang perhimpunan itu esok.

Sebagai peguam, pastinya Ambiga tahu dimana kelemahan atau ‘grey area’ yang mereka boleh langgar dan kerana itu dibimbangi akan ada ‘pertempuran’ esok. Kata Ambiga seperti dilaporkan:

The police have no powers under the newly-enforced Peaceful Assembly Act to bar tomorrow’s rally for free and fair elections at Dataran Merdeka, Bersih said today. Bersih co-chairman Datuk Ambiga Sreenevasan said that Section 14(1) of the Act, which the Najib administration said would allow freedom of assembly in accordance with international norms, stated that police could only impose conditions for any planned assembly. “Police have no power to deny the assembly; they can only impose conditions,” she told reporters here. Section 14(2) of the same Act stated that if no conditions were given, any public assembly may carry on as planned. “In the letter given to us by the police, there were no conditions imposed. The rally is a legal assembly under the Peaceful Assembly Act. The police have breached the provisions of the Assembly Act,”.

Dan jika ada tembakan air menyuraikan perhimpunan atau polis bertindak kasar esok, pastinya akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan.

Tekanan kini di pihak polis dan penguatkuasa lain kerana mereka mahu dilihat tidak keras, ‘bertolakansur’ serta bertindak lembut terhadap pembantah berkenaan,

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh sudah memberi amaran bahawa sebarang kumpulan yang menuju ke Dataran untuk mengikuti perhimpunan "duduk bantah" yang dilarang akan menghadapi tindakan polis.

Apakah tindakan polis?

Dihalau kembali ‘duduk batah’ di tempat dibenarkan atau kemungkinan ditahan?

Hakikatnya pemimpin dan anggota Perhimpunan Bersih lebih rela ditahan untuk menunjukkan mereka ‘benar’ dalam tuntutan mereka selain mengatakan Kerajaan bimbang dengan tindakan mereka.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam mengeluarkan perintah bahawa penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai tidak boleh memasuki kawasan Dataran Merdeka esok.

Malah, perintah itu juga melarang penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam ini sehingga 1 Mei.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir kira-kira 8.30 malam tadi ekoran permohonan pihak polis. Bersih 3.0 sudah mengatakan mahu meneruskan rancangan mahu berhimpun di Dataran Merdeka dan beberapa lokasi yang telah diputuskan, esok meskipun polis telah memperoleh perintah menghalang mereka daripada berkumpul di kawasan bersejarah itu.

"Kami akan meneruskan sebagaimana telah dirancang. Kami tidak akan melanggar halangan. Kami akan bermula pada jam 2 petang dan bermula dengan Negaraku," kata Bersih 2.0 dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter.

 Mesej Twitter itu dikeluarkan serentak dengan sidang media yang diadakan hari ini. Satu lagi mesej menyebut, "@bersih2: Perintah mahkamah: Permit #Bersih tidak diluluskan oleh DBKL tetapi #Bersih akan diteruskan."

Yang nyata, perintah mahkamah itu diserahkan kepada Ambiga pada jam 12.08 tengahari ini, melarang beliau, kumpulan dan orang awam daripada Dataran Mereka.

Pada sidang medianya Ambiga berjanji dengan mengatakan  BERSIH AKAN MEMATUHI perintah mahkamah melarang mereka berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kita tidak akan langgar perintah itu ... Kita akan berkumpul di tempat-tempat perhimpunan yang tidak disebut dalam perintah itu (melarang kumpulan dan orang awam), dan bergerak sehampir mungkin ke Dataran," katanya.

Apakah maknanyang daripada kenyataan Ambiga itu?

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, sudah mengatakan tidak akan ada jalan menuju ke Dataran Merdeka ditutup.

