Showing posts with label Khalid. Show all posts
Showing posts with label Khalid. Show all posts

Tuesday, August 2, 2016

MEMALUKAN...KONSPIRASI 3 TOKOH BERTUKAR MENJADI 'CERITA DONGENG'....


Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dituduh berkonspirasi terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, tanpa kebenaran.

Ketiga-tiga mereka juga memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka.

Itu perkara yang menjadi bahan pertuduhan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa wujudnya konspirasi peringkat tinggi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu.

Ada mengatakan apa yang dilakukan ini sebagai 'SERANGAN BIJAK'.


Hari ini, polis dengan mudahnya menutup kes berkenaan.

Ia kini setaraf hikayat dongeng untuk menidurkan anak-anak kecil tetapi yang ini tidak sesuai untuk diceritakan takut nanti kanak-kanak akan terpengaruh dan terikut-ikut dengan perangai buruk orang melakar cerita ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hari ini polis tidak akan menyiasat laporan yang dikemukan oleh Khairul Azwan itu.

Tak faham, rasa pelik serta kelakar.

Alasan polis ialah laporan itu berdasarkan "andaian" dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut. Maknanya Najib Ketua Pemuda UMNO ini jenis ‘berkhayal’ dan bercakap tidak berpijak di alam nyata?

Layakkah beliau memimpin Pemuda UMNO yang kelak akan menggantikan kepimpinan yang sedia ada jika jenis yang hanya mengutip maklumat melalui ‘hearsay’?
  
Patutlah Pemuda UMNO kini jenis ‘merapu’ dan tidak berpijak di alam nyata kerana ketua mereka pun jenis ‘merapu’ dan ikut sedap mulut dan perasaan.

Malah ahli Pemuda UMNO yang memilih Kharul Azwan pun sama tarafnya. Memalukan.

Menurut Khalid, pihaknya sudah merakam ucapannya, dan polis dapati Khairul membuat laporan itu berdasarkan andaian. Dia tidak dapat kemukakan apa-apa bukti untuk menyokong apa yang didakwanya dalam laporannya.


Tetapi perlu ingat, walaupun tidak dapat mengemukakan bukti tetapi laporanitu menjejaskan nama tiga tokoh dihormati masyarakat. Lebih buruk ia tuduhan kononnya wujud konspirasi...

Apakah Pemuda UMNO boleh dengan mudah menganggap tindakan ini sebagai hanya bergurau atau bermain-main sahaja dengan ketiga-tiga tokoh berkenaan?

Dengan kenyataan Khalid mengatakan PDRM tidak berhajat untuk meneruskan siasatan, selain telah memberhentikan siasatan, Khairul Azwan boleh terlepas begitu sahaja?

Khairul kini tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu.

Kenyataan Khalid hari ini ternyata bagaikan  memperlekeh dan memperkecilkan pemimpin dan Pemuda UMNO apabila mengatakan :“Tidak, dia mungkin baca laporan dari akhbar, dan dia mendengar cerita, dia ada sebab untuk buat laporan polis. Tetapi apabila kita temubual dia, kita mendapati apa juga yang dituduhnya itu cuma berdasarkan cakap dengar dan juga apa yang dia baca, jadi andaian kita tak boleh teruskan.

Beginikah sikap pemimpin golongan muda dalam UMNO, hanya mengutip maklumat secara begitu mudah dengan petik dari akhbar, duduk kedai mamak atau di lobi-lobi hotel untuk berborak, kemudian jadikannya  sebagai bahan untuk menghantam orang lain?

Dan orang lain itu bukan calang-calang - tokoh bank pusat, tokoh peguam dan juga tokoh yang bertanggungjawab mencegah rasuah negara

Dengan memberikan nasihat kepada pemimpin Pemuda UMNO supaya tidak mengulangi perkara sama pada masa depan jika tidak mempunyai fakta atau bukti,  bukan penyelesaian.

Khalid boleh mengatakan polis tidak akan memanggil ketiga-tiga ‘Tan Sri” berkenaan untuk dirakamkan kenyataan mereka kerana hanya membuang masa memanggil mereka apabila tidak ada asas untuk berbuat demikian, namun bagaimana jika ada yang bertindak sebaliknya?

Bagaimana jika ada pihak membuat laporan Khairul Azwan sengaja mahu memalukan ketiga-tiga tokoh berkenaan?

Ingat, ketiga-tiga tokoh berkenaan sudah menyerahkan kes dakwaan ‘bodoh’ Kairul Azwan ini kepada peguam mereka.


Polis boleh ‘bersihkan’ Khairul Azwan tetapi bagaimana ketiga-tiga tokoh itu mahu membersihkan nama mereka?

Cukup dengan kenyataan Khalid?

Atau kes ini ditutup supaya ia tidak berlanjutan agar ketiga-tiga tokoh itu tidak ditanya ‘perkara sebenar’ jika didakwa di mahkamah?

Bagi saya, apa yang dikatakan oleh Datuk A Kadir Jasin melalui blognya TheScribe A Kadir Jasin bahawa “laporan polis ke atas Abdul Gani, Zeti dan Abu Kassim adalah kes ujian (test case) dan pendahulu kerana peranan mereka dalam siasatan ke atas SRC International Sdn Berhad, “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Mohd Najib dan skandal 1MDB,” sangat relevan.

Kerana itu dengan kes ini tidak berlanjutan, perkara seperti di atas itu dapat dielakkan untuk diperkatakan di khalayak. Selamatlah mereka yang mungkin terpalit jika dibicarakan.

Cumanya seperti kata wartawan veteran itu, Pemuda (UMNO) mempunyai kepentingan (stake) yang tinggi dalam penjajaran (alignment) di kalangan pemimpin tertinggi UMNO yang melibatkan Pemuda sebagai pelakon utama. Kalau UMNO selamat, Pemuda akan menjadi pewarisnya tetapi kalau UMNO musnah kerana Najib, Pemuda terpaksa membangsat mencari perlindungan.

Namun dengan kedudukan pemimpin Pemuda UMNO seperti Khairul Azwan ini ‘berotak udang dan bagi tujuan publisiti murahan’ (istilah dalam blog A Kafir Jasin), jika terus bersikap sedemikian memang tidak layak untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

Patutlah Presiden UMNO dan Ketua Pemuda UMNO menjauhkan diri dengan mengatakan dawaan Khairul Azwan itu ‘tindakan peribadi’, bukan pendirian mereka.

Kesian dengan ‘Azwan Bro’ yang mungkin bertindak untuk menjadi ‘hero tetapi menjadi zero’.

Malah lebih memalukan, Ketua Polis Negara meletakkannya sebagai pemimpin yang membuat dakwaan terhadap tiga tokoh negara hanya berdasarkan ‘hearsay’, pembacaan daripada akhbar (media arus perdana?)  dan mendengar cerita (tong-tong  sampah UMNO yang bersepah di tepi-tepi jalan?).


Nasiblah... Pemuda UMNO hari ini bertuankan pemimpin yang hampeh dan memalukan pergerakan itu sendiri. Beliau juga turut memalitkan UMNO dengan bukti-bukti daripada  ‘khayalan dan laporan kantoi’. 

Yang nyata, apa yang dikatakan sebagai SERANGAN BIJAK kini menjadi SERANGAN????

Saya yakin and pasti tahu jawapannya....

Friday, April 11, 2014

BAGAIMANA KALAU BUKAN KHALID TETAPI MENTERI BESAR LAIN?


