Saturday, January 31, 2009

TIADA PILIHAN RAYA KECIL WAKAF MEMPELAM

Nampak gayanya berehat panjang sedikitlah pekerja parti UMNO dan PAS di Terengganu, khususnya di Wakaf Mempelam.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid Endut, menafikan beliau akan meletakkan jawatan.

Penafian sendiri oleh Mohd Wahid ini dengan sendirinya menamatkan spekulasi akan adanya pilihan eaya kecil bagi DUN Wakaf Mempelam.

Baik juga ia tiada kerana banyak tenaga, wang dan kata-mengata dapat dielakkan.
Mohd Wahid marah dengan laporan mingguan Watan yang menurut beliau menyalahi etika kewartawanan dan tidak profesional, kerana mengatakan akan letak jawatan ADUN selepas kini menjadi Ahli Parlimen.

Mohd Wahid menang pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu, 17 Januari 2009 dengan mengalahkan calon BN dan Bebas.

Laporan akhbar berkenaan di muka hadapan Bilangan 22 Ahad 25-31 Januari lalu dianggap bersifat 'bohong' oleh Mohd Wahid selain dikatakan sengaja diada-adakan tanpa merujuk kepada mana-mana pihak terbabit.

"Saya tidak pernah berjumpa dihubungi oleh wartawan akhbar itu (Watan) dan tidak pernah jumpa dengan dia (wartawan) sepanjang tempoh berkempen ini.

Portal rasmi PAS - harakahdaily.net - semalam melaporkan laporan berita itu sengaja diada-adakan oleh mingguan Watan kononnya pilihan raya kecil sekali lagi bakal diadakan bagi tujuan memalukan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, semua laporan berkenaan tidak benar kerana beliau dipilih oleh rakyat dan tidak akan mengkhianati amanah tersebut.

Justeru, beliau bersedia mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan kecuali pihak terbabit memperbetulkan semula laporan berkenaan dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, laporan berita bertajuk 'Wahid Lepas Adun' yang disiarkan akhbar berkenaan telah menjatuhkan maruah dan imej beliau sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat.

Berikutan itu katanya, beliau rasa terganggu akibat banyak menerima panggilan telefon dan sms dari pelbagai pihak yang bertanyakan perkara tersebut.

Apapun, oleh kerana pilihan raya kecil tidak akan diadakan dan Wahid sedia memaafkan pihak terbabit jika permohonan maaf dibuat serta diperbetulkan semula melalui akhbar berkenaan, adalah saman-menyaman.

Saya kira penerbit dan juga pengarangnya Saudara Baha Azuwan boleh mengambil langkah proaktif dalam hal ini, iaitu minta maaf sahaja kepada Mohd Wahid.

Kesilapan perkara biasa.

Lain kali kita juga boleh minta harakahdaily.net dan akhbar Harakah turut minta maaf jika membuat kesilapan dalam laporan atau spekulasi liar.

NAJIB TIDAK ADA KENA MENGENA

Kenapa kaitkan Najib?

Najib tidak boleh dipersalahkan.

Kenapa mahu menyalahkan Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana kekalahan BN pada pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu?

Pertanyaan harakahdaily.net semalam (30 Januari 2009), “Mengapa tidak Pengarah Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu BN, Datuk' Seri Najib Tun Razak tidak dipertanggungjawabkan di atas kekalahan memalukan Umno di sana?," tidak tepat sama sekali.

Suara rasmi PAS itu memetik kata-kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar bahawa tindakan Umno/BN mempertanggungjawabkan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berikutan kemasukan Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim ke dalam Parti Keadilan Rakyat menunjukkan UMNO sebagai berat sebelah.
Kamaruddin bertanya: "Mengapa Tajol sahaja yang perlu dipertanggungjawabkan berikutan isu kemasukan Adun Bota ke dalam Keadilan?
Sedangkan kata Kamarudin, dalam kes Najib, ia lebih memalukan kerana Parlimen Kuala Terengganu adalah kerusi yang dimenangi UMNO/BN pada pilihan raya umum Mac 2008.
"Terang-terang kekalahan di Parlimen Kuala Terengganu amat memalukan Umno dan mengapa Najib tidak diambil tindakan seperti Tajol?," katanya lagi.
Dua perkara yang Kamaruddin menyimpang di sini.

Pertama, seperti ditegaskan di atas, Najib bukan Pengarah pilihan raya kecil dan kedua, bukan UMNO atau pemimpin UMNO menyalahkan Tajol Rosli tetapi beliau sendiri menerima hakikat dan menyalahkan diri sendiri.

Malah, Tajol Rosli mengakui beliau tidak mampu menggembalikan Perak kepada BN pada pilihan raya akan datang.

Jadi kenapa pula salahkan Najib?

Majlis Tertinggi (MT) Umno malam semalam (29 Januari 2009) menerima peletakan jawatan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuat kuasa serta merta.

Presidennya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tempat Tajol Rosli digantikan Najib.
Bercakap kepada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, beliau bagaimanapun memberitahu bahawa Najib hanya akan menyandang jawatan tersebut sehingga berakhirnya Perhimpunan Agung Umno Mac ini.
Menurut Perdana Menteri, langkah ini diputuskan berdasarkan kehendak Tajol Rosli sendiri yang merasakan perlu ada pemimpin lain yang mengetuai UMNO Perak.
Jelas, MT membuat keputusan berdasarkan apa yang dimahukan oleh Tajol Rosli dan bukan kerana orang lain.
Berbalik kepada peranan Najib di Kuala Terengganu, seperti pemimpin lain dari luar Terengganu, beliau hanya datang membantu.
Malah, dalam menetapkan calon, Najib hanya mengumumkan apa yang dipersetujui dengan Presiden UMNO.
Pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, bukan keputusan Najib seorang.
Jadi Kamaruddin jangan bermain kata-kata atau cuba spin dengan hanya kerana seorangh ADUN UMNO melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Secara jujur saya ingin mengatakan di sini bahawa tidak pernah saya melihat Najib turun padang seperti di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Berbanding dengan di Permatang Pauh, Najib ketika di Kuala Terengganu sanggup “bermandi peluh gila”. Malah beliau dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berpecah dalam dua pasukan untuk menemui rakyat sehinggakan ada yang bertanya siapa yang bertanding sebenarnya?
Kerana itu, tidak terkejut jika Najib tertanya-tanya, apakah yang dimahukan oleh orang Kuala Terengganu sebenarnya apabila menolak BN setelah bekerja begitu kuat?
Juga apakah punca sebenar kekalahan di Terengganu? Apakah kerana onar yang dibuat oleh UMNO Kuala Terengganu sendiri?
Perbuatan menanggguk di air keruh sewajarnya tidak dijadikan strategi oleh PAS kerana komen dan perbuatan yang cuba mengambil untung daripada kemelut UMNO tidak akan membawa banyak keuntungan kepada PAS.
Apa lagi jika komen yang dibuat tidak tepat, PAS bagaikan mementingkan pembohongan dan gosip liar untuk mencari pengaruh.

Majlis Tertinggi (MT) Umno malam semalam (29 Januari 2009) menerima peletakan jawatan Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuat kuasa serta merta.
Presidennya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tempat Tajol Rosli digantikan Najib.
Bercakap kepada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat itu, beliau bagaimanapun memberitahu bahawa Najib hanya akan menyandang jawatan tersebut sehingga berakhirnya Perhimpunan Agung Umno Mac ini.
Menurut Perdana Menteri, langkah ini diputuskan berdasarkan kehendak Tajol Rosli sendiri yang merasakan perlu ada pemimpin lain yang mengetuai UMNO Perak.
Jelas, MT membuat keputusan berdasarkan apa yang dimahukan oleh Tajol Rosli dan bukan kerana orang lain.
Berbalik kepada peranan Najib di Kuala Terengganu, seperti pemimpin lain dari luar Terengganu, beliau hanya datang membantu.
Malah, dalam menetapkan calon, Najib hanya mengumumkan apa yang dipersetujui dengan Presiden UMNO.
Pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, bukan keputusan Najib seorang.
Jadi Kamaruddin jangan bermain kata-kata atau cuba spin dengan hanya kerana seorangh ADUN UMNO melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Secara jujur saya ingin mengatakan di sini bahawa tidak pernah saya melihat Najib turun padang seperti di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Berbanding dengan di Permatang Pauh, Najib ketika di Kuala Terengganu sanggup “bermandi peluh gila”. Malah beliau dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berpecah dalam dua pasukan untuk menemui rakyat sehinggakan ada yang bertanya siapa yang bertanding sebenarnya?
Kerana itu, tidak terkejut jika Najib tertanya-tanya, apakah yang dimahukan oleh orang Kuala Terengganu sebenarnya apabila menolak BN setelah bekerja begitu kuat?
Juga apakah punca sebenar kekalahan di Terengganu? Apakah kerana onar yang dibuat oleh UMNO Kuala Terengganu sendiri?
Perbuatan menanggguk di air keruh sewajarnya tidak dijadikan strategi oleh PAS kerana komen dan perbuatan yang cuba mengambil untung daripada kemelut UMNO tidak akan membawa banyak keuntungan kepada PAS.
Apa lagi jika komen yang dibuat tidak tepat, PAS bagaikan mementingkan pembohongan dan gosip liar untuk mencari pengaruh.
Hakikatnya, PAS boleh mendapatkan pengaruh atau sokongan melalui cara bersih jika ia menawarkan perjuangan asasnya.
PAS tidak perlu spin atau melalui kenyataan yang cuba mengelirukan persepsi rakyat. Jelas perbuatan seperti ini hanya dilakukan oleh mereka yang merasakan diri mereka lebih PAS daripada ahli PAS sebenar.
Apapun, saya tidak pelik dengan Kamaruddin kerana walaupun sudah beberapa ketika dalam PAS, guru sebenar beliau ialah Penasihat Keadilan yang memang seorang doktor spin yang akan melakukan apa sahaja cara untuk mendapatkan kuasa!