"Walaupun kita menasihati orang ramai untuk tidak berkumpul di Dataran Merdeka kerana ia ditutup, mereka yang merancang untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut perlu mematuhi peraturan," katanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan keputusan yang tidak untuk membenarkan Bersih 3.0 yang dicadangkan Sabtu ini mengadakan perhimpunan di sana. DBKL juga akan cuba sedaya upaya untuk tidak menutup mana-mana jalan menuju ke Dataran Merdeka esok.

"Kami akan memaklumkan kepada pengguna jalan raya jika ada jalan ditutup, dan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan orang awam…Nasihat kami ialah tidak berarak di jalan-jalan utama tetapi menggunakan kaki lima."

 Apa yang diharapkan, BERSIH 3.0 juga perlu menasihati orang ramai dan penyokongnya mematuhi arah polis untuk menjamin BERSIH dilihat Bersih dan tidak melanggar peraturan pihak berkuasa.

Jika ada anggota BERSIH 3.0 yang melanggar sebarang peraturan dan jika ada tindakan umpamanyamenahan mereka, kerajaan akan dituduh  mencabuli hak rakyat.

Ujian paling besar ialah apakah Akta yang diluluskan itu sememangnyan tidak memperuntukkan polis untuk menyekat perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Meredeka kerana ia bukan perhimpunan yang 'dirancang'.

Lagipun polis hanya berkuasa untuk menetapkan syarat dan peraturan tetapi tidak ada kuasa untuk menghalang perhimpunan berkenaan.

Apakah selepas ini Akta berkenaan akan dipinda semula kerana wujud kelemahan-kelemahan?

Dan jika ada pancutan air untuk menyuraikan pembantah serta ada tangkapan, apakah ia petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 tidak akan dibuat dalam masa terdekat?

Monday, September 12, 2011

KENAPA POLIS LENGAH-LENGAHKAN TINDAKAN LAPORAN PALSU ANWAR?


Sudah dua minggu kita dibuai dengan isu komunis dan Mat Sabu.

Mat Sabu, Mat Sabu juga. Namun jangan pula lupa ada seorang lagi yang lebih memerlukan perhatian polis iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Jangan kerana kebijaksanaan pembangkang memainkan isu komunis, kita lupa terus kepada pembohongan yang dilakukan Ketua Pembangkang itu.

Benar kata Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa pihak polis jangan tunggu kes liwat membabitkan Anwar selesai di mahkamah sebelum menyiasat sama ada Ketua Pembangkang itu telah membuat laporan palsu bagi menafikan beliau adalah pelaku dalam video aksi seks yang tersebar pada Mac lalu.

Ini kerana kes liwat kedua Anwar itu dan isu video seks yang dikatakan membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah dua perkara yang berbeza.

Memang benar sekali isu video seks tiada kena-mengena dengan kes liwat.

Semua pihak mengharapkan siasatan dibuat secepat mungkin kerana tanpa tindakan tegas, masyarakat akan tertanya-tanya apakah polis pilih kasih. Selain itu, jika siasatan tidak dibuat akan mencerminkan bahawa polis menggalakkan masyarakat membuat laporan palsu untuk mengaburi pandangan orang ramai atau demi kepentingan politik.

Bukan Choo Keong sahaja mahukan siasatan segera tetapi banyak pihak sudah menyuarakan sentiment itu.

Desakan demi desakan dibuat oleh banyak pihak supaya polis segera mengambil tindakan terhadap Anwar berikutan laporan palsu yang dikatakan dibuatnya berhubung isu video aksi seks yang dikaitkan dengannya.

Puteri UMNO minggu lalu membuat laporan polis terhadap tindakan Anwar membuat laporan palsu bagi menafikan penglibatannya dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T.

Ini kerana pihak polis berdasarkan bantuan pakar sebelum ini mengesahkan bahawa video seks tersebut adalah 99.9 peratus tulen.

Yang penting, siasatan terhadap kes itu bukan sahaja dapat dijadikan contoh kepada orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya membuat laporan palsu kepada polis tetapi mengesahkan bahawa Anwar ialah pelakuknya.

