Showing posts with label Mohd Saiful. Show all posts
Showing posts with label Mohd Saiful. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

RAYUAN SAIFUL - APA PULA HELAH BARU ANWAR?

Apakah akan ada helah baru Datuk Seri Anwar Ibrahim serta rakan-rakan yang menyokongnya selepas Pejabat Peguam Negara semalam memfailkan notis rayuan Mohd. Saiful Bukhari terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau 12 hari lalu?

Sehari selepas keputusan Mahkamah Tinggi membebaskannya, Ketua Pembangkang, itu menyatakan beliau tidak risau sama ada pihak pendakwa membuat rayuan atau tidak berhubung pembebasannya daripada pertuduhan liwat.

Sambil menegaskan bahawa rayuan itu bukan urusannya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau tahu bahawa ia diperuntukkan dalam undang-undang dan perlembagaan.

Beliau berharap tidak akan ada campurtangan jika Peguam Negara membuat rayuan. Campur tangan siapa agaknya yang dimaksudkan Anwar.

Apakah isu campurtangan ini akan menjadi senjata Anwar mempertahankan dirinya selepas ini setalah pada perbicaraan sebelum ini beliau meminta tangguh dan melakukan ‘pelbagai alasan’ untuk melengah-lengahkan perbicaraan?

Pada 9 Januari lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan yang dihadapinya selepas mendapati tiada bukti kukuh Saiful bagi menyokong keterangan.

Mohamad Zabidin berpendapat bahawa adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Selepas meneliti bahan bukti, Mohamad Zabidin berpendapat mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, Saiful tidak terjejas.

Di peringkat pembelaan bagi kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Apa yang dapat dilihat sejauh ini, peguam utama kepada Anwar, Karpal Singh dan Majlis Peguam sudah menggesa Peguam Negara agar tidak memfail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata sebagai peguambela beliau juga berhak, berdasarkan keterangan, menggesa AG agar tidak membuat rayuan.

Sekalipun rayuan dibuat bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim supaya AG mengemukakan rayuan, Karpal Singh berkata sebagai peguambela beliau juga mempunyai hak menggesa AG supaya tidak berbuat demikian.

"Cukup malang perkara berkenaan telah berlarutan hingga ke peringkat ini buat Saiful, tetapi sebaiknya negara dan semua terlibat menghentikan penghinaan terhadap Anwar dan keluarganya dan terus bergerak menangani isu-isu politik yang lebih penting yang menyentuh setiap orang," katanya.

"Perbicaraan ini dipanggil ibu segala perbicaraan di Malaysia dan saya kira tiga tahun (perbicaraan) adalah cukup lama dan ia perlu dihentikan demi kebaikan semua," katanya di rumahnya semasa pesta Pongal di George Town baru-baru ini.

Ternyata apa yang cuba disekat dan dihalang bagi membolehkan Saiful merayu tidak berjaya dan di sebalik keputusan pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang, Jabatan Peguam Negara semalam tetap memfailkan notis rayuan Saiful berdasarkan keterangan dan undang-undang, malah tidak mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.

"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi. Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.

Saiful sudah pasti menyambut baik tindakan Peguam Negara itu dan berharap laporan pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat mahkamah tertinggi menurut undang-undang akan terlaksana.

"Saya dan keluarga saya juga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Notis Rayuan tersebut, hak untuk aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi menurut undang-undang adalah terlaksana," katanya melalui laman blog yang disiarkan pada pukul 5.54 petang semalam.

Kepada Mohd Saiful dan keluarganya, masih ramai rakyat Malaysia yang berharap beliau akan mendapat pembelaan sewajarnya.

Dan proses pembelaan itu sudah bermula mulai semalam, Jumaat 20 Januari 2012.

Kita berdoa Allah akan menunjukkan siapa benar dan siapa berbohong dalam kes liwat Anwar terhadap Saiful ini.

Friday, January 20, 2012

KEPADA SIAPAKAH SAIFUL BOLEH MERAYU…

Jika pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak terbela atau mendapat hak merayu, ia adalah episod malang dan benar-benar menggambarkan betapa orang biasa tidak akan mendapat keadilan.

Bagi Saiful, rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depannya.

“Saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi dan saya berdoa agar Peguam Negara (Tan Sri Abdul Ghani Patail) mempertimbangkan permohonan saya ini," katanya.

Bagi Saiful, kalaulah beliau ada hak untuk memfailkan rayuan itu sendiri, beliau akan berbuat demikian tanpa menyusahkan individu lain.

Namun oleh kerana kuasa mutlak untuk memfailkan rayuan hanya terletak di tangan Peguam Negara, maka Peguam Negaralah yang berhak melakukannya.

Tidak seperti orang yang Saiful tuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari lepas, melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya, berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful.

Saiful semalam menghantar surat rasmi kepada Peguam Negara, meminta beliau memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lepas.

Mohd Saiful Bukhari menerusi blog miliknya mohdsaifulbukhari.blogspot.com menulis bahawa surat itu dihantar melalui peguamnya Tetuan Zamri Idrus & Co.

Beliau terpaksa menghantar surat rasmi memandangkan pihaknya belum mendapat maklum balas daripada Abdul Ghani berkenaan notis rayuan tersebut.

"Sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari Peguam Negara sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.

Peguam Negara mempunyai masa sehingga petang ini untuk memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.

Sunday, November 20, 2011

TAHNIAH MOHD. SAIFUL KERANA TERUS CEKAL

Di sebalik cabaran dan dugaan berdepan isu liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih mampu mencapai kejayaan dalam pelajaran apabila menerima Anugerah Sijil Dekan Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam.

Beliau yang mengikuti pengajian jarak jauh di UUM cawangan Kuala Lumpur dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Hal Ehwal Antarabangsa memperoleh purata nilai gred keseluruhan (CGPA) melebihi 3.50.

"Anugerah dekan ini membawa makna besar kepada saya, keluarga dan sahabat-sahabat saya. Ia memberi motivasi dan semangat terhadap saya untuk mengekalkan prestasi ini di samping meningkatkan potensi diri sehingga tamat pengajian.

"Walaupun terdapat beberapa pihak yang memandang hina terhadap saya berhubung kes liwat tersebut yang berjalan lebih tiga tahun, namun saya tetap cekal dan fokus terhadap pelajaran kerana saya juga ingin berjaya dalam hidup," katanya kepada Mingguan Malaysia pada Majlis Penganugerahan Sijil Dekan UUM di Kuala Lumpur, semalam.

Mohd. Saiful Bukhari, 26, adalah antara 72 pelajar pengajian jarak jauh UUM cawangan Kuala Lumpur menerima Sijil Anugerah Dekan dan Sijil Kecemerlangan Akademik universiti itu.

Anugerah disampaikan Naib Canselornya, Datuk Dr. Mustapha Ishak.

Saturday, December 11, 2010

SAIFUL BERSERAH KEPADA ALLAH, ANWAR KEPADA SIAPA?

Ramai mempertikaikan sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan apabila dia bersumpah dalam Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008 bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penyokong Anwar termasuk pemimpin PAS menuduh Mohd Saiful berbuat demikian kononnya kerana agenda politik yang bertujuan menjatuhkan bekas timbalan perdana menteri itu.
Namun apabila dia mengaku di Mekah mengenai kejadian liwat berkenaan, nampaknya tidak ada yang berani mempertikaikannya.

Apakah akan ada orang yang akan mempertikaikan sumpah Mohd Saiful di tanah suci dan mungkin di hadapan Baitullah?