Friday, January 30, 2009

NAJIB, ZAHID KEMUDI PERAK

Bagus mengaku daripada menafi.

Saya tidak faham kenapa Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali petang semalam menafikan beliau meletak jawatan.

Berita Harian kelmarin melaporkan tindakan Tajol Rosli menyerahkan surat meletak jawatan kepada Najib sebagai bertanggungjawab atas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Apa pun, selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semalam, Tajol Rosli mengakui beliau melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak kerana berasa "tidak cukup kuat" untuk membantu Barisan Nasional (BN) merampas kembali Perak pada pilihan raya umum akan datang.

"Demi kekuatan BN dan Umno di Perak, ini keputusan yang terbaik yang saya buat untuk negeri Perak.

"Saya rasa tidak terpikul tanggungjawab untuk memenangkan semula Umno Perak jika saya jadi pengerusi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di sini, malam tadi.

Namun ‘klu-klek’ Tajol Rosli tetap terpancar.

Lupakan isu beliau menafikan perletakan jawatannya tetapi kejadian di hadapan pintu masuk Menara Dato Onn pagi semalam mengejutkan.

Apabila diserbu wartawan untuk kali pertama, beliau mengatakan tidak mahu membuat ulasan dan meminta wartawan bertanyakan Timbalan Presiden UMNO, datuk Seri Mojhd Najib Razak.

Di kepala saya bermain fikiran, apakah beliau sudah dipecat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak?

Ini kerana kalau beliau tidak meletakkan jawatan seperti yang didakwanya petang semalam tetapi melalui MT semalam, beliau digantikan dengan orang lain, bermakna beliau sudah dipecat atau dipaksa melucutkan jawatan.

Mungkin kerana itu beliau enggan mengulas.

Wartawan yang mulanya ingatkan Tajol Rosli yang enggan mengulas benar-benar menyerahkan kepada Najib untuk memperkatakan mengenai kedudukan dirinya, kemudian tergamam.

Tetapi tidak sampai lima minit kemudian, beliau muncul kembali menemui kumpulan wartawan berkenaan.

Menjawab soalan wartawan berkenaan baru Tajol Rosli mengakui beliau memaklumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu.

"Bila BN kalah pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, saya dah umum letak jawatan tapi diminta timbang semula," katanya.

Jadi jelas Berita Harian yang betul dan yang klu-kleknya Tajol Rosli!
Apa pun kini jelas Tajol Rosli sudah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.
Semalam, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan Datuk Seri Najib Razak menggantikan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika mengumumkan perkara itu, berkata MT Umno juga bersetuju memilih Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan jawatan itu.

"Kedua-dua jawatan berkenaan akan disandang sehingga selesai pemilihan Umno Mac ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno selama hampir empat jam pagi ini.

Dalam pada itu, Tajol Rosli berkata, beliau tidak memanggil Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak bagi memaklumkan hasrat untuk meletakkan jawatan kerana tidak mahu ada pihak memujuknya supaya tidak berbuat demikian.

''Selepas pilihan raya umum lalu saya juga pernah mengumumkan untuk meletakkan jawatan berkenaan dan telah diminta timbang balik. Jadi kali ini saya tidak panggil mesyuarat kerana tidak mahu ia berulang," ujarnya.

Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Kampar, Perak, Tajol Rosli berkata, beliau akan meletakkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik pada 29 Mac dan memutuskan tidak bertanding mempertahankan jawatan MT.

''Pada akhir Mac ini, saya bukan lagi ahli MT dan pada 29 Mac pula saya akan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik dan bila habis MT gugurlah semua jawatan yang dilantik,'' jelasnya.

''Selepas pilihan raya umum lalu saya juga pernah mengumumkan untuk meletakkan jawatan berkenaan dan telah diminta timbang balik. Jadi kali ini saya tidak panggil mesyuarat kerana tidak mahu ia berulang," ujarnya.

Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Kampar, Perak, Tajol Rosli berkata, beliau akan meletakkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik pada 29 Mac dan memutuskan tidak bertanding mempertahankan jawatan MT.

''Pada akhir Mac ini, saya bukan lagi ahli MT dan pada 29 Mac pula saya akan letak jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik dan bila habis MT gugurlah semua jawatan yang dilantik,'' jelasnya.

HARUMKAN SEMULA UMNO

Sebahagian masa empat jam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam semalam (29 Januari2009) digunakan untuk membincangkan punca kekalahan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada pilihan raya kecil Po36 Kuala Terengganu.

Pengerusi Perhubungan BN Terengganu, Datuk Ahmad Said dikatakan melaporkan punca kekalahan BN dan UMNO kpada ahli MT.

Laporan post-mortem pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari itu akan diperhalusi lagi oleh Jawatankuasa Pengurusan Umno untuk tindakan lanjut.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Ismail tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Hakikatnya, laporan kepada MT itu hanya proses formaliti kerana semua ahli MT terbabit dalam kempen pilihan raya berkenaan dan sudah tahu punca sebenar kekalahan berkenaan.

Cuma sehingga kini, tiada siapa dapat menjawab dengan tepat siapa sebenarnya Pengarah Pilihanraya Kecil itu, sedangkan PAS dengan jelas meletakkan Wan Mutalib Embong sebagai pengarah pilihan raya kecil Po36 untuk PAS. Beliau dibantu oleh Datuk Mustafa Ali.

Amatlah pelik bin ajaib apabila UMNO sendiri tidak melantik pengarah pilihan raya pada ketika parti itu berdepan dengan cabaran besar.

Ada mengatakan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang juga calon melantik Timbalannya menjadi Pengarah tetapi apakah ia sesuatu yang rasmi?

Bagaimanapun jika benar, kenapa jentera UMNO Kuala Terengganu begitu lemah seolah-olah tidak bergerak. Jika tidak kerana bantuan jentera UMNO luar Kuala Terengganu dan luar Terengganu, kesan keputusan pilihan raya akan menjadi semakin parah.

Apakah tidak boleh kita meletakkan walau sedikit kelemahan jentera itu kepada UMNO Bahagian Kuala Terengganu sendiri yang menjadi punca kekalahan itu?

Apakah tidak boleh sedikit sebanyak kita persalahankan orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi ‘pengarah’ pilihan raya itu kerana gagal berfungsi?

Yang aneh, sehingga kini tidak ada satu kenyataan pun daripada UMNO Kuala Terengganu atau ‘pengarah’ mengakui kelemahan dan cuba mengambil tanggungjawab mengakui punca kekalahan.

Tindakan Ahmad Said mengemukakan punca dan sebab-sebab kekalahan BN Terengganu semalam kepada MT dengan sendirinyas sudah mengambil alih peranan UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu. Dengan kata lain Ahmad Said memikul beban sebelum, ketika dan selepas pilihan raya berkenaan. Sedangkan beliau bukan pengarah bagi pilihan raya itu.

Apapun, UMNO perlu terus hidup di Kuala Terengganu dan kembali melantun pada pilihan raya umum akan datang.

Sesiapa juga yang ditugaskan untuk membina semula UMNO Kuala Terengganu perlu memikir dan merancang memulih dan memperkukuh UMNO.

Percayalah, undi untuk BN pada pilihan raya kecil baru-baru ini sebanyak 30,252 itu adalah undi solid – sokongan genuine kepada BN – adalah aset penting untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Saya mengatakan demikian kerana undi yang pergi kepada PAS adalah kerana kombinasi kemarahan rakyat Terengganu kepada UMNO dan calon, termasuk juga undi protes kerana duit tidak sampai dan sebagainya.

Undi kepada calon PAS sebanyak 32,883 melalui peratusan 79.09 peratus banyak diakibatkan oleh kelemahan UMNO dan sendiri untuk menjamin pengundi keluar mengundi dan kalaupun keluar mengundi untuk mereka.

Yang penting sekarang UMNO Kuala Terengganu perlu melihat ke hadapan.

Bukan sahaja ia perlu memperkemas dan menilai kelemahannya sebelum ini tetapi bersedia lebih awal untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka dalam tempoh kira-kira dua tahun setengah dari sekarang.

Pelantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai ‘penyelaras Parlimen Kuala Terengganu’ perlu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mengenal pasti kelemahan diri dan jentera parti.

Beliau akan dibantu oleh ‘penyeleras DUN’ Ladang, Batu Burok dan Wakaf Mempelam yang saya kira sudah ada di kepala Ahmad Said.

Mereka ini perlu bergerak dari sekarang dan hakikatnya, peluang tetap ada untuk menang di ketiga-tiga DUN ini bagi menjamin kemenangan bersih di Kuala Terengganu dengan MCA sudah menguasai DUN Bandar.

Tidak ada yang kebal dan kukuh dalam pilihan raya. Jika Kota Melaka yang menjadi kubu kuat DAP boleh runtuh, tidak mungkin DUN Wakaf Mempelam yang lima penggal dipegang ooleh PAS tidak boleh dirobohkan.

Sementara DUN Ladanhg dan Batu Burok tidak sukar jika ‘cakna rakyat UMNO dan BN” diteruskan walaupun selepas pilihan raya kecil. Yang dimahukan oleh rakyat ialah wakil atau penyelaras memberikan khidmat sebaik mungkin.

Ia bukan soal projek dan peruntukan semata-mata. Rakyat memerlukan kemesraan dan ‘belaian’ bukan kesombongan dan lagak yang tidak tentu hala.

Pengerusi BN Negeri perlu menjamin ‘penyelaras’ adalah mereka daripada sepsis ‘mesra rakyat’ bukan yang ditolak kerana keangkuhan dan melihat kiuasa sebagai tempat memperkaya dan mementingkan diri.