Tidak adil jika apabila kes membabitkan orang ternama dan terkenal siasatan dilakukan secara sambil lewa sahaja.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali sekali lagi mendesak supaya pihak polis bertindak terhadap Anwar kerana melakukan laporan palsu itu.

"Sudah banyak kali kita mendesak supaya pihak berkaitan mengambil tindakan terhadap Anwar kerana telah dibuktikan bahawa video itu adalah tulen, " katanya.


Malah Peguam Negara juga diminta bertindak kerana perlakuan Anwar itu adalah salah di sisi undang-undang.

Choo Keong sebelum ini sudah membuat desakan di Parlimen bahawa jika video itu direka, bukan tulen maka memang ada konspirasi, tapi polis sendiri mengatakan ia tulen.

Jadi bagaimana sekarang?

Yang sah, laporan polis oleh Anwar adalah palsu. Polis sendiri mengakuinya. Persoalannya, bagaimana polis boleh melengah-lengahkan kes ini?

Friday, September 17, 2010

POLIS LAMBAT BERTINDAK KES SALAH LAKU PEGUAM?

Polis juga yang menjadi sasaran.

Walaupun Majlis Peguam memecat kira-kira 30 hingga 40 peguam setiap tahun kerana pelbagai kesalahan namun tiada sebarang tindakan lanjut oleh polis walaupun laporan telah dibuat.

Itu ditegaskan oleh Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath semalam.

Sehubungan itu beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap peguam yang menyalahi undang-undang seperti terlibat dalam sebarang kes pecah amanah atau penggubahan wang haram.

"Dalam Majlis Peguam, kita memiliki sebuah lembaga disiplin yang tegas dan berdikari bagi menangani peguam menyeleweng, namun, hanya itulah kuasa yang kami ada, kami tidak berkuasa menghantar mereka ke penjara.

"Isu kami di sini ialah polis lambat bertindak dalam kes sedemikian. Kami bersedia membantu polis jika mereka ingin mengambil tindakan rasmi terhadap peguam menyeleweng," katanya selepas melancarkan Fasa Keenam: Badan Kehakiman dan sambutan Festival Jalanan Hari Malaysia semalam.

Dengan kata lain, Majlis Peguam tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang sebaliknya hanya boleh menghalang mereka daripada mengamalkan profesion undang-undang dengan menyenaraihitamkan mereka.

Majlis Peguam juga tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan peribadi setiap ahlinya termasuk mengenal pasti harta atau aset yang dimiliki mereka.

"Kita tidak ada kuasa untuk memenjarakan peguam yang bersalah kecuali memastikan mereka tidak lagi mengamalkan profesion mereka lagi," katanya.

Ragunath diminta mengulas mengenai gesaan beberapa pihak terhadap Majlis Peguam supaya bertindak terhadap ahlinya yang terlibat dengan jenayah ekoran pembabitan seorang peguam sebagai suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi individu baru-baru ini.

Katanya, sebarang laporan mengenai peguam yang melakukan jenayah perlu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan bukan hanya ke balai polis biasa seperti yang dilaksanakan sekarang.

"Dengan ini tindakan terhadap peguam-peguam terbabit akan dilaksanakan secara tegas," katanya.

Menurutnya, Majlis Peguam juga sedia bekerjasama dengan polis dalam memastikan peguam yang terlibat dalam jenayah seperti pecah amanah menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Beliau berkata, pihaknya akan bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi membincangkan mengenai kes-kes jenayah melibatkan peguam di negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menyarankan supaya Majlis Peguam mengaudit anggotanya bagi memastikan mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Kelmarin. Ketua Menteri Melaka itu berkata, sebagai badan tertinggi pengamal undang-undang di negara ini, majlis tersebut perlu membersihkan imej institusi itu yang kini tercemar ekoran pembabitan ahlinya sebagai suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.

"Kes pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga lelaki lain melibatkan seorang suspek utama yang merupakan peguam bergelar Datuk sangat hina. Amat malang bagi negara kita jika seorang peguam boleh melibatkan diri dalam kes jenayah apatah lagi secara berterusan," katanya.

