Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Friday, November 17, 2017

APAKAH AKAN ADA EPISOD ‘KES LIWAT KETIGA ANWAR’ SELEPAS INI?


Ada beberapa persoalan apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah behubung kenyataan liwatnya di Parlimen, dua minggu lalu.

Pertama, apakah kes ini akan membawa kepada episod ‘kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ketiga’?

Kedua, beranikah Ahmad Husni membawa saksi, iaitu ‘anak saudaranya’ jika dipangil oleh JAWI; dan

Ketiga, kenapa yang membuat laporan rasmi kepada JAWI hanya ‘orang AMANAH’ dan tiada daripada PKR?

Rabu minggu lalu, ketika berhujah pada sidang Dewan Rakyat, Ahmad Husni mengkritik bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan memberitahu punca beliau tidak lagi mengikuti perjuangan Anwar.

"Anda kenal siapa Dr Mahathir? Saya tahu. Saya Menteri Kewangan II. Saya tahu apa yang berlaku masa beli Pos Malaysia, di Perwaja. Saya tahu. Anda tahu siapa Muhyiddin. Anda tidak tahu, tetapi saya tahu. Anda tahu siapa Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim, saya tinggalkan dia.

"Selepas dia berhenti jadi timbalan perdana menteri, saya bantu dia, pergi ke Bukit Damansara. Bila dia terlibat dengan liwat. Dia terlibat dengan anak buah saya. Kami semua menangis, saya pergi ke Jordan," kata Ahmad Husni.

Kenyataan ini membawa kepada suatu situasi baru di mana ‘ada orang yang kali ketiga sudah kena liwat oleh  Anwar’.

Sedangkan ketika ini Anwar sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama lima tahun, sejak 2015 selepas mahkamah mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ini adalah kes kedua selepas kes pertama yang membawa kepada pemecatan Anwar dan dipenjarakan kali pertama kerana kesalahan kes lain.

Namun ramai orang beranggapan Anwar disabitkan dengan kes ‘liwat’ pada hukuman penjaranya kali pertama.

Berikutan kenyataan Ahmad Husni itu, pemimpin Pakatan Harapan menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), menyiasat dakwaan bekas Menteri Kewangan Kedua itu berhubung tuduhan liwatnya membabitkan Anwar.


Ramai berpendapat tuduhan Ahli Parlimen Tambun itu merupakan satu tuduhan berat yang perlu kepada siasatan terperinci.

Ramai juga berpendapat tuduhan itu dibuat untuk ‘mencemarkan imej Anwar’ yang dilihat kini sudah bersatu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Pemimpin BN dikatakan sangat bimbang dengan pakatan Anwar-Dr Mahathir dan sanggup mengambil apa sahaja langkah termasuk mengitar semula kes lama dengan menggunakan Ahmad Husni.

Isunya juga apakah Ahmad Husni sanggup ‘mengorbankan anak saudara dan keluarganya’ demi karier politiknya sendiri dan mempertahankan Najib Razak serta kerajaan BN?

Ini kerana menurut Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin, pegawai penyiasat JAWI memaklumkan kepadanya bahawa selain menyiasat laporan qazaf terhadap Ahmad Husni, mereka juga mengatakan, jika perlu anak saudara Ahmad Husni pun akan dipanggil.

Sebelum ini PH mengesahkan 'mangsa' liwat oleh Anwar itu adalah kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tidakkah ini akan menjejaskan maruah ‘anak saudara dan keluarganya’ serta tempat beliau bertugas  yang sebelum ini tidak diketahui langsung ‘turut terbabit dalam kes liwat Ketiga Anwar’ ini.

Sanggupkah anak saudara Ahmad Husni dan keluarganya menerima aib dan malu seperti dialami oleh individu dan keluarga mereka yang dituduh diliwat oleh Anwar dua kali sebelum ini?

Persoalan ketiga ialah di manakah pemimpin PKR sehingga membiarkan dua pemimpin AMANAH – Mohamed Hanipa dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad – ‘memperjuangkan’ laporan qazaf terhadap Ahmad Husni gara-gara  kenyataan liwat tanpa bukti dan saksi terhadap Anwar?

Dua pemimpin berkenaan mengambil usaha itu dengan pendapat bahawa ‘orang yang dituduh itu di dalam penjara dan tidak boleh membela diri’.

Diakui perkara ini memang bukan ringan dan harus diambil tindakan sewajarnya.

Namun, apa pendirian keluarga dan rakan Anwar dalam isu ini?


Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul sudah mencabar Ahmad Husni mengulangi dakwaan beliau di luar Dewan Rakyat mengenai anak buahnya diliwat Anwar namun Ahli Parlimen Tambun itu masih membisu.

Kenapa Ahmad Husni berdiam diri sedangkan bekas Menteri itu perlu berbuat demikian bagi memperlihatkan bahawa beliau tidak berselindung di sebalik imuniti Parlimen.

Atau apakah pemimpin PKR dan keluarga Anwar memberikan hak memperjuangkan isu ‘liwat kali Ketiga Anwar’ ini kepada dua pemimpin AMANAH berkenaan?

Atau apakah dua orang paling rapat dengan Anwar – isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah sudah diberikan nasihat oleh Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang juga merupakan peguam Anwar supaya ‘berdiam diri’ dan membiarkan kepada dua pemimpin AMANAH itu untuk mengambil tindakan sewajarnya?

Ini kerana Sivarasa sebelum ini pernah mengatakan beliau akan menasihati Anwar dan mungkin turut membabitkan ahli keluarga pemimpin PKR itu mengenai  tindakan undang-undang yang akan diambil selepas ini.

Yang nyata Anwar yang dipenjarakan terpaksa berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat gara-gara berjuang dengan bekas musuhnya, Dr Mahathir yang kini sangat ditakuti oleh Najib dan sekutunya.


Apapun persoalannya, apakah ‘kes Liwat Ketiga Anwar’ ini berjaya membendung pengaruh pembangkang atau lebih memberi tekanan kepada Najib dan BN, apa lagi Ahmad Husni sendiri?

Friday, July 14, 2017

PERJUANGAN ‘KE PUNCAK GUNUNG’ TAWARAN HARAPAN KEPADA RAKYAT...


Ini hanyalah permulaan. Namun langkah pertama inilah membawa harapan seterusnya...

Perjuangan sebenar Pakatan Harapan (PH) sudah jelas namun masih banyak perkara yang perlu difikir, dinilai dan dijadikan dasar sebenar pakatan itu  dalam meyakinkan rakyat bahawa inilah pakatan sebenar yang mampu memerintah Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Dengan logo rasmi PH diumumkan melambangkan puncak gunung, ia menggambarkan berapa gabungan berwarna merah dengan perkataan “HARAPAN” yang dibahagikan oleh sebuah segitiga di tengahnya merupakan lambang  harapan sebuah perjuangan dalam mememuhi kehendak dan tuntutan rakyat.