UMNO Kuala Terengganu sendiri patut bermuhasabah. Wan Farid sebagai ketua kena melihat apakah mereka yang menjadi pemimpin di bahagian benar-benar boleh membantunya melakukan ‘kerja rakyat’ sesuai dengan tema pentadbiran Terengganu – Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

Terengganu memerlukan pemimpin yang turun padang bukan pemimpin yang mengarahkan orang lain turun padang untuk dirinya.

Pentadbiran UMNO juga perlu dirakyatkan kerana UMNO parti rakyat untuk rakyat. Ia tidak boleh slogan semata-mata tetapi sehingga ke praktiknya dan ‘jelira hingga ke akar umbi’.

Amalan ‘touch & go’ seperti kempen pilihan raya kecil baru-baru ini tidak lagi menjadi boleh dijadikan umpan. Rakyat tahu yang mana satu kaca dan yang mana permata.

Wan Farid boleh menggilap dirinya dari sekarang untuk menjadi sebiji permata. Wan Farid boleh mengenal pasti apa jenis umpan untuk patut dilontarkan.

Mana-mana pemimpin yang difikirkan tidak mampu membantunya dan UMNO bolehlah digantikan dengan pemimpin yang benar-benar ada ‘touch’ dengan rakyat.

Wan Farid tidak boleh lagi meletakkan kepentingan kawan dan regu jika mereka boleh membawa rebah.

Belajarlah daripada keputusan dan kesan pilihan raya kecil baru-baru ini.

Masa masih ada. Gunakanlah masa itu sebaik-baiknya untuk UMNO dan rakyat Kuala Terengganu.

Mereka mungkin menghukum UMNO baru-baru ini tetapi pada pilihan raya akan datang mereka akan kembali menyokong UMNO jika pemimpin UMNO tahu menghargai apa sebenarnya keinginan dan kemahuan mereka yang sebenarnya.

Persepsi bahawa UMNO parti ‘busuk’ perlu diatasi segara. Carilah ramuan untuk menjadikan UMNO harum kembali.

Thursday, January 29, 2009

TAJOL ROSLI KLU-KLEK?

Aikk…akhbar silap lagi, terutamanya Berita Harian.

Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali naïf letak jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.
Menurut laporan Utusan Malaysia Online petang ini, Tajol Rosli Ghazali hari ini menafikan laporan akhbar yang mengatakan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Jadi siapa yang klu-klek, Tajol Rosli atau Berita Harian?

“Kenyataan itu telah diambil daripada pihak lain bukan daripada saya. Laporan itu tidak beretika,” dakwa Tajol Rosli.

Berita Harian melaporkan dari Parit, Perak semalam bahawa Tajol Rosli memang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ketika ini," katanya pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit dan ketua cawangan dalam bahagian itu di Bangunan Umno Parit di lewat petang kelmarin.

Tajol Rosli menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya. Bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.

Untuk mencari kebenaran, kita kena tanya Ketua Umno Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan, Timbalannya Yusuf Nordin, Naib ketua bahagian yang juga Ahli Parlimen Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria, Setiausaha Perhubungan Umno Negeri, Datuk Ramly Zahari dan Setiausaha Kerja Umno Negeri Datuk Hasbullah Osman yang turut hadir sama ada beliau benar-benar buat kenyataan sedemikian.

Tajol Rosli berkata, surat peletakan jawatannya itu diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.
Dan pastinya malam ini, wartawan boleh tanya Najib sama ada benar atau sebaliknya berita itu.
Jika benar Tajol Rosli berkata sedemikian, Berita Harian memang tidak beretika tetapi jika sebaliknya, Tajol Rosli pun memang tidak beretika.

Harap janganlah ada saman menyaman kerana banyak sangat pun kes saman-menyaman tidak baik untuk dunia persuratkhabaran negara ini.

UMNO PERLU DIJENAMAKAN SEMULA

Bukan nak mengajar tetapi bertindak cepatlah jika mahu selamatkan UMNO.
Jangan biarkan rakyat, termasuk penyokong UMNO sendiri meluat dengan sesetengah pemimpin UMNO.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini dikatakan akan membincangkan mengenai beberapa perkara termasuk perkembangan terkini apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim keluar daripada Barisan Nasional (BN) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).



Perkara penting sewajarnya diperkatakan ialah mencari jalan supaya UMNO menjadi produk yang boleh ‘dijual semula’ khususnya kepada orang Melayu.

Kedudukan hari ini ternyata UMNO mengalami krisis identiti dan UMNO tidak lagi menjadi produk utama tetapi sampingan.

Jangan biarkan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi produk utama pilihan orang Melayu.

Datuk Seri Mohd Najib Razak wajar mengemukakan pelan bertindak menyelamatkan UMNO.
Najib kena mengubah cara bertindak dan pelan tindakan perlulah yang sesuai dengan kehendak orang ramai, bukan segelintir pemimpin UMNO yang mahu menyelamatkan kedudukan dan kuasa mereka.

Yang sudah melepasi tempoh guna, buang saja. Tanpa melakukan ini, UMNO akan terus parah. Kekalahan UMNO banyak risikonya. Orang Melayu akan turut tenggelam kerana PAS dan Keadilan bukan memperjuangkan kepentingan Melayu.

Biarkan orang PAS bercakap Islam tidak mengiktiraf Melayu walaupun hakikatnya ketika ini majoriti orang Melayu beragama Islam. Biarlah pemimpin PAS mahu berfalsafah sebanyak mana kerana akhirnya Islam dapat ditegakkan di bumi Malaysia bukan jasa PAS tetapi UMNO.

Hanya melalui UMNO, sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan bersama-sama dengan komponen utamanya, MCA, Gerakan, MIC serta parti-parti di Sarawak dan Sabah.
Tanyalah calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimana mahu merawat UMNO.

Beliau begitu banyak memberikan idea untuk menggembalikan maruah UMNO. Muhyiddin pula jangan hanya membuat cadangan kononnya UMNO kena itu dan ini hanya kerana bertanding Timbalan Presiden UMNO.

Apa perubahan yang beliau mahukan sebagai calon Timbalan Presiden? Muhyiddin tidak sepatutnya sekadar mengkritik dan mahu menunjukkan beliau pemimpin yang wajar disegani.
UMNO sekarang bukan lagi ‘zaman khayalan’. Calon UMNO perlu diterima rakyat bukan memaksa rakyat menerima mereka.

MT hari ini juga perlu melihat dan mencari ubat mengatasi masalah politik wang. Bukan sekadar merawat tetapi mencegah.

MT wajar bicang isu politik wang yang melibatkan beberapa pemimpin Umno yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saya berulang kali menegaskan maslah politik wang perlu diatasi melalui pencegahan bukan secara hukuman.

Malu melihat guru, pegawai kerajaan dan individu tertentu digari hanya kerana rasuah RM200 hingga RM500. Kalau kena gari rasuah RM5 juta atau RM50 juta berpadanan.

Apa pandangan rakyat jika rasuah berleluasa dengan jumlah kecil seperti yang disiasat SPRM sekarang?

UMNO politik murahan. Boleh beli pemimpin dengan hanya RM100 atau RM200 sahaja?
Apa maruah UMNO?

Sebab itu perlu ada cara pencegahan mengatasi masalah ini supaya Jawatankuasa Disiplin hanya membicarakan kes-kes yang terpilih sahaja bukan kes yang bertimbun-timbun.

Kerana banyak sangat kes, maka aka nada cadangan ‘nakal’ umpamanya membubarkan sayap seperti Puteri dan Putera.

Masalah di depan bukan kerana ahli kedua-dua sayap ini budak-budak tetapi kerana UMNO tidak mencegah rasuah, budak-budak ini mahu melonjak menggunakan wang. Masuk UMNO mesti jadi kaya kalau mahu kuasa.

Apakah ini matlamat menubuhkan kedua sayap berkenaan? Bukan dan tidak sama sekali.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata semalam, mesyuarat bulanan MT Umno itu akan membincangkan mengenai pelbagai isu mengenai keadaan politik semasa.

Bagaimanapun beliau menafikan mesyuarat tersebut khusus bagi membincangkan mengenai tindakan Nasaruddin menyertai parti pembangkang pada Ahad lalu.

"MT adakan mesyuarat bulanan seperti biasa, bukan ada sebab-sebab tertentu atau kerana perkara-perkara tertentu.

"Tak ada apa yang boleh dibuat dengan ADUN Bota itu, mesyuarat ini bukan khusus bincangkan mengenai beliau," katanya.

Tidak apalah, kes Nasarudin akan menjadi rujukan dan begitu juga kes rasuah dan sebagainya.
Ini mendewasakan UMNO. Namun jika kita berbangga dengan dewasanya UMNO, jangan jadikan UMNO sebagai ‘kelas dewasa’. UMNO bukan lagi tempat mengajak A, B, C dalam politik.
Tanggungjawab UMNO kini besar dan bermaruah.

UMNO – berkuasa dan memerintah dengan cemerlang, bukan parti yang terus menerus menghadapi masalah ahli yang korup, pentingkan diri dan menjadi kaya melalui parti.
Jadikan UMNO yang berjasa kepada semua rakyat Malaysia – dulu, kini dan selamanya!

Wednesday, January 28, 2009

PENJENAYAH HERO, POLIS SYAITAN?

(Kemaskini) Syukur, setakat ini tiada keganasan yang berlaku. Suasana hanya tegang.
Sewajarnya kita berterima kasih kepada semua pihak kerana kebimbangan akan berlaku kejadian tidak diingini, terhakis sudah.