Angkat sumpah yang dibuat Mohd Saiful berlangsung sehari sebelum Anwar umum diri bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh dilihat dan dinilai secara politik oleh banyak pihak.

Malah kata Agendaily, pemimpin PAS yang sudah bersekongkol dalam pakatan rakyat turut mempertikai kaedah sumpah laknat yang dilakukan Mohd Saiful.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi macam-macam alasan termasuk kaedah sumpah Mohd Saiful memegang al-Quran juga tidak tepat, bahkan Mohd Saiful dianggap bodoh berbuat demikian.

Hadi yang membuat dakwaan itu turut menghina pegawai agama yang terbabit dalam sumpah laknat itu.

“Ia suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 sebelum ini.

Ada menganggap kes itu menyamai zina dan perlu diadili di Mahkamah Syariah.

Kerana kes itu juga, pegawai Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi diusung PKR berkempen ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan kenyataan beliau hanya diarah hadir ke majlis itu bagi menyempurnakan angkat sumpah Mohd Saiful di hadapannya.

Justeru itu semakin ramai terutama mereka yang taksub kepada Anwar tidak mempercayai kebenaran sumpah laknat Mohd Saiful

Tetapi amat jelas akhir-akhir ini pemimpin PAS seperti Presiden, Musyridum Am dan beberapa pemimpin yang lain nampaknya ‘tidak berani; membuat komen apabila Mohd Saiful mengatakan beliau menggunakan sepenuh peluang di tanah suci untuk mencurah dan mengadu perasaan dan kekesalahannya mengenai kejadian liwat yang berlaku.

Dalam satu entri Zulkifli Nordin dalam blognya mengatakan beliau masih ingat ada di kalangan ‘pak jangoat’ dok bawak cerita Saiful dah lumpuh. Saiful dah kena sopak. Saiful dah tak boleh berjalan. Saiful badan penuh kudis buta. Saiful dah terbaring dengan mulut berbuih. Saiful dok terbaring menyebut-nyebut nama Bang Non..Bang Non. Saiful dok berjalan macam orang tak waras nak mintak ampun dengan pemimpin anugerah tuhan. Semuanya berpunca daripada tohmahan konon Saiful telah terkena laknat ALLAH akibat sumpah muhabbalah yang dibuat Saiful.

Menurut Zulkifli: “Pelbagai cerita dongeng dibawa. Malah pemimpin anugerah tuhan sendiri pernah memberitahu bahawa Saiful ini tinggal masa saja untuk hancur dilaknat, begitu pemimpin anugerah tuhan ceritakan bagaimana golongan agamawan mengkhabarkan kapada pemimpin anugerah tuhan yang menyampaikannya pula kepada teman. Maka ramailah para pak jangoat yang dengan bodoh mengangguk dan mena'amkan patwa pemimpin anugerah tuhan itu; dan menunggulah para pak jangoat untuk laknat itu turun.”

Zulkifli bertanya: “Di mana pemimpin anugerah tuhan? Dengan wajah yang semakin keruh dan kerut. Parti yang semakin hancur. Penyokong yang makin menjauhkan diri. Rakyat yang mula menyedari pembohongannya. Umat yang insaf tembelangnya. Kawan yang makin tersedar kelentongnya. Hanya golongan kafir yang makin merapati. Hanya penyokong antarabangsa termasuk dari golongan gay terus menyokong. Dan hari ini diisytihar oleh bini sendiri sebagai pemimpin anugerah tuhan. Apakah kelak nanti akan mengikut jejak Fir'aun, "ana robbukumul a'laa!!"? Na'uzubillah min zalik!!”

Bagi Mohd Saiful pula, berdoa di dua tanah suci iaitu Mekah dan Madinah menyebabkan beliau tidak melepaskan peluang berdoa dengan harapan Allah akan menunjukkan siapa yang benar!

Bukan mudah untuk seseorang untuk ‘menjatuhkan maruah dirinya sendiri’ dengan mengakui diliwat kerana isu ini mendapat perhatian seluruh dunia.

Berapa ramai yang berani tampil mengatakan perkara yang sebenar tanpa berlindung seperti Mohd Saiful?

Menurut beliau, kesempatan dan peluang berada di tanah suci digunakan secukup-cukupnya untuk beribadah, berdoa dan memohon pada Allah SWT.

Antara tempat-tempat mustajab yang beliau ambil peluang untuk berdoa termasuklah - Wukuf di Arafah, Mina, Makam Rasulullah, Raudah, Multazam, Rukun Yamani, Gua Hira' Jabal Nur dan banyak lagi.

Bagi Saiful, sudah dua tahun setengah dia menanti agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan dan beliau tabah menghadapinya. Biarpun belum selesai, beliau redha dan bersyukur dengan segala bantuan yang Allah berikan. Banyak hikmah di sebalik kelewatan, penangguhan demi penangguhan, katanya.

“Mungkin ramai yang telah dapat lihat hikmah di sebaliknya. Itulah kebesaran Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.”

Ujar Saiful, dia tidak mempunyai apa-apa kekuatan, kuasa, pengaruh, wang untuk berjuang, hanya Allah SWT tempat beliau mohon dan mengadu.

“Walaubagaimanapun, saya akan terus berdoa, istiqamah dan bersabar, tidak sesekali saya akan menyerah kalah! Kebenaran pasti akan bangkit jua akhirnya,”katanya.

Menurut laporan Agendadailylagi, Saiful yang mengalami berbagai-bagai tekanan berikutan tindakan Anwar suka membuat permohonan tangguh perbicaraan kes liwatnya berkata antara doa yang dipohon - agar terus diberi kekuatan untuk istiqamah dalam menegakkan kebenaran, diampuni dosa-dosa, kesejahteraan dan keselamatan keluarga, agama, umat, bangsa dan tanah air tercinta.
“Juga, mohon rakyat dibukakan Hijjab agar diperlihatkan yang HAQ dan dilenyapkan segala yang batil!,” katanya.
Mendengar dan mengambil pengajaran daripada tindakan Mohd Saiful bermuhabalah atau sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan, keyakinan semakin menyerlah di hati kita bahawa apanya yang diperkata dan diakui Saiful itu memang menimpannya.

Peliknya, sehingga ke hari ini Anwar masih tidak berani melakukan tindakan serupa sebaliknya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah supaya Mohd Saiful dikenakan Hukum Qazaf kerana membuat dakwaan diliwat tanpa bukti dan saksi menurut Islam.

Mungkin ada kebenarnya apabila Zulkifli menasihatkan: “Cukuplah para pak jangoat menghina ALLAH dengan memartabatkan manusia yang dituduh meliwat sebagai pemimpin anugerah tuhan. Cukuplah menggadaikan anak isteri untuk dagangan politik. Cukuplah menghina dan meludah bangsa sendiri. Cukuplah dengan menjual nama ALLAH Maha Esa untuk disyirikkan…Beban yang pemimpin anugerah tuhan pun tidak akan dapat menolong kamu. Bertaubatlah sebelum terlambat!

Tuesday, May 11, 2010

KONSPIRASI KE TEPI, LIWAT SAIFUL ATAU TIDAK?

Apa masalahnya Anwar?

Nak tunjukkan kononnya ada konspirasi? Soal penting ialah “U liwat Saiful atau tidak?”

Ini persoalan asas. Tidak payahlah wujudkan teori konspirasi dalam kes ini.

Dulu pun sama. Tun Dr Mahathir Mohamad juga diberitahu mengenai ‘perbuatan liwat’ lebih awal, sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa di mahkamah.