Ia daripada HARAPAN untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Inilah kunci sebenar perjuangan PH.

Warna merah digunakan itu sebenarnya adalah warna asas tiga parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP, kecuali AMANAH yang menggunakan warna oren.

Namun  segi tiga digunakan oleh AMANAH untuk logonya dan pastinya kombinasi warna dan ‘A’ yang dibesarkan itu menjadi satu gunung puncak yang tinggi – melambangkan perjuangan padu dan bersasar PH.


Logo baharu itu jika diluluskan pendaftaranya akan digunakan buat kali pertama oleh pembangkang pada pilihan raya umum. Dijangkakan logo akan didaftarkan dengan  Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)  selewat-lewatnya dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Ini satu perkembangan menggalakan berbanding Pakatan Rakyat yang kini dibubarkan sebelum ini,  menyertai pilihan raya dengan logo masing-masing.

Yang nyata, setidak-tidaknya, semalam tiga (bukan dua) perkara asas sudah dipersetujui dalam PH

Isu kepimpinan PH dan logo yang diperkatakan dengan meluas oleh pengkritik PH sudah dapat diselesaikan malam semalam. Juga mengenai isu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Struktur dan logo PH itu  akhirnya berjaya dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis presiden bersidang lebih empat jam yang  berlansung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Kejayaan ini pastinya mengejutkan Barian Nasional (BN) yang sebelum ini menggunakan berbagai cara – media sosial dan kenyataan pemimpin mereka -  untuk pecahbelahkan PH dengan berbagai perang saraf mereka kononnya wujud perebutan kepimpinan, selain memperlekehkan mengenai logo PH yang diviralkan sebelum ini.

Namun usaha itu ternyata gagal dan cita-cita pemimpin BN untuk memporak-perandakan pakatan kepimpinan dalam PH,  jelas gagal.


Pastinya ‘pemikir strategi BN’ ketika ini sedang merangka strategi baru untuk cuba melaga-lagakan PKR dan PPBM  agar berlaku pula perselisihan lain, termasuk isu siapa bakal Perdana Menteri selepas PRU14.

Pemimpin atasan PKR dan PPBM perlu pastikan pemimpin bawahan mereka serta penyokong tidak melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan keadaan demi kerancakan PH menggempur BN.

Mereka perlu akur dan mendapatkan maklumat jelas mengenai sesuatu isu dan tidak percaya dengan sebarang maklumat tidak sahih dan yang cuba di’spin’kan oleh musuh mereka.

Untuk AMANAH dan DAP, mereka  perlu berusaha untuk menjamin penyokong mereka dapat menerima lantikan ini dengan baik kerana Setiausaha Agong DAP serta Presiden dan Timbalan Presiden AMANAH, turut berada dalam kedudukan penting.

Sejauh ini secara ringkas PH sudah mengatakan dengan jelas bahawa dalam masa 100 hari selepas membentuk kerajaan sekiranya menang pilihan raya umum akan datang, akan memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat.

Perkara ini menjadi perjuangan asas semua parti gabungan PH sebelum ini, termasuk menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan pada April 2015.


Selain itu PH juga komited  komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

·        1. Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
·        2. Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
·        3. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja skandal 1MDB;
·        4. Memulihkan FELDA, serta.
·        5. Menstabilkan harga petrol.

Apa yang menarik di sebalik persetujuan mengenai struktur dan logo PH, PH juga berikrar memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Anwar akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas PH membentuk kerajaan.

Daripada kenyataan yang  dibacakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi PH, amat nyata pakatan itu akan mengemukakan permohonan baru untuk mendapatkan pengampunan bagi Anwar (Anwar  dilarang bertanding sebagai calon pilihan raya selepas dijatuhkan hukuman lima  tahun penjara pada 2015 dan amat nyata beliau akan terlepas untuk bertanding pada PRU14.)

Malah, membaca kenyataan PH yang ditandatangani pemimpin tertinggi PKR, DAP, AMANAH dan PPBM, Dr Mahathir menyatakan bahawa: “Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan…Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Anwar kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya.”


Sama ada struktur baharu itu merestui Anwar sebagai calon perdana menteri atau sebaliknya, Dr Mahathir menjelaskan semalam, yang penting Anwar mendapat pengampunan pengampunan diraja dan selepas itu sebarang tindakan perlu melalui proses undang-undang.

Soal siapa Perdana Menteri PH sekiranya menang PRU14 pernah diperkatakan dengan meluas sebelum ini di mana timbul beberapa desakan supaya Dr Mahathir menjawat perdana menteri yang kemudian  melantik Anwar.

Yang nyata, dalam isu ini, masih banyak perkara perlu dilakukan. Kerana itu Dr Mahathir mengatakan
“Yang itu kita akan isytihar tak lama lagi.”

Malah beliau mengakui isu Anwar sebagai Perdana Menteri ini  sesuatu yang tidak dapat dilakukan serta merta “kerana perdana menteri yang akan mengambil alih ini mempunyai tugas yang banyak”.

Apapun, selepas perkara asas PH dapat diselesaikan semalam, tugas mereka ialah menjamin apa yang dirancang berjalan lancer.

Sewajarnya rakyat dan penyokong PH perlu yakin dengan pencapaian ini. Tugas selanjutnya tidak begitu sukar dirancang dan dilaksanakan memandangkan mereka yang memimpin PH kini bukan calang-calang pemimpin.

Selain berpengalaman dalam politik dan pentadbiran, organisasi PH dan pemimpinnya  dilihat  mampu menjayakan harapan rakyat.

Struktur dipersetujui semalam selepas dirundingkan beberapa bulan selain Dr Mahathir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Tiga Timbalan Presidan ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (AMANAH).

Empat naib presiden daripada setiap parti ialah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir , Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden AMANAH,  Salahuddin Ayub.

Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai ketua setiausaha, manakala ahli Parlimen DAP, M Kula Segaran sebagai  bendahari.

Pengumuman ini menamatkan spekulasi sebelum ini bahawa Muhyiddin dilantik sebagai presiden, sementara Anwar sebagai  penasihat dan Wan Azizah sebagai timbalan pengerusi. Azmin pula disepekulasikan  sebagai timbalan presiden, manakala Guan Eng dan Mohamad Sabu pula sekadar menjadi naib presiden Pakatan Harapan.

Malah persetujuan dan pengumuman semalam juga pastinya akan merancakkan lagi momentum menekan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak apabila rasuah dan penyelewengan akan dijadikan antara perkara penting dalam strategi PH menundukkan BN.

Di sebalik kejayaan awal ini, pastinya rakyat lega dengan ‘kesepaduan’ itu pastinya mahu melihat dan mengetahui apa yang akan ditawarkan seterusnya oleh pakaran ini menjelang PRU14. nanti.