Tambah Mohd. Ali, melalui cara mengaudit dan menyemak kegiatan semua ahlinya, Majlis Peguam secara tidak langsung akan membantu pihak polis menggagalkan mereka yang pernah terlibat dengan kegiatan jenayah daripada mengulanginya.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pula mencadangkan agar pengurusan Majlis Peguam diletakkan di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara atau diselia oleh suruhanjaya tertentu ekoran sikap selektif majlis tersebut dalam memperjuangkan sesuatu isu.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sikap selektif Majlis Peguam terserlah apabila tiada sebarang kenyataan dibuat berhubung pembunuhan Sosilawati melibatkan suspek utama iaitu seorang peguam bergelar Datuk.

"Saya hairan dan tertanya-tanya kenapa tiada sebarang reaksi daripada Majlis Peguam sedangkan suspek ialah seorang peguam. Jika ini sikap Majlis Peguam, sudah tiba masanya, majlis itu diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara atau sebuah suruhanjaya," katanya.

Menurut Ibrahim, sikap berdiam diri Majlis Peguam itu menimbulkan pelbagai tanda-tanya kerana selama ini, jika terdapat kes pembunuhan berprofil tinggi seumpama itu, badan tersebutlah yang menjadi hero dengan membuat pelbagai desakan dan tuntutan kepada kerajaan.

Katanya, Majlis Peguam sepatutnya bersuara mengenai pembunuhan kejam yang menimpa Sosilawati dan tiga rakannya, apatah lagi perbuatan tidak berperikemanusiaan tersebut dilakukan di ambang Hari Raya Aidilfitri.

Ragunath pula menggesa pihak media dan rakyat di negara ini agar memberi ruang kepada polis melengkapkan siasatan dan menyelesaikan isu berkenaan, tanpa melemparkan sebarang tuduhan sehingga mereka yang ditahan berhubung kes itu didapati bersalah.

"Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah isu serta dakwaan yang disiarkan pihak media mengenai kes ini mungkin boleh menyebabkan keadaan menjadi bahaya dan prejudis.

"Jika anda inginkan sabitan (dalam kes pembunuhan ini), anda mesti memberikan polis sedikit ruang bagi mereka melengkapkan siasatan. Jika terdapat sebarang kekaburan (dalam kes ini), kita tidak mahu berlaku situasi di mana seseorang itu telah didakwa di mahkamah dan kemudian terpaksa dibebaskan atas sebab-sebab teknikal.

"Jadi tolonglah, saya mohon kepada pihak media dan orang ramai agar memberikan polis sedikit ruang, mereka telah melakukan tugas yang cemerlang apabila mampu menyelesaikan kes berkenaan, namun, mereka yang ditahan adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya," katanya.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Karim, 32, sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Siasatan kemudiannya mendedahkan keempat-empat mereka dibunuh di sebuah ladang ayam di Sungai Gadong dekat Tanjung Sepat, Selangor sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai di kawasan berhampiran ladang milik peguam bergelar Datuk itu.

Wednesday, March 3, 2010

LIGA BALAI POLIS – BUKAN SEKADAR BENDUNG JENAYAH

Sewajarnya 'Liga Balai Polis' yang mahu diperkenalkan kerajaan disokong semua pihak.
Saya melihat langkah ini penting bagi tujuan mendekatkan masyarakat dengan polis.

Walaupun Rakan Cop diperkenalkan sekian lama namun ia masih bersifat satu haluan, iaitu orang ramai menghubungi polis.

Yang penting ialah polis turun padang dan mendekati masyarakat supaya polis benar-benar menjadi rakan - bukan sekadar untuk banteras jenayah tetapi juga dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Liga ini pastinya menuntut prestasi dan pemperkasaan perkhidmatan di 754 buah balai polis seluruh negara.