Bagaimanapun, persoalan tetap bermain di benak saya, apakah wajar kita berarak atau menyanjung seseorang yang disyaki melakukan jenayah?

Ternyata perarakan pengebumian Kugan oleh kira-kira 500 orang dilaporkan tegang, apabila sebahagian daripadanya cuba menghalang tugas-tugas polis yang mengadakan kawalan.

Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Januari di lokap Balai Polis Taipan, Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam kes curi kereta mewah di Sungai Chua, Kajang, ditemui mati pada 20 Januari semasa dalam siasatan.

Mayat suspek curi kereta yang mati ketika dalam tahanan polis, A. Kugan dibawa keluar oleh ahli keluarganya dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pukul 2 petang ini.

Mendiang Kugan dibawa menaiki kereta keluarga menuju ke tempat tahanannya di Balai Polis USJ 8, Taipan, Subang Jaya.

Difahamkan, keluarga Kugan melakukan upacara sembahyang di balai polis berkenaan sebelum mayat lelaki berusia 22 tahun itu dibakar di Batu 14, Puchong.

Persoalan sama ada mereka yang disyaki penjenayah wajar dianggap sebagai hero turut diperkatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

Syed Hamid tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.

Bercakap secara umum, Syed Hamid berkata tiada sesiapa pun boleh mengatasi undang-undang. Tindakan undang-undang akan tetap diambil terhadap mereka yang melanggarnya walaupun polis.

"Kita tidak akan sembunyikan apa-apa fakta," katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulangi kenyataannya secara umum, Syed Hamid berkata orang ramai tidak boleh mengagung-agungkan seseorang penjenayah seolah-olah seorang hero.

Syed Hamid enggan mengaitkan kenyataan yang dibuatnya secara umum itu mengenai penjenayah, dengan kematian suspek curi kereta A. Kugan semasa dalam tahanan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya, Selasa lepas.

"Saya tidak menuding jari kepada sesiapa," tegas menteri itu.

Beliau menjelaskan dalam siasatan 19 kes curi kereta dan samun bersenjata, polis telah menahan tiga yang disyaki termasuk Kugan.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, lima lelaki ditahan kerana menimbulkan kekecohan ketika menyertai upacara pengebumian A. Kugan yang mati semasa ditahan di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasaan berkata polis menahan seorang suspek bunuh semasa perarakan pengebumian tersebut.

Bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan sama ada suspek berkenaan adalah salah seorang daripada lima yang ditahan sebelum ini.

Penangkapan pertama dibuat kira-kira pukul 12.15 tengah hari apabila seorang lelaki cuba merempuh kearah pintu masuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengarahkan orang ramai yang berkumpul bersurai.

Dua lagi ditahan kerana cuba melalui sekatan polis di PPUM.

Manakala dua lagi ditahan polis kerana didapati cuba untuk menyebarkan provokasi dikalangan orang ramai yang berkumpul di kawasan PPUM.

Empat daripada mereka memakai kemeja-t Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) - pertubuhan yang diharamkan sejak Oktober tahun lalu.

Salah seorang dipercayai bekas penyelaras kumpulan itu, R.S. Thanendran.

Jawatankuasa Pemantau Polis dan Hak Asasi Manusia (JPPHAM) bagaimanapun menyifatkan amaran polis untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam perarakan tersebut petang ini sebagai "satu lagi bentuk salah guna kuasa" pihak berwajib itu untuk cuba menakutkan orang ramai.

Penyelaras NGO itu S Jayathas menambah, jika polis awal-awal lagi bertindak profesional, perarakan tersebut tidak akan berlaku.

Perarakan lebih 20 kilometer itu dijadual mulai 2 petang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) ke kawasan perkuburan di Batu 14 Jalan Puchong.

Kira-kira 1,000 orang berkumpul bagi menyertai perarakan dari PPUM ke krematorium di Batu 14 Puchong.

Bagaimanapun orang ramai yang berkumpul di perkarangan PPUM sejak pukul 8 pagi, mematuhi nasihat polis dan bersurai dari kawasan itu pada kira-kira pukul 1.45 petang.

Kereta jenazah yang membawa mayat Kugan, meninggalkan bilik mayat PPUM selepas pukul 2 petang untuk upacara pengebumian.

TAK DAPAT PROJEK BISING, DAPAT PROJEK LAIN PULA…

Entahlah, letih dengan kerenah mereka yang dapat projek kerajaan.

Kenyataan kesal oleh Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Jainab Ahmad dengan tindakan segelintir kontraktor Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) perlu diambil perhatian berat.

Jika perlu diambil tindakan drastik hingga sampai kepada tindakan BPR, buatlah.

Jangan bagi muka kepada kontraktor seperti yang disebut Jainab. Mereka ini cuba mengaut keuntungan berlebih-lebihan dalam melaksanakan projek itu.

Kata Jainab di Kota Kinabalu pagi ini: "Saya dapati kos rumah yang diperuntukkan bernilai RM40,000 sebuah tetapi rumah PPRT yang dibina tidak mencapai harga yang diperuntukkan."

Sewajarnya nada kesalan Jainab perlu diambil perhatian berat oleh agensi yang menawarkan projek PPRT. Ini kerana Jainab dengan tegas menegur kontraktor terbabit supaya: "Jangan mengambil keuntungan kos hasil rumah yang dibina secara melampau tanpa mengambil kira keselamatan penghuni yang mendiami rumah PPRT tersebut.”

Sebenarnya perkara seperti inilah yang menjadi punca rakyat marahkan kerajaan – Barisan Nasional (BN), UMNO dan apa juga parti komponen terbabit.

Akibat perbuatan segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab, yang rosak nama ialah kerajaan – Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Malah, Jainab yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Karambunai turut meminta kontraktor-kontraktor supaya tidak membina rumah di kawasan lereng bukit bagi mengelakkan kejadian luar jangka termasuk tanah runtuh.

Dalam hal ini, beliau menasihati kontraktor supaya sentiasa mendapat maklum balas dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebelum melaksanakan projek perumahan PPRT.

Sambil memberi contoh pembinaan rumah PPRT di lereng bukit berdekatan kawasan Kampung Tebobon, dekat Kota Kinabalu, Jainab berkata projek itu bakal mengundang perkara yang tidak diingini kepada penduduk kampung yang akan menduduki rumah tersebut.

"Sebelum berlaku apa-apa, kita perlu berhati-hati.

Kejadian tanah runtuh membabitkan kawasan perumahan yang berlaku di Semenanjung seharusnya diambil sebagai iktibar untuk kita merancang pembinaan rumah PPRT secara teratur," katanya.

Saya berharap akan lebih ramai wakil rakyat atau juga yang berpangkat Pembantu atau Timbalan Menteri dan Menteri berani seperti Jainab.

Syabas dan tahniah kepada Jainab.

Fikirkan pasal rakyat ramai bukan satu dua kontraktor yang sudah mendapat ‘habuan’ kerajaan tetapi tidak memikirkan kepentingan rakyat.

Bukan sahaja mereka ini pentingkan diri tetapi juga boleh mencemarkan nama kerajaan dan meranapkan BN.

ISU KUGAN UJI KEWIBAWAAN POLIS

Ujian terhadap kewibawaan polis dan keutuhan masyarakat berbilang kaum di negara ini berlaku lagi hari ini.

Penyebaran SMS atas nama Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) semalam mengajak orang ramai menyertai perarakan membawa mayat A Kugan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPU) ke Puchong.

Kugan, 23, yang ditahan 15 Januari lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket curi kereta mewah, mati ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, USJ8, Subang Jaya, seminggu kemudian.

Polis sudah menasihatkan orang ramai tidak menyertai cadangan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengadakan perarakan membawa mayat A Kugan hari ini.

Kita semua akan menyaksikan hari ini sama ada nasihat dipatuhi atau sebaliknya dan sejauh mana pemimpin India mampu menenangkan pihak-pihak yang mahu mengadakan perarakan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya tiada halangan jika mayatnya dibawa terus dari rumah mayat (PPUM) ke tanah perkuburan Batu 14 Puchong.

"Bagaimanapun, jika ada cubaan untuk berarak ke kawasan lain dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan kita terpaksa mengambil tindakan tegas.

Bedah siasat mendapati Kugan mati akibat paru-paru berair, bagaimanapun ia tidak diterima keluarga mangsa berikutan penemuan banyak kesan cedera di muka dan badan.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mahu bedah siasat dilakukan sekali lagi. Ekoran kecaman orang ramai, Peguan Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengklafikasikannya sebagai kes bunuh.

Bedah siasat kali kedua di PPUM dilakukan pada kelmarin (25 Januari 2009) dan dijalankan oleh pakar patologi, Dr Prashant.

Menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam memberitahu bahawa doktor telah memberi penerangan ringkas kepada keluarga Kugan, peguam mereka N N Surendran dan ahli-ahli Parlimen yang hadir.

Penerangan tersebut mengambil masa lebih daripada 30 minit mengenai keputusan bedah siasat tersebut.

Bagaimanapun, keputusan bedah siasat itu tidak boleh didedahkan menunggu siasatan terhadap kes kematian Kugan.Sebelas anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal dari balai polis Subang Taipan - tempat Kugan meninggal dunia sudah dipindahkan serta merta kelmarin.

Dijangkakan laporan penuh mengenai bedah siasat kedua itu akan disiapkan awal bulan depan.

Kelmarin, pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa pihak kuasa mendakwa doktor yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Kugan yang didakwanya membuat laporan palsu.

Timbalan Ketua Polis Negara meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu kematian
Kugan dan memberi jaminan pasukan khas Bukit Aman yang ditubuhkan untuk menyiasat kes itu akan melakukannya dengan terbaik dan telus.

Bagaimanapun, tindakan tegas akan diambil sekiranya ada sesiapa yang sengaja melanggar arahan polis dan menimbulkan kekacauan kerana perarakan sedemikian dianggap perhimpunan haram.

Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, turut memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang membawa sepanduk atau mengadakan demonstrasi ketika perarakan majlis pengkebumian Kugan di Batu 14 Puchong hari ini.

WARTAWAN KATAK

Seseorang yang menggelarkan dirinya add, semalam memberikan nasihat kepada saya: “… harapan saya agar sdr tabah dalm perjuagan wartawan UMNO untuk selama-lamanya, selagi umno relevan dimata rakyat malaysia, jangan pula ikut rentak Datuk Nasarudin adun Bota, bila kalah KB dan pengerusi felcra tidak disambung kontrak, terus jadi katak... semoga sdr HAL tidak menjadi "wartawan katak".. ingatlah slogan "dulu kini dan selamanya"

Tergelak besar saya.

Tidak terperasan oleh saya bukan ahli politik sahaja yang jadi katak. Wartawan pun ada juga ‘katak’. Siapa agaknya ya?

Lantas teringat oleh saya mereka yang pernah menjadi bos dan rakan seperjuangan ketika di 31, Jalan Riong.

Seingatan saya yang paling konsisten ialah A Samad Said dan Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail yang tidak pernah ‘bertukar angin’.

Sebaliknya yang lain, entahlah sukar dicakapkan. Datuk Ahmad Sebi menjadi ‘orang besar’ sebuah syarikat, A Kadir Jasin memiliki penerbitan sendiri (khabarnya anugerah selepas meninggalkan Berita Harian dan NST), Datuk A Nazri Abdullah (terpalit dengan pemecatan DS Anwar Ibrahim pada 1998 dan sering berulang-alik London-Kuala Lumpur-Kota Bharu) yang turut mengheret dan ‘jatuhnya’ Yunus Said, Haniff Hadi dan beberapa yang lain.

Mungkin Datuk Rejal Arbee yang pernah dalam satu kapal dengan saya ketika saya di Harian Watan dan beliau di The Sun - ‘tidak memiliki apa-apa’ selepas bersara daripada Berita Harian.
Dan kepada yang masih ada di Berita Harian hari ini, saya tidak fikir mereka akan jadi ‘ketua pengarang katak’ kerana kalaupun Perdana Menteri digantikan oleh Perdana Menteri yang baru, ia hanya peralihan.

Datuk Hishamuddin Aun atau Datuk Manja Ismail tidak akan terkesan apa-apa oleh peralihan itu. Mereka OK, kedua-duanya penyokong dan setia kepada Perdana Menteri!

Di kalangan wartawan yang mengubah angin ialah Haji Shukor Harun dan Roslan Hamid (Lan H) yang kini bersama Harakah sementara ada beberapa yang lain –Meor Kamarul Shahid- dengan sebuah majalah selepas bergelumang dengan umnotv beberapa ketika.

Sementara ada juga yang menjadi penasihat kepada akhbar tertentu walaupun kadangkala ada akhbar yang mereka nasihati itu tergelincir dan bersimpati dengan pembangkang.

Tidak apalah, demi rezeki untuk anak isteri.

Jadi bila disebut wartawan katak, sukar untuk saya menggelarkan bos dan rakan saya sendiri kerana ia rezeki masing-masing.

Untuk hidup seseorang perlu bekerja keras. Ada yang terpaksa pijak belakang orang lain untuk ke atas.

Ada rakan saya yang dulunya memang ‘wartawan UMNO’ kini sudah berpindah angin dan bekerja dengan akhbar Keadilan. Cari makan katakan.

Saya tidak mempersalahkan mereka kalau menjadi ‘katak’ untuk mencari rezeki. UMNO memang jarang mengenang budi orang biasa dan yang tidak berpangkat.

Yang dikenang oleh UMNO hanyalah pemimpin ‘berjasa’ dan yang kecil-kecil semuanya tidak berjasa dan boleh dilupakan begitu sahaja!

Kembali kepada yang suka memijak belakang – oleh kerana saya tidak rela belakang saya terus dipijak, saya cepat-cepat lompat ke Harian Watan dan kemudian bernasib baik seketika di ntv7 sebelum ke Ibu Pejabat UMNO dan kemudian Radio Televisyen Malaysia (rtm) selama lima tahun.

Bercakap mengenai wartawan katak, ada juga kartunis katak sebenarnya.

Ia bukan sesuatu yang sengaja saya ada-adakan. Orang ini pada suatu ketika meminta jasa baik kami di Berita Harian dan Harian Metro untuk ‘hidup’. Dia datang merayu agar kartunnya disiarkan di akhbar kumpulan NST.

Namun apabila namanya sudah terkenal, dia mencakar kertas dengan mengutuk dan mempersenda termasuk pemimpin utama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kartunis katak ini bangga kononnya dialah pengkritik masyarakat dan tidak lagi menyapa kami jika berjumpa.

Kerana duduknya sebaris dengan pemimpin pembangkang dia merasakan dirinya layak untuk digelak sebagai kartunis politik. Namun semua kerjanya mempersendakan orang dan ada yang hingga ke peringkat mencaci.

Tidak apalah, rezeki memang boleh dicari dan digali – walaupun menggunakan cara-cara ‘haram’ apabila mencaci, mengutuk dan mempersendakan seseorang.

Apapun hidup mesti diteruskan.

Terima kasih add kerana peringatan. Saya harap tidak lupa diri dan akan terus cuba memajukan diri!

Tuesday, January 27, 2009

UMNO - JANGAN SAMPAI GILA MEROYAN

Tak apalah, biarpun sudah terantuk baru tergadah, setidak-tidaknya pemimpin UMNO peringkat atasan, khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak mulai sedar bahawa masalah satu orang – apalagi pemimpin juga ketua atau satu bahagian UMNO - bukan kes terpencil.

Selama ini Ibu Pejabat UMNO melihat kes-kes yang ada kaitan dengan isu pemilihan UMNO seperti perbuatan menyogok, pilih kasih dan ada orang ‘langgar’ Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian atau Naib Bahagian sebagai perkara biasa.

Namun apabila kes Datuk Nasarudin Hashim membawa kepada keputusan beliau meninggalkan UMNO gara-gara kesan pemilihan UMNO, semua pihak khususnya UMNO Perak jadi tidak menentu.

Gila meroyan dibuatnya!

Sewajarnya tindakan cepat oleh Timbalan Presiden UMNO mengadakan perjumpaan khas dengan semua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perak bagi menyatakan kesetiaan mereka untuk terus bersama parti walau dalam apa jua keadaan sekali pun, dialu-alu dan disokong.

Perjumpaan di kediaman Timbalan Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta di Kuala Lumpur malam semalam itu bagaimanapun tidak dihari semua wakil rakyat UMNO
Apa pun, semua yang hadir menyatakan komitmen masing-masing untuk terus bersama parti termasuk beberapa wakil rakyat yang tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

''Mereka yang tidak hadir ini telah menghubungi saya sendiri dan menyatakan komitmen mereka terhadap parti dan akan terus setia, '' kata Najib.

Antara mereka yang berada di luar negara ialah Datuk Seri Raja Ahmad Raja Omar.

“Saya hubungi Datuk Seri Najib untuk menyatakan komitmen saya kepada UMNO. Benar semua apa yang beliau nyatakan semalam, “ katanya kepada saya melalui telefon pagi ini.

Cuma beliau sedikit terkejut apabila Pengerusi Perhubungan UMNO/BN Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali menafikan akan meletakkan jawatan.

Mohd Tajol semalam menafikan desas-desus bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

Khabar angin bertiup kencang ekoran tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin.

Soalnya siapa menyuruh beliau meletakkan jawatan atau beliau membuat kenyataan kerana rasa bersalah dan gagal menyelesaikan masalah UMNO di Perak? Masalahnya bukan yang terjadi kepada Nasarudin sahaja – ramai lagi.

Mereka yang menjadi mangsa pertelingkahan di Perak menganggap Mohd Tajol banyak ‘melepaskan tangan’ untuk menyelamatkan dirinya.

Kalaupun Mohd Tajol sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, tidak menyatakan bahawa beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan Nasaruddin keluar daripada UMNO hakikat yang perlu diterima ialah beliau memang wajar dipersalahkan.

“Kita masih berusaha untuk berbincang dengan beliau," katanya dan menambah UMNO negeri akan membuat kajian bagi mengenalpasti punca Nasaruddin bertindak keluar daripada UMNO dan menyertai PKR.

Sekali lagi Mohd Tajol membuat kenyataan bagaikan seseorang yang ‘gila talak’ sedang Nasarudin sudahpun dibelai oleh ‘kekasih barunya’.

Inilah sikap UMNO, mengambil tindakan selepas berlaku kejadian yang tidak diingini. Apakah yang dilakukan terhadap ADUN UMNO lain. Sudahkah beliau berjumpa dengan yang diuar-uarkan akan mengambil tindakan yang sama?

Melalui posting saya semalam, saya mengatakan ada menerima sms daripada rakan menggelarkan dirinya WIP bahawa Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, Datuk Fakir Adam dan Datuk Hamdi akan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, salah seorang akan dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru bagi menggantikan Menteri Besar sekarang yang mewakili PAS.

sms itu menyebut, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sedang mengumpul kekuatan pemimpin Melayu dalam PKR untuk diketengahkan sebagai usaha mengumpul keyakinan orang Melayu menyokong matlamatnya – menumbangkan BN.

Bagi saya kenyataan Mohd Tajol bahawa “masalah ini tidak libatkan BN tetapi cuma libatkan UMNO kerana dia (Nasaruddin) keluar UMNO dan kita akan buat kajian untuk mengetahui kenapa,” tidak tepat.

