Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

JAWATAN PM - PAS, HADI 'NGENDENG', MEMANG MUKA TIDAK TAHU MALU…

Orang yang Hadi 'muliakan' pun TIDAK SETUJU  beliau untuk jadi Perdana Menteri. Menanam saham pada 1999 yang tidak membawa pulangan apa-apa...Itupun masih berharap dan 'ngendeng'.
 No way! Itu kata DAP sebagai peringatan kepada PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai jawatan Perdana Menteri.

Yang jelas PAS dan DAP akan bergaduh siang malam mengenai jawatan Perdana Menteri sementara PKR bertepuk tangan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan selamat.

Itupun kalau pakatan pembangkang menang. Kalau tidak menang, pergaduhan itu akan ‘melukakan lagi’ pembangkang dan Hadi kini akan terus ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’!

Idea supaya Hadi layak menjadi Perdana Menteri dibangkitkan oleh perwakilan Dewan Ulama pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Kota Bharu dan sekali lagi disahkan oleh Dewan Ulama selain mendapat sokongan Dewan Muslimat pada muktamar itu.

Terang lagi bersuluh apabila DAP pada Jumaat (16 November 2012) dan semalam (19 November 2012) mengulangi pendirian pihaknya bahawa calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat kelak adalah seperti yang telah disepakati oleh pakatan rakyat sebelum ini iaitu Anwar.

PAS dan Hadi bagaikan muka tidak malu kerana 'ngendeng' walapun disebut oleh DAP dan PKR bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri tetapi terus ‘merenget’ mengenainya.

Semalam Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih Anwar sebagai Perdana Menteri dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini.

Amat jelas kenyataan Guan Eng ini memberi peringatan kepada PAS jangan syok sendiri!

"DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon. Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang.

Apa yang penting, keputusan antara pemimpin yang sepakat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri apabila PR berjaya menawan Putrajaya dan tiada perubahan," kata Guan Eng kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau menyatakannya mengulas perkembangan semasa yang tercetus pada muktamar dan Himpunan Kebangkitan Rakyat Jumaat lalu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu, pembangkang telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.

Malah, Guan Eng turut menafikan DAP mempunyai kesepakatan dalam isu hudud yang dibawa Pas. Sebaliknya katanya, DAP tetap akan bersama pembangkang memenangi Putrajaya dan memperjuangkan isu membanteras rasuah, memberi kesamarataan serta wujudkan dasar yang adil.

“Memang perbezaan pendapat wujud antara DAP dan Pas tapi kita perjuangkan agenda yang ada dalam Buku Jingga. Kita hormat Pas seperti Pas hormat DAP. Kita berganding bahu dalam isu-isu bersama iaitu lawan rasuah dan mahu selamatkan Malaysia dimiliki rakyat bukan kroni," katanya.

Amat jelas, jauh panggang dari bara (api) dalam konteks Hudud antara DAP dan PAS dan ini memperkukuhkan lagi keyakinan bahawa DAP tidak akan benarkan Hadi atau sesiapa sahaja daripada PAS untuk jadi Perdana Menteri.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu, malam Jumaat lalu (16 November 2012) menegaskan pakatan pembangkang pada hari tersebut sepakat mengumumkan untuk melantik Ketua Umum PKR itu sebagai Perdana Menteri sekiranya perikatan itu berjaya menawan Putrajaya pada PRU13.

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," katanya secara terbuka.

Selain itu bancian 'online' kendalian Sinar Harian Online menunjukkan Anwar menjadi pilihan ramai.

Seramai 54 peratus daripada 1,139 pengunjung yang menyertai bancian 'online' mengatakan bahawa Anwar, layak menjadi Perdana Menteri.

Ia disusuli dengan 34 peratus yang memihak kepada Hadi dan 12 peratus pula memilih Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berdasarkan perkembangan berkenaan, kedua-dua Anwar dan Hadi membuat kenyataan media bahawa Pas dan PKR sedia mengadakan perbincangan mengenai isu tersebut

 "Memang betullah. Boleh bincanglah," kata Hadi pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas berkenaan.

Walau sejauh mana perbincangan, PAS tidak akan ke mana-mana kerana DAP tidak akan mengubah pendiriannya. Selain itu apakah Anwar yang berjuang mati-matian untuk menjadi Perdana Menteri dengan mudah menyerahkan kepada Hadi?

Jawapannya PAS dan Hadi membuang masa berjuang melalui PKR kerana yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Anwar.

Dan Anwar jika ditakdirkan menjadi Perdana Menteri akan pasti memberikan ruang dan perhatian lebih besar kepada DAP kerana ia sekutu lebih ‘bermakna’ daripada PAS yang akan menjadi saingan berterusan kepada PKR dalam pakatan pembangkang yang rapuh.

Friday, February 17, 2012

BAHAYA JIKA ANWAR JADI PERDANA MENTERI…



Selalunya, sesebuah negara sebelum membuat pengiktirafan terhadap sesebuah negara akan melakukan kajian dan perlu mendapat kelulusan Kabinet atau jemaah menteri terlebih dahulu.

Kita mengiktiraf negara baru memerlukan sedikit masa melakukannya walaupun kita berjuang habis-habisan menyokong perjuangan rakyat negara berkenaan.

Lihat sahaja bagaimana kita sebelum ini begitu teliti untuk mengiktiraf Bosnia-Herzegovina, Afrika Selatan, Namibia dan banyak lagi, termasuklah Timor-Timur.

Namun, pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pakatan yang belum memerintah pun sudah boleh mengiktiraf negara Israel dan ‘menghalalkan’ perjuangan mereka menegakkan sebuah negara.

Anwar tidak mempedulikan fakta bahawa di dalam pakatannya ada sebuah parti yang mendakwa ‘Islam’, sewenang-wenangnya membuat keputusan sendiri tanpa meminta PENDAPAT pemimpin sekutu atau komponennya.’

Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel.”

Kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak tetapi Anwar menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang Pas dan majoriti umat Islam.

Hubungan Anwar dengan Isreal begitu rapat sejak awal kerana menurutnya slogan 1Malaysia berkait rapat dengan slogan pakaran Israel melalui ‘One Israel’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Ehud Barak untuk pilihan raya negara itu pada 1999.

Anwar membuat keputusan sendiri. Walaupun banyak pihak mengatakan sandiwara tetapi kenyataan bercanggah Presiden PAS dan Musyridul Am PAS menggambarkan betapa BAHAYA jika Anwar menjadi Perdana Menteri.

Pertama, beliau membuat keputusan ikut kepentingan dan seleranya sendiri;

Kedua, beliau tidak merujuk atau berbincang terlebih dahulu dan ini bertentangan dengan amalan syura oleh PAS;


Ketiga, Apabila mementingkan kepentingan diri dan mejaga kepentingan kumpulan pelobi Yahudi, Anwar akan memerangkapkan dirinya serta parti yang bergabung dengannya untuk menerima apa sahaja keputusannya; dan

Keempat, Anwar bukan jenis pandai MEMINTA MAAF atau MENGAKUI KESILAPAN dan ini bahaya kepada umat Islam kerana seseorang yang berani membuat kesalahan mestilah mempunyai jiwa besar untuk minta maaf.

Dan semakin mendapat pujian daripada luar negara, khususnya sekutu Amerika Syarikat yang kuat – Israel - Anwar tidak akan mempedulikan kepentingan dan perasaan rakyat di negara ini.

Pastinya Anwar makin naik tocang apabila akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Anwar
terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

"Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel ketika ditanya sama ada Anwar bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.

Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam entri terbarunya bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post.

Ini bukan kali pertama 'lidah' Israel itu memuji Anwar kerana pada 20 Mac 2008, akhbar sama menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?'

Mengenai hubungan Anwar dan Israel ini, Anwar yang pernah menjadi Pengerusi Foundation For The Future, memang mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak-pihak tertentu di luar negara, khususnya yang bersimpati dengan Israel.

Baca apa kata Dr Chandra Muzafar mengenai peranan Anwar: “ Kita semua boleh bertanya apa sebabnya seorang rakyat Asia Tenggara dilantik memimpin sebuah yayasan yang ditubuhkan kononnya untuk menyebarkan idea-idea tentang demokrasi di dunia Arab. Yayasan ini diilhamkan oleh Lyn Chenney, anak bekas Naib Presiden AS, Dick Chenney yang juga terlibat secara langsung dalam Perang Iraq. Lyn Chenney juga masyhur sebagai seorang lesbian. Badan ini dilancarkan pada 2005 oleh bekas Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice.

Ini menunjukkan pertubuhan ini sangat rapat dengan AS dan golongan tertentu yang rapat dengan Zionisme dan penguasaan dunia. Anwar menjadi pengerusi selama tiga tahun dan meletakkan jawatan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Yayasan ini jelas matlamatnya dalam memperkukuhkan hegemoni dan penguasaan AS dan Israel di rantau Asia Barat tetapi bertopengkan demokrasi seperti beberapa NGO lain antaranya National Endownment for Democracy dan Open Society yang diasaskan oleh George Soros.


Ini pastinya menimbulkan tandatanya kenapa Anwar dipili
h sebagai pengerusi yayasan ini selain menunjukkan mereka begitu yakin terhadap beliau. Selepas Anwar menyertai demonstrasi mengenai flotila Palestin pada 2010, beliau mengecam Israel tentang hal ini namun kemudian bergegas berkunjung ke AS untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Anwar telah ditemuramah oleh CNN dan sebagainya untuk memulihkan imejnya. Dua pemimpin AS menulis rencana dalam Wall Street Journal yang kita ketahui dikuasai oleh Rupert Murdoch seorang Yahudi Zionis yang menguasai media. Al Gore yang juga bekas Naib Presiden AS dan Paul Wolfowitz menulis rencana yang membela Anwar yang mereka sifatkan bahawa beliau seorang yang baik, kawan rapat dan sebagainya.