Pada peringkat awal, Dr Mahathir berang dengan semua orang kalau mengatakan Anwar ‘melakukan liwat’.

Saya sendiri pernah bertengkar hebat dengan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Menteri Pendidikan di pejabatnya di Damansara.

Saya dipanggil oleh Najib ke pejabatanya kerana sebuah ulasan yang saya tulis dalam akhbar Harian Watan, yang mempersoalkan siapa mempertahankan Najib, Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayob pada ketika Dr Mahathir mempertahankan Anwar dalam kes tuduhan liwat ini.

Najib merasakan saya cuba mengaitkan namanya kononnya wujud konspirasi untuk menjatuhkan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.

Namun akhirnya bekas Perdana Menteri sendiri mengakui Anwar meliwat.

Dengan gambar mata lebam dan kononnya wujud konspirasi oleh Dr Mahathir, pilihan raya umum 1999 menyaksikan pembangkang mendapat untung daripada penangkapan Anwar.

Kini giliran Datuk Seri Mohd Najib Razak pula menjadi mangsa tuduhan Anwar.

Skripnya lebih kurang sama. Kononnya wujud konspirasi kali kedua.

Bagaimanapun kali ini orang yang mendakwa diliwat atau lebih tepat pengadu tampil dengan beraninya dan berjumpa Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.
Berbeza dengan kes pertama apabila ‘yang kena liwat’ adalah mereka yang rapat dengan Anwar. Tiada laporan polis dan hanya siasatan dan dakwaan polis mengatakan ‘mereka diliwat’ oleh Anwar.
Semalam, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata. Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.
Amat jelas bahawa peguambela Anwar berusaha untuk mengaitkan perdana menteri dalam konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dengan tuduhan meliwat seorang bekas pembantu lelakinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengakui bertemu pembantu ketua umum PKR itu - Saiful Bukhari Azlan, selepas dia berkata diliwat oleh Anwar tetapi sebelum satu aduan polis dibuat pada Jun 2008.

Apa salahnya Saiful menemui Najib? Saiful menemui seseorang yang beliau yakin dapat membantu selain menjamin orang yang ‘meliwatnya’ dihadapkan ke muka pengadilan.

Najib sendiri menafikan campurtangan dalam kes tersebut.

Jadi apa masalahnya? Pertemuan itu mahu dijadikan bukti konspirasi?

Saiful memberitahu mahkamah semalam bahawa dia bertemu Najib pada 24 Jun - dua hari sebelum kenyataannya bahawa Anwar telah meliwatnya - satu jenayah di negara Islam - dan empat hari sebelum dia berjumpa polis.

Saiful telah menceritakan kepada Najib masalah yang dihadapinya. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan apakah masalah yang dihadapinya ketika itu.

"Perdana menteri terbabit. Terdapat konspirasi politik untuk menyingkirkan Anwar," kata peguam Karpal Singh di mahkamah semalam.

Karpal juga mencabar dakwaan Saiful yang dia diliwat, dengan menegaskan bahawa ia tidak disokong oleh satu laporan perubatan.

Perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dijadual berterusan hingga Ogos depan.

Saiful memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara - hukuman yang sekaligus akan menamatkan karier politik ketua pembangkang berkenaan.

Thursday, February 18, 2010

TUDUHAN TERHADAP ANWAR TIDAK BERNIAT JAHAT

(Terkini)

Mahkamah Rayuan mendapati pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan penyalahgunaan proses mahkamah.

Ini bermakna Ketua umum PKR itu gagal dalam rayuannya semalam di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Hari ini, di Mahkamah Tinggi ,
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menegaskan beliau tidak akan mengundurkan diri kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa oleh pihak peguam bela.

"Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.
Mohamad Zabidin berkata untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.

"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.

Dengan keputusan tidak mengundurkan dirinya, perbicaran kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri itu akan bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat disoal siasat oleh peguambela Anwar.

Anwar membuat permohonan penangguhan Rabu lalu setelah mendakwa hakim berkenaan berat sebelah dan menipu kerana gagal bertindak ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan perbicaraannya.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut menangguhkan perbicaraan kes liwat terhadap Anwar 25 Mac depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu sementara menunggu rayuan Anwar untuk mencabar keputusan beliau tidak mengundurkan diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat ketua umum PKR itu.

Di Mahkamah Rayuan semalam, Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin menjelaskan semalam bahawa tiada kes untuk mahkamah itu membenarkan rayuan tersebut.

Beliau juga memutuskan bahawa laporan perubatan hanyalah untuk menyokong kerana ia juga perlu disokong oleh keterangan lisan, forensik dan bukannya semata-mata laporan itu sahaja.

Hakim Abu Samah juga berkata, mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu menyalahgunaan proses mahkamah.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah sendiri yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma’ah.

Berikutan tuduhan liwat itu adalah lengkap, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan itu semalam.

Mahkamah Rayuan menerima hujahan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden bahawa laporan perubatan di mana Anwar bergantung untuk menyokong permohonan membatalkan pertuduhan terhadapnya itu tidak meyakinkan.

Anwar, 63, telah memohon tuduhan liwat terhadapnya dibatalkan atas dasar penemuan dalam laporan perubatan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, yang menyatakan tiada hasil klinikal yang tepat menunjukkan berlakunya penetrasi.

"Laporan perubatan bukan satu-satunya bukti terhadap Anwar. Ia hanya keterangan sokongan mengenai apa yang hendak disampaikan oleh doktor,” kata Abu Samah dalam penghakimannya.

Katanya, afidavit pendakwaan telah menyatakan bahawa mereka akan bergantung kepada keterangan secara lisan dan keterangan forensik bagi membuktikan kes terhadap Anwar.

Anwar, Penasihat PKR, sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Sementara itu, Ketua Pembangkang berkenaan melantik pakar forensik dan DNA luar negara untuk pasukan pembelaan menolak dakwaan pihak pendakwaan mengenai analisis DNA untuk perbicaraan kes liwatnya.

Peguam belanya, Sankara Nair berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah mendapatkan perkhidmatan pakar DNA Dr. Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia; dan dua pakar forensik, Prof. Dr. C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof. Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia.

Dalam satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada media semalam, Nair berkata, beliau akan membawa pakar berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 9 pagi hari ini.

Kehadiran tiga pakar DNA dan forensik dari pihak pembelaan yang dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka tiba sewal 8.40 pagi turut menarik perhatian orang ramai.

Mereka ialah Dr Brian McDonald, seorang pakar DNA expert dari Sydney, Australia, dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, dari Chennai serta Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Anwar tiba pada jam 9.40 pagi dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar, supremo DAP Lim Kit Siang dan menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful (kiri), 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Monday, February 15, 2010

SAIFUL SEDIA DISOAL BALAS RABU INI

Dalam kedudukan kesnya sering tertangguh dan menerima pula ugutan bunuh, pengadu dalam kes pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menyatakan kesediaannya untuk disoal balas oleh pihak pembelaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Katanya, dia akan terus berdoa, istiqamah serta bersabar dalam proses memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur nanti.

''Bagaimanapun, perbicaraan ditangguhkan buat sementara waktu ke 18 Februari ini untuk mahkamah membuat keputusan terhadap permohonan peguam tertuduh supaya hakim yang mendengar kes ini menarik diri daripada perbicaraan,'' katanya.