Dan, dalam memberikan perkhidmatan, anggota polis jangan pula menyalahkan hubungan mereka dengan masyarakat dengan perkara-perkara yang boleh menyebabkan anggota masyarakat merasa wasangka, apalagi jika ada salah laku dan sebagainya.

Soal penting seperti saya tekankan, usaha ini mampu meningkat dan memperbaiki lagi tahap kerjasama antara anggota polis dan masyarakat setempat.

Saya percaya 'Liga Balai Polis' bukan sekadar untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan terhadap prestasi dan pencapaian yang ditunjukkan oleh balai-balai polis.
Ia bukan sekadar mencapai matlamat mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara.

Lebih daripada itu, liga akan menjadikan semua peringkat kakitangan balai mendekati masyarakat sekeliling.

Seperti diharapkan oleh kerajaan, anggota polis perlu turun padang bertemu dengan masyarakat dan dengan adanya liga ini juga masyarakat boleh memberi maklum balas terhadap perkhidmatan yang disalurkan atau ditunjukkan oleh sesebuah balai (polis) itu.

Juga penting melalui 'Liga Balai Polis' ini, jika terdapat kelemahan daripada pihak polis dalam memberi perkhidmatan, masyarakat boleh membuat aduan terus kepada kita (Kementerian Dalam Negeri (KDN)).

Sudah pasti ketua-ketua balai atau ketua polis daerah perlu menjawab kepada pihak lebih tinggi termasuk Menteri dan mengatasi sebarang kelemahan yang berlaku.

Jika ini dapat dilakukan, pastinya penghormatan terhadap polis akan meningkat dan imej polis di mata masyarakat akan bertambah baik sesuai dengan motonya:

Saya bersetuju dengan kata-kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa liga itu boleh dijadikan sebagai kayu ukur bagi memperlihatkan komitmen pegawai dan anggota-anggota polis setiap balai dalam menjalankan tugas, khususnya bagi mengekang kegiatan jenayah di kawasan masing-masing.

Memanglah usaha ini sebahagian langkah dalam menjayakan agenda mengurangkan kadar jenayah yang digariskan dalam bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

KDN serta PDRM sudah berikrar akan berusaha menangai isu jenayah ini secara bersungguh-sungguh. Malah telah diterjemahkan kesungguhan tersebut dengan penurunan indeks jenayah sebanyak 3.7 peratus pada suku keempat 2009 dan penurunan jenayah jalanan sebanyak 7.6 peraus dalam tempoh yang sama.

Namun, untuk mengekang jenayah secara lebih berkesan, memerlukan kerjasama masyarakat sekeliling.

Kerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Rukun Tetangga atau juga persatuan penduduk hendaklah dipertingkatkan.

Jenayah boleh dicegah dan diatasi. Untuk mencegahnya perlu maklumat dan pendidikan.

Sementara untuk mengatasinya memerlukan kelengkapan, kecekapan dan taktik. Ini kerja polis tetapi kerja masyarakat ialah menyalurkan maklumat, mengawas serta juga melapor.

Bagi saya, apabila kerajaan mengumumkan akan memperkenalkan "Liga Balai Polis”, tugas kerajaan bukan sekadar mengiktiraf peranan anggota polis.

Lebih penting, dengan sendirinya usaha ini akan mempertingkatkan standard balai-balai polis agar kebajikan dan perkhidmatan balai-balai ini sentiasa dipantau dan dijaga.

Hishammuddin berkata pengumuman mengenai liga itu akan dibuat sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka dilancarkan dua minggu lagi.

Beliau berkata: "Mungkin akan ada ganjaran berupa wang tunai jika balai-balai ini terpilih menjadi 10 balai terbaik dan kita akan paparkan keputusan prestasi balai-balai ini mengikut tempoh tertentu...bagaimanapun saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenainya kerana ia akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri nanti."

Thursday, December 31, 2009

TOKOH PEMBANGKANG MANA TAJA RAJA PETRA?