Ia adalah komponen BN dan dengan keluarnya Nasarudin, BN Perak kini kehilangan satu kerusi dan sedikit sebanyak menjejaskan moral parti komponen lain dengan tindakan bekas ADUN UMNO itu.

Najib hanya boleh berharap bahawa khabar-khabar angin yang menyatakan ada beberapa lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang akan keluar parti akan lenyap.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan, apa yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak kebelakangan ini tidak benar.

Ini kerana, tegas beliau, semua wakil rakyat hadir menyatakan pendirian masing-masing kepadanya.

Kini Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Monday, January 26, 2009

SEKARANG PERCAYA?

Apakah ini permulaan?

Saya menerima sms daripada rakan menggelarkan dirinya WIP bahawa Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin, Datuk Fakir Adam dan Datuk Hamdi akan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, salah seorang akan dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru bagi menggantikan Menteri Besar sekarang yang mewakili PAS.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sedang mengumpul kekuatan pemimpin Melayu dalam PKR untuk diketengahkan sebagai usaha mengumpul keyakinan orang Melayu menyokong matlamatnya – menumbangkan BN.

Anwar dikatakan bertindak sedemikian sebagai membalas perbuatan PAS menolak calon kumpulan Erdogan pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu dan meletakkan calon pilihan ulama.

Anwar dikatakan mahu pilihannya Dr Syed Azman Syed Nawawi sebaliknya calon dipilih ialah Mohd Abdul Wahid Endut. Abdul Wahid menang pada pilihan raya kecil P036 itu.
Desas desus seperti ini sudah ditimbulkan oleh blog, termasuk oleh saya dan akhbar berbahasa Inggris, khususnya The Malay Mail.

Pada 21 November lalu, The Malay Mail menyiarkan sebuah berita bertajuk “Quit threat by Perak Umno reps” dan puncanya ialah mereka kecewa dengan cara pengendalian politik wang yang melanda beberapa Bahagian UMNO di Perak yang dikatakan berleluasa tetapi gagal diuruskan oleh Ibu Pejabat UMNO.

Lebih jelas Malay Mail melaporkan: “All is not well in Perak Umno, with a group of State assemblymen said to be mulling the idea of leaving the party because their complaints on money politics have not been looked into.”

Semalam, salah seorang anggota ADUN Barisan Nasional (BN) Perak sudah meninggalkan UMNO menyertai pembangkang.

Apakah pemimpin BN, khususnya di Ipoh dan Kuala Lumpur menganggapnya sebagai kes terpencil?

Apabila timbul desas-desus kononnya ada ADUN Barisan Nasional (BN) Perak akan menyertai pembangkang, pemimpin UMNO di Perak tidak endah dan langsung tidak menjadi sesuatu yang boleh merisaukan mereka.

Kepimpinan UMNO Perak yang jelas semakin ‘hanyut’ dan tiada arah perjuangan, bagaikan tidak merasa apa-apa dengan desas-desus itu.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Nasaruddin Hashim, menyertai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Kini, ternyata berita itu benar dan Nasaruddin kini sebahagian kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Dengan ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, Pas dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Desas-desus mengenai kemungkinan Nasaruddin meninggalkan UMNO bertiup kencang selepas beliau tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit pada pemilihan dua bulan lalu.

Nasaruddin adalah bekas timbalan ketua bahagian berkenaan.
Soal apa yang dicari atau mahu dimanfaatkan oleh dirinya mengenai ‘lompatnya’ ke Pakatan Rakyat jangan dipersoalkan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Nasaruddin membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Nasarudin, 58, berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan DUN Bota dan amat yakin dengan kepimpinan PKR.

Kepimpinan PKR dianggap Nasarudin sebagai yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Mohd Nizar berkata, Nasarudin telah memberitahu hasrat beliau untuk menyertai PKR beberapa minggu yang lalu.

"Saya telah mengetahuinya sebelum ini dan beliau lebih nekad untuk mengambil keputusan itu setelah keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini yang berpihak kepada PAS," kata Mohd Nizar.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan menawarkan sebarang jawatan kepada Nasarudin berikutan penyertaannya ke dalam Pakatan Rakyat, Nizar berkata, pihaknya akan berbincang mengenai perkara tersebut.

Jadi, jelas pemilihan UMNO cukup meninggalkan kesan kepda UMNO. Apalagi jika masalah atau tidak puas hati mereka yang bertanding tidak diatasi secara bijak oleh pengurusan parti sama ada peringkat negeri atau juga Ibu Pejabat.

Mohd Nizar berharap lebih ramai ADUN BN akan mengikut jejak wakil rakyat Bota itu menyertai Pakatan Rakyat.

BN Perak dilaporkan mengadakan mesyuarat malam semalam, antara lain membincangkan isu Nasarudin meninggalkan Umno untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali di pejabat Umno di Ipoh.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.

BEREHAT SEKETIKA

Saya memohon maaf kepada penjenguk blog saya kerana tidak update beberapa hari. Saya bukan berehat dalam erti kata menenangkan fikiran tetapi berehat untuk membuat satu keputusan diri dan keluarga yang agak besar.

Dalam usia mencecah 55 tahun, saya perlu menilai apakah langkah saya mulai tahun ini. Apakah saya perlu terus menerus berada di Kuala Lumpur atau berhijrah demi keluarga dan diri saya. Peluang hanya datang sekali.

Selepas mengimbau ke arah Laut China Selatan dan menikmati bayu Timur yang nyaman, akhirnya saya membuat pendirian. Hidup perlu diteruskan dan saya sudah membuat keputusan. Jika sebelum ini saya ‘berkelana’ di Kelantan lebih satu tahun setengah (mulai Jun 2007, kini saya akan beralih angin ke Terengganu mulai Mac 2009).

Saya tinggalkan Terengganu pada 1972, selepas peperiksaan MCE dan akan kembali pada 2009. Saya pernah merantau di Pulau Pinang, Johor, Perak, Wilayah dan Selangor.

Apapun, syukur kerana ada ‘kawan’ yang membuka peluang untuk saya kembali ke Terengganu.

Saya berdoa biarlah saya kekal beberapa tahun di Terengganu untuk saya menyumbang dan melakukan yang terbaik demi sama-sama membantu membangunkan negeri dan rakyat Terengganu yang kini diterajui Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Kepada rakan-rakan yang menyambut Tahun Baru Cina, XONG XI FA CHAI!

Tuesday, January 20, 2009

TOUCH & GO POLITIK’ SUDAH TIDAK LAKU

Pembedahan politik – mudahnya Tan Sri Muhyiddin Yassin bermadah merujuk kepada faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu, 17 Januari 2009.
Sebaliknya, banyak yang berkata, faktor utama kekalahan BN pada pilihan raya kecil P036 itu kerana faktor calon.

Memanglah banyak sebab kekalahan BN tetapi dalam pilihan raya kecil, faktor calon memainkan peranan besar.

PAS sendiri tidak mahu orang luar Terengganu kerana faktor calon. PAS memilih calonnya kerana ADUN Wakaf Mempelam ini ‘tidak reti kalah’ selama lima penggal.

Apakah pembangunan atau projek khusus dibuat di Wakaf Mempelam? Zero. Tetapi dia pemimpin setempat, pemimpin yang boleh diharap jika ‘sakit-deman’, ‘kenduri-kendara’ serta musim haji. Itu sumbangan calon ini.

Sebalinya bagi calon BN, bukan sekadar ciri-ciri peribadi yang ada pada Datuk Wan Mohd Farid Wan Salleh yang diperkatakan tetapi lebih hebat, bagaimana Wan Salleh digambarkan.
Cara pembangkang ‘membunuh peribadi Wan Farid’ lebih berkesan daripada mengkritik dasar-dasar kerajaan atau menggambarkan kerajaan sebagai zalim dan melakukan pembaziran.

Memburukkan lagi keadaan, awal-awal lagi Tun Dr Mahathir Mohamad melalui blognya menggambarkan Wan Farid sebagai ‘calon paling terburuk ‘ diketengahkan oleh BN.

Kata Dr Mahathir: “UMNO pula tak tahu pilih calon. Yang dipilih ialah bekas Setiausaha Politik Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas pilihan calon UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat. Dan calon ini pula terkenal sebagai seorang yang sombong, tidak tahu beramah mesra dengan orang.

Kenyataan sebegini daripada bekas Perdana Menteri dan seseorang yang dihormati oleh pembangkang dan orang UMNO sendiri seperti Dr Mahathir, memberikan kesan besar kepada sokongan terhadap pembangkang. Ia meletakkan UMNO dan BN dalam keadaan tersepit.
Segala usaha ‘membersihkan Wan Farid’ sepanjang kempen tidak banyak berkesan kerana ‘damage has been done’.

Sejak diumumkan sebagai calon, persepsi terhadap Wan Farid ialah beliau sebagai tidak mesra rakyat, tidak pandai bergaul dengan rakyat, lagak ‘bangsawan’ serta banyak lagi.

Tetapi satu hal yang baik ialah Wan Farid berusaha bertemu seramai mungkin – mungkin dia belum ‘jelira’ bila bertemu rakyat. Ini akan mengambil masa.

Inilah masanya Wan Farid perlu bermuhasabah untuk mengenal pasti ‘cara baru’ memujuk pengundi. Lagipun dalam masa 10 hari, apakah boleh dibuat beliau?

Setidak-tidaknya Wan Farid yang dikenali daripada keluarga ‘bangsawan’ berusaha menjadi rakyat biasa!

Muhyiddin pula secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor "penarik" untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.

Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu.

"Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin," katanya.

Bagi saya apabila sebut faktor penarik ini, jika melihat kepada kemenangan Mohd Abdul Wahid Endut – beliau digambarkan mesra rakyat, mudah turun ke bawah dan sanggup masuk ke pondok UMNO dan bersalam dengan pekerja BN dan UMNO.