Ini juga menimbulkan tanda tanya kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh membela Anwar.
Malah kita boleh lihat sejak sekian lama, setiap kali Anwar berhadapan dengan krisis, cara mereka membela Anwar dan tekanan yang dilakukan mereka begitu bersungguh-sungguh.

Ini menimbulkan persoalan kenapa mereka begitu sayang pada Anwar. Sudah tentu jika mereka bersungguh-sungguh membela Anwar pasti ada sesuatu yang mereka harapkan daripada beliau."

Dalam konteks homoseksual pula, Anwar sudah diketahui umum menyokong pergerakan itu dengan mengatakan ia sebagai hak asasi manusia.

Apakah pendirian itu dipersetujui oleh rakan sekutunya PAS, seperti juga mengiktiraf negara Isreal itu?


Saturday, October 29, 2011

MTUC TIDAK WAJAR BERI AMARAN, UGUT PERDANA MENTERI

Ternyata kini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bermain politik apabila mula mengugut kerajaan dengan mengatakan ia akan ‘menjadi penentu dalam arah aliran sokongan ketika pilihan raya umum ke 13 nanti’.

Adalah tidak wajar kenyataan itu dibuat pada ketika MTUC dan kerajaan masih boleh berunding mengenai pindaan Akta Kerja 1955 yang menjadi kontroversi sekarang.

MTUC mahu pindaan itu ditarik balik kerana ia membabitkan 5.7 juta pekerja.

Adalah perbuatan yang ‘kurang ajar’ tindakan MTUC itu lebih-lebih lagi ketika masih ada ruang untuk berunding.

Tindakan memberi amaran keras kepada Perdana Menteri semalam menggambarkan betapa MTUC kini bermain politik dan memang berpihak kepada pembangkang dan isyarat yang diberikan itu bagaikan meniup gendang perang pada ketika jalan penyelesaian masih terbuka luas.

MTUC boleh menegaskan kekecewaan mereka dengan tindakan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia yang bertegas dengan pendirian membawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat awal bulan ini.

Walaupun sudah diluluskan di Dewan Rakyat minggu pertama bulan ini tetapi sementara menunggu giliran perbahasan Dewan Negara, banyak perkara boleh dibincangkan.

Sebaliknya Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor pada sidang media di Subang Jaya semalam member amaran keras kepada Perdana Menteri sambil membuat ugutan.

Tegas Abdul Halim : “Kami minta perdana menteri mendengar permintaan kami, suara kami bagi pihak 5.7 juta pengundi (pekerja). Ada 5.7 juta pekerja yang berdaftar.Ini isyarat kami kepada beliau.”

Apa erti pelawaan atau ajakan jika membuat ugutan?

Abdul Halim mendakwa badan induk kesatuan sekerja yang dianggotai 390 gabungan mewakili 802,323 ahli telah merancang untuk mengadakan piket peringkat nasional pada 3 November ini.

MTUC mengesahkan bahawa piket itu, yang kedua selepas tindakan di kawasan bangunan Parlimen pada 3 Oktober lalu, akan diadakan 20 lokasi di seluruh negara.

MTUC mendakwa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 6 Oktober lalu akan memberi laluan mudah kepara pelabur dan majikan mengambil rakyat Malaysia sebagai pekerja yang dikenali sebagai "Kontraktor Untuk Buruh' berbanding tenaga kerja kekal (untuk memahami isu Kontraktor Untuk Buruh ini sila baca di sini).

Kesatuan itu dikatakan sudah menghantar surat kepada Najib dan timbalannya minggu lepas berhubung permohonan mereka mendesak pertimbangan semula pindaan berkenaan Akta Kerja, namun sehingga kini belum mendapat respons.

“Sekiranya masih lagi tiada jawapan, kemungkinan besar kami akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu ini,” sambil berkata MTUC lebih rela menyelesaikan kemelut ini secara domestik berbanding melibatkan pihak luar.

Namun begitu, sekiranya ia menemui jalan buntu, pihaknya akan membawa isu ini ke Persidangan Serantau Pertubuhan Tenaga Buruh Antarabangsa di Kyoto, Jepun pada 4 Disember ini.

Difahamkan, sebanyak 107 pertubuhan bukan kerajaan dalam dan luar negara menyokong pendirian MTUC, memprotes pindaan Akta Kerja 1955, yang membolehkan kontraktor tenaga kerja dianggap sebagai majikan yang sahih.

Wednesday, December 9, 2009

SETIAUSAHA POLITIK NAJIB PULA DITUDUH RASUAH

Najib tidak akan sunyi daripada kontroversi.

Bukan diakibatkan oleh dirinya tetapi orang yang rapat dengannya.
Apakah ada pelan tersusun atau terancang unrtuk menggugat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak?

Semakin hampir kepada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes sodominya terhadap Mohd Saiful, Najib dilihat terkena tempias hebat.

Jika sebelum ini wanita pertama, Datin Seri Rosmah Mansor diserang hebat dan akan ‘dilondehkan’ apabila tiba perbicaraan terhadap pelajar universiti Malaya yang didakwa cuba ‘memalukan’ Rosmah, kini Setiuasaha Politik Najib pula jadi sasaran.

Sebagai orang penting kepada Najib, Setiausaha Politiknya, Datuk Shafie Abdullah kini menjadi sasaran serangan.

Apakah strategi mengenakan orang yang rapat dengan Najib akan menyebabkan Najib merasai tempiasnya?

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berpendapat Perdana Menteri wajar menggantung tugas Shafie sepanjang waktu siasatan dijalankan jawatankuasa Khas ditubuh parlimen.

Ketuanya Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan memberitahu, selain bagi melancarkan proses siasatan, tindakan tersebut juga dilihat terbaik dan pernah ditunjukkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semasa Pegawai Khas beliau Yahya Sahri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Parlimen semalam memutuskan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan Ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa beliau telah "dihalang" oleh Shafie di dewan itu semalam.

DPPWP juga menyokong penuh cadangan Wee supaya Shafie yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kepentingan beliau dalam syarikat Evergreen Sdn Bhd, Bukit Kiara Development Sdn Bhd dan Maju Bangun Sdn Bhd, dimana ke semua syarikat ini terlibat dalam beberapa tender projek kerajaan.

Shafie yang juga Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju turut didakwa mengunakan pengaruh beliau bagi mendapatkan 30 lot peribadi bagi tapak pasar malam Up Town Danau Kota dan kelulusan Development Order untuk membina shopping complex diatas sebidang tanah yang digazetkan dalam Deraf Plan KL 2020 untuk Masjid Desa Sri Hartamas.

Beliau juga didakwa mengunakan pengaruh beliau untuk memaksa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melantik 29 nama yang beliau cadangkan sebagai Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota.

Wee turut mendedahkan bahawa Shafie juga bertanggungjawab terhadap tindakan menghalang pengurusan DBKL dari menguatkuasakan undang-undang di beberapa tempat seperti Up Town di Danau Kota dan juga Restoran Rashatini milik kroni beliau yang dibina atas tanah rizab DBKL di Seksyen 2 Wangsa Maju.

"DPPWP berharap agar Parlimen bukan sahaja menyiasat tentang tindakan Shafie menghalang YB Wee membuat pendedahan kegiatan beliau kepada Parlimen.

"DPPWP dan rakyat Wilayah Persekutuan mahu beliau disiasat sepenuhnya, dan setiap dakwaan YB Wee di ambil tindakan oleh Parlimen dan SPRM," katanya.

Untuk lebih jelas, ikuti TEKS UCAPAN YB TUAN WEE CHOO KEONG, AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU, PADA 7HB DECEMBER 2009 DALAM PERBAHASAN PERINGKAT JAWATANKUASA BAJET 2010:

“Pada 5hb November 2009 semasa perbahasan Baget 2010 peringkat dasar saya telah membangkitkan beberapa perkara untuk perhatian YB Senator Menteri dan penjelasan. Tetapi YB Menteri tidak memberi apa-apa jawapan kepada soalan-soalan yang penting. Iaitu isu bercampur tangan setiausaha politik PM, Datuk Shafie Abdullah a.k.a “Mr Political Toll” dalam pentadbiran DBKL dari gerai haram ke Development Order dan projek-projek tertentu di bawah kawalan DBKL. Perkara campurtangan Datuk Shafie telah jadi satu rasiah terbuka di DBKL. Saya berharap Datuk Bandar mengambil perhatian terhadap kegiatan Mr Political Toll ini di dalam DBKL pentadbiran and pengurusan DBKL. Semua kakitangan tangan DBKL telah tahu dengan teliti perkara ini kecuali PM kerana beliau terlampau sibut dengan pentadbiran Negara. Keadaan ini adalah di sifatkan sebagai “harap pagar pagar makan padi”. Saya akan memberi lebih banyak bukti mengenai dengan kegiatan “Mr Poltical Toll” ini.

Datuk Pengurusi,

Kenapa YB Senator Menteri buat tidak tahu langsung dan tidak mahu memberi apa-apa penjelasan tentang cmapurtangan setiausaha politik PM dalam pentadbiran DBKL. Restoran Ras Hastini (bukan gerai kerana perluasannya lebih daripada 10 kaki 30 kaki) yang melangar semua undang-undang yang sedia ada dan ia meletakan diatas tanah kerjaan. Sebelum ini di tapak yang sama telah ada gerai (bukan rstoran) dan DBKL merobohkan gerai tersebut kerana ia melangar undang-undang DBKL dan mengunakan tanah rezab kerajaan. Sekrang DBKL tidak berani merobohkan Restoran ini walaupun ia menjejaskan keselamatan awam keranan gerai ini pun digunakan semua kaki lima. YB Senator Menteri pun takut menyetuh perkara yang terlibat Mr Poltical Toll. Ini kah bernaksud “1Malaysia” dan “Rakyat Didahulukan”? Silar menukarkan slogan ini kepada “UMNOputras Didahulukan”!