Mohd. Saiful Bukhari berkata demikian melalui entri di blognya bertajuk Trial, Delay, Facebook Cross-Examination & Happy Chinese New Year hari ini.

Pada Selasa 9 Februari 2919 lalu Mohd Saiful membuat laporan polis kerana mendakwa menerima ancaman bunuh menerusi laman peminat facebook bekas majikannya.

Beliau mendakwa mengetahuinya selepas menerima e-mel berhubung ancaman itu daripada individu tidak dikenali kira-kira jam 11 pagi, sehari sebelum itu. Dalam laporannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Mohd Saiful mendakwa tulisan berbentuk pernyataan atau pengumuman itu ditulis seseorang yang berdaftar dengan facebook menggunakan nama Anaz Zahari.

Pernyataan itu tertulis: “Kepada rakan-rakan sekalian... sape2 (sesiapa) yg mengenali ataupun berjumpa dgn (dengan) Saiful Bukhari Azlan di mana-mana saja, anda diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat.”

Mohd Saiful, 24, membuat laporan pada jam 12.25 tengah hari, selepas prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan kepada hari ini. Turut mengiringi beliau ialah peguamnya, Zamri Idrus dan bapanya, Azlan Mohd Lazim.

Mohd Saiful berkata, tulisan dalam facebook itu satu ancaman bunuh yang serius dan menyebabkan beliau bimbang terhadap keselamatan diri serta keluarga. Beliau juga mendakwa selain ancaman bunuh, ada gangguan di rumahnya.

Sejak perbicaraan kes minggu lalu, beliau menerima kira-kira 50 khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur provokasi daripada pihak tidak dikenali pada 29 hingga 31 Januari lalu dan sudah membuat laporan di Balai Polis Damansara Utama pada 1 Februari lalu.
Pemeriksaan di facebook menerusi laman peminat Anwar mendapati tulisan berbaur ugutan itu sudah dipadamkan dan nama Anaz Zahari juga tidak ditemui, dipercayai tidak lagi aktif.

Dalam perkembangan sama, dia memberitahu, akaun FanPage 'Justice 4 Saiful Bukhari' (Keadilan untuk Saiful Bukhari) di laman web sosial FaceBook telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Perbicaraan yang disifatkan sebagai berprofil tinggi yang mana Saiful adalah saksi utama ditangguhkan sementara mahkamah membuat keputusan tentang permohonan pihak pembelaan Anwar agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Lusa, Mahkamah Rayuan akan memutuskan sama ada mengekal atau menggugurkan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah menangguh keputusan sama ada membenarkan rayuan Anwar itu kerana memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Ketua Pembangkang itu memohon mahkamah supaya membenarkan rayuannya mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 63, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada Khamis depan sama ada beliau akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat itu.

Pada prosiding selama dua jam Selasa lalu, Karpal mengemukakan bahawa tuduhan meliwat itu harus dibatalkan berdasarkan laporan perubatan oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur Saiful.

Katanya bukti penetrasi merupakan elemen penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan namum tidak ada bukti kukuh.

"Laporan perubatan itu merupakan bukti. Eksibit dalam afidavit juga merupakan bukti. Ianya laporan penuh. Ia merupakan kesimpulan yang dibuat oleh tiga doktor bahawa tidada penetrasi. Mahkamah ini harus membenarkan rayuan ini," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berhujah permohonan Anwar itu tidak boleh dipertahankan kerana laporan perubatan tidak boleh dijadikan satu-satunya bahan untuk dijadikan pegangan.

"Laporan perubatan tidak lengkap sehingga doktor dan ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan. Laporan perubatan bukan keterangan substantif. Ia hanya sokongan kepada doktor untuk menjelaskan di mahkamah," katanya.

Yang baiknya, Mohd Saiful dilihat tetap menghormati institusi mahkamah dengan enggan mengulas mengenai pandangannya terhadap perbicaraan tersebut.

''Maaf, saya tidak boleh memberi apa-apa komen tentang keterangan saya kerana kes ini masih di peringkat perbicaraan dan kerana saya belum selesai memberi keterangan di mahkamah,'' katanya.

Sunday, February 14, 2010

TULISAN AWANG SELAMAT MENGENAI KES ANWAR

Anwar dan kebenaran (Mingguan Malaysia 14 Feb 2010)

Awang bersyukur kebenaran akhirnya terjelma. Tuduhan liar dan kata-kata cerca Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia berkaitan laporan perbicaraan kes liwat terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, ternyata tidak berasas.

Dalam ruangan ini, minggu lalu (baca artikel di bawah bertajuk Utusan sasaran Anwar), Awang mengulas tentang dakwaan Anwar dan barisan peguamnya terutama Karpal Singh bahawa tajuk utama laporan hari pertama perbicaraan, adalah salah dan berniat jahat.

Gambar katil yang disiarkan oleh Utusan selain beberapa akhbar lain, turut dipersalahkan. Anwar telah meminta akhbar berkenaan disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah. Cubaan itu ditolak oleh hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah kerana tiada asas.

Menerusi portal pro pembangkang seperti Malaysiakini, Anwar melabelkan Utusan sebagai biadab, kotor dan jijik.

Nampaknya Utusan menjadi kambing hitam bagi menjayakan strategi Anwar melengah-lengahkan perbicaraan yang makin panas dengan fakta-fakta, yang beliau amat tidak selesa.

Usaha Anwar memohon hakim ditukarkan kononnya kerana bias sudah dijangka. Ketegasan Mohamad Zabidin menyebabkan Anwar merasa goyah.

Rabu lalu dalam perbicaraan yang sama, mahkamah diberitahu oleh Peguam Cara Negara II, Mohd. Yusof Zainal Abiden bahawa laporan Utusan adalah benar berdasarkan nota prosiding.
Malah beliau menyatakan bahawa Anwar dan barisan peguamnya perlu memohon maaf kepada Utusan.

Pertanyaan Awang, apakah wajar Anwar menuduh Utusan yang melaporkan kebenaran sebagai biadab, kotor dan jijik? Pun begitu, Awang tidak akan tergamak mengucapkan kata-kata itu terhadap beliau dalam kaitan apa sekalipun.

Awang juga tidak akan teruja mengharapkan Anwar memohon maaf. Cukuplah sekadar ia menjadi pengajaran kepada Anwar. Janganlah terbawa-bawa dengan sentimen liar, yang hanya memburukkan lagi reputasi beliau.

Di luar mahkamah, banyak petunjuk menampakkan Anwar makin terdesak. Lebih-lebih lagi selepas gagal dalam usaha untuk mengheret rakyat menyokong beliau sebagaimana kes liwat pertama 10 tahun lalu.

Rakyat malah ramai penyokong pembangkang tidak mahu terjebak dalam isu moralnya. Kerana menyedari tiada sokongan, Anwar mendapatkan bantuan negara luar.

Kenapa sampai begitu sekali? Tidakkah kita belajar daripada sejarah lampau betapa padah yang bakal menimpa jika ada pembesar dan pemimpin mengundang campur tangan asing? Sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, berapakah harga yang perlu dibayar untuk semua itu? Awang pasti terlalu besar nilai balasannya yang kedaulatan negara menjadi pertaruhan.

Sebab itu, Awang bengang apabila 50 ahli Parlimen Australia menuntut agar pertuduhan terhadap Anwar ditarik balik. Ia adalah tindakan angkuh dan bermotif jahat. Janganlah jadi anjing yang suka menyalak. Tetapi tidak adil menyalahkan kumpulan ahli parlimen itu, semata-mata.