"Kalau benarpun apa untungnya menerbitkan berita sedemikian dan jika tidak benar, kesian kepada yang menanggungnya apabila fitnah dilemparkan. Kini Khalid dan puak Azmin sudah menjadi sasaran. Siapa lagi akan akan menjadi sasaran seterusnya?

Nampaknya berita ini lebih panas dari pencarian 'kotak hitam' MH370!

Beberapa blogger berpengaruh nampaknya mempercayai bahawa berita asal bertajuk ‘BEKAS PEREM,PUAN SIMPANAN MB TUNTUT RM3 JUTA’ oleh laman FMT lebih panas daripada berita kehilangan pesawat Perebangan Malaysia (MAS) itu.

Lebih panas apabila mditujukan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim

 Ia dikaitkan kemungkinan puak-puak Azmin Ali cuba membelasah Khalid dan memuatkan berita sedemikian.

Bagaimana kalau berita itu bukan seperti yang diramalkan?

Malah FMT tidakpun bermaksud untuk menghala ke arah itu.

Dengan kata lain, MB yang dimaksudkan bukan Menteri Besar Selangor!


Lihat petikan-petikan berikut:

1. Pemilihan didalam PKR semua orang tahu sudah menjadi medan mendedahkan pekung lawan masing masing. Pelbagai cara digunakan malah cerita didalam kain turut keluar asalkan dapat membuat pembunuhan character individu yang bertanding. Mungkin cerita ini ada kaitan dengan pemilihan PKR apatah lagi semua orang tahu berlaku pertelingkahan besar didalam PKR Selangor. Siapakah perempuan simpanan yang dimaksudkan? Siapakah MB yang dimaksudkan?

2. Sebelum ini, kisah perceraian Nurul Izzah telah dibocorkan oleh puak dari dalam PKR sendiri terdiri daripada kumpulan pro-Azmin Ali termasuklah Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin. Cerita tersebut disampaikan kepada blogger pro-UMNO dan apabila berita tersebut viral, cytro pro-UMNO dipersalahkan kerana kononnya melakukan fitnah. Hari ini, gempar pula dengan berita bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar menuntut agar diberikan RM3 juta selepas Menteri Besar tersebut gagal menepati janjinya. Siapakah perempuan simpanan itu dan siapa pula Menteri Besar yang dimaksudkan? Berita berkenaan dipangkalkan di PETALING JAYA. Sekaligus cuba memberi petunjuk bahawa Menteri Besar itu adalah Menteri Besar Selangor. 'Perempuan simpanan' yang paling terkenal walaupun kesahihannya belum diketahui adalah seorang wanita bernama Rahimah yang khabarnya adalah Pegawai Koordinator di Pejabat Menteri Besar Selangor selain turut memiliki beberapa buah syarikat perniagaan.

3. Mengapa berita ini dikeluarkan dan apakah kesannya kepada Khalid Ibrahim? Khalid Ibrahim dikenali sebagai Menteri Besar kedekut yang gagal mengeluarkan duit Kerajaan Negeri Selangor untuk membiayai operasi PKR. Beberapa kali cubaan menggulingkan Khalid Ibrahim gagal oleh para pemimpin PKR termasuklah yang terbaru, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sendiri. Agak menarik ialah, pro-PKR kelihatan tidak begitu teruja dengan berita ini walaupun ada seorang dua yang memetiknya sambil cuba menghalakan kepada beberapa orang Menteri Besar dari kalangan pimpinan UMNO.

4. Betulkah berita yang dilaporkan oleh FMT semalam berkenaan seorang perempuan simpanan MB menuntut wang berjumlah RM 3 juta itu adalah perempuan simpanan Menteri Besar Selangor ? Mengapa berita ini dikeluarkan semasa pemilihan PKR akan berlangsung tak lama lagi dan apakah kesannya kepada Khalid Ibrahim? Secara teorinya adakah cerita 'skandal' Khalid Ibrahim ini mempunyai kaitan langsung dengan kem Azmin Ali ??

Seorang rakan lama dari Pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam dan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat mengatakan, isu ini langsung tidak ada kaitan dengan Khalid.

Malah, mereka menafikan sekeras-kerasnya Azmin boleh buat perkara sebegini. Mereka tidak akan menggunakan isu peribadi seperti ini untuk ‘menjatuh atau menghalang Khalid daripada menang’.


Mahu percaya, beberapa blog sudah mengatakan sedemikian, tidak mahu percaya sukar juga

Cuma persoalannya, tidakkah kelak ia menjadi FITNAH kepada Khalid dan juga fitnah kepada Azmin jika benar penafian itu? 

FMT pula nampaknya ‘bermain selamat’ apabila sunyi sepi selepas ‘melemparkan batu sembunyi tangan’. Mereka mungkin ada bukti tetapi sengaja mahu merahsiakan biar spekulasi menjadi besar dan merebak cepat.

Untuk tujuan apa?

Kalau benarpun apa untungnya menerbitkan berita sedemikian dan jika tidak benar, kesian kepada yang menanggungnya apabila fitnah dilemparkan.

Kini Khalid dan puak Azmin sudah menjadi sasaran. Siapa lagi akan akan menjadi sasaran seterusnya?


Kita tidak mahu seperti yang berlaku kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dikatakan ditangkap basah di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan kemudian ada tiga isteri. Bukan sahaja berita seperti itu menjejaskan imej Ahmad Said tetapi seluruh keluarga mereka mendapat malu.

Jadi, kalau benar mahu mendedahkan kerana sebab-sebab yang meyakinkan FMT jangan main-main selindung.

Selain yang disebutkan oleh blog-blog yang disebutkan, laporan ohsedapnya tidak kurang juga hebatnya. 

Menurut blog berkenaan:

1. Khabarnya seorang Menteri Besar yang didedahkan ada skandal dengan isteri orang kini resah gelisah. Dia resah bukan kerana skandal itu sahaja tetapi dikhabarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sudah mengetahui gelagatnya itu. Sumber PMO berkata, isu Menteri Besar berkenaan mempunyai perempuan simpanan sudah sampai ke telinga Datuk Seri Mohd Najib Razak.

2. Khabarnya juga Najib akan menggunakan ‘senjata’ ini untuk urusannya dengan Menteri Besar berkenaan yang dikatakan sering menunjukkan ‘samsengnya’ dalam urusan dengan Kerajaan Pusat.

3. Dikatakan juga sejak kelmarin, selepas berita berkenaan dipetik beberapa blog (lihat sini, sini, sini)daripada sumber asal, beberapa orang kuat Pejabat Menteri Besar dan rakan-rakannya dikatakan cuba mengesan wanita berkenaan. Mereka berusaha memujuk wanita berkenaan supaya ‘berunding’ untuk menutup aib Menteri Besar berkenaan. Orang yang dekat dengan Menteri Besar berkenaan bimbang kerana ia mungkin menjejaskan reputasi ‘bos’ mereka yang dikatakan sedikit tercalar dengan beberapa isu sebelum ini.

Bagi saya, baik kita ikut nasihat blog ohsedapnya yang mengatakan “Kita tunggulah apa kesudahan dengan isu ini dan dapatkah MB berkenaan menyorok 'kemaluannya'!”


Monday, March 24, 2014

AZMIN GUNAKAN KEMENANGAN WAN AZIZAH SERANG KHALID…


"Beliau pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia. Malah memegang jawatan Ahli Parlimen selama tiga penggal...saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baharu bersama-sama Adun Selangor yang lain," 
- Tim Presiden PKR, Azmin Ali

Orang paling gembira Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri )DUN) Kajang tidak lain dan tidak bukan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Ini kerana Azmin kini sudah mempunyai ‘senjata’ lebih berkesan untuk menyerang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ‘perangnya’ dengan Menteri Besar Selangor itu.