Melalui kesatuan politik di antara PKR, DAP, AMANAH dan PPBM yang sudah tercapai kini, ia akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan jauh lebih baik daripada BN.

Wednesday, December 21, 2016

HARAPAN SENGAJA DEDAHKAN DIRINYA UNTUK DIANGGAP ‘KAPAL BURUK’....


"Kenapa tidak cuba mencari seseorang yang 
terbaik dalam kepimpinan pembangkang - yang lebih berintegriti, berilmu serta keagamaannya yang tidak boleh  dipersoalkan untuk jawatan Perdana Menteri?

 Jangan salahkan orang lain, termasuk orang UMNO dan PAS kalau anggap Pakatan Harapan (HARAPAN) ‘kapal buruk bakal karam kerana berebut PM'.

Semalam, Ketua UMNO bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengibaratkan pakatan pembangkang umpama kapal buruk berikutan perebutan jawatan utama kepimpinan negara.

Sebenarnya semuanya adalah salah HARAPAN sendiri kerana terpedaya dengan jerat UMNO yang mendesak untuk dinyatakan Kabinet bayangan dan siapa Perdana Menteri dan timbalannya jika menang.

Pemimpin pembangkang bagai ‘tak faham-faham’ strategi pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memang mahir dan berpengalaman berpolitik seperti Datuk Seri Nazri Aziz dan lain-lain. Mereka tahu bagaimana mahu mengasak dan porak-perandakan HARAPAN.

Akibat sibuk dengan siapa nak jadi Perdana Menteri, sedangkan seperti kata Syed Ali, ‘kapal belum siap’, pemimpin pembangkang buat kenyataan gila-gila yang mencerminkan kelemahan dan perpecahan mereka sendiri.

Memang benar ramai daripada mereka yang sudah berdekad sertai politik tetapi keadaannya tetap ‘tidur sebantal tapi mimpi lain-lain’.

Kenapa nak berbahas di media mengenai siapa akan jadi Perdana Menteri atau Kabinet bayangan yang akhirnya menyerlahkan lagi kelemahan pembangkang.

Amat jelas ada yang tidak habis-habis dengan kemahuan menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri,  walaupun tahu laluan itu sukar.

Dengan mengemukakan formula yang akan menyebabkan timbulnya masalah, pastinya akan mendedahkan HARAPAN untuk dilihat berjuang bagi kepentingan masng-masing.

Mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai perasuah, menyeleweng, tidak cekap dan gagal mentadbir negara dengan baik, menyebabkan negara bermasalah dan sebagainya tetapi masih mengharapkan individu yang dipersoalkan peribadinya yang  mempunyai ‘rekod yang boleh dipersoalkan dan dianggap buruk'?


Jika demikian ada bezanya Najib dan Anwar?

Kenapa tidak cuba mencari jalan – walau panjang sedikit – menentukan  seseorang yang lebih baik di kalangan yang terbaik dalam kepimpinan pembangkang iaitu seseorang yang lebih berintegriti, berilmu, profesionalisme  serta keagamaannya yang tidak boleh  dipersoalkan untuk jawatan penting itu?

Bernostalgia dengan Anwar atau pemimpin tertentu bukan sepatutnya menjadi pilihan utama jika dari segi moral, keupayaan dan keyakinan rakyat terutamanya orang muda dibelakangkan.

Begitu juga dalam konteks anggota Kabinet bayangan.

Jangan kerana hanya mahu menjawab soalan pembangkang, buat kenyataan yang tidak memberikan keyakinan kepada rakyat, apa lagi yang boleh dipermainkan oleh UMNO dan sekutunya.

Penulis menyokong pendapat Syed Ali bukan kerana dia UMNO atau Ketua Bahagian UMNO tetapi persoalan yang ditimbulkannya.

Pendapatnya perlu membuka mata pemimpin pembangkang. Kita tidaklah mendesak hingga seputih kapas tetapi kalaupun sudah sedikit luntur, janganlah ada nila atau dakwat walau setitik pun.

Benar kata Syed Ali itu, "Kapal belum siap tetapi masing-masing dah kemaruk nak jadi nahkhoda, akhirnya kapal yang akan karam sebelum sempat belayar.  Belum apa-apa di kalangan mereka mula berebut dan mengidam jawatan PM, inilah pembohongan politik pembangkang yang meletakkan kepentingan peribadi dalam perjuangan mereka.”

Syed Ali turut mengatakan,  pemimpin pembangkang terlalu optimis bahawa mereka mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang bagaimanapun kapal buruk pasti akan tenggelam di dasar lautan sebelum sempat singgah di daratan.

Ini kerana menurutnya, mereka hanya bermain dengan harapan dan angan-angan bagaikan  dongeng politik untuk mengabui mata rakyat.

Jangan cepat melenting. Sebaliknya ambillah sindiran itu sebagai cabaran. Jadikan ia sebagai permasalahan dan carilah jawapan sesuai buatnya.

Berperang di media tidak mendatangkan faedah tetapi carilah formula penyelesaian terhadap permasalahannya.

Hakikatya, ini bukan suatu sindiran. Ini kenyataan yang perlu direnung dan ditelan oleh parti pembangkang.

Benar kata Syed Ali bahawa  umum sudah boleh menilai sejauhmana kejujuran pembangkang yang selama ini memperdaya rakyat kononnya mereka berjuang untuk keadilan.

Jika  HARAPAN  dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu bertemu tidak lama lagi untuk memuktamadkan mengenai calon mereka untuk jawatan perdana menteri, teruskan.

Ini langkah baik tetapi jangan hadkan hanya satu atau dua nama sahaja.

Banyak yang  pakar di kalangan mereka dan elakkan daripada mencalonkan yang nama mereka dusah tercemar, walau atas sebab apa pun.

Elakkan memilih pemimpin yang sebelum ini sudah ditolak oleh rakyat kerana mengamalkan rasuah, salah laku, penyelewengan dan ‘sebab-sebab moral’.

Jangan letak syarat atau menamakan terus siapa dia. Bincang, runding dan cari yang terbaik. Ini lebih meyakinkan rakyat.

Kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata keputusan mereka tidak berubah iaitu mahukan bekas ketua pembangkang Anwar, yang kini dipenjarakan sebagai perdana menteri  atau  terpaksa melantik seorang perdana menteri sementara terlebih dahulu, juga sangat meragukan.

Apakah sebuah negara boleh dibiarkan ‘terumbang-ambing’ sekiranya tiada Perdana Menteri selepas sesuatu pilihan raya hanya kerana menunggu Anwar?

Sangat tidak meyakinkan.

Cadangan  Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu yang mencadangkan Presiden PKR yang juga dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil peranan itu juga wajar diperdebatkan.

Kenapa asyik-asyik Anwar, dan isteri Anwar atau daripada keluarga  Anwar?