Rakyat Terengganu, khususnya Kuala Terengganu tahu Mohd Wahid tidak akan dapat melakukan setanding apa yang ditawarkan oleh Wan Farid tetapi mereka tetap memilih Mohd Wahid kerana faktor ‘mesranya’ dengan rakyat.

Bukan itu sahaja, pemimpin pembangkang dilihat rata-rata ‘mesra rakyat’ dan ini tidak berlaku kepada pemimpin UMNO.

Pemimpin UMNO hanya berharap kepada faktor pembangunan dan tawaran-tawaran projek sebagai penarik hati. Bukan ini tidak baik tetapi kesannya kini semakin berkurangan.
Saya bersetuju dengan Muhyiddin bahawa tidak dapat tidak, pasti ada kelemahan dalam mana-mana pilihanraya kecil walaupun jentera parti bekerja keras siang dan malam. Tetapi mungkin ada isyarat yang perlu diberi perhatian dengan serius.

Kata Muhyiddin, apa yang penting, tegasnya, ialah Umno dan BN menangani isu persepsi tertentu yang bermain di benak pemikiran pengundi.

Yang bermain di benar pemikiran pengundi ialah calon UMNO tidak mesra rakyat. Tanyalah pendapat orang Kuala Terengganu yang mengundi pembangkang dan UMNO sendiri.

Seperti saya katakan di atas, saya tidak menyalahkan Wan Farid. Dia sudah berusaha. Malah, walaupun Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berusaha membantu Wan Farid hingga ke peringkat ada yang bertanya “Siapa bertanding – Wan Farid atau Ahmad Said?” , imej Wan Farid yang dicalarkan sudah tidak boleh diperbaiki lagi.

Sepatutnya kita jangan asyik mengatakan ia berlaku kerana putar-belit pembangkang seperti yang disebutkan oleh Muhyiddin. Lihatlah dalam diri kita apa yang tidak kena dengan kita.
Melihat kepada Muhyiddin sendiri, apakah beliau mesra rakyat? Apakah beliau boleh disamakan ciri-ciri ‘mesra rakyat’ yang ada pada Mohd Wahid ?

Banyak penyokong UMNO merasakan Muhyiddin sendiri pun hanya mesra seketika dan ‘tidak pernah mahu ingat’ orang yang pernah bersalam dengannya.

Malah pekerja kempennya pada 1995 dan 2004 ada yang mendakwa Muhyiddin tidak lagi mengenali mereka walaupun merekalah yang ke sana ke sini membawa Muhyiddin bertemu pemimpin UMNO untuk mengundinya pada pemilihan tahun-tahun tersebut.

Apakah pemimpin UMNO seperti Muhyiddin adalah kalangan yang hanya berharap kepada jawatan dan pengumuman projek kerajaan semata-mata untuk menawan hati rakyat?
Apakah ‘mesra rakyat’ tidak penting?

Jika faktor ini tidak diambil berat oleh pemimpin UMNO, akan lebih ramai pemimpin UMNO akan menerima nasib seperti Wan Farid dengan gambaran-gambaran bahawa mereka ‘tidak jelira’ apabila turun bertemu rakyat.

Hakikatnya ‘touch & go’ politik tidak lagi laku untuk dijual kepada rakyat. Contohnya di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Orang kebanyakan memilih ‘mesra rakyat’ - pemimpin yang ‘mudah kiro’ bukan yang jenis mengumumkan peruntukan semata-mata!

Monday, January 19, 2009

TIADA PESTA, TIADA SOKONGAN KEPADA UMNO?

Khairy Jamaluddin kata kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata. PAS kata faktor calon kelebihan PAS.

PAS percaya kejayaannya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu kelamrin banyak dibantu faktor kelebihan calonnya Mohd Abdul Wahid Endut yang lebih berpengalaman memenangi hati rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata PAS belajar daripada kesilapan lepas, lantas memilih Mohd Abdul Wahid, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Wakaf Mempelam, yang dianggap bebas daripada segala isu.

"Ini merupakan mesej yang jelas daripada rakyat yang mahukan perubahan dan PAS telah mempelajari daripada kesilapan lampau," katanya.

Khairy pula berpandangan berikut: “Kita kena muhasabah diri, kaji semula kempen, pendekatan kita daripada iklim politik tanah air sendiri sampailah kepada isu-isu tempatan, kita boleh gunakan pengalaman ini untuk kebaikan parti.

"Kita kena terima semua pandangan dan selepas ini kita kena baiki diri untuk hadapi pilihan raya akan datang," kata Khairy.

Beliau berkata semua pihak dalam Umno dan BN perlu berhenti menuding jari mencari kesalahan pihak lain dan sebaliknya perlu sama-sama memikul tanggungjawab itu seperti perumpamaan "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

"Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kepada keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

"Kalau dikatakan ini (faktor calon) adalah faktor yang sebabkan kekalahan BN, saya rasa itu (rumusan) terlalu mudah...kalau memang itulah faktornya, senanglah kerja kita," katanya di Kuantan.

Baguslah kalau begitu kerana dalam konteks Pemuda UMNO sendiri, mereka perlu menjawab dua soalan berikut.

Pertama, ketika pemimpin Pemuda UMNO dari luar Terengganu dalam perjalanan pulang, golongan muda yang menyokong PAS berarak mengelilingi bandar Kuala Terengganu.

Saya anggarkan ada lebih 4,000 motosikal. Kalau didarab dengan dua bermakna 8, 000 orang – benar pendapat mengatakan tidak semestinya pengundi – sementara kereta dan lori lebih 500 buah. Didarab dengan empat bermakna 2,000 pemuda.

Saya akui bukan semua daripada mereka pengundi pada pilihan raya kecil Sabtu lalu. Tetapi saya yakin mereka akan menjadi pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Apakah rancangan untuk menarik pemuda dekat dengan UMNO? Apa pula pengumuman Putera UMNO untuk menarik golongan muda selepas ini!

Kedua, pada malam terakhir, iaitu malam Jumaat, satu pentarama diadakan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.

Tidak diketahui anjuran siapa tetapi kononnya ia untuk mengumpulkan pengundi muda di Kuala Terengganu.

Yang pasti ia dikhususnya untuk ‘orang muda’. Yang tua datang ialah beberapa pemimpin UMNO Terengganu dan tetamu terhormat ialah Timbalan Presiden UMNO.

Pada ketika pemuda dan muslimat PAS sedang memperkukuhkan ‘pondok panas’ dan sesetengahnya sembahyang hajat, pemuda dan pemudi (Puteri UMNO) kita sedang ‘berpesta’ dalam stadium mendengar lagu merdu daripada penyanyi popular yang sesetengahnya dari Terengganu sendiri.

Untuk makluman pelayar dan pembaca, ia acara tertutup. Tidak dibenarkan press masuk. Ekslusif katanya. Untuk apa?

Ada khabar mengatakan Najib diberi jaminan akan ada 10,000 pemuda di stadium berkenaan tetapi yang hadir hanya kira-kira 3,500 orang.

Malah ada kalangan pemuda yang datang pun ramai yang jadi ‘bingung’ sambil tertanya-tanya untuk apa pesta itu pada ketika saat begitu kritikal. Tetapi kerana mereka dikurung, tiada apa boleh dilakukan, lagipun ia program parti!

Pada ketika pesta berlangsung, klik jam semakin menghampiri 12 tengah malam dan kempen tidak dibenarkan lagi selepas detik itu.

Pada ketika pesta tamat kira-kira 10.45 malam, pemuda dan puteri terpaksa menempuh jalan yang sesak dan sesampai ke ‘kawasan masing-masing’ pada detik 12 malam semakin hampir.
Tiada apa boleh dilakukan ketika itu. Sedangkan orang muda PAS melakukan ‘pusingan akhir kempen’ ketika Pemuda dan Puteri UMNO berpesta.

Pernahkah kita belajar daripada Perang Uhud? Tentera Islam ramai yang terbunuh akibat terlena kerana harta dan mereka mula mengejar ‘kekayaan’ dan tidak sedar musuh datang mengepung kerana asyik mengambil harta rampasan.

Di Bukit Uhud, 50 tentera Islam yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit. Mereka diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.

Pertempuran awal mmenyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan.

Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.
Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka.

Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) telah terkorban. Nabi bersama-sama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib sebenarnya selamat.

Di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam itu, kejadian hampir sama berlaku. Mungkin kerana yakin akan menang dan mahu menang selesa, pemuda dan pemudi UMNO ‘dipaksa’ datang berpesta.

Apakah pengundi muda tidak boleh dipujuk kalau tidak ada pesta? Apakah pengundi muda mengharapkan konsert baru mereka datang ke majlis UMNO dan BN?

Apakah pemuda mesti diumpan dengan konsert serta habuan baru mereka mengundi BN?
Sampai bila pemimpin muda UMNO mesti berfikiran begini. Siapakah yang masih ada dalam UMNO berfikiran sebegini? Betulkah strategi sebegini?

Bagi saya, pada saat genting seperti ini, ada juga bentuk pesta tidak sesuai.

Pesta dan nyanyi-nyanyian boleh dibuat sepuas-puasnya selepas hari membuang undi.

Jikapun kalah, sekurang-kurangnya pesta itu boleh menghilangkan kedukaan!

Sunday, January 18, 2009

PILIHAN RAYA KECIL WAKAF MEMPELAM PULA?

Kini pertanyaan bermain di kepala, apakah akan ada pilihan raya kecil di DUN Wakaf Mempelam?

Cakap-cakap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika kempen ialah beliau akan meletak jawatan sekiranya menang dalam pilihan raya kecil semalam (17 Januari 2009) bagi P036.