Azmin akan terus menyerang Khalid selepas ini untuk menjamin beliau melepaskan jawatan.

‘Langkah Kajang’ yang diatur oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tergencat untuk dirirnya, tidak menghalang Azmin menggunakan kemenangan Wan Azizah untuknya meneruskan perjuangannya agar Menteri Besar Selangor digantikan

 Azmin dalam beberapa hari ini pastinya mengatur strategi sementara menunggu Wan Azizah mengangkat sumpah. Wan Azizah yang memenangi PRK N25 Kajang akan mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang baharu pada 7 April depan.

Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh berkata dengan pelantikan Wan Azizah itu, jumlah ADUN dalam kalangan wanita juga turut meningkat kepada 15 orang.

Wan Azizah yang diumumkan menang pada PRK N25 Kajang itu akan mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang baharu pada 7 April depan.

Wan Azizah mengalahkan lawannya, Datin Paduka Chew Mei Fun dari Barisan Nasional apabila meraihkan majoriti 5,379 undi.

Menggembirakan Azmi ialah kenyataan Anwar hari ini yang tidak menolak kemungkinan berlakunya perbincangan di peringkat pimpinan parti untuk melantik Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Walaupun tidak menyatakan secara langsung tetapi Anwar mengakui perbincangan untuk peralihan tampuk kerajaan negeri itu akan diadakan kelak.

"Hal itu mereka akan bincangkan melalui pimpinan negeri. Program Wan Azizah hari ini masih di Kajang. Langkah Kajang masih diteruskan yang mana Wan Azizah sekarang sudah menang di sana," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.


Spekulasi mengenai perubahan kerusi Menteri Besar Selangor kembali diperkatakan selepas PKR atau lebih tepat Wan Azizah berjaya memenangi pilihan raya kecil itu.

Kejayaan PKR menempatkan diri dalam DUN Selangor membuktikan Wan Azizah mempunyai kemampuan untuk meneruskan agenda 'langkah Kajang' yang dirancang parti itu.

Wan Azizah dikatakan mempunyai kelayakan untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya menerima sokongan majorti ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu.

Sebelum ini pada 15 Mac lalu, apabila diajukan soalan kepada Wan Azizah mengenai calon Menteri Besar Selangor, beliau menidakkan misi utama ‘Langkah Kajang’ bertujuan menukar Menteri Besar Selangor.

 Sebaliknya Wan Azizah yang juga Presiden PKR meminta soalan penukaran penukaran menteri besar itu diajukan kepada Azmin.

"Perkara ini kena tanya Azmin sendiri sebab itu kenyataan dia. Tapi pada saya jawatan itu tidak penting kerana niat saya hanya untuk berkhidmat dan memperkuatkan pasukan. Ada banyak perubahan dan pembaharuan yang kita boleh baiki dan itulah niat saya," katanya.

Wan Azizah pula pada 22 Mac lalu mengatakan beliau tidak berhasrat menjadi Menteri Besar Selangor jika ditakdirkan menang pilihan raya itu.

Baginya, beliau mahu memberikan kemenangan pada PRK selain mengatakanTan Sri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor.

Wan Azizah menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di DUN Kajang selepas perletakan jawatan mengejut wakil rakyat kawasan itu, Lee Chin Cheh.

Bagaimanapun kelayakan Anwar untuk bertanding telah terlucut selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata setakat ini tiada perbincangan dibuat berhubung hasrat untuk menukar Menteri Besar seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Fokus kita adalah menang dengan majoriti tinggi pada PRK Kajang kerana ia bukan sekadar PRK, sebaliknya satu referendum,” katanya.

Khalid pula enggan mengulas lanjut sama ada Wan Azizah akan menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor baharu sekiranya berjaya menjadi ADUN Kajang.

Malah menurut Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini, fokus Pakatan Rakyat (Pakatan) pada ketika ini adalah untuk memastikan kerusi DUN Kajang ini terus kekal menjadi milik PKR.

"Kita belum buat apa keputusan.. kita menangkan Datuk Seri Wan Azizah. Sebarang pengumuman akan diumumkan kelak. Jangan buat spekulasi. Tak boleh (nak jawab sekarang)," kata Khalid pada 11 Mac lalu.

Dikatakan juga bahawa Ibu pejabat PKR sudah dua kali meminta Khalid menandatangani surat letak jawatan sebagai MB sejak bulan lalu, namun Khalid enggan berbuat demikian.

PKR mengambil pendirian rasmi bahawa soal kedudukan Khalid sebagai MB hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Kecil DUN Kajang pada 23 Mac.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PKR termasuk Anwar sendiri telah mengeluarkan kenyataan membayangkan Ketua Pembangkang itu akan dicalonkan mengambil alih jawatan itu jika menang di Kajang. 

Namun impian Anwar untuk memecat Khalid tidak menjadi kenyataan apabila beliau disabitkan hukuman lima tahun penjara dan ia akan berkuat kuasa setelah keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan diketahui, kelak.

Bagi Azmin, dengan pengalaman Wan Azizah dalam politik, beliau yakin isteri kepada Ketua Pembangkang itu cukup bersedia untuk memikul tanggungjawab berkenaan.

"Beliau pernah menjadi ketua pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik Malaysia. "Malah memegang jawatan Ahli Parlimen selama tiga penggal...saya yakin beliau mampu memikul tanggungjawab baharu bersama-sama Adun Selangor yang lain," katanya.

Menurut Azmin, agenda menerusi rancangan 'langkah Kajang' akan diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Kata ADUN Bukit Antarabangsa itu, tindakan lanjut mengenai 'Langkah Kajang' akan dibincangkan dalam masa terdekat bersama sekutu Pakatan Rakyat di Selangor.

Persoalan kini apakah pemimpin Pakatan di Selangor akan tunduk kepada formula Azmin dan Anwar itu?

Friday, February 28, 2014

TIMBALAN PRESIDEN - KHALID SUDAH BERKERAT ROTAN CABAR AZMIN...


Apakah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merasakan hari-harinya berada dalam parti itu, termasuk menjadi Menteri Besar semakin singkat?

Atau apakah beliau membawa mesej bahawa kepimpinan Anwar-Azmin dalam PKR yang begitu dominan sekarang ini  perlu dihentikan?

Mengejutkan juga hari ini apabila Khalid mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan PKR sebagai timbalan presiden parti sekaligus menentang Mohamed Azmin Ali.

Walaupun Khalid mngatakan fokus utama perlu diberikan pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini sebagai salah satu langkah untuk memenangi jawatan tersebut, namun pengumuman awal sebegini pastinya mendatangkan banyak persoalan.

Kenapa beliau tidak menunggu selepas PRK Kajang untuk menutup pertelingkahan terbukanya dengan Azmin?

Khalid mengatakan ada pihak memintanya melawan Azmin. Siapakah pihak itu? Apakah mereka yang meluat dengan keakraban Anwar-Azmin?

Tidakkah Khalid bimbang sekiranya Anwar kalah, beliau akan dituduh mensabotaj Anwar dan usahanya mendapatkan sokongan bagi pertandingan parti akan menjadi lebih sukar?


"Saya akan terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggungjawab. "Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.

"Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan saya nak jadi timbalan presiden PKR," katanya pada Majlis Kasih Bertaut, di kediaman rasminya, malam ini.

Tambahnya, keputusan itu dilakukan berikutan menerima sokongan rakan dalam parti.