Tidak adakah orang lain selain satu keluarga itu mampu untuk menjadi Perdana Menteri bagi mentadbir Malaysia?

Masa dan ruang masih ada. Jangan kerana taksub atau berkepentingan tertentu, isu Perdana Menteri menjadi penghalang yang kelak ditertawakan orang.

Jika berterusan, rakyat bukan sahaja jemu tetapi akan hilang keyakinan, apaalagi apabila pemimpin UMNO dan BN berjaya memutar-belit dan menimbulka seribu keraguan.


Ingatlah, HARAPAN bukan kapal buruk atau kapal lama. Ia baru di bina dan mahu dijadikan alternatif kepada BN.

Kerana itu tunjukan kesegaran dan kelebihannya bukan mengulangi atau memutarkan kembali agenda lama berulang-ulang yang ternyata rakyaat pun kini sudah cuak dan muak.

Friday, September 25, 2015

JADIKAN ANWAR PM - PAKATAN HARAPAN BANKRAP IDEA

 


Semakin terserlah kini Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) seperti juga Pakatan Rakyat sebelum ini,  memang bankrap idea.

Matlamat penting mereka hanya untuk Anwar. Bagi mereka meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah satu-satunya keutamaan. Yang lain datang selepas  itu.

Dalam sidang Meja Bulat Pakatan 2.0 kelmarin, Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pembangkang masih menamakan suaminya sebagai calon Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya mentadbir negara.

Wan Azizah berkata, pembangkang percaya Anwar merupakan pemimpin paling sesuai untuk mena­ngani pelbagai isu nasional seperti kemelut ekonomi, salah urus tadbir, kebajikan rakyat dan perpaduan kaum.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana kesalahan meliwat.

Tak habis-habis dengan Anwar. Apakah tanpa Anwar, pakatan pembangkang akan lesu?

Kerana itu tidak hairanlah apabila PAS menyifatkan keputusan Pakatan Harapan untuk melantik Anwar Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang sebagai perkara yang tidak realistik.

Mana realistiknya?

Dalam soal pemilihan Perdana Menteri, sewajarnya pembangkang perlu berpijak di bumi nyata.

Walaupun pembangkang mungkin menang pilihan raya umum dan berjaya membebaskan Anwar tetapi rekod buruk akibat dipenjarakan itu akan menghantui pembangkang selama-lamanya.

Berbanding dengan Barisan Nasional (BN), pemimpin pelapis yang akan mengambil alih pentadbiran negara tidak ‘memegang rekod’ seburuk Anwar.

Persoalannya, tidak ada orang lainkah  dikalangan pemimpin yang ada dalam Pakatan Harapan itu  layak menjadi Perdana Menteri? Jawapannya kini memang tidak ada.

Jika demikian, layakkan parti seperti itu berangan-angan mahu mengambil alih tampuk pemerintahan negara?

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri juga tidak boleh dianggap satu keputusan konklusif kerana Penasihat PKR itu masih berada di dalam penjara.

Malah PAS, walauapun tidak menyertai rundingan Beja Bulat, turut membincangkan  dalam mesyuarat kelmarin dan mengambil ketetapan bahawa sesuatu keputusan yang mukta­mad mestilah sesuatu yang realistik.

“Maksudnya, dalam keadaan Anwar sekarang di mana, takkan kita boleh buat satu keputusan yang konklusif bahawa dia yang akan menjadi Perdana Men­teri,” katanya di Kota Bharu, kelmarin.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor , TanSri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menegur pakatan pembangkang yang yang sebulat suara memutuskan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan itu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurut Khalid, keputusan itu mungkin menimbulkan pelbagai isu sekiranya tidak disusuli dengan penelitian yang terperinci dari sudut undang-undang memandangkan Penasihat PKR itu telah disabit dan menjalani hukuman penjara ketika ini.

 
“Perkara itu (keputusan pilih Anwar sebagai Perdana Menteri) perlu mengambil kira tentang undang-undang sama ada praktikal atau tidak,” katanya.

Berdasarkan apa yang diputuskan ini, langkah pertama pakatan ini sudah tersasar .

Mereka perlu melangkah lebih jauh dan jika langkah pertama sudah tersasar, pastinya  langkah-langkah berikut akan terus tersasar dan akan mengambil masa yang agak lama untuk kembali ke landasan yang betul.

Kita hanya berdoa agar rakyat tidak turut tersasar dan perjuangan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah tindakan yang tidak tepat.

Mungkin kerana soal seperti inilah, PAS perlu menimbang dan berfikir panjang untuk bersetuju dengan hasrat menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.


PAS jangan jadi parti bangkrap idea seperti PKR, DAP dan Amanah sebaliknya tentukan arah perjuangan yang betul, kalaupun tidak mahu menjadikan UMNO sebagai rakan seperjuangannya.

Monday, May 5, 2014

HADI KETANDUSAN IDEA, ANWAR TEMPOHI MASA DEPAN YANG GELAP...

Tiada yang baru diketengahkan oleh The Malaysian Insider melalui analisisnya bertajuk "Perubahan nasib pemain utama PRU13".

Selain terus mempertikaikan kewibawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, serta memperlekehkan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN), mengejutkan ialah ia memperkecil dan mempersoalkan keupayaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara nasib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan akan menempuh masa depan yang gelap!

Kita tidak hairan sekiranya The Malaysian Insider memperlekehkan pemimpin BN kerana ia memang menyokong pembangkang tetapi dengan mengatakan Hadi sebagai pemimpin ketandusan idea, ia sama sekali mempersoalkan kewibawaan parti PAS dan  haluan tidak terarah yang dibawa oleh Presiden Parti Islam Semalaysia itu.


Kata The Malaysian Insider : "Beliau (Hadi) merupakan presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), dan setakat itu sahajalah kepentingannya.

Pengundi setia PAS mungkin percaya pemimpin mereka berpeluang menjadi perdana menteri, tetapi hakikatnya beliau tidak mempunyai karisma, idea bernas atau ciri-ciri dinamik untuk menjadi lebih daripada seorang pemimpin parti politik. Ada sebabnya kerajaan yang dipimpin Hadi di Terengganu hanya bertahan untuk satu penggal: ia ketandusan idea. 

Empat bulan selepas 5 Mei, PAS kelihatan tidak bermaya dan hanyut sementara ahli progresif partinya sibuk menangkis serangan daripada golongan alim.

Malah, sudahkah PAS menjalankan post-mortem prestasi mereka bagi pilihan raya umum lalu?

Adakah Hadi mempunyai visi ekonomi untuk Malaysia, ataupun semuanya bermula dan berakhir dengan isu hudud?"

Sementara bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, The Malaysian Insider meramalkan masa depan yang gelap alibat  hukuman penjara beliau.

Kata The Malaysian Insider: "Beliau akan meninggalkan arena politik untuk jangka masa lama. Tidak mungkin beliau di dalam penjara untuk empat tahun sahaja.