Siapa sebenarnya penaja pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin?
Superman atau Santa Claus? Datuk Seri Hadi Awang? Lim Kit Siang? Datuk Husam Musa atau Datuk Seri Anwar Ibrahim? Lim Guan Eng? Atau Datuk Nik Aziz Nik Mat?



Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata orangnya seorang tokoh pemimpin pembangkang.

Malah, menurut Zamil, beliau amat mengenali 'mangsa-mangsa' tokoh berkenaan yang telah diperalat sewaktu dia 'tersepit' sahaja.

"Saya rasa macam kenal tokoh pembangkang yang taja Raja Petra dan saya memang kenal sangat orang yang dijadikan macam 'habis madu sepah dibuang' oleh tokoh tersebut.

"Yang jadi mangsa itu bukan calang-calang orang, kebanyakannya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam parti," katanya kepada Utusan Malaysia semalam,

Katanya, semua 'mangsa' berkenaan mempunyai kepakaran tersendiri seperti Raja Petra yang berani dan cekap menulis propaganda.

Beliau mengulas kenyataan bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang mendakwa kehidupan Raja Petra di London mungkin ditaja oleh salah seorang tokoh pemimpin pembangkang.

Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dia dituduh menerbitkan artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell dalam blog www.malaysia-today.net, bertarikh 25 April 2008.

Selain itu, dia dituduh memfitnah Rosmah serta dua yang lain dalam satu akuan bersumpah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 18 Jun tahun lalu.

Mahkamah Sesyen pada 11 dan 13 November lalu bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Raja Petra kerana pihak pendakwaan gagal mengesannya.

Menurut Anuar, pembiayaan itu dibuat melalui kroni pemimpin tersebut yang telah menjual aset berupa sebuah rumah di London dan ladang di Afrika Selatan, baru-baru ini.

Kelmarin, sumber polis tidak menolak kemungkinan kehidupan Raja Petra di di Gloucester Terrace, Bayswater yang merupakan kawasan elit dibiayai pihak tertentu yang mempunyai konspirasi untuk merosakkan nama baik kerajaan Malaysia.


Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassa turut mengesahkan Raja Petra kini berada di London.
Beliau berkata, perkara itu disahkan hasil risikan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa (Interpol). Musa bagaimanapun enggan mendedahkan sama ada pengendali blog berusia 59 tahun itu tinggal di pangsapuri mewah Gloucester Terrace, Bayswater, London atau sebaliknya.

Sehubungan itu, beliau berkata, jika benar Raja Petra merasakan dirinya tidak bersalah, dia perlu kembali ke Malaysia untuk membersihkan namanya.

"Jika benar (Raja Petra di London), baliklah ke Malaysia dan bersihkan nama. Bukannya sembunyikan diri di negara asing," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Musa berkata, Raja Petra kini membawa status sebagai pelarian memandangkan dia ke negara tersebut tanpa dokumen yang sah.

"Kita sudah rampas semua dokumen dia termasuk pasport selepas dia disahkan muflis," jelasnya.
Walaupun berada di London, nasib Raja Petra diramal akan menjadi seperti 'habis madu sepah dibuang' jika kehidupannya di London terus ditaja oleh tokoh berkenaan.’

Dalam perkembangan berkaitan, Zamil yang mendakwa kenal rapat dengan Raja Petra melahirkan rasa simpati kepada keluarganya yang kini berada dalam keadaan terumbang ambing.

"Orang yang melindungi dia pada masa ini hanyalah untuk kepentingan politik tapi sampai bila dia perlu bergantung kepada mereka.

"Padahal masa depan keluarga dan anak-anaknya yang pada masa ini terumbang ambing tidak bergantung kepada kepentingan politik mana-mana pihak," tegas Zamil.

Jika benar tokoh pembangkang menaja Raja Petra, dedahkanlah segera supaya kita kenal pasti orang berkenaan.