Saya tahu bahawa YB Senator Menteri pun tahu Restoran Rashatini ini dimiliki oleh Pengurusi Persatuan Penjaja Melayu WP yang bernama En Rashid, sahabat karib Mr Poltical Toll. Saya juga dimaklumkan bahawa kerusi dan meja di Restoran Ras Hastini ada cop miliki DBKL. Bagaimanakah kerusi dan meja miliki DBKL boleh digunakan oleh Restoran tersebut? Samada Restoran Ras Hatini ini adalah satu bahagian dalam DBKL ataupun pegawai DBKL ada kepentignan dalam Restoran tersebut?

Saya berharap MACC menyiasat samada En Rashid ini telah memebri rasuah keapada pegawai DBKL untuk mendapat dengan percuma meja dan kerusi miliki DBKL untuk Restoran nya ataupun pegawai DBKL atau Mr Political Toll ada kepentingan dalam ekuiti nya?.

Datuk Pengurusi,
TUGAS-tugas setiausaha politik adalah untuk membantu Menteri, membantu Perdana Menteri, menjaga kepentingan politik kerana kita percaya mereka sibuk degan tugas masing-masing,sebab itulah diwujudkan jawatan itu.

Oleh itu mereka ini tidak patut campurtangan dalam sebarang urusan pentadbiran apatah lagi menyalahgunakan kuasa dan kedudukan sebagai setaiuasa politik dengan mengaut keuntungan peribadi, mengganggu pentadbiran kerajaan dan agensi termasuk DBKL dan apakah mengaut keuntungan ini untuk dia sendiri atau untuk Perdana Menteri ataupun Menteri?

Seperti kacau ganggu ataupun campur tangan setiauasaha politik Perdana Menteri, Mr Political Toll, Datuk Shafie Abdullah, dalam pentadbiran DBKL, halang pengurusan DBKL untuk ambil tindakan dan menguatkuasakan undang-undang di beberapa tempat seperti yang saya sebutkan sebelum ini iaiatu Up Town di Danau Kota dan juga Restoran Rashatini di Seksyen 2 Wangsa Maju.

Datuk Pengurusi,
Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota, Wangsa Maju.
Datuk Shafie ini bukanya campurtangan dalam DBKL sahaja. Dia bercampurtangan dalam perlantikan ahli-ahli jawatankuasa dalam Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota, Wangsa Maju.

Mr Political Toll memberi senarai 29 ahli-ahli untuk menjadi jawatankuasa surau tersebut dan ia diterima dengan penuh oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Saya tidak percaya bahawa PM berminat dalam urusan demikian.

Penduduk-penduduk di rumah pangsa Danau Kota amat marah tetang campurtangan Mr Political Toll ini tetapi anduan mereka tidak ditimbang oleh Jabatan Agama Islam WP?

Datuk Pengurusi,
Saya masih nak bertanya dalam Dewan Yang Mulia ini, apakah keistimewaan yang dimiliki oleh Mr Political Toll sehingga semua orang termasuk Jabatan Agama Islam WP, Datuk Bandar dan Menteri Wilayah Persekutuan, tidak berani membantah apa sahaja arahan dari Mr Political Toll? Mr Political Toll telah menggunakan kedudukannya sebagai setiauasaha politik Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dengan sewenang-wenangnya.

Saya tidak mahu sama sekali nama Perdana Menteri di jaja semau-maunya dan ini boleh memburukkan lagi reputasi dan keperibadi Perdana Menteri dan kita mahu Perdana Menteri mengambil tindakan serius terhadap setiausaha politiknya, Dato Safie Abdullah (Mr Political Toll) bukan sahaja mengarahkan supaya dia tidak memcampurtangan tetapi memecatnya sebagai setiuasaha poltik kerana ternyata beliau telah banyak menyalahgunakan kuasanya.

Saya sekali lagi nak bertanya dalam Dewan Yang Mulia ini, adakah Mr Political Toll ini sebenarnya de facto Datuk Bandar dan kalau benar, usaha Perdana Menteri untuk melanjutkan gagasan beliau iaitu “Rakyat Didahulukan” hanyalah sekadar omongan kosong, penyedap bibir dan nak mengkelabukan mata rakyat semata-matanya.

Mengapa YB Senator Menteri WP dan Perdana Menteri berdiam diri? Apakah YB Senator Menteri WP juga ada kepentingan? Apakah wujud kepentingan peribadi ataupun tindakan2 dan kacauganggu dibuat itu adalah atas arahan dan pengetahuan YB Senator Menteri Wilayah dan Perdana Menteri?

Minggu lepas ada satu tangkapan dibuat oleh MACC ke atas seorang setiausaha poltik kepada Menteri kewangan, pada saya ini kes ikan bilis sahaja kerana ada lagi kes2 lebih besar melibatkan setiuasaha poltiik Perdana Menteri, Dato Shafie Abdullah. Yang gagal disiasat secara telus demi kepentingan awam, saya percaya sindrom Tingkat Empat melibatkan ramai lagi.

Saya nak tanya apa kepentingan Mr Political Toll dalam syarikat Evergreen Sdn Bhd melalui pembekalan alatan kepada pusat-pusat Latihan Khidmat Negara semasa Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan? Saya tahu bahwa dia adalah sahabat karib En John Tee, MD Evergreen Sdn Bhd? Apa kepentingan dia dalam Bukit Kiara Development Sdn Bhd melalui nama isterinya sebagai Lembaga Pengarah, dan apa kaitan dia dengan Maju Bangun Sdn Bhd syarikat yang mendapat kontrak melalui Khazanah Holding? Apa pula kepentingan yang dia perolehi dengan mendapat 30 lot tapak pasar malam Up Town Danau Kota sedangkan 500 penduduk-penduduk telah menandatangani satu petisyen untuk meminta Datuk Bandar memindah pasar malan tersebut ke kawasan yang jauh dari kawasan kediaman? Takkan Perdana Menteri pun ada kepentingan dalam soal ini. Samada Mr Political Toll terlibat dalam kelulusan Development Order untuk membina shopping complex diatas sebidang tanah yang digazetkan dalam Deraf Plan KL 2020 untuk Masjid Desa Sri Hartamas?

Datuk Pengurusi,
Perkara-perkara tersebut adalah yang diketahui, saya percaya ada banyak lagi projek-projek di bawah kawalan DBKL dan Jabatan-jabatan yang lain yang ada hubungkait dengan Datuk Shafie, Mr Political Toll. Saya berharap Mr Political Toll “lay off your unseen hand in DBKL” dengan izin dan jagalah toll ke Pejabat PM dan Kemenetrian Kewangan dengan baik untuk kepentigan anda!
Apakah MACC tidak berani bertindak kerana beliau adalah Setiausaha Poltiik Perdana Menteri? Ataupun MACC tunduk kepada arahan-arahan daripada pihak yang berkuasa atau “the power that be”?

Saya dimaklumkan bahawa Mr Political Toll ini “is also living in style beyond his means” dengan izin dan kedudukannya lebih kurang bersama atau mungkin lebih hebat daripada setiausaha politik Timbalan Menteri Kewangan, YB Tasek Gelugor.

Datuk Pengurusi,
Pada 13 hb Ogos 2008, En Ahmad Zaidi Ramlan telah membuat satu laporan rasuah terhadap Datuk Shafie Abdullah kepada MACC / SPRM tetapi tiada tindakan diambil terhadap Datuk Shafie. Ini membuktikan dengan jelas kenapa YB Senator Menteri, Datuk Bandar KL, agensi kerajaan, DBKL dan lain-lain amat dengan takut Datuk Shafie kerana dia adalah kebal dari tidnakan.

Walaubagaimanapun, saya berharap MACC yang tidak lama lagi diketuai oleh Yg Bhg Datuk Abu Kassim akan memain peranan yang bebas dan menyiasat perkara-perkara yang yang telah dibangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini terhadap Mr Political Toll. Dan saya juga berharap PM akan mengambil tindakan yang serius terhadap setiausaha politik beliau yang memcemarkan nama baik beliau.”




Thursday, April 16, 2009

ADA TANGAN GHAIB DALAM KRISIS TERENGGANU?

Kuala Lumpur dan Putrajaya kini khabar angin bertiup kencang kononnya ada pemimpin tertingi UMNO Pusat ‘terbabit’ dengan usaha menjatuhkan Ahmad Said.

Beberapa sms, panggilan dan e-mail yang saya terima mengatakan ada sedikit perbezaan pendekatan antara Perdana Menteri dan orang ini dalam menangani krisis di Terengganu.

Pemimpin berkenaan dikatakan merestui kumpulan 10 untuk menjalankan apa juga strategi untuk menjamin Terengganu mendapat pemimpin baru.

Malah pemimpin berkenaan dikatakan kurang senang dengan Ahmad Said yang dilihat kurang menyokongnya ketika pemilihan parti baru-baru ini.

Hari ini, dua pemimpin Terengganu - pagi dan tengah hari ini – dilaporkan menemui Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di negeri itu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said tiba di pejabat Perdana Menteri pada pukul 12 tengah hari ini dipercayai akan mengadakan pertemuan dengan
Terdahulu pada pukul 10 pagi ini, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dilihat berada di lobi pejabat Perdana Menteri.

Tidak diketahui sama ada beliau dipanggil atau memang mahu menemui Perdana Menteri bagi tujuan sama.

Kelmarin, 10 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan yang mengancam nyawa mereka.

Bagaimanapun mereka kembali menghadiri sidang DUN semalam.

Bagi Ahmad Said, inilah kali pertama beliau menemui Perdana Menteri mengenai kemelut berkenaan, sedangkan bagi Idris, beliau dikatakan sudah menemui Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Laporan Malaysiakini 14 April lalu menyebut, krisis yang sedang berlaku di Terengganu diketahui lebih awal oleh pucuk pimpinan tertinggi negara kerana dua rombongan ADUN Barisan Nasional (BN) telah menemui mereka berdua sejak seminggu lalu.