Mengapa? Jika berkelakuan baik, pemimpin utama PR dan musuh BN itu akan keluar penjara tepat pada masanya untuk menjadi tandingan utama pilihan raya umum seterusnya yang dijadualkan pada 2018.

Jadi hukuman penjaranya sedang dalam rayuan, dan nampaknya tokoh politik Malaysia yang paling terkenal dan tunjang yang menyatukan PR itu akan menerima hukuman yang lebih berat. 12 bulan ini merupakan masa yang sukar buat Anwar.

PR kelihatan seperti kerjasama yang longgar daripada gabungan yang kukuh, ditarik ke pelbagai arah dengan kedegilan PAS dengan agenda hudud. Walaupun sebenarnya, lama sebelum isu hudud muncul juga gabungan itu sudah melihatkan tindakan tidak teratur mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ada pengkritik yang mengatakan ketiadaan Anwar akan mempercepatkan kejatuhan PR, dan mungkin juga melemahkan PKR.

Pandangan inilah yang paling konvensional.

Tetapi yang baiknya, mungkin jika Anwar melepaskan tongkatnya dalam parti tersebut, golongan muda DAP, PKR dan PAS akan terpaksa menjadi lebih matang dan mengambil alih kuasa."

Mengenai Najib, The Malaysian Insider  menegaskan: "Penyokong paling setianya juga perlu mengaku beberapa bulan selepas 5 Mei, perdana menteri berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Selepas memimpin BN dengan keputusan pilihan raya paling buruk dalam sejarah, dengan tekanan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemarahan orang ramai akibat peningkatan kos sara hidup, pintu keluar terbuka bagi Najib, nasib yang sama seperti Tun Abdullah Badawi selepas pilihan raya umum 2008. Pada satu tahap, penilaian prestasinya di bawah 50%, tetapi beliau masih selamat tanpa perlu berbuat apa-apa.


Lebih tepat lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu mencabar Najib.  Jadi, beliau kekal berkuasa, tetapi jarang sekali memainkan peranan seorang perdana menteri.

Beberapa bulan akan datang akan menjadi lebih kritikal, dan tugas utamanya adalah untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup bagi berjuta rakyat Malaysia dan pada masa yang sama menunjukkan kepada pelabur, beliau komited mengurangkan defisit bajet.

Pada masa sama, beliau juga perlu mengawal kebangkitan extrimisme dan chauvinisme."

The Malaysian Insider turut mengupas mengenai pengaruh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan semakin pudar terhadap Umno dan perdana menteri.

"Walaupun masih mencetuskan tajuk utama akhbar, bekas perdana menteri itu kini dapat melihat pengaruhnya pudar.

Benar, Najib akan bertemu dengannya sekali-kala untuk berbincang dan mendengar rungutannya tentang isu BR1M hinggalah ketagihan kerajaan dalam melantik perunding, tetapi Dr Mahathir masih gagal untuk menggoncangkan Najib.

Apatah lagi Muhyiddin atau Zahid, kedua-duanya tidak berminat untuk membantu Dr Mahathir menyerang Najib.


Tanpa sokongan pemimpin utama Umno yang berminat untuk memainkan peranan sebagai pencabar dan kepercayaan atas rancangan 'waris politik'nya, serangan Dr Mahathir terhadap perdana menteri tidak berpengaruh sama seperti memiliki senjata tidak berpeluru: walaupun cantik di luaran, sebenarnya tidak berguna, " demikian kata The Malaysian Insider.

Sebaliknya lain dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein apabila The Malaysian Insider, mengatakan beliau mendapat perhatian penuh dunia semasa insiden MH370 yang mungkin atau mungkin tidak membantunya dalam pilihan raya seterusnya.


"Sedih tetapi benar; jika bukan kerana profil tinggi insiden MH370, beliau hanyalah seorang lagi anggota Kabinet. Tidak dikenali dan tidak berpengaruh. Golongan dalaman beliau (pembantu, perunding dan penyokong) percaya prestasinya sebagai respon kerajaan kepada pesawat MH370 yang hilang meningkatkan populariti beliau dan meletakkannya di hadapan persaingan untuk jawatan timbalan perdana menteri. Tetapi mereka lupa bahawa beliau nyaris tidak menang kedudukan ketiga dalam naib presiden Umno dan ahli-ahlinya tidak akan mengundi berdasarkan kekerapan mereka muncul dalam CNN," tegas The Malaysian Insider.

Tuesday, March 11, 2014

MAJLIS PEGUAM TOLONG BERITAHU ANWAR MEMANG MELAKUKAN LIWAT

Baca dulu kemudian fikir.


Terang lagi bersuluh bahawa ‘liwat’ dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kata Majlis Peguam, “apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa”.

Selain itu Majlis Peguam mendakwa: “Anwar melakukannya atas dasar kerelaan mangsa.”
 

Nak kata apa lagi? Selain Majlis Peguam, Karpal Singh turut mengakui perbuatan terkutuk itu. Karpal Singh cuma mempertikaikan kenapa Saiful tidak lari…

Dengan bukti sebegini, apakah orang Islam, khususnya dalam PAS masih tetap mengatakan ‘liwat’ tidak berlaku?

Banyak pihak menunjukkan simpati kepada Anwar seolah-olah boleh melupakan perbuatan terkutuk itu demi politik, menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta menjayakan hasrat untuk merebut Putrajaya.

Apakah orang sebegini layak untuk menjadi Perdana Menteri? Tun Dr Mahathir Mohamad sampai sekarang istiqamah dengan kenyataannya bahawa ‘orang sebegini tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri’.

Ada bekas pemimpin UMNO mengatakan cara menghukum Anwar akan memberikan kesan kepada politik dan pentadbiran negara yang akan menjadikan Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat.

Persoalannya, apakah sistem perundangan di negara kita ‘teruk sangat’ sehingga menjatuhkan hukuman sesuka hati?

Apakah pemimpin berkenaan merasakan mahkamah di Malaysia berpihak kepada UMNO dan BN, sedangkan banyak kes membabitkan saman oleh pembangkang dimenangi oleh mereka. Apa yang tidak kena dengan bekas pemimpin UMNO ini?

Apakah dia yakin Anwar tidak bersalah?

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, ketika kejadian berumur 23 tahun, di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas mendapati beliau bersalah.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar ikat jamin RM10,000. Hakim Balia memutuskan hakim perbicaraan terkhilaf dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA telah tercemar.

Walau Anwar mungkin melakukan ‘liwat’ secara sukarela (seperti didakwa Majlis Peguam dan Karpal) atau secara paksa seperti diputuskan oleh mahkamah yang didakwa oleh Saiful, liwat sudah dilakukan oleh Anwar.