Dalam pada itu, Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang itu menasihatkan pengikutnya supaya menjadikan perkara itu sebagai fokus kedua.

"Saya sudah terangkan sebab menawarkan diri bertanding timbalan presiden PKR, saya harap rakyat menjadikan hal ini perkara kedua.

"Saya tak nak ada yang cakap menteri besar salah guna kuasa," katanya.

 Selain itu, Abdul Khalid juga menyatakan keputusan yang dilakukannya tidak melibatkan spekulasi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.

"Saya tak tahu pun Nurul Izzah nak bertanding atau menarik diri," katanya.

Amat jelas Khalid membuat keputusan berasaskan kedudukan dirinya yang sering tersepit gara-gara kewujudan Azmin yang dilihat sering membayanginya sebagai peenggantinya.

Khalid mengumumkan keputusannya melawan Anwar pada ketika bukan sahaja ura-ura Azmin menggantinya, malah mungkin ketika Anwar sudah berkira-kiranya 'melontar Khalid' dari kerusi Menteri Besar bagi membolehkannya meentadbir negeri itu untuk dijadikan contoh dalam usaha menakluki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Khalid bukan tidak perasan dengan mainan Anwar.

Kini dia sudah meluahkan keputusan dan menyatakan pendirinnya untuk 'berpatah arang...." dengan PKR.

Bagi Khalid, dia tidak rugi apa-apa kalaupun gagal dalam pemilihan kerana selepas PRK Kajang, Khalid akan ditunjukkan 'pintu keluar' oleh Anwar yang jelas begitu taksud untuk mendapatkan kerusi MB sebagai langkah pertama ke Putrajaya!

Sunday, February 2, 2014

SELEPAS JADI MB, ANWAR AKAN BALAS DENDAM TERHADAP PEGAWAI KHALID?


Kemuncak perang Twitter di antara pegawai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad membuktikan Khalid tidak boleh mengawal pegawai-pegawainya.

Malah, ia menggambarkan kebimbangan pegawai Khalid bahawa mereka akan ‘terlepas’ jawatan yang mereka pegang sekarang jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar menjadi Menteri Besar Selangor.

Dengan kata lain, jika Anwar benar-benar menjadi Menteri Besar Selangor, ramai pegawai Khalid akan ‘dicampak oleh Anwar’ keluar dari pejabat Menteri Besar, lebih-lebih lagi ada kritikan bukan sahaja ditujukan kepada Anwar, tetapi juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Anwar dan Azmin tidak akan melepaskan mereka begitu sahaja. Akan ada tindakan besar dan 'membalas dendam' terhadap mereka yang mengkritik atau cuba menggagalkan usaha Anwar!

Bermula Khamis lalu bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, seolah-olah membidas Ketua Pembangkang itu berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Faekah secara beralas menggesa Penasihat PKR itu meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 ekoran mahu bertanding di kerusi DUN Kajang.

Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.

Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.


Khalid semalam (1 Februari 2014) menafikan penglibatannya dalam kenyataan bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin, yang dikatakan membidas Anwar berhubung isu pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Faekah yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) dilaporkan meminta ahli politik dari luar Selangor agar belajar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan dan kenyataan. 

"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitternya Jumaat (31 Januari 2014).

Khabar angin bertiup kencang kononnya Khalid akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi memberi laluan kepada Anwar menggantikannya, susulan Anwar diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang.

Lee, yang meletakkan jawatannya pada 27 Jan lepas, dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan itu dibuat "demi kepentingan bersama dan bertujuan memperkukuh keupayaan Pakatan memberi khidmat kepada rakyat." Khalid berkata kenyataan Faekah menerusi akaun Twitter tidak mewakili beliau secara rasmi sama sekali sebab ia bukan daripada Pejabat Menteri Besar.

"(Kenyataan Faekah dalam Twitter) bukan mewakili saya, Yang mewakili saya ialah kenyataan akhbar rasmi (daripada Pejabat Menteri Besar). SMS (khidmat pesanan ringkas) dan komunikasi menerusi internet (media sosial) bukan kenyataan rasmi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama penyokong bola sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, di Shah Alam semalam.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Faekah itu yang seolah-olah membidas Anwar susulan perkembangan kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Jan lepas.

Ia menjadi panas apabila Nik Nazmi membidas tindakan Faekah, yang kemudian tampil mempertahankan kenyataannya di laman sosial sama.

"Nasihat yang baik dari mantan setiausaha politik juga. Kempen minima di Kajang, jimat kos," katanya yang dipetik dalam laman Twitternya, petang semalam.


Terdahulu, Nik Nazmi menerusi laman mikro Twitternya berkata, Faekah tidak perlu bercakap soal politik ekoran tidak lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kata sudah bukan Setiausaha Politik, tapi masih banyak cakap soal politik. Anda perlu tahu masa anda sudah tamat," tulisnya.

Walaupun Faekah dilihat cuba mempertahankan Khalid daripada segenap aspek, namun bekas majikannya itu tidak bersetuju medium laman sosial digunakan bagi tujuan itu.

Menurut Khalid, penggunaan laman mikro Twitter sebagai alat komunikasi dalam konteks ini boleh mencetuskan kemarahan awam.

"Saya juga mengharapkan kita tak boleh guna itu (laman sosial), sebagai satu usaha untuk membangunkan atau menjatuhkan orang lain. Satu usaha yang mungkin mencetuskan kemarahan dan juga mencetuskan rasa tidak percaya dan juga cuba menyokong sama lain.. juga sebagai satu alat komunikasi," katanya pada sidang media di kediamannya.

Faekah aktif membuat serangan balas di laman sosial Twitter apabila pentadbiran Adun Pelabuhan Klang terbabit mendapat kritikan keras daripada pimpinan PKR.

Sebelum ini, Faekah telah membela Khalid dengan menyifatkan pihak yang mengejar jawatan itu bernafsu besar dan pemimpin politik "luar" daripada Selangor perlu mempelajari undang-undang negeri itu.

Perkara ini semakin panas selepas Azmin meminta Faekah tutup mulut. Faekah sebelum ini beberapa kali membidas Azmin berhubung isu PKNS.

Dalam perkembangan sama, Khalid menjelaskan, kenyataan Faekah itu adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili dirinya. "Tidak, biasanya mewakili saya melalui kenyataan akhbar…” selain itu, Abdul Khalid juga berkata tidak pernah merasa tersepit ekoran timbulnya kemelut PKR di Selangor.

Tuesday, July 17, 2012

PEKONG BERNANAH PKR MELETUP...ANWAR, AZMIN TIDAK MAMPU KAWAL LAGI

Gelak selagi boleh gelak Tan Sri...lepas PRU ke-13 nanti Tan Sri pula kena gelak.
Kami menyatakaan rasa kecewa ke atas kerajaan negeri yang mengambil tindakan sendiri dalam isu ini tanpa rundingan dengan pimpinan parti Selangor...kami ingin menasihat kerajaan negeri Selangor supaya lebih terbuka dengan kritikan terutama (berhubung) kerahsiaan dalam hal ini."
 - Zuraida Kamaruddin, Timbalan Pengerusi PKR Selangor

Mungkin benar dan mungkin tidak benar!

Itu masalah lain. Ia boleh diperkatakan dengan panjang lebar mengenai ketidakpuasan hati pemimpin PKR dengan Menteri Besar Selangor.

Namun, perletakan jawatan Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR Latheefa Koya sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam  memenyerlahkan lagi pertelingkahan yang wujud dalam pentadbiran Selangor khususnya peranan Menteri Besar dan hubungannya dengan parti yang melantiknya.