Bekas pemimpin kanan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid bersama rombongannya menemui Datuk Seri Najib Razak pada 8 April, sehari sebelum perdana menteri mengumumkan barisan kabinet pertamanya.

Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Seri Satria di Putrajaya.

Najib waktu itu belum berpindah ke Seri Perdana.

Manakala satu lagi rombongan ADUN negeri itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu.

Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah memberitahu Malaysiakini Perdana Menteri ingin tahu sebab majoriti ADUN tidak senang kepada Ahmad Said.

Alias yang juga wakil Alor Limbat menambah, mereka dipanggil oleh Muhyiddin kerana beliau sendiri juga ingin mengetahui gambaran sebenar politik Terengganu.

Tambahnya, timbalan perdana menteri juga diarahkan oleh perdana menteri untuk mengumpul maklumat lanjut tentang perkara ini.

"(Dalam pertemuan itu,) kita telah menyuarakan rasa kurang puas hati mengenai pelantikan ketua Wanita Umno bahagian Dungun, Zainon Abu Bakar sebagai senator yang mewakili Terengganu," katanya.

"Kerana kita mahu senator yang mewakili Terengganu mestilah (seseorang) yang membawa suara Terengganu," katanya.

Diminta mengulas lanjut sikap rakan-rakannya dalam Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias berkata majoriti sudah hilang keyakinan kepada Ahmad untuk memimpin negeri tersebut.

Beliau menambah, ADUN Kijal tidak mempunyai kebolehan untuk membawa kemajuan Terengganu.

"Jika beliau terus menjadi menteri besar, rakyat dan negeri ini akan menjadi mangsa. Untuk itu kita berharap pucuk pimpinan tinggi negara menyelesaikan isu ini segera untuk kepentingan rakyat," katanya.

Apa yang boleh diharapkan ialah Perdana Menteri mengatasi sebaik-baiknya kerana ‘rambut jangan putus dan tepung tidak bertaburan’.

Saturday, April 11, 2009

PERIHAL KABINET NAJIB

(Isu Sabtu)

Kabinet baru diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang kelmarin adalah satu penyusunan semula peranan dan portfolio.

Ia juga menjadi tanda kepada satu pendekatan baru pentadbiran kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab serta berfokus mendahulukan rakyat.

Kabinet "Pasukan Baru" dengan dianggotai 28 orang sebagai menteri penuh dan 40 timbalan menteri diumumkan tujuh hari selepas Najib dilantik Perdana Menteri keenam .

Hanya 25 portfolio diwujudkan dengan memperkenalkan dua kementerian baru - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Perpaduan.

Najib membubarkan dua kementerian dan Kementerian Penerangan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.

Najib turut mewujudkan jawatan Penasihat Ekonomi Negara bertaraf menteri.

Ada pihak kecewa kerana Perdana Menteri masih mengekalkan majoriti menteri lama dalam Kabinet pertamanya. Muka-muka lama itu

sebahagian daripada pentadbiran sebelum ini yang "gagal berprestasi".

Kabinet Najib hanya membariskan enam muka baru di kalangan 28 menteri yang dilantik, termasuk dua yang dinaikkan pangkat daripada jawatan timbalan menteri. Bukankah ini menunjukkan hanya "perubahan kecil" dilakukan dalam Kabinet baru itu?

Antara muka baru yang dibawa masuk ialah Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Anifah Aman sebagai Menteri Luar, Datuk Kong Cho Ha (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Tan Sri Koh Tsu Koon dan Mejar General Datuk Jamil Khir Baharom sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tsu Koon bertanggungjawab ke atas hal ehwal perpaduan dan prestasi Kabinet manakala Jamil Khir berhubung hal ehwal agama Islam.

Tsu Koon adalah Presiden Gerakan yang turut dilantik sebagai Senator manakala Kong pula ialah Naib Presiden MCA.

Ada spekulasi bahawa Kabinet baru ini adalah lebih kecil daripada sebelumnya. Kalau bilangan menteri seramai 28 orang, memanglah ia lebih kecil daripada 32 orang sebelum ini tetapi jumlah timbalan menteri bertambah kepada 40 orang, berbanding dengan 38 orang sebelum ini.

Selain perubahan Kabinet, dikatakan akan ditekankan aspek impak, hasil dan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang dipimpin seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Persoalannya selain perubahan, apakah Petunjuk Prestasi Utama atau KPI benar-benar akan dipakai terhadap anggota Kabinet ini?

"Saya akan mengarahkan setiap menteri untuk menyediakan KPI yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tugas mereka serta timbalan masing-masing dalam masa 30 hari dari sekarang," kata Najib kelmarin.

Pengenalan KPI itu yang turut mencerminkan keutamaan strategik negara akan menjadi tanda kepada pendekatan baru pentadbiran kerajaan yang lebih telus, bertanggungjawab serta mendahulukan rakyat.

Saya tertarik dengan kata-kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa “Mereka yang dipilih anggotai Kabinet bukan menyandang jawatan itu secara kekal kerana boleh berlaku perubahan pada bila-bila masa ikut pertimbangan Perdana Menteri.”

Kata-kata ini perlu diambil ingatan oleh semua anggota Kabinet kerana hanya mereka yang perform sahaja akan kekal.

Malah, saya sangat berharap Perdana Menteri berani untuk menggugurkan mana-mana Menteri atau Timbalan Menteri yang membuat onar dan mendatangkan masalah kepada parti yang mereka wakili dan Barisan Nasional (BN) amnya.

Pelantikan empat pemimpin Sabah sebagai menteri menggambarkan betapa Datuk Seri Mohd Najib Razak mengambil berat faktor politik Sabah dalam konteks BN.

Mereka yang dilantik ialah Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernad Dompok; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman.

Ada pendapat mengatakan Perdana Menteri sanggup bertindak tegas terhadap perasuah, dan kerana itu ada yang tidak dilantik semula dan ada yang tidak dilantik ke dalam barisan Kabinet baru Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai tanda "pembersihan dalam parti" sedang berlaku.

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Najib bertindak bijak dengan menggugurkan kebanyakan mereka yang dituduh mengamalkan rasuah walaupun seorang dua entah kenapa turut terselit.

Apapun ia positif. Kata Dr Mahathir, “Tak ada orang yang jelas terlibat rasuah terpilih khususnya ketua Pemuda (Khairy) yang didapati bersalah guna wang dalam pemilihan (Umno). Dia tak diberi apa-apa jawatan pun. Itu satu bukti Najib ingin bersihkan parti. Dengan ketegasan dalam menangani rasuah, bekas presiden Umno itu percaya perdana menteri boleh juga bertegas dalam perkara-perkara lain.Ini satu pendirian yang tegas oleh Datuk Seri Najib.”

Juga menarik, Kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri turut menyaksikan 10 wanita dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kembali ke barisan kabinet selepas dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, jawatan yang pernah disandang beliau sehingga Mac tahun lalu. Pada pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai dan digugurkan daripada barisan Kabinet.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang pernah menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini, kini menjadi Menteri Pelancongan. Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pelancongan.

Lapan lagi wanita dilantik sebagai timbalan menteri, termasuk dua muka baru iaitu Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan Senator Heng Seai Kie, yang juga Ketua Wanita MCA Perak. Rosnah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan manakala Heng adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan.

Seorang lagi wanita yang kembali ke barisan kabinet ialah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun yang kini dilantik sebagai timbalan menteri di kementerian sama. Dua timbalan menteri wanita kekal di portfolio masing-masing adalah Datuk Rohani Abdul Karim (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim (Jabatan Perdana Menteri).

Datuk Maznah Mazlan (bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) kini Timbalan Menteri Sumber Manusia, manakala Datuk Tan Lian Hoe (bekas Timbalan Menteri Penerangan) kini Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Noriah Kasnon (bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) bertukar ke Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Dengan selesainya perlantikan, setiap ahli barisan Kabinet baru Najib diharap sangat dapat memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Seperti disebutkan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, perubahan adalah perlu bagi memastikan kemerosotan sokongan rakyat tidak berterusan. "Sebelum ini rakyat lihat barisan kepimpinan negara tidak begitu kemas dan teratur, menyebabkan timbul kekeliruan terhadap rakyat terutama dalam bidang politik dan ekonomi negara kita.

Ini, katanya, dibuktikan dengan keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini, apabila BN hanya menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air (Sarawak), manakala kerusi DUN Bukit Selambau (Kedah) dan Parlimen Bukit Gantang (Perak) dimenangi pembangkang. Sebelum itu BN kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Monday, April 6, 2009

NAJIB PERLU BERDIRI SENDIRI

Tiada apa-apa sebab lain kenapa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke UMNO.
Pertamanya, sayangkan UMNO dan kedua kerana Tun Abdullah Ahmad tidak lagi menjadi Presiden UMNO.

Faktor lain adalah tempelan, termasuk untuk memperkuatkan kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Jika Najib menumpang pengaruh atau mengharapkan Dr Mahathir memperkuatkannya maka kepimpinan Najib tidak akan ke mana-mana.

Lagipun, sekiranya Dr Mahathir diserang, Najib juga akan terasa bahangnya.

Mahukan Najib mengambil sebahagian masalah Dr Mahathir?

Pertanyaan ialah apakah akan timbul kembali gelaran-gelaran terhadapnya seperti Mahazalim, Mahafiraun dan sebagainya apabila gelaran itu ‘dilupakan’ selepas beliau nampak ‘membantu’ pembangkang untuk beberapa ketika.

Dengan kembalinya Dr Mahathir itu, UMNO yang sebelum ini diserang akan makin diserang kerana kebimbangan pembakang bahawa Dr Mahathir akan memperkukuhkan parti berkenaan.
Melalui posting saya “Satu lagi kekuatan untuk Najib” pada 28 Mac lalu mengenai kembalinya Tun Dr Mahathir kepada UMNO, antara komen-komen pengunjung mengatakan kemasukan un ke dalam UMNO tidak akan menjamin kekuatan UMNO akan kembali pulih. Ini kerana Tun juga ramai musuh dalam UMNO.