Ini kerana orang ini sanggup melakukan apa sahaja tanpa mengira kepentingan negara apabila ‘menaja’Raja Petra dan isterinya di luar negara sambil bersekongkol untuk ingkar perbicaraan mahkamah.

Saturday, September 12, 2009

PENDAKWAAN PANTAS UNDANG PADAH

(Isu Sabtu)

Perdana Menteri, menteri dan parti pemerintah kena belajar dan ingat baik-baik.

Kesalahan dilakukan oleh Ketua Polis Negara yang menyebabkan mata Datuk Seri Anwar Ibrahim lebam, tidak menyebabkan individu berkenaan dihukum atau dipenjara.

Yang kena hukum ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya 1999. Yang dicaci, dimaki dan digelar Firaun ialah Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apakah Dr Mahathir memerintah atau memaksa Ketua Polis Negara menyebabkan mata Anwar lebam? Jawapannya tidak.

Namun, yang pasti - sebarang kesalahan dan salah laku pegawai tinggi kerajaan tidak akan menyebabkan pentadbiran Putrajaya – Ketua Setiausaha Negara atau ketua-ketua jabatan - yang ranap. Yang akan ranap ialah UMNO dan BN.

Pada saat ini, ramai terkejut dengan tindakan pantas Peguam Negara dan polis melakukan pendakwaan kes isu kepala lembu.

Saya turut terkejut, malah rakan-rakan menghantar sms dan e-mail dengan menyatakan pendapat mempersoalkan Kementerian Dalam Negeri yang begitu ‘prihatin’ kepada kes ini.

Antara sms yang saya terima semalam berbunyi: “MIMBAR JUMAAT – Marilah kita ucapkan ‘tahniah & syabas’ kepada …… serta…..yang begitu pantas mengheret pendemonstrasi kuil di Shah Alam ke mahkamah, sememangnya Menteri dari UMNO ini ‘benar2 memperjuangkan nasib Melayu, Islam serta negara”. Kepada Menteri berkenaan, teruskan cara seperti ini agar UMNO ‘lebih kuat’ di masa hedapan. Tahniah.”

Agak pelik sungguh kerana pendakwaan segera yang dibuat oleh Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, menuntut kita untuk merenung dan menyelidiki kes-kes sebelum ini yang masih tidak di bawa ke mahkamah..

Juga terkejut ialah isu kepala lembu ini pula telah dibesar-besarkan dan ditayang berulang kali dalam televisyen yang seolah-olah menyalahkan orang Melayu dan Islam, khususnya penduduk Seksyen 23.

Nasib baik tidak ada pilihan raya – kecil atau umum – kalau tidak kena lagilah Barisan Nasional (BN).

Ramai yang mengemukakan pertanyaan kepada Peguam Negara dan pihak polis, kenapa pendakwaan segera diambil hanya kerana isu kepala lembu. Benarkah ia menghina agama tertentu?

Apakah disebut agama tertentu ketika bantahan dibuat?

Bagaimana pula dengan penghinaan demi penghinaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap agama Islam?

Malah salah seorang pegawai kerajaan Negeri Selangor pada pertemuan penduduk Seksyen 23 dengan Menteri Besar terang-terangan menghina agama Islam apabila mempersoalkan azan.
Kenapa tidak ada pendakwaan segera?

Dalam isu Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu, ada pihak yang khususnya di kalangan ahli politik membangkitkan isu berkenaan sehingga membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu?

Kenapa dalam kes yang menjadi sensitif kepada orang Melayu seperti Raja-Raja Melayu, hak istimewa dan agama Islam, tiada pendakwaan disegerakan hanya kerana orang Melayu boleh dikawal kemarahan mereka?

Apakah Peguam Negara dan polis mengganggap orang Melayu sebagai bangsa yang boleh ‘ditenteramkan dengan mudah”?

Kita masih ingat bagaimana insiden membuang kepala babi dalam masjid di Melaka dan di tepi pantai telah beberapa kali berlaku.

Kita juga tidak lupa penghinaan ketua DAP dan ahli parlimen Rasah yang menggelarkan islam sebagai the fucking religion.