Pertelingkahan yang bertali-arus dan kelemahan-kelemahan yang terbongkar satu persatu bukanlah sesuatu yang disebabkan oleh UMNO atau Barisan Nasional tetapi kelemahan PKR dan kerajaan negeri sendiri.

Latheefa yang meletak jawatan berkuat kuasa serta merta bukan kerana kerelaannya dan jauh daripada keikhlasan untuk menumpukan kerja parti atau sebagainya.

Latheefa meletakkan jawatan serta merta sebelum Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecatnya.

Laporan menyebut beliau akan disingkir daripada jawatan itu. Apakah berita ini sebagai berita karut, spin dan sengaja diada-adakan?

Kenyataan-kenyataan dari Latheefa, Khalid atau juga pemimpin PKR lain diputarbelitkan?

Baca kenyataan Latheefa berikut:

Saya faham bahawa kamu dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ. Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan,"

MalahFree Malaysia Today sebelum ini dengan memetik sumber melaporkan, Khalid sendiri mengusulkan cadangan untuk membuangnya.

Jadi apa cerita? Ceritanya ialah ini baru satu negeri diperintah oleh PKR sudah membuktikan ada pertelingkahan dalaman yang berbagai.

Bayangkan kalau banyak negeri dan semakin lama PKR memerintah.Hancur lebur jawabnya!

Khalid menganggap tindakan Latheefa meletak jawatan sebagai anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam adalah keputusannya sendiri dan bukan keputusan kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya juga masih belum menerima surat rasmi daripada Latheefa berhubung peletakan jawatannya itu.

Khalid enggan mengulas lanjut sama ada punca peletakan jawatan Latheefa disebabkan desakan daripada parti sendiri, beliau berkata perkara itu juga akan dibincangkan pada mesyuarat Exco esok.

Yang pasti, kejadian ini menimbulkan banyak pertanyaan, termasuk daripada Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin yang mendakwa kerajaan negeri tidak membuat rundingan dengan pimpinan parti itu berhubung peletakan jawatan Latheefa itu.

Kami menyatakaan rasa kecewa ke atas kerajaan negeri yang mengambil tindakan sendiri dalam isu ini tanpa rundingan dengan pimpinan parti Selangor," katanya yang mahu Latheefa menimbang semula peletakan jawatan itu.

Latheefa dianggap memainkan peranan penting dalam "memacu budaya politik baru di dalam parti dan juga di dalam PBT (pihak berkuasa tempatan).

"Berhubung perkara sama, kami ingin menasihat kerajaan negeri Selangor supaya lebih terbuka dengan kritikan terutama (berhubung) kerahsiaan dalam hal ini," kata Zuraida.

Bercakaran berterusan nampaknya kepimpinan PKR Selangor…entahlah sampai bila dan ternyata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sukar untuk memperbetulkannya.

Rakyat muak dengan perkara seperti ini dan kerana tidak dapat ditutup lagi, ia meletup dan membuak.

Kalaulah dapat ditutup, ia akan ditutup rapat-rapat agar rakyat tidak mengetahui pergolakan di dalam.

Namun pekong semakin bernanah dan tidak boleh diselindungi lagi…

Friday, May 4, 2012

KHALID MEMANG TAHU & LIHAT RAKAMAN SEKS AZMIN ALI LEBIH AWAL?

 
"Saya kecewa kerana ianya (komen Khalid) akan kecilkan hati Azmin yang banyak berjuang dalam parti. Saya kesal, sepatutnya Menteri Besar seharusnya lebih berhati-hati dalam memberi komen agar tidak memberi tanggapan negatif kepada masyarakat umum atau media. Dalam persediaan menghadapi pilihan raya, kita mesti duduk dalam satu saf...saya kesal sedikit," -  Zuraida Kamaruddin

Khalid Ibrahim ini jenis tidak pedulikan saf kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apa lagi pakatan pembangkang.

Khalid Ibrahim lepas tangan dan buka ruang untuk masyarakat kritik pemimpin dan parti.

Khalid Ibrahim tidak berhati-hati memberikan komen.

Khalid Ibrahim kecilkan hati Azmin.

Itu antara kata-kata  Mak Lampir mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim MEMANG LEPAS TANGAN dalam isu pemimpin kanan parti PKR melakukan aksi panas bersama seorang wanita.

Hari ini Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini membuat onar menuduh seorang Menteri memberikan sejumlah wang kepada seorang artis menyatakan kekecewaan dengan sikap sambil lewa Khalid berhubung penyiaran berita dan gambar yang mengaitkan isu moral Timbalan Presiden parti, Mohamed Azmin Ali.


Sah sudahlah  apa yang diperkatakan sesetengah blogger bahawa Khalid memang 'tidak mahu komen' apa-apa yang menimbulkan pendapat umum bahawa Menteri Besar itu seperti mengiakan apa yag dilakukan Azmin.

Apakah Khalid tahu mengenai rakaman itu dan sudah melihatnya lebih awal?

Menurut Zuraida, ulasan ringkas Abdul Khalid boleh memberi ruang kepada masyarakat untuk membuat tafsiran negatif.

"Saya beranggapan respon Menteri Besar terhadap isu Azmin agak mengecewakan bagi pihak kami. Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid pada sidang medianya Rabu lalu yang hanya menjawab 'no comment' apabila ditanya pemberita mengenai isu penyiaran gambar dan berita yang mengaitkan Mohamed Azmin bersamaseorang wanita.

Selain itu Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menegur Abdul Khalid agar lebih berhati-hati dalam memberi kenyataan khususnya kepada media.

"Jadi saya kecewa kerana ianya akan kecilkan hati Azmin yang banyak berjuang dalam parti. Saya kesal, sepatutnya Menteri Besar seharusnya lebih berhati-hati dalam memberi komen agar tidak memberi tanggapan negatif kepada masyarakat umum atau media.

Dalam persediaan menghadapi pilihan raya, kita mesti duduk dalam satu saf...saya kesal sedikit," katanya berulang kali.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan blog papagomo.com yang menyiarkan gambarseorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas. Asalnya gambar itu disiarkan oleh sebuah blog lain (gambar kiri).

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh Umno sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

Wednesday, August 24, 2011

MAJLIS SYURA - KHALID IBRAHIM KANTOI LAGI...

Pandai-pandai je kamu menggunakan nama Sultan Selangor wahai Khalid!

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam melalui kenyataan Setiausaha Sulitnya bertitah, kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bahawa baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, apa yang berlaku dalam pertemuan itu ialah Abdul Khalid menyembah maklum kepada Sultan Selangor hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama.

Maknanya Sultan Selangor menafikan baginda mahu Majlis Penasihat Syura ditubuhkan. Dengan kata lain Khalid memandai-mandai menggunakan nama Sultan Selangor. Untuk apa? Kita tidak tahu. Meredakan ‘politik gereja’ di Selangor?

Atau Khalid ambil hati ‘pemimpin Kristian di dalam kerajaannya, khususnya DAP dan penyokong kuat DAP, iaitu PAS.

Semalam pula kenyataan Kerajaan Negeri menyatakan kesalnya dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama 'Majlis Syura' bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Methodist Church di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Justeru itu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui oleh MAIS.

Matlamat asal tidak berubah, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa ini tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Khalid dan DYMM Sultan Selangor.

Kerajaan Negeri berharap perubahan nama ini akan dapat merungkai sebarang kekeliruan yang wujud dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu DUMC dan JAIS bagi kesejahteraan rakyat jelata.

Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada DYMM Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini.