Anwar juga perlu dipertanggungjawabkan. Gerakan beliau sejak tahun lalu bagi melobi mendapatkan simpati dan bantuan asing berhubung kes mahkamahnya, bukan rahsia lagi.
Tidak cukup setakat itu, kini digerakkan pula kempen Selamatkan Malaysia di dalam negara, yang turut memaparkan gambar beliau pada pemidang dan papan iklan.

Ceramah yang menyentuh kes liwat itu turut diatur oleh PKR sedangkan perbicaraan sebenar masih berjalan. Ia ternyata menghina mahkamah. Pertanyaan Awang apakah itu semua dilakukan untuk menyelamatkan Malaysia atau sebenarnya menyelamatkan Anwar?

Utusan sasaran Anwar (Mingguan Malaysia 07 Feb 2010)

Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap pembantunya, Saiful Bukhari Azlan menjadi topik perbualan paling panas rakyat Malaysia sepanjang minggu ini. Siapa sangka sejarah berulang lagi. Anwar yang pernah dihadapkan ke mahkamah atas kes liwat lebih 10 tahun lalu, sekali lagi menghadapi tuduhan yang sama.

Awang tidak berminat menyentuh apa yang terkandung dalam perbicaraan kes tersebut, ia urusan mahkamah. Tetapi apa yang berlaku di luar mahkamah juga tidak kurang menarik perhatian.

Seperti biasa, Anwar dan PKR menjadikan akhbar Utusan Malaysia sebagai sasarannya. Laporan polis telah dibuat berhubung tajuk berita muka depan Utusan yang didakwanya sebagai penipuan dan berniat jahat.

Begitu juga gambar Bernama yang memaparkan Saiful menunjukkan katil, turut mengundang aduan polis. Cubaan Anwar semasa perbicaraan untuk mensabitkan Utusan menghina mahkamah ditolak oleh hakim kerana tiada asas tetapi PKR tidak berdiam.

Anwar menerusi portal berita pro pembangkang melabelkan Utusan sebagai biadap, kotor dan jijik. Mengapa Anwar begitu sensitif kepada Utusan? Laporan akhbar Cina hampir sama dengan Utusan termasuk penyiaran gambar katil tetapi yang tetap menjadi sasaran adalah Utusan.

Awang tidak terkejut kerana Anwar sememangnya sejak dahulu lagi menyerang institusi Melayu seperti Utusan. Sebab itu, apa sahaja kata nista Anwar terhadap Utusan, Awang tidak ambil pusing. Malah Awang tidak akan menggunakan istilah kotor dan jijik terhadap apa sahaja perbuatan beliau termasuk gerakannya bersama DAP memboikot dan melemparkan banyak tuduhan liar terhadap Utusan selama ini.

Anwar turut mendakwa Utusan sengaja mensensasikan kes beliau. Sebenarnya, semua akhbar memberikan liputan besar, bukan sahaja Utusan. Berita tetap berita. Lagi tinggi kedudukan dan jawatan seseorang yang disabitkan dengan kes mahkamah apatah lagi kes liwat, lagi tinggi nilai berita. Anwar tentu tahu hakikat itu tetapi beliau ada muslihat mahu mengalih perhatian daripada keterangan penting pada perbicaraan itu.

Pada Awang, jika kes tersebut dilihat begitu sensasi, ia juga antara lain berpunca daripada tindakan beliau. Sebelum mahkamah bersidang, ketua pembangkang itu telah lama mengadakan perbicaraan di luar mahkamah dengan mengadakan road show untuk memberikan versi beliau bagi mempertahankan diri.

Kali ini, usaha Anwar mengheret rakyat dalam isu moralnya dengan membakar sentimen awam, tidak berhasil. Hanya puluhan sahaja penyokongnya hadir. Malah cubaan untuk mengadakan demonstrasi selepas sembahyang Jumaat, juga gagal kerana orang ramai tidak mahu terjebak. Ekoran itu, khabarnya, PKR terpaksa memanggil mesyuarat bagi mencari jalan menghimpunkan jumlah penyokong yang besar, selepas ini.

Awang juga berharap kumpulan sorak PKR di mahkamah tidak bertindak keterlaluan. Perbuatan penyokong dan seorang anggota keluarga tertuduh menjerit terhadap Saiful memintanya bertaubat dan penghinaan yang lain, adalah tidak wajar.

Bagaimana pula jika kumpulan atau individu yang bersimpati dengan Saiful membalas bahawa Anwar yang sepatutnya bertaubat dan apa pula perasaan beliau? Maka serahkan sahaja kepada proses mahkamah. Demi mencari keadilan, lapangkan hati dan tenteramkan jiwa.

Friday, February 12, 2010

KARPAL ATAU HAKIM MOHD ZABIDIN ‘BOHONG’?

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ‘bohong’ atau Karpal Singh sengaja menjadikan’ perkataan sekali lagi’ sebagai cara menangguhkan perbicaraan?

Gara-gara bantahan Karpal Singh yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, perbicaraan kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa ditangguhkan lagi.

Anwar, 63, sedang dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan masuk hari keenam semalam tetapi ditangguhkan bagi mendengar permohonan oleh pihak pembelaan itu.

Terdahulu, Karpal menyatakan Hakim Mohamad Zabidin 'bersalah' kerana tidak memberitahu perkara yang benar dan menunjukkan bahawa beliau tidak layak untuk duduk di kerusi hakim serta meneruskan perbicaraan.

Mohd. Yusof berhujah terhadap kenyataan Karpal: ''Bagaimana Yang Arif boleh membuat kesimpulan bahawa Utusan Malaysia tidak mempunyai niat jahat. Niat itu datang dari Utusan Malaysia, bukan dari mahkamah ini.

''Yang Arif perlu menebus kekhilafan diri. Seorang hakim tidak boleh menipu atau memperkatakan sesuatu yang tidak benar.”

Juga gara-gara Karpal, kini timbul keadaan – sama ada Hakim Mohamad Zabidin akan menarik diri atau terus mendengar perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Keputusannya hanya akan diketahui Khamis depan. Lambat tu! Tarikh berkenaan ditetapkan oleh hakim tersebut yang memerlukan masa untuk meneliti hujah-hujah yang dikemukakan oleh peguam bela utama tertuduh, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan.

Karpal dan Mohd. Yusof semalam berhujah berhubung permohonan Anwar yang difailkan Isnin lalu agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan tersebut atas dakwaan berat sebelah kerana enggan mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia.

Ekoran permohonan itu juga, perbicaraan yang sepatutnya disambung dengan soal balas pihak pembelaan terhadap pengadu, Mohd. Saiful , Isnin lalu terbantut. Ini merupakan penangguhan kali kedua sejak perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar dan Mohd. Saiful bermula pada 3 Februari lepas.

Pada tarikh tersebut, bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mula dipanggil memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan dan berakhir pada 5 Februari lalu.

Selain itu juga timbul perkara baru sama ada Anwar patut minta maaf kepada Utusan Malaysia atau sebaliknya.

Namun bagi Mohd. Yusof, Zainal Abiden Anwar dan pasukan pembelaannya sewajarnya meminta maaf kepada Utusan Malaysia.

Beliau berhujah terhadap Anwar dan pasukan pembelaannya yang mendakwa Utusan Malaysia membuat laporan tidak tepat pada perbicaraan kes liwat beliau.