Bagaimana dengan tindakan Jeff Ooi yang menggelarkan Islam itu sebagai pengganas?

Kita juga masih ingat dengan jelas bagaimana puluhan orang tunjuk perasaan dengan menyalakan lilin di hadapan balai polis.

Kita juga masih ingat dengan jelas apa yang berlaku dalam kejadian pencerobohan Parlimen.
Kemudian ada kumpulan yang seperti mencabar Sultan Perak apabila sidang DUN di adakan di bawah pokok dan hotel.

Juga ada pergaduhan dalam DUN negeri Perak gara-gara kumpulan yang menentang kerajaan negeri sekarang yang diperkenankan oleh Sultan Perak.

Ada pula kejadian di mana benteng manusia di Kampung Buah Pala, tidur di atas jalan, serta pimpin Hindraf yang diharamkan masih aktif dan banyak lagi. Banyak lagi…

Mana pendakwaan segera terhadap mereka itu?

Satu lagi kes jelas ialah ada yang membabitkan pemimpin tertinggi PKR dalam isu liwat tetapi Peguam Negara seperti tidak kisah dan membiarkan ia ditangguh dan ditangguh.

Mana kewibawaan Pejabat Peguam Negara?

Jangan hanya kerana ia berkaitan orang Melayu, hak istimewa Melayu, Sultan Melayu dan Islam, tindakan pendakwaan segera boleh tidak dilakukan segera.

Kenapa wujud pendakwaan pada kes-kes yang terpilih sahaja?

Apakah di negara kita sekarang ini - isu pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Melayu sahaja yang menjadi the mother of segala krisis?

Banyak pihak mencadangkan supaya kerajaan dan pihak berwajib melihat punca bantahan penduduk Seksyen 23 itu dan bukan mencari helah untuk menyelesaikan isu lain atau melupakan punca sebenarnya.

Penduduk Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, rasanya sudah cukup bersabar selama ini tanpa diambil peduli oleh kerajaan negeri Selangor.

Bantahan yang dibuat secara berhemah sebelum ini tiada jawapan atau tindakan. Memanglah kalau kita berada di tempat penduduk Seksyen 23, ia sangat mengecewakan.

Rakyat ada Ahli Parlimen dan ADUNnya adalah daripada PAS yang melaungkan kononnya ia parti memperjuangkan Islam. Tetapi ternyata mereka turut ‘bersekongkol’ dengan PKR dan DAP membelakangkan kepentingan penduduk seksyen berkenaan.

Cuba katakan, apakah pilihan yang ada pada penduduk berkenaan?

Lebih memburukkan, wakil Pas yang kononnya memperjuangkan kedaulatan Islam juga membisu.

Bukan isu mengusung kepala lembu yang sepatutnya diperbesarkan tetapi perkara pokok ialah pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu.

Logiknya, kenapa tempat itu dipilih oleh Kerajaan Selangor? Juga kenapa tanpa rundingan dengan penduduk setempat sebelum membuat keputusan itu?

Lebih memburukkan keadaan, kini kerajaan Selangor bertegas untuk tetap menempatkan pembinaan kuil itu di Seksyen 23.

Peguam Negara dan pihak polis tentunya tahu apa yang berlaku dan degilnya kerajaan Selangor tetapi kenapa penduduk Seksyen 23 tetap mahu dijadikan mangsa?

Apakah Peguam Negara dan polis mahu orang Melayu pula tidak yakin kepada mereka pada ketika sebelum ini bukan-Melayu dan sebahagian orang Melayu dalam PAS dan PKR sering mempertikaikan keputusan polis?

Saya ulangi, orang Melayu yang tidak berpuas hati tidak akan menghukum pegawai kerajaan – termasuk Peguam Negara atau polis – tetapi mereka akan menghukum Perdana Menteri dan pasukannya.

Tunggulah apa akan berlaku pada pilihan raya umum ke 13 nanti.