Difahamkan, jentera UMNO Terengganu khususnya, bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya berkenaan jika dilangsungkan.

Sebenarnya, ada opsyen bagi BN iaitu tidak bertanding untuk tidak terperangkap dengan taktik PAS.

Bertanding memerlukan wang dan tenaga. Jika kalah akan lebih menjatuhkan moral UMNO dan BN.

Sebelum ini pendapat supaya tidak bertanding di Permatang Pauh tidak dipedulikan. Sekiranya tidak berlaku sesuatu yang menguntungkan UMNO dan BN di Wakaf Mempelam, akan semakin punahlah imej UMNO dan BN.

BN tidak rugi apa-apa kalau tidak bertanding di Permatang Pauh dan Wakaf Mempelam dalam konteks kerusi dan moral. Kekalahan akan menjatuhkan lagi imej UMNO dan BN di mata rakyat.

Ketika ini BN menguasai 24 kerusi DUN dan PAS, lapan.

Sumber PAS berkata, parti itu bersetuju dengan cadangan Wahid Endut sebagai usaha memperbanyakkan pemimpin negeri sebagai persediaan PAS menawan Terengganu.

Walaupun ia tidak memberi sebarang kesan kepada Barisan Nasional (BN) negeri yang membentuk kerajaan tetapi kemenangan moral bagi PAS memberikan kesan baik kepada parti itu.

Di Parlimen, BN kehilangan satu lagi kerusi Parlimen apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh semalam gagal memenangi kerusi Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Sebelum ini, BN kehilangan dua kerusi Parlimen apabila Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil tindakan keluar dari gabungan tersebut.

Dengan itu, BN kini mempunyai 137 kerusi di Parlimen. Ekoran kemenangan hari ini, PAS pula kini mempunyai 23 kerusi Parlimen.
Dalam pilihanraya kecil semalam, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau mendapat 32,883 undi manakala Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Dengan itu, pembangkang kini mempunyai 82 kerusi Parlimen dan tiga calon bebas - Datuk Ibrahim Ali dan dua ahli Parlimen SAPP.

Selepas pilihanraya umum lalu, BN memenangi 140 kerusi Parlimen, PKR (31 termasuk kerusi PSM), DAP (28) dan PAS (22).

Segala-galanya dah terjawab

Kemenangan calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan memperolehi 32,883 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang meraih 30,252 undi selepas kesemua 144 peti undi dikira membuktikan ia pilihan tepat.

Kuala Terengganu mempunyai 80,229 pengundi termasuk 838 pengundi pos. Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di situ adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.

Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.

Jadi jelas keputusan kumpulan ulama meletakkan Wahid Endut tepat.

Malah, kemenangan ini akan memperkuatkan kedudukan Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang selepas cakap-cakap kononnya beliau membelakangkan pandangan dan permintaan kumpulan Erdogan supaya meletak calon mereka.

Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam pula hanya memperolehi 193 undi.
Bagi BN, apa lagi yang boleh dikatakan.

BN terpaksa menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan hati terbuka kerana menghormati pilihan rakyat selaras dengan sistem demokrasi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana “suara rakyat adalah suara keramat”.

“Ini bukan bererti kita akan hentikan iltizam dan semangat BN untuk terus memberi khidmat
kepada rakyat. Kita akan terus berkhidmat berlipat kali ganda untuk rakyat,” katanya di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di Kuala Terengganu malam ini.

Menurut laporan Bernama, Turut hadir, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, Setiausaha Agung Umno dan BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Najib. Ahmad Said dan Wan Farid tetap memberikan senyuman walaupun tewas pada pilihan ini.

Najib berkata BN akan melaksanakan setiap perkara yang perlu dilakukan bagi menyusun semula imej parti dan apa jua dasar supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.

"Saya masih amat yakin bahawa kesudahannya rakyat yakin BN tetap parti terbaik untuk memimpin negara kita," katanya.

Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap Umno dan BN.

"Ini pilihan raya kecil...banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional," katanya.

Sedikit musykil ialah, kenapa hanya 79.9 peratus atau 63,993 pengundi keluar mengundi hari ini sedangkan cuaca begitu baik. Undi rosak hanya sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.9 peratus .

Apakah yang tidak keluar mengundi adalah mereka yang memprotes pemilihan Wan Farid atau sebab-sebab lain?

Hanya BN boleh menjawab soalan itu dan di peti undi mana, pengundi enggan mengundi.
Jawapan bagi soalan ini hanya ada kepada pengundi sendiri.

Saturday, January 17, 2009

WAN FARID UNTUK REALITI BUKAN FANTASI










Pagi ini cuaca terang sekali.

Sudah pasti di pusat mengundi segala-galanya berjalan lancar.
Kalau mengikut tinjauan umum dan ramalan awal, calon PAS mendahului dan laman web dan blog pro-pembangkang mengatakan PAS berpeluang cerah dan ‘bulan terang’.

Seorang penganalisis pungutan pendapat mengatakan PAS akan menang dengan majority 7,000. Berita ini dilepaskan oleh Malaysiakini pukul 8.01 pagi ini.

Tinjauan akhbar Berita Harian bertarikh 14 Januari 2009 melalui laman webnya: http://www.bharian.com.my/klikkhas/kterengganu, calon PAS memang mendahului sebagai calon pilihan di Kuala Terengganu.

Menurut harakahdaily pula, sehingga jam 12 tengah malam tadi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat undian sebanyak 73.3 peratus manakala Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 23.3 peratus, dan Saudara Azharuddin Mamat @ Adam (bebas) sebanyak 3.3 peratus
Walaupun dari tinjauan ini rata-rata pengundinya bukannya pengundi sebenar dari Kuala Terengganu, namun begitu, ia menggambarkan pilihan orang ramai terhadap calon yang bakal dipilih nanti, kata harakahdaily.

Kebanyakkan pembaca laman web Berita Harian lebih yakin dengan calon PAS walaupun akhbar itu sendiri memberi gambaran berat sebelah terhadap beliau.
Sebelum ini undian seperti itu dibuat oleh laman web terkenal yahoo.com.my.

Peratusannya juga mendapati pengundi lebih memihak kepada calon PAS iaitu sebanyak 58 peratus menyaingi calon BN dengan peratusan 22. Calon bebas pula mendapat dua peratus manakala lebih 19 peratus pembacanya tidak tahu atau tidak kisah perihal perjalanan pilihanraya kecil ini.

Saya berusaha mendapatkan pandangan beberapa individu yang rapat dengan UMNO dan calon BN.

Mereka tetap merasakan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempunyai sedikit kelebihan akhir-akhir ini, apabila selepas ditolak-campur, pengundi Terengganu mengharapkan pembelaan kehidupan seharian mereka.

BN membuktikan ia benar-benar mahukan Kuala Terengganu maju, bersih dan bergerak maju kea rah menjadikan bandar raya ini setanding setidak-tidaknya Pulau Pinang dan Melaka.
Mereka memerhatikan bagaimana bandar Kota Bharu yang tetap tidak banyak berubah sejak 20 tahun lalu dan dilabel ‘kotor’ oleh pemimpin PAS Kelantan sendiri.
Persoalannya, apa yang mereka buat?

Kegagalan Tahun Melawat Kelantan 2008 sebahagiannya kerana orang luar tidak berminat melawat Kota Bharu. Yang ditonjolkan kononnya pemerintahan Islam dan menggelarkan Kota Bharu dengan Bandaraya Islam.

Namun , jika bercirikan Islam kenapa tidak tersusun, kotor dan tidak terurus.
Penduduk Kuala Terengganu jauh ke depan daripada konteks kehidupan yang lebih tersusun dan lebih bersih.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut member jaminan kerajaan akan memastikan pelan pembangunan yang dirancang di Terengganu diteruskan tanpa gangguan supaya impian rakyat menikmati kemajuan ketika menolak pentadbiran Pas pada pilihan raya umum 2004 menjadi kenyataan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu memastikan Terengganu mendapat kemajuan seimbang dalam pelbagai bidang merangkumi kemudahan kesihatan dan perubatan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Abdullah berkata, sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran negeri daripada Pas pada 2004, banyak projek berimpak besar yang dirancangkan dan dilaksanakan untuk manfaat rakyat.

Perdana Menteri berkata, kerjasama baik antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang berlangsung sekarang harus meliputi semua lapisan, termasuk peringkat wakil rakyat bagi memudahkan pelaksanaan setiap projek dirancang.

Abdullah berkata, sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri pada 2004, pelbagai projek untuk rakyat sudah dilaksana, termasuk penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan Lebuhraya Pantai Barat (LPT) Fasa II.

Beliau berkata, pembangunan ilmu pengetahuan untuk memacu kecemerlangan ummah hanya dapat dijana dan disuburkan lagi jika rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan bermutu. Selain itu, kesihatan yang baik juga adalah asas kepada kesempurnaan ibadat.

Abdullah berkata, sejak BN mengambil alih pentadbiran negeri daripada Pas pada 2004, tahap kemiskinan negeri ini juga berjaya dikurangkan dari 15.4 peratus kepada 6.5 peratus sekarang. Selain itu katanya, Terengganu juga berada di tempat paling atas daripada segi pencapaian dalam peperiksaan awam yang kejayaan itu tidak mudah dicabar pelajar di negeri lain.

Juga dengan janji Kerajaan Negeri dan Pusat mahu mempertingkatkan imej dan peranan Bandaraya Warisan Pesisir Pantai ini, pengundi seramai 80,229 termasuk 838 pengundi pos, mampu membuat pilihan tepat.

Memilih calon dan parti yang hanya membawa janji-janji kosong yang bersifat fantasi atau memilih calon dan parti memperjuangkan realiti – ke arah kehidupan lebih makmur, sejahtera dan harmoni!