Menurut Mohd. Yusof, berdasarkan rakaman audio dan nota prosiding mahkamah, Mohd. Saiful Bukhari Azlan semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes itu memang ada menyebut perkataan 'lagi' dan ia bukan disebut sekali sahaja tetapi dua kali.

Jelas Mohd. Yusof, ketika disoal olehnya apa sebab dia (Mohd. Saiful Bukhari) berhenti kerja dengan Anwar, saksi itu menyatakan ''Sebab sebenar saya tidak rela lagi..." dan bagi soalan ''Apa respons kamu?'', pemuda itu menyatakan ''Saya tidak sanggup melakukannya lagi...".

''Karpal Singh dengan mudah lupa segala tuduhan yang serius terhadap Utusan Malaysia. Ini adalah serius. Dalam afidavit saya ada menyatakan 'saya rasa saya dengar dia (Mohd. Saiful Bukhari) menyebutnya'. Sekarang ia menunjukkan memang ada perkataan itu disebut. Asas kepada aduan Karpal telah terhapus sama sekali,''

Mohd. Yusof menyatakan demikian ketika berhujah bagi membantah permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu kerana didakwa berat sebelah.

Anwar mengemukakan permohonan itu setelah hakim tersebut menolak permohonannya agar Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung artikel dan tajuk 'Tak rela diliwat lagi' pada keluaran 4 Februari lalu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga tidak berpuas hati dengan tindakan mahkamah yang menolak permohonannya supaya Utusan Malaysia diberi peringatan berhubung penyiaran kapsyen gambar di muka hadapan akhbar itu pada 5 Februari lalu.

Mengenai aduan terhadap gambar tersebut, Mohd. Yusof berkata, keterangan gambar berkenaan adalah 'kabur' kerana perkataan 'tempat' dalam kapsyen itu tidak menyatakan secara spesifik ia adalah katil atau bilik.

Menurutnya, beliau tidak melihat sebarang masalah berhubung kapsyen tersebut kerana Utusan Malaysia tidak menyatakan ''katil di atas di mana kesalahan itu dilakukan''.

''Perkataan merujuk kepada katil atau bilik? Jika ia bermaksud bilik, maka ia adalah betul. Bilik dan katil ada disebut di mahkamah terbuka. Jadi, Yang Arif adalah betul,'' katanya.

Dalam keterangan Mohd. Saiful Bukhari, katanya, saksi itu ada menyatakan ''Beliau (Anwar) arahkan saya ke bilik tidur utama..." dan ''Anwar berada di hujung penjuru katil''.

Sementara itu, Mohd Yusof turut sempat menegur tindakan Karpal yang menggunakan perkataan 'berbohong' terhadap hakim tersebut yang disifatkan terlalu kasar.

''Untuk mengatakan Yang Arif berbohong adalah terlalu kasar. Walaupun kita boleh berhujah sebaik manapun untuk anak guam kita, tetapi menggunakan perkataan kasar adalah tidak wajar.

Kita boleh berbuat demikian dengan sopan dan beretika,'' katanya.

Karpal ketika berhujah telah menyatakan Hakim Mohamad Zabidin 'telah menipu dan telah terbukti menipu.'

Disebabkan 'penipuan' itu, hakim tersebut, ujar Karpal, tidak mempunyai alternatif lain selain menarik diri daripada perbicaraan.

Mohd. Yusof seterusnya menyatakan, dalam membuat laporan tentang kes tersebut, pemberita mungkin tersilap dengar, tetapi tidak berniat jahat.

''Hari ini, terbukti bahawa apa yang dilaporkan adalah betul berdasarkan nota prosiding. Oleh itu, kamu (barisan peguam dan Anwar) perlu memohon maaf kepada Utusan Malaysia,'' tegasnya.
Menurutnya lagi, para hakim telah dilatih agar membataskan diri mereka kepada keterangan yang ada di mahkamah dan bukannya kepada laporan akhbar.

''Mahkamah yang adil dan tidak berat sebelah akan membuat keputusan berdasarkan bukti. Adalah terlalu awal untuk menyatakan Yang Arif bersikap berat sebelah,'' katanya.

Ujar beliau lagi, mahkamah tidak sepatutnya mengetepikan isu sebenar yang ada di hadapannya dan dalam kes ini, apa jua dilaporkan oleh akhbar adalah sesuatu yang berasal dari luar.

Maka, katanya, adalah terlalu awal untuk menyatakan Hakim Mohamad Zabidin berat sebelah kerana faktor keadilan dan tidak berat sebelah sesebuah mahkamah akan ditentukan berdasarkan kepada bukti di mahkamah.

Mohd. Yusof turut menekankan bahawa seseorang hakim tidak perlu menarik diri melainkan jika ada perkara atau sebab semasa perbicaraan bahawa hakim itu bertindak berat sebelah.

Sumber: Bernama/Utusan Malaysia

Tuesday, February 9, 2010

TANGGUH GARA-GARA MOHON HAKIM TARIK DIRI

Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi ditangguh hingga hari ini untuk dengar permohonan supaya hakim dilucut.

Semalam, Mahkamah Tinggi dijadual mendengar keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam pemeriksaan balas oleh pembelaan selepas pendakwaan selesai menjalankan pemeriksaan utama Jumaat lalu.

Anwar, 63, Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Persoalannya bagaimana jika permohonan itu ditolak?
Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya disambung semalam.

Bagaimanapun perbicaraan terhadap Anwar sebagai tertuduh ditangguhkan sehingga hari ini bagi mendengar permohonan ketua pembangkang itu supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu kerana dianggap berat sebelah.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu berdasarkan keputusan hakim berkenaan berhubung dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Hakim Mohamad Zabidin kemudiannya menyoal Karpal Singh tentang bila pihak pembelaan mahu mahkamah mendengar permohonan itu, sama ada pada petang ini atau pagi esok.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, pula berkata perbicaraan kes itu sepatutnya diteruskan hari ini sementara pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar.

Mahkamah kemudian memutuskan untuk mendengar permohonan itu pagi esok bagi memberi peluang kepada pendakwaan memfailkan afidavit berkenaan.

Terdahulu, Karpal Singh berhujah bahawa mahkamah perlu mendengar permohonan itu terlebih dahulu sebelum meneruskan perbicaraan kes Anwar dan berkata pihak pembelaan tidak mempunyai niat untuk melengah-lengahkan prosiding malah bersedia menjalankan pemeriksaan balas terhadap saksi pertama pendakwaan, iaitu pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beliau juga berkata anak guamnya berhak mendapat satu perbicaraan yang adil selaras dengan peruntukan mengikut Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan.
Perbicaraan kes liwat yang menarik perhatian ramai termasuk wakil media luar negara itu bermula Rabu lalu (3 Februari) iaitu 18 bulan setelah Anwar dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada 7 Ogos 2008.
Baca juga analisis berikut:

GEMPAR - KENAPA DITANGGUH LAGI?

Sumber : http://parpukari.blogspot.com/( Monday, February 8, 2010)

Menurut The Unspinners pasukan peguambela sepatutnya memulakan 'cross examination' atau sesi pemeriksaan balas saksi hari ini, seba itu ramai pemimpin PKR yang turun kerana mereka tidak sabar untuk mendengar perbicaraan hari ini, tujuan mereka untuk mencari kelemahan kes ini.

Malang sekali, hajat mereka tak kesampain apabila Peguambela CIFUT BABI iaitu Karpal Singh datang lewat dan minta untuk hakim ditukarkan!