Saya menyebut ini berdasarkan fakta yang disebut oleh Majlis Peguam dan Karpal. Menurut Karpal, “Saiful tidak lari ke unit kondominium bertentangan dengan tempat untuk menyelamatkan diri.” Karpal menyifatkan Saiful seperti seekor kambing yang menurut sahaja semua arahan daripada Anwar dan merelakan dirinya diliwat."

Ulasan menarik mengenai isu Saiful tidak lari ini bukan baru malah sudah disebut Karpal berkali-kali. Analisis menarik mengenai perkara ini dibuat melalui blog anwaraidc yang saya petik sebahagian daripadanya:

Isu ini diperkatakan oleh AIDC pada 07 Januari 2012 yang memetik dua penulis pro Pakatan Rakyat menyalahkan Karpal Singh kerana menggunakan hujah ‘suka sama suka’ sebagai perisai utama untuk mempertahankan Anwar.

Menurut AIDC:

"...shalehudin.blogspot.com, blog pro PAS keliru kenapakah Karpal akhirnya menumpukan terhadap hujah-hujah yang mengesahkan kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku dengan menekankan aspek elemen suka sama suka. 

“Sebagai seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar di masa hadapan. “Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful. 

Sementara itu, Azman Ariffin dari laman suarapakatanrakyat.com mengakui penggulungan kes liwat II tidak begitu baik. “Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.

“Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka“, katanya. Selain itu, kenyataan Karpal sendiri turut mengukuhkan kejadian liwat itu berlaku apabila tidak mempertikaikan tentang kewujudan bahan pelincir KY Jelly dan mengesahkan keterangan ‘makan karipap’ dan ‘minum kopi’. 

Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya. Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian. 

Hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful. Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah.

AIDCNews 5 Januari (2012) mendedahkan ‘strategi mengunakan hujah suka sama suka’ telah dimulakan Anwar sejak 7 Ogos 2008, ketika kes ini mula-mula disebut di mahkamah seksyen, Jalan Duta Kuala Lumpur. Strategi Anwar itu turut disokong oleh orang kanannya, Azmin Ali.

Ketika Anwar membangkitkan ‘hujah suka sama suka’ itu, Karpal Singh masih belum menjadi peguam Anwar, sebaliknya Ketua Peguam Bela Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Apabila Sulaiman Abdullah meletak jawatan sebagai Ketua Peguam Bela Anwar pada 14 Julai 2009, Karpal Singh dilantik Anwar untuk menjadi Ketua Peguam Belanya yang baru.”

Dengan pendedahan oleh Majlis Peguam dan Karpal sendiri, kita memang sukar untuk menolak bahawa Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu.

Selebihnya terserah kepada Allah yang mengetahui segala-galanya untuk menghukum atau membebaskan Anwar. Yang pasti Saiful sudah mengaku dan memohon keampunan Allah di depan Kaabah.

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, jalan terbaik untuk Anwar bukan ‘menegakkan benang yang basah’ di mahkamah.

Namun Anwar tetap dengan caranya.

Kali ini tanpa berlengah, bukan seperti perbuatannya sebelum ini 'melengah-lengahkan perbiaraan', semalam Anwar dilaporkan membayar wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Ketua pembangkang itu menandatangani dokumen ikat jamin di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Darmafikri Abu Adam.

Anwar, bersama-sama penjaminnya, ketua staf di ibu pejabat PKR Ibrahim Yaacob menemui Darmafikri di biliknya dan urusan itu selesai pada 12.45 tengah hari semalam. Turut hadir abang Anwar, Rosli Ibrahim.

Sementara itu, peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Anwar berkata pihak pembelaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan sebaik menerima alasan penghakiman daripada Mahkamah Rayuan.

Walau apa jua keputusan terhadap rayuannya, Anwar yang sudah terpalit dengan ‘dosa liwat’ ini tidak boleh mengubah kesilapan dan kekhilafannya.


Jika menang pun di mahkamah pada rayuannya, dia sudah dibuktikan oleh Majlis Peguam dan Karpal bahawa memang berlaku liwat antara Anwar dan Saiful.

Soal paksa atau sukarela hanyalah akademik, selebihnya perbuatan terkutuk itu sudah berlaku dan Anwar sewajarnya mengakui dan memohon keampunan secara yang diredhai Allah.

Sewajarnya pemimpin PAS terutamanya Presiden Haji Abdul Hadi Awang tidak mengambil keputusan mahkamah untuk memberikan sokongan kepada Anwar secara berterusan.

Kenyataan Majlis Peguam dan Karpal (kalaupun bukan Islam) sewajarnya dijadikan panduan untuk merenung dan menilai di mana dan siapa Anwar sebenarnya.

Dengan menyatakan kesal dan kecewa dengan keputusan bolehkan dijadikan ‘simpati politik’, namun yang perlu dan sewajarnya dilakukan ialah merujuk kembali kepada Dewan Ulamak PAS serta ‘Tok Guru’ yang ada dalam PAS mengenai tingkah laku Anwar ini.


Jika berterusan menyokong membuta tuli terhadap Anwar yang 'disahkan melakukan liwat' oleh Majlis Peguam dan Karpal, pemimpin PAS tidak akan dihormati.

Kelak PAS akan dilihat sebagai parti yang turut menyokong liberalisme dan perbuatan ‘liwat’ oleh pemimpin parti  sekutunya.

Sudah pasti dengan sikap dan pendirian sedemikian, PAS akan menerima bala kekalahan demi kekalahan kerana bersekutu dengan pihak-pihak yang ‘memboleh dan menghalalkan’ seks bebas serta liwat tanpa batas!

Monday, March 10, 2014

Anwar Fail Notis Rayuan Tanpa Berlengah


Apabila fail rayuan cepat betul. Tidak tunggu atau bertangguh lagi.

Ia dilakukan tanpa berlengah!

Ketika didesak untuk dibicara sebelum ini ada saja alasannya. Sengaja mahu lewat-lewatkan perbincaraan.

Itulah sikap Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnnya.

Pagi ini Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman lima tahun penjara selepas didapati bersalah meliwat pembantunya memfailkan notis rayuannya.

Peguamnya, Ramkarpal Singh memfailkan kertas itu di Mahkamah Rayuan dan memberikan salinannya kepada Mahkamah Persektuan.

Ramkarpal berkata, notis rayuan itu difailkan hari ini tanpa berlengah sebagaimana yang diarahkan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah selepas membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Januari 2012 lalu.
 
Pihak pembela akan memfailkan petisyen rayuan selepas Mahkamah Rayuan menyiapkan sebab-sebab ke atas penghakimannya.

Sementara itu pembantu Anwar, Ibrahim Yacoob membayar wang jaminan RM10,000 bagi membolehkan Anwar bebas sehingga keputusan Mahkamah Persekutuan diperoleh ke atas rayuannya.

Bagaimanapun, kelibat Anwar tidak kelihatan untuk menandatangani jaminan itu walaupun mahkamah mengarahkan beliau memenuhi semua formaliti jam 11 pagi ini.