Sebelum ini Khalid menegaskan penubuhan Majlis Penasihat Syura dicadangkan Sultan Selangor semasa perbincangan beliau dengan baginda pada minggu lalu.

Katanya, Majlis Penasihat Syura itu akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu kerana disyaki terdapat orang Islam menyertai upacara makan malam yang dianjurkan oleh gereja itu.

Ini, kata Abdul Khalid, bagi mendapat penjelasan daripada pihak gereja mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu dan beliau bercadang untuk membawa bersama Mufti Negeri, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Hakikatnya, Sultan Selangor tidak menghalang hasrat Datuk Menteri Besar Selangor memanggil pihak gereja bersama-sama dengan Mufti Selangor tetapi baginda menasihatkan Menteri Besar menjemput sekali Timbalan Mufti Selangor (Datuk Abdul Majid Omar) untuk memberi nasihat bagi perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam syariah.

Malah ia tidak sepatutnya menyentuh sama sekali isu pemeriksaan gereja oleh JAIS.

Amat jelas di sini Khalid silap kerana baginda tidak menitahkan atau menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan Majlis Penasihat Syura dan apa yang dikatakan Khalid adalah tidak benar.

Amat jelas pendirian Sultan Selangor berkaitan dengan Majlis Penasihat Syura ataupun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan.

Ini kerana Negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor, JAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Dengan kenyataan Sultan Selangor ini, rakyat Selangor kena faham di mana sebenarnya kedudukan Khalid dan apa sebenarnya yang mahu dilakukan Khalid dalam soal toleransi beragama di negeri Selangor.

Khalid seboleh-bolehnya 'mahu tunduk' kepada desakan DAP dan sanggup menggunakan nama Sultan Selangor demi kuasa!

Juga di mana kedudukan Kerajaan Selangor yang diterajui PKR dalam konteks Gereja, JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor?

Khalid, Khalid....

Friday, August 5, 2011

JAIS PERTAHAN TINDAKAN, KHALID SAMAD GANYANG DR HASSAN...

"Tindakan JAIS adalah satu tindakan yang tidak beretika dan perlu menerima hukuman yang berat. Inilah hasil didikan penjajah dan pentarbiayahan songsang selama ini...” - Pemimpin PAS

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan tindakannya melakukan serbuan pada majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu pada ketika Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mahukan tindakan tegas terhadap Exco agama Islam Kerajaan Negeri Datuk Dr Hassan Ali.

JAIS berharap isu serbuan berkenaan tidak dipolemikkan kerana ia dibuat demi menjaga kepentingan umat Islam dan jika perkara ini tidak dikontroversikan, tiada sebarang tangkapan sebaliknya hanya pemeriksaan.

JAIS akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan sediakan laporan nanti selepas siasatan selesai. Siasatan terhadap 12 orang berkenaan akan diteruskan.

Beliau mengulas mengenai gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Kelmarin (Rabu) penguatkuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam. Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu menurut blog sungai rapat online mengatakan Khalid Samad terus menjauhkan kepimpinan Pas Selangor daripada kenyataan Dr Hassan yang mempertahankan tindakan JAIS sambil berkata majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utara bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.

Khalid Samad menegaskan pandangan Hasan yang dikeluarkan petang semalam adalah menyeleweng daripada Islam dan bukan pendirian Pas Selangor, sekali gus memperlihatkan perpecahan yang mendalam dalam hubungan kepimpinan parti itu di peringkat negeri itu.

“Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Ini bukan pendirian Pas. Ia pendirian beliau sebagai Exco yang tidak bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama,” katanya.

Sehubungan itu Khalid Samad selaku Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor akan mengesyorkan Datuk Dr. Hassan Ali dikenakan tindakan yang keras di atas perbuatannya itu.

Selain itu beberapa pemimpin Pas Selangor yang pro- Khalid Samad seperti Khairuddin Othman terus 'mencincang lumat' Hassan Ali tanpa usul periksa asalkan Dr Hassan dilihat bersalah dalam isu gereja demi menjaga hati sahabat sebantal mereka DAP.

Beberapa pemimpin PAS bercakap dalam sidang media di pejabat Khalid Samad di Shah Alam hari ini, Islam tidak membenarkan sama sekali umat Islam memasuki gereja walaupun apa pun yang mereka lakukan.

Kata pemimpin PAS berkenaan: "Tindakan JAIS adalah satu tindakan yang tidak beretika dan perlu menerima hukuman yang berat". Inilah hasil didikan penjajah dan pentarbiayahan songsang selama ini....

ISU GEREJA – KENAPA KHALID IBRAHIM TERGESA-GESA MINTA MAAF?

"Saya memberitahu beliau (Pastor Daniel Ho) bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima..." - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Pendedahan oleh Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam sepatutnya diambil perhatian berat oleh Kerajaan Selangor.

Sebaliknya. Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya malam kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan, :" kata Khalid.

Kenapa Khalid begitu tergesa-gesa dan takut kepada paderi kanan berkenaan? Khalid takut paderi atau DAP?

Ternyata selepas ini PAS Selangor akan berdepan dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP sekali lagi dan Dr Hassan mungkin akan dianggap mendatangkan masalah kepada kerajaan Selangor.

Malah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka akan ditanya mengenai perkara ini.

Kita menunggu apa pula kata Khalid Samad dan konco-konconya terhadap Dr Hassan. Apakah Dr Hassan akan dibelasah oleh Khalid yang mempertahankan tindakan Menteri Besarnya yang akan menyebabkan Dr Hassan akan dikenakan tindakan atau amaran keras?

Hassan membuat pendedahan selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist berkenaan dan maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.

Laporan Malaysiakini menyebut, Dr Hassan berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.

Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO malam semalam bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Menurutnya, majlis itu juga bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.

Persoalannya, tiada tempat lainkan bagi 12 individu itu berbuka puasa?

Atau kalau miskin sangatpun, kenapa Gereja dijadikan tempat berbuka puasa?

Atau juga apakah Kerajaan Selangor lalai untuk mendekati 12 ‘individu miskin ini’ sehingga terpaksa berbuka puasa di Gereja?

Saturday, July 3, 2010

PKR BERDEPAN RISIKO PERPECAHAN

"Pentadbiran Abdul Khalid dilihat sebagai penyumbang kepada perpecahan di kalangan anggota-anggota Parlimen dan ADUN mereka sehingga ada antara mereka yang melompat parti...gerakan untuk menjatuhkan Abdul Khalid itu telah lama dilakukan, cumanya sekarang ia dilakukan dalam keadaan yang lebih terbuka," - Asri Salleh, penganalisis politik.

Pengagihan kuasa dalam pentadbiran dan politik di kalangan pimpinan PKR di Selangor dilihat oleh pemerhati politik bahawa parti itu akan berdepan dengan risiko perpecahan.

Kebimbangan mereka itu berikutan pelantikan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi PKR Negeri kerana ia memperlihatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah hilang kredibilitinya sebagai seorang Menteri Besar yang sepatutnya mentadbir negeri dengan kuasa mutlak.

Pada 27 Jun lepas, Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak diumumkan sebagai Pengerusi PKR Selangor menggantikan Abdul Khalid berkuatkuasa serta merta oleh Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Shah Alam, Selangor.

Menurut pemerhati politik keputusan itu juga mengambarkan bahawa PKR cuba mengadakan pengasingan kuasa antara jawatan Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri dengan Mohamed Azmin diberikan kuasa politik manakala Abdul Khalid diberikan kuasa eksekutif.