Kalau dilihat alasan Karpal ni adalah tidak kuat dan semua orang tahu Utusan Malaysia hanay melaporkan apa yang dibicarakan di Mahkamah. Kenbanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang terutama DAP dengan sengaja menyalahkan Utusan atas tujuan Politik.

Kalau nak dikutkan dengan laporan dan fitnah yang dilakukan oleh portal dan bloggers Pakatan Pembangkang adalah lebih teruk lagi namun tiada sesiapa pun bising! Kenapa mereka minta supaya Hakim tersebut ditukarkan?

Bila terjadinya perkara sebegini maka ianya menimbulkan pertanyaan, apakah pihak Peguambela belum bersdia lagi untuk melakukan 'cross examination'? Dan ada juga yang percaya bahawa Peguambela percaya kepada segala testimoni yang diberi Saiful! Apa yang diceritakan Saiful adalah benar dan tepat memang susah hendak disangkal lagi!

Sememangnya Pendakwaraya dari awal lagi sudah pun membentangkan segala bukti dan hujah tentang kes ini, maka apa lagi yang menjadi penghalang untuk peguambela menangguhkan kes ini, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana mereka tidak tahu bagaimana lagi untuk memusing atau memutar belit lagi akan kes ini!

Segala cerita mengenai KONSPIRASI TEORI dan macam-macam teori lagi sudah tidak boleh jalan lagi, pihak peguambela tahu yang mereka tidak cukup hujah untuk lawan kes ini dari aspek undang-undang, ingat Karpal dan kawan-kawannya bukan calang-calang peguam!

Mereka juga tahu kali ini Pendakwaraya sudah cukup bersedia menghadapi segala macam persoalan dari pihak Peguambela, ketakutan paling besar mereka adalah sekiranya pihak pembela terperangkap dalam segala macam perangkap yang telah dipasang oleh Pendakwaraya, kalau silap tanya soalan nanti takut semakin terbongkarlah kemungkaran Anwar!

Sesungguhnya pihak peguambela sudah tak tahu nak buat apa sekarang ni selain dari menangguhkan kes ini, mereka juga mengetahui segala bukti baik dari segi forensik mahupun bukti nyata serta segala hujah yang menyokong Pedakwaraya adalah kuat!

Hanya satu sebab untuk tangguhkan kes ini, mereka cuba menghidupkan gerakan Reformasi dan sekaligus untuk menimbulkan kekacauan supaya rakyat menjadi rimas, mereka sanggup lakukan apa saja demi untuk mengelakkan kes ini dari diteruskan! Inilah wajah sebenar CIFUT BABI AND THE GANG!

Friday, February 5, 2010

ANWAR – “TERIMAKASIH KERANA SAMBUNG PERKHIDMATAN…”

Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana sanggup diliwat dengan mengucapkan ‘terima kasih kerana sudi sambung perkhidmatan’.

Perkara ini didedahkan Mohd Saiful dalam kenyataannya pada prosiding hari ketiga pagi ini.
Mohd Saiful pagi ini menyambung keterangannya dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kes perbicaraan liwat Anwar ini bagaimanapun di tangguhkan hingga pagi Isnin depan.

Ia dibuat selepas hakim, pihak pendakwaan dan pihak pembelaan mengunjungi Kondominium Desa Damansara, tempat di mana kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pemeriksaan ke Unit 11-5-1 di kondominium itu, yang turut disertai Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari, dilakukan mulai kira-kira 12 tengah hari hingga 12.50 tengah hari.

Ini merupakan pemeriksaan kedua selepas pihak pembelaan memohon mengunjungi unit itu hari ini setelah berbuat demikian semalam.

Mohd Saiful turut memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Anwar membuat "tawaran balas" untuk membiayai pelajarannya sekiranya beliau terus bekerja sebagai pembantu peribadi Anwar.

Mohd Saiful, 25, berkata Anwar memujuknya supaya jangan berhenti kerja dan menyuruhnya lebih berdisiplin.

Beliau berkata, Anwar memberitahunya beliau ingin membiayai pelajarannya di mana saja dan boleh mengikuti peljaran sepenuh masa serta diberi gaji penuh.

"Pada masa itu saya tidak object (menolak) tawaran itu. Kemudian setelah selesai, beberapa jam kemudian, Anwar menghantar e-mel kepada saya iaitu 'terima kasih kerana sudi menyambung perkhidmatan'," katanya.

Mohd Saiful yang memakai kot hitam dan berbaju kemeja berbelang biru berkata demikian semasa menjawab soalan Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan pada perbicaraan kes itu yang masuk hari ketiga hari ini.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Dalam keterangannya juga, Mohd Saiful ditanya mengenai e-melnya kepada Anwar mengenai peletakan jawatannya.

Mohd Saiful berkata, beliau menghantar e-mel kepada Anwar pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian memaklumkan ingin meletak jawatan, bagaimanapun Anwar memintanya berjumpa dengannya di pejabat beliau di Seksyen 16, Petaling Jaya.

"Ketika itu saya takut berdepan dengan dia. Dia tanya kenapa saya nak letak jawatan. Saya katakan seperti dalam e-mel iaitu kurang berdisplin, sering datang lewat ke pejabat sehingga dia marah saya, serta kurang berkelayakan dan takut dipertikaikan kerana diberi keistimewaan lebih daripada staf yang berkelayakan," katanya.
Mohamed Yusof: Apa sebab sebenarnya anda meletakkan jawatan?

Mohd Saiful: Sebab sebenar saya meletakkan jawatannya ialah tidak mahu diperlakukan sedemikian lagi.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Dalam keterangannya juga, Mohd Saiful ditanya mengenai e-melnya kepada Anwar mengenai peletakan jawatannya.

Mohd Saiful berkata, beliau menghantar e-mel kepada Anwar pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian memaklumkan ingin meletak jawatan, bagaimanapun Anwar memintanya berjumpa dengannya di pejabat beliau di Seksyen 16, Petaling Jaya.

"Ketika itu saya takut berdepan dengan dia. Dia tanya kenapa saya nak letak jawatan. Saya katakan seperti dalam e-mel iaitu kurang berdisplin, sering datang lewat ke pejabat sehingga dia marah saya, serta kurang berkelayakan dan takut dipertikaikan kerana diberi keistimewaan lebih daripada staf yang berkelayakan," katanya.

Mohamed Yusof: Apa sebab sebenarnya anda meletakkan jawatan?

Mohd Saiful: Sebab sebenar saya meletakkan jawatannya ialah tidak mahu diperlakukan sedemikian lagi.

Di peringkat ini, peguam utama Anwar, Karpal Singh membantah penggunaan perkataan "lagi" memandangkan perkataan itu tiada dalam pertuduhan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menjelaskan bahawa perkataan "lagi" yang dimaksudkan oleh Mohd Saiful ialah "dia tidak mahu insiden itu berulang di masa depan."

Terdahulu, menceritakan bagaimana beliau mula berkhidmat dengan Anwar, Mohd Saiful berkata rakannya Rahimi Osman menelefonnya meminta beliau datang ke pejabat Rahimi yang juga pejabat Anwar untuk berbual kerana mereka lama tidak berjumpa.

Mohd Saiful berkata, semasa berbual, Rahimi ada bertanya kepadanya sama ada beliau berminat untuk bekerja di pejabat itu sebagai pembantu pejabat bagi membantu Rahimi kerana mereka kekurangan kakitangan disebabkan ramai yang terbabit dalam pilihan raya umum ke-12.