Mengikut Tok Janggut, Tun sekarang bukan Tun dulu lagi.Kata Tok Janggut, kepada Najib nasihat saya, sebagai ketua janganlah terlalu bergantung kepada orang lain terutama kepada penasihat-penasihat yang tak bertauliah. Sesetengah pendapat ada yang mengatakan kemungkinan Najib lebih menyerlah daripada Mahathir.

amirhamzah64 pula setuju dengan tok janggut iaitu Tun pun ramai musuh dalam UMNO.

Musuh Tun dalam UMNO sudah semestinya penyokong Pak Lah. Ada yang menteri dan ada yang ahli parlimen. Pendek kata ada ramai yang tak senang dengan kembalinya Tun terutama di Kubang Pasu.

Sementara seorang lagi pengunjung, sritribuana pula berpendapat, Tun masuk UMNO semula hanya sekadar memberi imej bahawa kepimpinan Najib dan dialu-alukan. Apapun, kekuatan sebenarnya mestilah datang daripada akal Najib.Belaiu bukan penumpang. Najib adalah nahkoda.

Serangan terhadap Dr Mahathir sudah bermula.

Naib Presiden Keadilan, Mustaffa Kamil Ayub berkata walaupun kemunculan bekas Perdana Menteri itu dengan hasratnya untuk kembali kepada Umno di tengah-tengah kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau, ia tidak sedikitpun mampu menyekat gelombang kebangkitan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Katanya dalam usaha meraih sokongan pengundi terutama golongan luar bandar, BN akan mengetengahkan Mahathir sebagai tokoh yang masih diingati oleh rakyat.

Sementara gandingan bekas Perdana Menteri itu bersama barisan kepimpinan baru Umno pasca pemilihan agungnya baru-baru ini memperlihatkan satu kepimpinan yang tidak akan memberi ruang kepada demokrasi.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, berkata sebaliknya, mereka yang terpilih itu kebanyakannya terbabit dengan amalan politik wang dan amalan rasuah yang disahkan sebagai satu penyakit yang tidak boleh diubati dalam Umno.

Lantaran itu kata Azmi yang dihubungi berkata, gabungan antara Presiden Umno yang baru dan Dr Mahathir itu tidak membawa apa-apa perubahan sebagaimana diharapkan rakyat.

Daripada apa yang diperkatakan, jelas Najib perlu berdiri sendiri dan faktor lain hanya sebagai tempelan sahaja.

Rakyat mahu melihat arah sebenar kepimpinannya dan slogan-slogannya perlulah mantap seperti slogan Dr Mahathir ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ selain dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Abdullah pula dengan ‘Cemerlang, Gemilang, Terbilang’ dan Islam Hadhari.’

Benar Najib sudah cuba memperkelakan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tetapi slogan lebih mudah bukan dalam bentuk janji perlu diperkenalkan.

Soal paling penting ialah Najib mempergunakan proses penautan dalam UMNO sebagai bentang dan perjuangkan cita-cita murni UMNO iaitu kea rah perpaduan negara sambil menjamin Melayu dan Islam menjadi teras apa juga dasar dan pelaksanaannya.

Najib tidak ‘ditimbulkan’ melalui Barisan Nasional tetapi UMNO dan beliau jangan lupa asal usul dan paksinya iaitu UMNO.

Kerana UMNOlah Najib menjadi Presiden UMNO yang membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri!

Sunday, April 5, 2009

NAJIB, JUST DO IT

Tahniah buat Datuk Seri Mohd Najib Razak kerana akhirnya Allah s.w.t. tetap meletakkan beliau pada mercu puncak kuasa yang sebelum ini beberapa kali, nampak seolah-oleh ia sesuatu yang sedikit sukat untuk beliau capai.

Saya teruja dengan ucapan sulung Najib sebagai Perdana Menteri yang mengajak seluruh rakyat bersama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tema ini tidak jauh daripada tema baru kerajaan Terengganu iaitu ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang turut memberikan kepentingan rakyat. Dengan kata lain impak maksimum pentadbiran dan pembangunan hendaklah dituju dan dirasai oleh rakyat.

Bagi Menteri Besar Terengganuy Datuk Ahmad Said, keutamaannya adalah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dalam apa juga tindakannya.

Najib menegaskan bahawa kepimpinannya kelak membawa pendekatan baru bagi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat. Menurutnya, kerajaan akan mengutamakan rakyat dan merentasi seluruh lapisan masyarakat serta kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air.

Amat jelas kini, Terengganu dan pentadbiran Putrajaya selari dalam melaksanakan pentadbiran dan pembangunan untuk rakyat.

Dengan matlamat menjadikan Satu Malaysia, Najib meletakkan asas perpaduan yang menjadi asset utama Malaysia kerana kejayaan dan kemajuan Malaysia berpaksikan kedudukan ini.
Najib cuba memberitahu orang Melayu bahawa mereka perlu sedar bahawa kewujudan kaum lain di negara ini bukan untuk menganggu-gugat tetapi sama-sama membangunkan Malaysia sebagai negara yang dihormati dan disegani.

Dengan itu, mereka kena belajar untuk ‘memberi’ dan tidak hanya penerima. Sementara untuk bukan-Melayu, mereka jangan hanya meminta-minta tetapi turut sama memberi untuk menjamin orang Melayu meyakini bahawa mereka juga sebahagian rakyat perlu sama ‘berkorban’.

Dan apabila Rakyat Didahulukan, dengan sendirinya pentadbiran dan pembangunan adalah bertujuan memberikan segala-galanya demi kepentingan rakyat. Harapan ialah rakyat akan menikmati segala kemudahan dan pembangunan yang disediakan.

Soal penting di sini ialah kerajaan pimpinan Najib akan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan elit dan puak-puak yang selama ini mampu mempengaruhi mereka yang berkuasa untuk memberikan mereka keutamaan.

Persoalannya sejauh mana kumpulan ini ‘disisihkan’ dan membuka jalan kepada rakyat untuk dijadikan priority pada pentadbiran ini?

Kita tunggu dasar dan pelaksanaan yang dikatakan sebagai Rakyat Didahulukan. Rakyat kini bukan seperti dahulu lagi kerana mereka tahu apa dasar dan apa pula rancangan untuk mereka. Dasar dan pentadbiran yang mendahulukan rakyat akan memberikan impak besar kepada rakyat dari segi keuntungan, bukan kerugian atau yang menjadi penyebab kepada masalah rakyat.

Pencapaian Diutamakan sudah pasti jika ia untuk rakyat, rakyatlah akan mendapat manfaatnya.
Janji Perdana Menteri perlu ditunai kerana kita bimbang pisang berbuah dua kali. Kita masih ingat bagaimana pada 2004 rakyat memberikan sokongan sepenuhnya kepada Abdullah tetapui di penghujung pentadbirannya sokongan menjadi layu dan beku.

Saya mengharapkan sangat Najib dapat deliver apa yang beliau janjikan kerana rakyat akan menjadi pengadil. Mereka akan menentu bentuk kerajaan yang akan mentadbir dan menguruskan negara.

Kegagalan untuk memenuhi janji – walau sebaik manapun jan ji berkenaan – akan menyebabkan kerajaan akan ditolak. Apabila kerajaan ditolak, Najib juga akan ditolak san akhirnya UMNO akan ditolak.

Sanggup dan mahukan Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang ditolak dan menjadi Perdana Menteri terakhir dari UMNO?

Untuk rakyat yang dijadikan keutamaan oleh Najib dan untuk Najib sendiri dihargai dan disanjungi bukan sahaja sebagai perdana menteri tetapi juga anak kepada bekas Perdana Menteri yang berjaya, tema baru ini perlu direalisasikan.

Bola ada di kaki Najib dan Najib sahajalah yang mampu melakukannya. Tidak perlu slogan besar.
Dan saya sangat yakin Najib boleh melakukannya. Just Do It!

Thursday, March 26, 2009

NAJIB KINI PRESIDEN UMNO

Sudah sah, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Presiden UMNO yang baru.
Perisytiharan Najib sebagai Presiden Umno yang baru dibuat pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Ia diumumkan oleh Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail.

Najib, 55, menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden akan mengambil alih jawatan nombor satu daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang memegang jawatan itu sejak Oktober 2004.

Abdullah, 69, dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden parti, menyeru supaya Najib diberikan sokongan padu untuk membolehkan beliau memimpin Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang.

Perdana Menteri yang turut berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri baru, berkata beliau percaya untuk menyerahkan tanggungjawab menerajui negara kepada Najib yang merupakan “nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudi bahtera negara.”

Onn turut mengumumkan Datuk Mohamad Aziz yang menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Pengerusi Tetap parti.
Proses pengiraan undi pemilihan bagi memilih barisan pimpinan Majlis Tertinggi (MT) Umno telah bermula pada pukul 4 petang tadi.

Bagaimanapun, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan pada pukul 10 malam ini.
Sementara itu, pada sebelah pagi tadi kempen pada saat-saat terakhir sebelum para perwakilan Perhimpunan Agung Umno memilih barisan pimpinan MT terus mewarnai suasana sekitar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Seawal pukul 7 pagi peraih undi dan penyokong calon-calon yang bertanding berkumpul dan berbaris di sepanjang laluan masuk ke PWTC mengedarkan risalah dan kad yang tertera nombor calon-calon.

Mencuri perhatian, penyokong kepada calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar tampil dengan memakai topeng wajah beliau.

Menerusi kaedah kempen sedemikian, Syed Hamid yang memegang nombor pencalonan '05' dilihat seolah-olah berada di mana-mana.

Penyokong bagi calon-calon juga tidak ketinggalan dengan cara kempen masing-masing sama ada dengan menyanyi mahupuan sorakan secara berkumulan.

Sekurang-kurangnya dua perwakilan Muar memboikot pengundian jawatan tertinggi Umno hari ini kerana membantah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin dibenarkan mengundi.