Perkembangan itu secara tidak langsung menyebabkan Abdul Khalid yang juga ADUN bagi kawasan Ijok dilihat seperti "hilang taring" kerana beliau kini tidak lagi mempunyai kuasa atau pengaruh dalam politik di negeri itu.

Seorang pemerhati politik, Asri Salleh berkata pengasingan kuasa antara jawatan Pengerusi PKR Selangor dan Menteri Besar bakal mencetuskan konflik yang lebih besar khususnya di peringkat membuat keputusan dan ia dikhuatiri boleh boleh menyumbang kepada kejatuhan pakatan pembangkang di Selangor.

Perkembangan ini, katanya, seolah-olah wujud dua nakhoda mengemudi sebuah bahtera yang bakal menimbulkan masalah kerana kebiasaanya mereka yang memegang jawatan Pengerusi parti di peringkat negeri akan juga memegang jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri, kata Asri yang juga Pensyarah Sains Politik di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun, Terengganu itu kepada Bernama, di Kuala Lumpur.

Komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac 2008 pula menunjukkan bahawa daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, 36 kerusi DUN adalah milik pembangkang dan daripada jumlah itu, PKR mempunyai 15 kerusi, DAP (13) dan PAS (8) sementara Barisan Nasional (BN) dengan 20 kerusi.

Pada masa ini, komposisi DUN Selangor menyaksikan BN menambah satu lagi kerusi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 21 manakala PKR yang sebelum ini mempunyai 15 kerusi DUN, telah kehilangan satu kerusinya apabila ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan keluar parti dan menyertai BN pada 29 Okt tahun lepas.

Asri berkata pengasingan kuasa itu juga dilihat akan menambahkan lagi keretakan yang sedia ada dalam PKR Selangor.
Katanya, ekoran pelantikan tersebut, implikasi yang dapat dilihat bakal berlaku terhadap parti itu ialah penyokong parti PKR akan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang menyokong Menteri Besar dan kumpulan yang menyokong Naib Presiden PKR itu.

"Kita juga melihat kebergantungan rakan lain iaitu DAP dan PAS kepada PKR. Katakanlah jika berlaku perpecahan dalam PKR, ia akan memberi kesan yang buruk kepada pakatan pembangkang di Selangor yang mana akan mewujudkan senario lompat parti di kalangan Anggota Parlimen dan ADUN kerana krisis keyakinan kepada kepimpinan," katanya.

Bagaimanapun, selepas pengumuman itu dibuat, Abdul Khalid yang juga Anggota Parlimen Bandar Tun Razak menafikan bahawa tindakannya berundur daripada mengetuai PKR Selangor disebabkan tekanan daripada pihak tertentu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Sebaliknya, Menteri Besar itu berkata aktiviti pentadbiran negeri telah membataskan masanya untuk memberi tumpuan kepada usaha-usaha memantapkan parti itu dan turut mengakui kekurangan pengalamannya dalam politik memungkinkan jawatan tersebut diberikan kepada Mohamed Azmin.

Bagaimanapun, menurut Asri, dalam perspektif lain, pelantikan Mohamed Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor juga dilihat sebagai orang yang diberikan tanggungjawab untuk menyelesaikan segala keretakan dalam PKR Selangor.

"Pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini dilihat sebagai penyumbang kepada perpecahan di kalangan anggota-anggota Parlimen dan ADUN mereka sehingga ada antara mereka yang melompat parti. Makin lama Abdul Khalid duduk di atas, makin banyak anggota yang berpecah," katanyanya.

Beliau juga tidak menolak bahawa pelantikan tersebut juga boleh dilihat sebagai salah satu usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar tersebut.

Katanya, gerakan untuk menjatuhkan Abdul Khalid itu telah lama dilakukan, cumanya sekarang ia dilakukan dalam keadaan yang lebih terbuka.

"Ini adalah permulaan secara terang-terangan untuk menjatuhkan Abdul Khalid dan saya melihat sekarang ialah masa untuk direalisasikan agenda tersebut.

Sememangnya kumpulan untuk menjatuhkan Menteri Besar itu memang wujud. Cumanya dahulu ia dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan sekarang ada pihak yang telah mula menonjolkan diri," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemerhati politik Prof Madya Shaharuddin Badaruddin berkata pengasingan kuasa tersebut dilihat bakal mewujudkan satu risiko perbezaan pendapat yang ketara di antara Mohamed Azmin dan Abdul Khalid.

Beliau melihat pelantikan itu lebih kepada soal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Abdul Khalid dan ia akan mewujudkan perbezaan pendapat ketara di kalangan mereka dan sekiranya ia dapat mewujudkan kestabilan dan kebaikan, maka itu adalah baik, katanya kepada Bernama.

Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Shah Alam itu berkata percubaan PKR itu untuk mengasingkan kuasa di antara parti dan pentadbiran kerajaan negeri mungkin akan membuahkan hasil yang baik sekiranya perbezaan pandangan dapat diatasi.

Dalam pada itu, Shaharuddin tidak menafikan bahawa perlantikan Mohamed Azmin itu juga dilihat bersifat untuk mengawasi dan menegur kerajaan negeri di mana parti boleh menegur kerajaan untuk penambahbaikan implikasinya lebih buruk jika perbezaan pendapat di antara kerajaan dan parti tidak mencapai kata sepakat.

Bernama

Saturday, June 26, 2010

KEMELUT POLITIK PKR SELANGOR SUDAH TERLALU PARAH?

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan bahawa wujudnya sekumpulan 15 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyingkirkan beliau hanya satu spekulasi.

Ini kerana hingga kini beliau tidak menerima apa-apa memorandum atau surat bantahan daripada mana-mana pihak yang menggesa supaya beliau berundur.

Ditanya sekiranya ada pihak yang akan menghantar memorandum kepadanya bagi mendesak agar beliau melepaskan jawatannya, Abdul Khalid berkata: "Saya akan terima dan baca."

Isu wujudnya perbalahan di Selangor kembali timbul apabila Naib Presiden PKR, Azmin Ali bertindak melepaskan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Rabu lalu.

Dilaporkan antara sebab Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mengumumkan pengundurannya daripada PKNS kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan Abdul Khalid yang tidak merujuk kepada kepimpinan tertinggi PKR.

Dikatakan juga beliau turut tidak berpuas hati dengan keputusan Abdul Khalid melantik Faekah Husin sebagai Setiausaha Politiknya bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Itu kata Khalid. Namun, ada khabar mengatakan beliau akan disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Ia akan dilakukan dalam masa terdekat.

Permukiman dua hari PKR yang akan diadakan Shah Alam mulai hari ini dan esok dikatakan medan untuk ‘menyerang’ Khalid. Malah, ia juga medan untuk menyuruhnya turun daripada kedudukannya sekarang.

Khalid kini tidak mempunyai apa-apa jawatan penting dalam parti.

Yang pasti sejak beberapa hari lalu, beberapa akhbar, termasuk berbahasa Inggeris mengatakan sekumpulan 15 ahli parlimen daripada PKR bergabung tenaga untuk menyingkirkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, beberapa media menyebut semua anggota parlimen PKR itu mahu Khalid berundur dan melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Khalid, ketika menyampaikan hak milik tanah kepada penduduk di Kampung Sungai Yu, di Kuala Selangor semalam menganggap laporan itu hanya satu spekulasi.

Ditanya apa tindakan beliau sekiranya diberikan surat mengandungi desakan kumpulan itu, Abdul Khalid berkata: "saya akan terima dan baca".

Apapun, isu mengenai dakwaan ‘rampasan kuasa’ terhadap Khalid oleh sekumpulan ahli parlimen PKR, dijangka menjadi topik panas dalam permukiman parti itu di Shah Alam itu.