Beliau dikatakan masih berada di Parlimen.

Saturday, March 8, 2014

ANWAR SUDAH BOLEH LUPAKAN KAJANG & LUPAKAN SEGALA-GALANYA...

"Mahkamah adalah satu entiti bebas. Malah jika diingat, kes ini sudah sepatutnya lama dibicara dan diselesaikan, namun tertangguh disebabkan percubaan Anwar untuk menggugurkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari mengetuai pasukan pendakwaan."
- Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed (UUM)

Kajang, Kajang, Kajang!

Nampak sangat pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim gila kuasa.

Walaupun dia disabitkan kesalahan kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lalu, Anwar dan pemimpin pembangkang meletakkan isu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (PRK) Kajang lebih penting daripada segala-galanya.

Mereka lupa bahawa perbicaraan kali ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya kelmarin dan semalam (6 dan 7 Mac 2014) adalah untuk memberikan keadilan kepada dua insan, Anwar sendiri dan Saiful.

Ia sepatutnya tidak ada kena mengena dengan PRK atau juga sebarang konspirasi membabitkan kerajaan , BN atau UMNO.

Prosiding kelamrin dan semalam semata-mata untuk dua insan mencari keadilan.

Kini Anwar sudah bersalah!

Berikutan itu hasrat Ketua Pembangkang itu untuk menyertai DUN Selangor menerusi PRK Kajang dengan sendirinya 'terhalang'.

Anwar boleh melupakan niatnya mahu menjadi Menteri Besar dan apa sahaja di negeri terkaya di Malaysia itu.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Anwar kini dengan sendirinya tidak layak bertanding pada PRK itu.

Anwar dikenakan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan hari ini setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful, kira-kira enam tahun lepas.


Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim dalam pendengaran rayuan pihak pendakwaan, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000, yang perlu dijelaskan sebelum pukul 11 pagi Isnin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata panel itu sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan terkhilaf dalam penemuannya bahawa sampel DNA digunakan dalam kes berkenaan, telah dicemar.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful (ketika itu berusia 23 tahun), di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pengamal undang-undang Datuk Salehuddin Saidin dalam pandangan peribadinya mengikut undang-undang, berkata Anwar kini tidak boleh menjadi calon di Kajang selaras dengan Perkara 64 (4) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Perkara itu menyatakan seseorang yang disabitkan dengan suatu kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara selama tempoh lebih setahun atau denda melebihi RM2,000 tidak layak bertanding bagi dipilih ke dalam Dewan Undangan Negeri, berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan," katanya malam semalam.

Salehuddin bagaimanapun menjelaskan bahawa Anwar tidak kehilangan kelayakannya sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berdasarkan peruntukan Perkara 48(4) Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana di bawah peruntukan itu, kehilangan kelayakan berkuat kuasa selepas pelupusan rayuan, dan Anwar kini mempunyai 14 hari untuk memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Dekan Kolej Undang-Undang dan Perhubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Muhamed berpendapat keputusan Mahkamah Rayuan itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan sebarang usaha menghalang Anwar daripada bertanding di Kajang.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada masyarakat yang akan mempersoalkan mengapa keputusan itu dibuat hanya empat hari daripada tarikh penamaan calon PRK Kajang pada Selasa ini.

"Mahkamah adalah satu entiti bebas. Malah jika diingat, kes ini sudah sepatutnya lama dibicara dan diselesaikan, namun tertangguh disebabkan percubaan Anwar untuk menggugurkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dari mengetuai pasukan pendakwaan.

"Mana mungkin tarikh mahkamah boleh ditetapkan mengikut tarikh PRK Kajang, memandangkan pilihan raya kecil itu juga diadakan secara tiba-tiba ekoran peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terdahulu," katanya.

Bagaimanapun Ahmad Marthada percaya bahawa kepimpinan pakatan rakyat telah bersedia dengan 'Pelan B' jika Anwar dijatuhkan hukuman dan mempunyai calon lain untuk bertanding di Kajang, dan sudah pasti perkara ini akan diumumkan secepat mungkin.

Bagi penganalisis politik Profesor Dr Oh Ei Sun yang juga Felo Kanan S.Rajaratnam School of International Studies Nanyang Technological University, Singapura, Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang di Kajang.

Namun pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan pakatan rakyat akan cuba memancing undi simpati daripada pengundi dengan 'bermodalkan' perkembangan kes itu.


Sementara itu Karpal Singh, peguam bela Anwar berkata berikutan keputusan Mahkamah Rayuan semalam, Anwar sah sudah tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

"Berikutan sabitan kesalahan beliau hari ini (semalam), Anwar tidak boleh memfailkan kertas pencalonan untuk pilihan raya kecil Kajang pada 11 Mac (Selasa), " katanya kepada pemberita di mahkamah pada Jumaat

Pada 28 Januari lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Anwar sebagai calon pakatan pembangkang untuk pilihan raya kecil Kajang setelah anggota dewan undangan negeri kawasan itu daripada PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi berkenaan sehari sebelumnya.

Karpal Singh berkata mengikut Akta Pertubuhan, Anwar yang merupakan penasihat PKR, juga tidak boleh bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei ini.

Katanya pihak pembelaan akan memfailkan rayuan Isnin ini selepas semua urusan ikat jamin selesai. Beliau berkata mereka mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan notis rayuan.

Sementara itu, ketika menyuarakan pendapat serupa, peguam R. Sivarasa berkata Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Anwar, yang disabitkan kesalahan, bertanding pada pilihan raya kecil itu dan tidak boleh mengemukakan kertas pencalonan Selasa ini.

Selain PKR Kajang, jika Anwar terus disabitkan kesalahan apabila rayuan dibuat dalam tempoh 14 hari, dia boleh melupakan segala-galanya kerana kali ini tiada lagi ‘orang dalam kerajaan seperti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Khairy Jamaluddin’ yang akan bersimpati terhadapnya.

Berikutan itu, dia perlu melupakan segala-galanya, termasuk hasratnya menjadi Perdana Menteri.

Tidakkah keputusan Mahkamah Rayuan hari ini dan 14 hari dari sekarang akan melenyapkan terus nama Anwar daripada politik dan pentadbiran Malaysia?

Friday, March 7, 2014

PROSIDING ‘KEADILAN KEPADA SAIFUL’, KENAPA KECOH, KAITKAN BARISAN NASIONAL?

"Keterangan beliau (Anwar) dari kandang tertuduh hanya penafian semata-mata selepas memberi notis alibi...tiada secebispun pembelaan alibi dikemuka kepada mahkamah dan Anwar menggugurkan terus pembelaan itu ketika disoal berhubung klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kondominium terbabit."
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Kalau tak kecoh tak sah.