Datuk Kadar Shah Sulaiman Shah dan adiknya Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa mereka tidak akan menyertai lebih 2,050 perwakilan memangkah calon pilihan masing-masing.

Tindakan mereka diambil ekoran surat bantahan mereka berhubung perkara itu telah ditolak oleh pengerusi tetap perhimpunan agung Umno, Tan Sri Onn Ismail.

Lembaga Disiplin Umno minggu lalu mendapati naib presiden itu dan Khairy bersalah selepas ejen-ejen mereka terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.

Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden, manakala Khairy diberi amaran tetapi dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno yang dimenanginya semalam.

Onn memanggil Kadar naik ke pentas untuk mengambil jawapannya terhadap bantahannya itu.

Bantahannya jelas ditolak apabila Onn memanggil Mohd Ali dan Khairy mengundi calon-calon yang bertanding.

Sebelum pengundian bermula kira-kira 12 tengah hari tadi, suasana kempen saat akhir sampai ke kemuncaknya pagi ini apabila penyokong bersesak-sesak mengedar kad nombor calon-calon masing-masing.

Selepas presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selesai menyampaikan ucapan dasar pada 11.15 pagi, para penyokong menjerit-jeritkan nombor calon pilihan masing-masing tanpa henti.

Ratusan penyokong berkumpul di hadapan pintu keluar Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dalam pakaian dan tag bercetak nombor pengundian bagi calon pilihan mereka.

Malaysiakini melaporkan, suasana sesak dan terlalu bising itu menyebabkan pergerakan menjadi sukar dan mengganggu hampir seratus petugas media yang menunggu barisan pemimpin tertinggi parti itu keluar dari dewan untuk mendapatkan komen mereka berhubung ucapan Abdullah.

Keadaan gamat dan sesak itu memaksa polis dan anggota RELA beberapa kali membuka laluan untuk pemimpin parti itu keluar dari dewan.

Anggota penguatkuasa juga menutup tempat itu dengan plastik penghadang bagi mengelak kumpulan penyokong mengganggu pergerakan orang ramai di sekitar kawasan tersebut.
Pada pemilihan kali ini tumpuan pastinya diberikan kepada dua jawatan utama yang menyaksikan pertandingan sengit iaitu bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib selepas Lembaga Disiplin Umno membatalkan penyertaan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Ali didapati bersalah di bawah Artikel 10.1 Tataetika Ahli Umno melibatkan politik wang.
Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden, seramai lapan orang yang betanding bagi jawatan berkenaan.

Mereka ialah Datuk Seri Hinshammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Tan Sri Mohd Isa Samad, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Bagi jawatan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menang tanpa bertanding apabila Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan.

Monday, March 23, 2009

ORANG MELAYU UMNO BENTENG TERAKHIR

Tidak tahulah sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah benteng terakhir tetapi yang pasti orang Melayulah, khususnya UMNO pastinya menjadi benteng terakhir.

Apapun, saya bersetuju jika Najib diminta memastikan mana-mana calon yang diketahui mengamalkan politik wang dan menang dalam pemilihan UMNO kali ini, tidak dilantik menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap Najib adalah peringkat terakhir pemulihan UMNO yang memegang kunci memastikan calon-calon pengamal politik wang tidak diberi ruang dan jawatan dalam Kabinet beliau.

Katanya, jika calon-calon pengamal politik wang masih terlepas dan terpilih untuk menang, maka UMNO akan hilang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Selain pandangan Dr Mahathir, satu tulisan sebagai respon kepada posting saya 21 Mac lalu iaitu, “Nasib Mohd Ali di tangan Najib” yang ditulis oleh sritribuana, cukup menarik untuk direnungi bersama.

Kata sritribuana (saya perturunkan penulisan asal tanpa sebarang suntingan):

Pesanan Untuk Najib: Jangan Ulangi Kealpaan Pak Lah.

Manusia dilahirkan dengan nafsu dan sifat tamak haloba. Mustahil rasuah boleh dihapuskan secara total. Walaubagaimana pun ia boleh dikurangkan dengan berbakalkan komitmen yang sesungguh hati untuk tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini.

Sekiranya tidak ada komitmen dan ketegasan, rasuah akan membudayakan masyarakat.Akhirnya ia akan menjadi amalan yang normal, malah boleh diterima sebagai amalan dan budaya yang wajib ditaati dulu kini dan selamanya.

Dalam isu memerangi rasuah, peri pentingnya ialah pihak atasan perlu mengambil langkah yang tegas. Tanpa belas ehsan.

Demi kepentingan ugama,bangsa dan negara. Langkah bijak Singapura boleh dijadikan teladan bagaimana mereka memerangi rasuah dengan jayanya. Menu yang diguna-pakai oleh pemimpin mereka ialah ketegasan dan keberanian.

Hasil keberanian para pemimpin atasan mereka untuk bertindak dengan tegas tanpa memilih bulu,(without fear or favour) Singapura tidak dihantui oleh perasuah. Menikmati kemakmuran ekonomi.sosial dan politik yang harmoni dan terkawal.


Sebenarnya sedar atau tidak kita ada dua entiti untuk bertindak; keberanian eksekutif untuk bertindak dan keduanya ialah menerusi ‘criminal justice system’ telah sedia ada dinegara kita.

Perdana Menteri dengan kuasa eksekutif boleh bertindak dengan segera memecat, secara sopan menasihati supaya melepaskan jawatan, terus tidak melantik atau melantik semula ( reappointing) menteri dan mana-mana administrator yang pada pandangan umum mempunyai rekod yang boleh menjuruskan kepada persepsi ramai bahawa orang berkenaan adalah perasuah.

Perdana Menteri harus meletakkan satu tanda aras(benchmark) atau standard. Walaupun dalam system pengadilan kita mengatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah di Mahkamah Jenayah (Innocent till proven guilty is in a criminal court) tetapi apabila seseorang itu terlibat dengan jawatan dimana kredibiliti dan integriti menjadi taruhan, orang sebegini pun tidak layak diberi jawatan.


Entiti kedua ialah melalui pendakwaan jenayah secara agresif di mahkamah. Di sini memerlukan pembuktian yang mampu merentasi sempadan keraguan. Agenda politik harus diketepikan. Kalau tidak keadaan akan bertambah buruk.

Keupayaan sebegini wajid dikedepankan untuk menzahirkan keinginan yang ‘sesungguh hati’dalam usaha membebaskan Negara dari kemelut rasuah.

Pendakwaan tidak seharusnya terikat dengan pengaruh dan kehendak politik mana-mana pihak. Sebelum ini keadaan begitu memang wujud kerana BPR tidak bebas.Sekarang sudah berbeza. BPR sudah pun dinobatkan sebagai SPRM.

Sebuah badan bebas. Komuniti mengharapkan SPRM menjadi makanisma yang telah diberi tanggungjawab, tentunya amat bertanggungjawab melaksanakan tugas untuk kepentingan rakyat secara berkesan.


Tidak dinafikan bahawa perasuah perlu mendapat pembelaan apabila mereka didakwa. Mereka boleh mendapat khidmat dari mana-mana peguam. Itu hak mereka. Itu bukan isu yang kita hendak lontarkan disini.

Mahkamah adalah bertanggungjawab mendengar setiap kes. Isu sebenarnya ialah pastikan jangan ujud ‘kangaroo court’ dalam Palace of Justice.


Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, awal-awal lagi sudah diberi dua peluang keemasan oleh Allah S.W.T untuk membukti serta mezahirkan kesungguhan beliau membenteras rasuah secara agresif. Beliau gagal melaksanakan sumpah dan janji beliau bukan kepada rakyat Malaysia sahaja tetapi juga janji beliau kepada Allah S.W.T.

Kes pertama ialah berhubung tuduhan rasuah terhadap Kasitah Gadam. Persoalannya kenapa sehingga sekarang kes berkenaan masih tertangguh?

Kes kedua ialah Isa Samad, orang kanan dalam UMNO dan kabinet yang telah didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin Parti. Abdullah hanya menjadi penonton.Tidak melakukan apa-apa tindakan yang positif samada membuat pengumuman terbuka supaya Isa Samad berhenti atau diberhentikan,tetapi membiarkan perkara ini menjadi perdebatan yang hiruk-pikuk daripada rakyat. Isa akhirnya, melepaskan jawatan menteri secara ‘paksa rela’ disebabkan kemarahan rakyat.

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawai selaku Perdana Menteri dengan cuainya terlepas dua peluang keemasan tersebut. Atas kealpaan itulah masyarakat mendapat persepsi bahawa beliau adalah pelindung kepada perasuah.

Kemurkaan Allah S.W.T. seterusnya ialah apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengimport pemain-pemain politik yang dikitar semula sebagai komposisi pentadbiran dalam UMNO dan juga kabinet. Tan Sri Rahim Tambi Chik, Tan Sri Muhd Muhammad Taib, Tengku Adnan Mansor telah menjadi liabiliti kepada organisasi UMNO.

Selain itu, Brig.General Husainey(Setiausaha Kerja UMNO) dan Hafarizam peguam UMNO yang masih mentah tentang perjuangan bangsa juga menyumbangkan kecelakaan kepada UMNO.

Apa kurangnya pula Annuar Musa? Hari ini Kelantan kalah teruk dalam PRU, esoknya dianugerah Tan Sri.. Tokoh politik Kelantan yang kontroversi, menobat Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Hingga kini UMNO Kelantan kebuntuan strategi akibat kerenah Tan Sri Annuar Musa.

Ringkasnya, YAB. Perdana Menteri gagal memenuhi sumpah dan janji beliau kepada Allah dan rakyat semasa menanggung tugas. Beliau juga gagal ‘Mencari Damai Abadi’.

JANGAN GANGGU NAJIB

Ada beberapa pihak mengatakan proses peralihan kuasa Datuk Sari Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Mohd Najib sukar dilakukan kerana faktor diri Najib.