Bagaimanapun, naib presiden PKR, R Sivarasa berkata, pemukiman hanya akan membincangkan perkara-perkara berkaitan strategi parti untuk berdepan dengan pilihanraya umum akan datang.


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam pula berkata memang ada perbincangan dan desakan terhadap Menteri Besar Selangor mengenai hala tuju pentadbiran negeri itu pada sesi pertemuan baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau menolak dakwaan ada desakan pemimpin parti supaya Abdul Khalid berundur daripada jawatannya. “Memang ada perbincangan mengenai pentadbiran kerajaan Selangor dan isu parti, tetapi tidak pula ada desakan beliau berundur jawatan Menteri Besar.

“Kalau ada konflik masa perbincangan itu hanya perkara biasa, mana-mana parti pun sama. Cuma banyak desakan dilemparkan terhadap (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, mengenai keputusannya meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),” katanya semalam.

Pengarah Strategik parti itu, Tian Chua mendakwa, memang wujud desakan supaya Abdul Khalid melakukan rombakan membabitkan beberapa kakitangan penting di pejabat kerajaan negeri. Katanya, segelintir pemimpin parti mahu tenaga kerja itu dipecat kerana dipercayai dilantik ketika kepemimpinan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo.

“Ada desakan supaya kakitangan kerajaan negeri yang dilantik Barisan Nasional (BN) dipecat kerana gagal memberi kerjasama, tetapi kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya memecat mereka, jadi Abdul Khalid perlu bijak menanganinya,” katanya.

Ketua penerangan PKR Latheefa Koya pula mengesahkan bahawa salah satu daripada dua perkara dalam agenda permukiman tersebut ialah mengenai pentadbiran Selangor, dengan fokus khas untuk mencari jalan bagi parti menyalurkan lebih banyak input dalam dasar-dasar kerajaan negeri.

Sumber-sumber lain parti itu pula membayangkan bahawa pihak parti akan mendesak senarai baru ahli exco negeri, bagi membuka ruang kepada ahli PKR memainkan peranan dalam kerajaan negeri.

Selain isu ‘pemberontakan dalam PKR Selangor’ Khalid juga berdepan dengan kritikan terhadapnya dalam isu perkongsian kuasa pembangkang di negeri itu.

Model perkongsian kuasa dalam kerajaan Selangor - satu kerjasama antara PKR dan DAP - yang mempunyai hampir sama banyak wakil rakyat dalam kerajaan negeri akhir-akhir ini sering diperkatakan. PAS merasakan pihaknya sering diketepikan sementara PKR berusaha memperkukuhkan cengkamannya di Selangor sebagai persediaan untuk pilihan raya umum yang dikatakan tidak lama lagi.

Azmin turut dikatakan sebagai ketua ‘rampasan kuasa’ membabitkan kumpulan 15 ahli parlimen tersebut, selepas pemerhati politik mengesan tanda-tanda wujudnya hubungan semakin buruknya dengan Khalid.


Keadaan ini dikatakan memberikan kesan kepada imej parti.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya akan terasa bahang akibat pergeseran dalaman PKR dan kecacatan dalam politik Selangor perlu beliau perbetulkan.

Pilihannya bagaimana? Apakah mengekalkan kedua-dua – Azmin dan Khalid – atau memencilkan salah seorang daripadanya.

Perkembangan terbaru ini benar-benar menguji Anwar kerana kedudukan yang ‘telan mati emak dan luah mati bapak’ tidak akan mendatangkan kebaikan kepada PKR dan semestinya apa juga tindakannya akan mencalarkan maruah parti.

Bagaimanakah akan dilakukan kelak?

Mampukah Anwar menjamin ‘rambut dalam tepung yang ditarik tidak putus’ dan Azmin serta Khalid dapat diperbaikkan semula?

Sejauh ini nampaknya Azmin tidak boleh bersabar lagi. Diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid, Azmin kelmarin menafikannya tetapi mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir.

Persoalannya, apa juga penafian Azmin, dalam perkiraan ini apakah Anwar berani membelakangkan keakraban beliau dan Azmin selama ini sebaliknya terus mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor?

Monday, January 25, 2010

ZULKIFLI UMPAMA “ANJING YANG MENYALAK BUKIT’

Ahli Parlimen paling kontroversi masa kini dari Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, rakannya dari Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin boleh terus menyalak bukit tanpa perlu beliau menghiraukannya.

Malah Khalid berkata, Zulkifli yang menuduhnya (Khalid) mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan menghina agama Islam sebagai seorang yang tidak berfikiran terbuka.

Beliau berkata, tindakan Zulkifli itu juga mencerminkan sikap semulajadinya sebagai seorang yang suka bertindak tanpa usul periksa.

"Perumpamaannya mudah sahaja, walaupun ada anjing yang menyalak tapi kita akan tetap terus berjalan dan tak perlu menghiraukannya.

"Begitu juga dengan hal ini, saya tak perlu nak buat apa-apa terhadapnya, saya akan terus dengan cara saya dan mempertahankan tindakan saya," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Zulkifli yang membuat laporan polis terhadapnya kerana didakwa secara berterusan mengeluarkan kenyataan menghina Islam.

Laporan polis berkenaan merujuk kepada kenyataan Khalid dalam satu artikel disiarkan portal berita Malaysiakini bertajuk ‘Enakmen larang kalimah Allah ketinggalan.’

Menerusi artikel itu, Khalid dipetik sebagai berkata bahawa enakmen agama Islam yang melarang penggunaan kalimah Allah dan perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman.

Kenyataan Khalid itu merujuk kepada Enakmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

Berikutan itu, Zulkifli menggesa polis supaya menjalankan siasatan terhadap Khalid mengikut Akta Hasutan 1948 atau Seksyen 298 Kanun Acara Jenayah.

Bagaimanapun Khalid berkata, beliau tidak berkecil hati malah tidak mengendahkan tindakan Zulkifli itu.

"Bila masa pula saya perlekeh dan hina Islam? Bila saya cakap macam itu?

"Dia (Zulkifli) tak tahu isu sebenar tapi nak buat tindakan melulu dengan tuduh saya macam-macam," katanya kepada mStar Online hari ini.

Malah Khalid sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa undang-undang pentadbiran keagamaan bukan merupakan hukum yang bersifat 'qatii' atau mutlak yang tidak boleh diubah.

Selain itu, Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam berkata, sebelum ini beliau telah mengusulkan kepada kepimpinan PAS Pusat agar parti itu mengemukakan satu usul kepada Sultan Selangor supaya satu kajian semula dibuat terhadap undang-undang agama Islam di negeri itu.

Malah menurutnya, PAS juga mungkin akan mencadangkan supaya usul berkenaan diajukan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Baru-baru ini saya mengadap Sultan Selangor dan kami berbincang mengenai perkara ini.
"Baginda begitu mengambil berat mengenai isu ini dan Baginda juga menitahkan saya supaya mengemukan satu cadangan secara bertulis agar satu perbincangan khusus dan profesional dapat dibuat.

"Baginda begitu rasional dan sangat terbuka untuk mengkaji semua enakmen berkenaan agar menepati keadaan semasa," katanya.

Dalam pada itu Khalid berkata, Zulkifli sepatutnya berasa malu dengan Sultan Selangor yang melihat isu berkenaan secara lebih terbuka.

"YB (Yang Berhormat) Zulkifli kena malu dengan Tuanku. Baginda sangat prihatin malah sedia untuk mendengar pandangan," katanya.

Daripada mStar