Itulah gelagat penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka menimbulkan kekecohan dengan menunjukkan rasa tidak puas hati selepas dilarang pihak polis daripada berkumpul di kawasan luar pintu masuk Istana Kehakiman di Putrajaya semalam (6 Mac 2014).

Mereka berkumpul sejak awal pagi semalam bagi menyatakan sokongan kepada Anwar yang prosiding rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bermula semalam.

Seorang penyokong lelaki berpakaian baju -T kuning, berjaket hitam berlambangkan perkataan 'Bersih' berusia lewat 50-an dilihat berunding dengan pihak polis dan melemparkan pelbagai perkataan provokasi untuk menimbulkan suasana tegang.

Kumpulan lebih 200 penyokong Anwar daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Indian Voice, Jingga 13, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita (Wirda) serta Parti Sosialis Malaysia kemudian bersurai.

Apa tujuannya mereka membuat provoksi? Bukankah kerana bimbang Anwar disabitkan kesalahan dan akan di jel?

Apakah dengan berkumpul sedemikian mereka merasakan boleh mempengaruhi keputusan mahkamah? 

Sebenarnya mereka ini bimbang dengan kedudukan terkini Anwar.

Seperti disebutkan Ahli Parlimen Bayan Baru Sin Tze Tzin, Anwar berkemungkinan besar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekiranya rayuan pendakwaraya terhadap keputusan kes Liwat II berjaya.

Mahkamah Rayuan sedang mendengar kes ini semalam dan hari ini amat penting untuk karier politik Anwar dan penyokongnya.


Walaupun prosiding ini untuk ‘Keadilan Kepada Saiful’, penyokong Anwar melihat prosiding saat akhir ini “sebagai langkah politik kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menamatkan hayat politik Anwar’.

Kata Sin: “Sebaik Mahkamah Rayuan habis membuat pendengaran pada hari Jumaat, penghakiman akan diberikan pada petang Isnin, betul-betul selepas sesi Parlimen di waktu pagi...Sekiranya Anwar disabit, tidak akan ada masa bagi peguam beliau untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Persekutuan kerana ia selepas waktu pejabat, dan beliau (Anwar) akan ditahan di jel," kata Sim dalam sidang media semalam.

Bagi mereka, segala-galanya membabitkan Abwar lebih penting kepada suatu keadilan kepada 'seorang insan yang mendakwa dia diliwat' oleh Anwar sehingga sanggup bersumpah al-Quran.

Laporan Bernama menyebut, Anwar perlu didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana bukti yang dikemukakan di mahkamah amat kukuh, Mahkamah Rayuan diberitahu semalam..

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata oleh itu, mahkamah seharusnya membenarkan rayuan pihaknya berhubung pembebasan Anwar.


Beliau berkata ketika diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Anwar memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah daripada kandang tertuduh, yang menyaksikan dia tidak boleh disoal balas. Selain itu, Anwar tidak berani memberi keterangan dari kandang saksi sebaliknya memilih untuk 'bersembunyi' di dalam kandang tertuduh dan menyerang kerajaan, hakim serta timbalan pendakwa raya.

"Keterangan beliau dari kandang tertuduh hanya penafian semata-mata selepas memberi notis alibi," katanya sambil menambah hakim yang mendengar perbicaraan kes itu tidak mengambil kira keterangan Anwar dari kandang tertuduh.

Beliau berkata bagaimanapun, tiada secebispun pembelaan alibi dikemuka kepada mahkamah dan Anwar menggugurkan terus pembelaan itu ketika disoal berhubung klip video dari kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kondominium terbabit.

Muhammad Shafee berkata rakaman CCTV itu menunjukkan ketibaan serta kepulangan Mohd Saiful dan Anwar.

Katanya, Anwar menafikan melakukan perbuatan itu namun tidak menafikan bahawa dia berada di tempat kejadian.

Muhammad Shafee berkata demikian ketika berhujah di depan Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Menyentuh isu lain, beliau berkata hakim mahkamah tinggi terkhilaf apabila memutuskan bahawa 11 item yang dibungkus berasingan dan mengandungi sampel DNA telah dicemari.

Muhammad Shafee juga berkata tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa sampel itu 'diusik' kerana bungkusan itu masih bertutup meskipun diletak dalam sampul oleh pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Jude Pereira... Kredibiliti pakar asing pembelaan boleh dipertikai kerana memberi keterangan berdasarkan buku teks serta manual sedangkan pakar tempatan menganalisis sampel DNA daripada Mohd Saiful. 

Sementara itu, peguam Karpal Singh membantah hujah Muhammad Shafee berkaitan keputusan Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh.

"Ini merupakan hak substantif tertuduh, Anwar memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh dan pendakwaan tidak seharusnya dibenar membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu bagi meracuni pendapat mahkamah," katanya.

Beliau juga berkata mahkamah tidak sepatutnya mengganggu keputusan hakim perbicaraan berhubung keterangan pakar.

Peguam Ram Karpal Singh pula berhujah mahkamah harus menolak rayuan itu kerana pakar telahpun memberi keterangan bahawa sampel terbabit sudah tercemar.

Perbicaraan kes bersambung hari ini.

Kita hairan bagaimana kes dua manusia ini boleh dikaitkan dengan BN, politik dan sebagainya sedangkan segala-galanya untuk ‘Keadilan Kepada Saiful’.

Kenapa pembangkang dan penyokong Anwar mengaitkan isu peribadi ini dengan soal-soal lain?

Apakah kerana Anwar bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri dan penyokong terpaksa membuat onar dan menuduh kejadian dan kes ini sebagai 'isu politik'?

Bukahkah lebih baik biar mahkamah tentukan sama ada Saiful wajar mendapat keadilan atau sebaliknya.

Seperti hujah Karpal. 'kenapa Saiful tidak menolak daripada di liwat oleh Anwar'.

Biarkan mahkamah membuat keputusan dan sekiranya Anwar menang, maka tidak perlulah dia dijel.

Namun jika didapati bersalah, terpulanglah kepada mahkamah untuk menghukum beliau. Jadi tidak perlu menuduh bahawa ia langkah kerajaan BN, blah…blah!

Tunggu hinga Isnin dan kalau Anwar kalah, jika tidak dapat bertanding di Kajang itu nasib tidak menyebelahinya.

Selama ini beliau sudah ‘enjoy’ dengan masa dan kritik-kritiknya terhadap kerajaan apabila mahkamah sebelum ini membebaskannya.

Kini jika didapati bersalah, tanggunglah pula kesannya.

Ini lumrah dunia dan mahkamah adalah tempat di mana kita ditentukan di dunia, belum lagi AKHIRAT dimana MAHKAMAH ALLAH akan juga menentukan ANWAR di mana.

Apakah penyokong Anwar juga boleh berhimpun di hadapan MAHKAMAH ALLAH  dengan memakai baju kuning dan membawa sepanduk?