Tiada pula mengatakan sebahagiannya juga kerana faktor diri Abdullah.

Bagi saya, yang mengatakan demikian kerana merasakan Abdullah wajar dikekalkan kerana sebab-sebab yang dikaitkan dengan diri Najib, bukan kerana diri Abdullah.

Apapun, apabila Mohd Sayuti Omar memperkatakan “Kenapakah Proses Penggantian Abdullah dengan Najib Sukar’, penulisan itu menyuarakan pandangan pihak-pihak yang rapat dengan Abdullah tetapi menggunakan blok penulis yang jelas menyokong PAS untuk menghemburkan rasa dan perasaan mereka.

Tulisan 18 Mac 2009 itu antara lain mengatakan “Sesekali timbul rasa kesian dan simpati kepada Mohd Najib Razak. Betapa sukarnya untuk beliau menjadi perdana menteri ke-enam, bagi mengganti Abdullah Ahmad Badawi. Proses yang dilaluinya penuh kawat berduri. Jalannya berliku-liku, bengkang bengkok dan berbonggol-bonggol; tidak segampang proses yang dilalui oleh bekas-bekas PM sebelum ini dan PM yang ada kini.”

Membaca baris ini jelas kenapa proses itu tidak menjadi ‘gampang’ kerana Abdullah sendiri atau orang-orangnya tidak mahu Abdullah meletakkan jawatan. Tidak seperti PM sebelum ini, apabila membuat keputusan, diri mereka sendiri yang membuat keputusan dan orang sekelilingnya perlu menghormati.

Kata Sayuti: “Jalan yang dilalui Najib ini sungguh sukar dan bukan mudah. Belum pernah berlalu dalam proses penggantian ini terpaksa diadakan pelan peralihan khas. Belum pernah berlaku tekanan ke atas bakal perdana menteri sampai membangkitkan soal jenayah dan membongkar mengenai sifat dan perangai isteri yang bakal menjadi wanita pertama negara. Dan menariknya peralihan ini juga turut menggunakan pakar pecah dan perintah yang terkenal sejak tahun 1969 lagi!

Satu sejarah, tidak pernah berlalu penentangan terbuka kepada bakal perdana menteri yang melibatkan orang di luar Umno, rakyat sendiri. Tetapi dalam kes Najib ini rakyat dari semua lapisan dan profesional turut sama mempertikaikannya. Lebih mengedukan lagi sampai ada yang terang-terang menggesa Yang di-Pertuan Agong agar tidak melantik Najib. Sanjungan yang diperolehi oleh Barack Obama daripada rakyat Amerika tidak berlaku kepada Najib di Malaysia.

Halangan ini sungguh perit bagi Najib.”

Soal pokok ialah apabila cuba mempertahankan yang lama tanpa mahu memberikan ruang kepada yang baru sudah pasti akan berlaku usaha memburuk-burukkan yang baru. Memang Najib cuba diburukkan dengan pelbagai cara dan usaha ini pula dilakukan secara tersusun dan penuh agenda.

Yang nyata, dalam proses peralihan kuasa Abdullah-Najib ini, saya melihat Abdullah terus cuba dipengaruhi dan minta-meminta supaya Abdullah terus dikekalkan. Banyak sms saya terima masih menganggap Abdullah wajar dikekalkan.

Kalau demikian, buat apa proses pemilihan UMNO dilakukan tanpa Abdullah mempertahan kan jawatan? Kenapa tidak meminta Abdullah mempertahankan jawatan?

Lagipun Najib sudah dinobatkan sebagai pemenang satu-satunya bagi jawatan Presiden UMNO – yang lain hormatilah keputusan.

Apakah ini tidak menggambarkan rakyat dan orang Melayu?

Lagi satu, seperti ada rangkaian menyekat Najib antara penyokong Abdullah dengan pembangkang apabila ada suara dan blog bagaikan ditaja oleh ‘juak Abdullah’ mahu menyekat Najib dan pemain utamanya semakin hari semakin jelas.

Tuduhan dan kaitan terhadap Najib mengenai ‘ayat-ayat jampi bertulis jawi atau kayu atau batu dibungkus dengan kertas di meja Abdullah’ adalah perbuatan jahat yang sengaja untuk menggugat Najib.

Persoalan seterusnya yang ditimbulkan Sayuti ialah: “Kenapa ramai yang tidak suka kepada Najib? Saya tidak berniat untuk menghuraikan satu persatu di sini kerana ia sudah lama tertanam dalam kepala setiap daripada orang yang tidak sukakannya. Baik ianya bersifat persepsi atau realiti tetapi itulah yang berlaku.

Ataupun kesukaran ini adalah pedoman bahawa Najib tidak sempat menjadi perdana menteri ataupun kalau beliau menjadi perdana menteri nanti akan membawa kecelakaan kepada Umno dan negara?”

Dua perkara di sini. Pertama, ramai tidak suka dan kedua, jika jadi Perdana Menteri akan menyebabkan kecelakaan kepada UMNO dan negara.

Jawapan pertama, untuk ‘ramai tidak suka’ ialah tidak benar sama sekali kerana Najib dipilih sebulat suara dan tiada penentangan daripada orang Melayu dan UMNO.

Yang bersuara mengenai Najib ialah suku sakat Abdullah dalam UMNO dan pembangkang.
Jawapan kepada perkara kedua akan menyebabkan ‘kecelakaan’ adalah tuduhan berat yang amat meragui keupayaan Najib.

Saya tidak fikir orang PAS yang baik seperti Sayuti boleh membuat tuduhan sebegini sekiranya tidak dipengharuhi oleh pandangan pihak ketiga yang mahu mempertahankan Abdullah.

Betul juga kata Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa cadangan meminta Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri baru "tidak bertanggungjawab dan berniat jahat".

Naib presiden Umno itu berkata cadangan berkenaan jelas mahu menimbulkan kegelisahan di kalangan anggota Umno khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Siapa yang menimbulkan pandangan ini? Jawapannya bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Beliau dilantik oleh Abdullah walaupun tidak bertanding pilihan raya dan tidak mampu pun menjadi Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.

Apakah beliau berdendam dengan Najib?

Kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pendedahan dibuat akhbar Peranchis, Liberation yang membuat tohmahan membabitkan bakal Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu perlu dibersihkan kerana dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia.

"Jadi dalam kes Najib itu, apabila dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya. Katanya Nabi Muhammad saw sendiri menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan dan tidak melarang sahabat yang lain daripada bertanya,” kata Nik Aziz.

Nik Aziz mengakui ia adalah tohmahan tetapi memerlukan jawapan.
Jawapan ialah buat apa menjawab tohmahan yang akan menimbulkan perbincangan berjela-jela tanpa penghujung. Serahkan kepada mahkamah membuat keputusan.

Persoalan kepada Nik Aziz, apakah beliau menjawab semua tuduhan terhadap diri dan keluarganya seperti sifat Nabi Muhammad?

Bagi saya segala-galanya ini – tuduhan terhadap Najib dan tidak mahu Najib menjadi PM - tidak akan wujud dan berlaku jika Abdullah sendiri tidak flip-flop dalam tindakannya maju melepaskan jawatan.

Kenapa PM terdahulu boleh melepaskan jawatan dengan rela hati dan menyediakan permaidani merah untuk penggantinya sedangkan Abdullah pula membina jalan berduri untuk Najib?

Juga, kenapa Abdullah tidak ‘menutup mulut juak-juak yang menyokongnya’ untuk menjamin Najib dan UMNO tidak diserang?

Sepatutnya Najib tidak diganggu dan Sayuti juga wajar pertahankan Najib seperti beliau pertahankan Khairy Jamaluddin kerana peranan yang akan dimainkan oleh Najib lebih besar – Perdana Menteri Malaysia Keenam!

Wednesday, December 10, 2008

PM – NAJIB SUDAH PASTI

Satu ‘peluru’ sudah mengena.

Saya tidak mahu mengulas lanjut. Hanya orang yang faham dan tahu apa maksud ‘peluru’ saya itu.

Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) semalam menganggap spekulasi beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri selepas Mac sebagai ‘mengarut’.

Ini bermakna Datuk Seri Najib Razak yang akan menjadi Presiden UMNO secara sah pada Mac 2009 akan pasti menjadi Perdana Menteri.

Saya yakin dengan pengesahan oleh Abdullah ini, serangan terancang terhadap Najib akan menjadi bertambah sengit dan menjijikkan.

Najib diserang bertalu-talu dan secara terancang – kononnya terbabit dengan kes Altantuya, rasuah di Kementerian Pertahanan serta penyalahgunaan kuasa – dan kebanyakannya datang daripada pemimpin dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara cerita mengenai ‘kenapa Abdullah mesti dipertahankan’ dan perlu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh mandat pilihanraya umum 2008 sehingga semalam, begitu menarik dan panas.

Jika sebelum itu ia bagaikan ramalan, tetapi apabila saya ‘jolok’ kali pertama, ia nampaknya mungkin berlaku sehinggalah penafian Abdullah semalam.

Tetapi apakah dengan penafian itu ia ‘membakar dan meranapkan’ semua usaha terancang sebelum ini?

Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 Disember 2008 lalu berkata berita angin sudah tersebar luas bahawa walaupun Najib akan jadi Presiden Umno, tidak semestinya dia akan jadi Perdana Menteri. Berita yang didengar ialah Abdullah masih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir: “ Jika diambil kira sikap pemimpin dan ramai ahli Umno, kemungkinan ini berlaku tidak mustahil. Mereka tidak akan menentang Abdullah kerana mereka amat selesa dengan kepimpinan beliau dan nikmat tertentu yang mereka dapati darinya.”

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada 7 Disember 2008 meminta secara khusus supaya Perdana Menteri jangan lepaskan jawatan.

Presiden PAS mencadangkan agar Perdana Menteri terus menjalankan tugas-tugasnya sebagai Perdana Menteri walaupun melampaui tarikh penyerahan kuasa yang disepakati dalam Umno iaitu pada bulan Mac 2009 nanti.

Demi memberi peluang kepada Abdullah bersara dalam keadaan yang baik, maka PAS menyeru agar beliau diberikan masa untuk menyelesaikan tugas-tugas besar ini dan tidak harus melepaskan jawatannya pada bulan Mac 2009 nanti selagi tugas-tugas berkenaan tidak selesai sepenuhnya.

Ini kerana menurut Dato' Abd. Hadi Awang, beberapa perkara besar yang melibatkan pentadbiran negara termasuklah sebahagiannya yang merupakan janji Abdullah kepada rakyat Malaysia amnya masih belum tertunai.

"Penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia, umpamanya masih di peringkat rang undang-undang dan berkemungkinan akan mengambil masa dan belum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Begitu juga dengan Suruhanjaya Kehakiman yang sepatutnya mengembalikan kewibawaan badan kehakiman, masih belum terlaksana," kata Hadi dalam kenyataan media kepada Harakahdaily kelamrin.

Hadi turut merasakan Abdullah wajar menyelesaikan beberapa tuntutuan ke arah penambahbaikan urusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang masih diragui oleh rakyat Malaysia sehingga kini.

"Biarlah segala ketempangan dan kepincangan badan yang sepatutnya menguruskan proses pilihan raya dalam negara ini secara telus, dirawat dan diperbaiki sebelum beliau melepaskan jawatannya,"katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terjerumus dengan isu ini apabila mengatakan ‘huru hara melanda UMNO” kerana ketidakpuasan hati komponen BN selain Najib terus dikaitkan dengan pembunuhan, rasuah dalam kontrak kelengkapan pertahanan dan penyalahgunaan kuasa.

Kerana itu beliau percaya, Abdullah mempunyai sebab (kelebihan) untuk memanjangkan tempoh sebagai Perdana Menteri walaupun Najib sudah menang Presiden UMNO tanpa bertanding.

Katanya secara persefahaman biasa, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN menjadi Perdana Menteri tetapi secara perlembagaan, mereka yang mendapat majoriti di Parlimen patut menjadi Perdana Menteri.

Laporan The Malaysian Insider semalam (9 Disember 2008) bertajuk ‘Anwar: Umno stoking racial fires’ memetik Anwar sebagai berkata beliau sendiri tidak pasti senario berkenaan kerana kemungkinan Abdullah akan kekal berkuasa hanya ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, yang berpihak kepada Najib.

Yang menariknya, The Malaysian Insider, yang begitu berminat dengan isu ‘mempertahankan Abdullah ini” pada 3 Disember 2008 lalu, memetik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai berkata, Abdullah tidak perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih Presiden UMNO pada Mac.

“Ia adalah prerogatifnya kerana beliau (Abdullah) mendapat mandat untuk lima tahun,” kata Razaleigh .

Beliau menjawab tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Abdullah masih berminat kekal berkuasa selepas adanya pemilihan parti berkenaan.

Tengku Razaleigh mengakui akan terus menyokong kepimpinan Abdullah dan kerajaan dalam kapasitinya sebagai Ahli Parlimen.

Razaleigh berpendapat: “Dia (Abdullah) mendapat keyakinan majoriti Ahli Parlimen. Dan Perdana Menteri dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, bukannya Perhimpunan Agung,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Menariknya dalam satu rencana bertajuk “So, is he going... or staying? “ kelmarin (8 Disember 2008) The Malaysian Insider yang memetik sumber mengatakan Abdullah sudah pun membuat perancangan bagi kehidupannya selepas Perdana Menteri.

Sememangnya Abdullah akan keluar dari Seri Perdana dan akan tinggal di rumah ala-kampung di Sungai Penchala. Perdana Menteri dikatakan sudah memberitahu kawan rapatnya bahawa beliau akan menumpukan usaha mengukuhkan hubungan Malaysia dengan Asia Barat.

Dengan kata-kata Abdullah ini, harapan untuk Hadi dan Anwar ‘menyekat’ Najib menjawat Perdana Menteri terbantut sementara.

Apakah usaha lain pembangkang untuk ‘mengucar-kacirkan UMNO’ dan ‘memenderemkan Najib’ selepas ini?

Sunday, December 7, 2008

ADA USAHA SEKAT NAJIB JADI PM?

(Sembang Ahad)

Ramai yang pening kepala dan bingung apabila saya melontarkan pandangan mengatakan “Najib Tidak akan Menjadi Perdana Menteri” kira-kira tiga minggu lalu.

Dalam posting saya “AMARAN – NAJIB TIDAK AKAN JADI PM?” yang memetik tulisan Raja Petra Kamaruddin (PRK) melalui kolumnya No Holds Barred bertajuk ‘BALASUBRAMANIAM’S STATUTORY DECLARATION REVISITED’, Jumaat 21 November 2008, ada yang mengatakan perkara seperti ini tidak akan pernah dan tidak mungkin berlaku.

Mereka berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pasti akan menunaikan janjinya untuk melepaskan jawatan apabila Datuk Seri Mohamad Najib Razak secara rasmi menjadi Presiden UMNO.

Namun kini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri hanya sebagai ‘khabar angin’, tetap memberikan amaran.
Dr Mahathir berkata, pengekalan Abdullah sebagai PM tetap akan menyemarakkan kebencian rakyat kepada Umno dan BN sehingga menyebabkan politik akan bergolak sepanjang masa sehingga pilihanraya. Apabila datang pilihanraya percayalah majoriti rakyat akan tolak Umno dan BN, katanya.

Apakah Dr Mahathir kini turut bimbang serta separuh percaya, cumanya tidak mahu mengesahkan kemungkinan itu?

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula berkata, Datuk Seri Abdullah Badawi tidak perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih Presiden UMNO pada Mac.

Dalam tulisannya, RPK menyebut, Perlembagaan Malaysia tidak menyatakan seseorang Presiden UMNO semestinya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sambungnya, apa yang disebut dalam Perlembagaan Malaysia ialah Yang DiPertuan Agong mesti melantik Ahli Dewan (Rakyat) (salah seorang daripada 222 Ahli Parlimen yang mendapat keyakinan atau sokongan daripada majority Ahli Dewan sebagai Perdana Menteri).

Kata RPK, Pak Lah sudah mempunyai 82 ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengannya dan 20 Ahli Parlimen dari UMNO. Yang diperlukan hanya 10 sahaja daripada MCA, MIC dan Gerakan yang kesemuanya berjumlah 20 orang.

Ini bermakna menurut RPK, walaupun tanpa Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak, Pak Lah boleh kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dan Malaysian Insider, 3 Disember 2008, memetik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai berkata, Datuk Seri Abdullah Badawi tidak perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih Presiden UMNO pada Mac.

“Ia adalah prerogatifnya kerana beliau (Abdullah) mendapat mandat untuk lima tahun,” kata Razaleigh .

Beliau menjawab tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Abdullah masih berminat kekal berkuasa selepas adanya pemilihan parti berkenaan.

Tengku Razaleigh mengakui akan terus menyokong kepimpinan Abdullah dan kerajaan dalam kapasitinya sebagai Ahli Parlimen.

Razaleigh berpendapat: “Dia (Razaleigh) mendapat keyakinan majoriti Ahli Parlimen. Dan Perdana Menteri dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, bukannya Perhimpunan Agung,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegasnya, dengan UMNO semakin lemah, kini tiada lagi hubungan antara Presiden Parti dengan jawatan Perdana Menteri.

“UMNO hari ini tidaklah sekuat sebelum ini dan kini kita hanya mengawal 30 peratus sahaja kerusi Parlimen.

Sehari sebelum itu, pada 2 Disember 2008, dalam postingnya bertajuk ‘Mac 2009’ Tun Dr Mahathir Mohamad berkata biasanya sesiapa yang menjadi Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional menang dan menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen.
Tetapi ini tradisi sahaja. Jika diberi kepercayaan oleh majoriti ahli Dewan Rakyat, yang bukan Presiden Umno dan Pengerusi BN juga boleh jadi Perdana Menteri.

Menurut Tun Dr Mahathir, negara tertunggu-tunggu Mac 2009 di waktu mana peralihan kuasa dikatakan akan berlaku. Kepercayaan bahawa ini akan berlaku diasaskan kepada pengumuman oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dia akan serah jawatannya kepada Dato' Seri Najib Tun Razak pada tarikh tersebut.

Abdullah juga menyatakan yang dia tidak akan bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno pada Mac 2009. Justeru tidak ada bahagian yang mencalonkan Abdullah sebagai Presiden.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir member amaran, “Berita angin sudah berkembang bahawa walaupun Najib akan jadi Presiden Umno, tidak semestinya dia akan jadi Perdana Menteri. Berita yang didengar ialah Abdullah masih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri. Jika diambil kira sikap pemimpin dan ramai ahli Umno, kemungkinan ini berlaku tidak mustahil. Mereka tidak akan menentang Abdullah kerana mereka amat selesa dengan kepimpinan beliau dan nikmat tertentu yang mereka dapati darinya.”

Apapun Dr Mahathir berkata, pengekalan Abdullah sebagai PM tetap akan menyemarakkan kebencian rakyat kepada Umno dan BN. Politik akan bergolak sepanjang masa sehingga pilihanraya. Dan apabila datang pilihanraya percayalah majoriti rakyat akan tolak Umno dan BN.

Dr Mahathir berkata, jika Abdullah cuba terus menjadi Perdana Menteri selepas Mac 2009, rakyat harus beri mesej yang jelas yang UMNO serta BN akan dikalahkan.

Melihat kepada ulasan mereka ini, saya ingin sekali lagi melontarkan soalan yang pernah saya kemukakan sebelum ini – benarkah ada gerakan menyekat Najib menjadi Perdana Menteri?

Apakah usaha itu dilakukan secara terancang oleh kumpulan yang mempertahankan Abdullah?

Siapa yang terbabit?