"Lepas kami berbincang, saya mula-mula 50-50 sama ada nak setuju atau tidak. Lepas itu Rahimi ajak saya masuk ke dalam bilik mesyuarat. Rahimi kata ada mesyuarat dengan Anwar mengenai program ceramah pilihan raya," katanya.

Beliau duduk dalam bilik itu dan beberapa minit kemudian Anwar masuk dan diperkenalkan kepada Anwar oleh Rahimi.

Mohd Saiful berkata, selepas mesyuarat itu, Anwar berkata: "Saya hargai bantuan awak kepada kami", sebagai isyarat beliau menerimanya sebagai sukarelawan.

Mohamed Yusof: Ada Anwar tanya latar belakang anda?

Mohd Saiful : Ada.

Mohamed Yusof : Ada anda minat kerja itu?

Mohd Saiful : Saya minat kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya masa kecil.

Pada prosiding itu juga, Mohd Saiful mengesahkan gambar dalam kamera litar tertutup pada pukul 4.35 petang, 26 Jun 2008, menaiki kereta berwarna merah keluar dari kondominium itu adalah dirinya.

Mohd Saiful juga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar.

Ketika menyambung keterangannya pada prosiding yang ditangguhkan pada 11.15 pagi itu, Mohd. Saiful berkata, seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Mohd. Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd. Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd. Saiful Bukhari sudah selesai.

SAIFUL SILAP PILIH IDOLA?












Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala lumpur bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi idolanya semasa dia membesar.

Beliau juga menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang berkarisma.

Saiful juga menceritakan bagaimana beliau mula berkhidmat dengan Anwar.
Katanya, seorang rakannya Rahimi Osman menelefonnya meminta beliau datang ke pejabat Rahimi yang juga merupakan pejabat Anwar untuk berbual kerana mereka lama tidak berjumpa.

Saiful mendakwa semasa berbual, Rahimi ada bertanya kepadanya sama ada beliau berminat untuk bekerja di pejabat itu sebagai pembantu pejabat bagi membantu Rahimi kerana mereka kekurangan kakitangan disebabkan ramai yang terlibat dalam pilihan raya umum ke-12.

"Lepas kami berbincang, saya mula-mula 50-50 sama ada nak setuju atau tidak. Lepas itu Rahimi ajak saya masuk ke dalam bilik mesyuarat. Rahimi kata ada mesyuarat dengan Anwar mengenai program ceramah pilihan raya," katanya.

Beliau duduk dalam bilik itu dan beberapa minit kemudian Anwar masuk dan diperkenalkan kepada Anwar oleh Rahimi.

Saiful berkata selepas mesyuarat itu, Anwar berkata "Saya hargai bantuan awak kepada kami", sebagai isyarat beliau menerimanya sebagai sukarelawan.

Mohamed Yusof: Ada Anwar tanya latar belakang anda?
Mohd Saiful : Ada
Mohamed Yusof : Ada anda minat kerja itu?
Mohd Saiful : Saya minat kerana Anwar adalah seorang pemimpin yang berkarisma dan idola saya masa kecil.

Ditanya mengapa dia berhenti bekerja untuk Anwar, saiful mengulangi bahawa dia kekurangan disiplin dan tidak layak untuk jawatan berkenaan.

Beliau juga bimbang berhubung pandangan kakitangan lain kerana layanan istimewa yang diberikan kepadanya, termasuk sebuah pejabat persendirian.

Saiful berkata beliau menghantar e-mel kepada Anwar pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian memaklumkan ingin meletak jawatan, bagaimanapun Anwar memintanya berjumpa dengannya di pejabat beliau di Seksyen 16, Petaling Jaya.

"Ketika itu saya takut berdepan dengan dia. Dia tanya kenapa saya nak letak jawatan. Saya katakan seperti dalam e-mel iaitu kurang berdisplin, sering datang lewat ke pejabat sehingga dia marah saya, serta kurang berkelayakan dan takut dipertikaikan kerana diberi keistimewaan lebih daripada staf yang berkelayakan," katanya.

Mohamed Yusof: Apa sebab sebenarnya anda meletakkan jawatan?
Mohd Saiful: Sebab sebenar saya meletakkan jawatannya ialah tidak mahu diperlakukan sedemikian lagi.

Pada peringkat ini, peguam utama Anwar, Karpal Singh membantah penggunaan perkataan "lagi" memandangkan perkataan itu tiada dalam pertuduhan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menjelaskan bahawa perkataan "lagi" yang dimaksudkan oleh Mohd Saiful ialah "dia tidak mahu insiden itu berulang di masa depan."

KETERANGAN SAIFUL & PERHIMPUNAN HARAM?

Akan nada tunjuk perasaan atau perhimpunan haram ekoran perbicaraan liwat yang membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini?

Mereka dikatakan akan berarak dari Masjid Wilayah selepas solat Jumaat. Perhimpunan untuk tunjuk apa? Cubaan mempengaruhi perbicaraan mahkamah?

Dua trak penyembur air dari pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), tiga trak membawa anggota FRU dan dua trak polis dilaporkan dilihat memasuki pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 10.15 pagi ini.

Difahamkan pasukan polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan berlakunya perhimpunan haram di mahkamah ini ekoran perbicaraan itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang dituduh meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Pagi ini perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar masuk hari ketiga dengan pengadu, Mohd. Saiful menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini.

Prosiding bermula pada 9.51 pagi dengan Mohd. Saiful memberi keterangan mengenai sampel-sampel yang diambil daripada badannya.

Mohd. Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Semalam, Mohd Saiful berkata dia telah pergi ke tiga buah hospital, termasuk dua hospital swasta, untuk membuat pemeriksaan.

Dia mulanya ke Hospital Tawakal, Jalan Pahang, di Kuala Lumpur untuk membuat pemeriksaan doktor, tetapi penyambut tetamu telah memberitahunya hospital itu beroperasi separuh hari dan tidak boleh membuat pemeriksaan.

Beliau kemudiannya pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak, dan ketika itu beliau ditemani oleh bapa saudaranya bernama Tuah Mohd Ali, iaitu adik kepada arwah ibunya.

Mohd Saiful berkata di hospital itu, beliau telah berjumpa Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan memberitahunya beliau sakit perut dan sakit di dubur.

"Dr Mohd Osman telah meminta saya untuk membuka seluar dan beliau telah memasukkan sesuatu pada dubur saya dan pada masa itu saya telah berterus terang kepadanya bahawa saya telah diliwat dan mahu membuat pemeriksaan," jelas Mohd Saiful.

Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, apabila mendengar kata-katanya, Dr Mohd Osman terus memberhentikan pemeriksaan dan memintanya memakai seluar.

Ditanya Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden adakah beliau ada menanyakan mengapa pemeriksaan diberhentikan, Mohd Saiful berkata doktor berkenaan ada menjelaskan bahawa hospital itu tidak mempunyai kelengkapan membuat pemeriksaan forensik dan laporan perubatan hospital swasta tidak boleh digunakan di mahkamah nanti.

"Beliau seterusnya telah meminta saya mendapat rawatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur). Saya ikut nasihatnya dan terus ke HKL. Pada mulanya saya tak tahu hendak ke mana, tapi secara logiknya saya pergi ke wad pesakit luar untuk mendaftar pukul 3 petang," katanya.

Mohd Saiful, 24, ialah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula semalam di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Kes perbicaraan hari kedua semalam turut tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Pada awal sesi pagi semalam, Mohd Saiful memberi keterangan secara tertutup selama 30 minit sebelum hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi untuk melawat kondominium, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan.

Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.
Sekumpulan penyokong Anwar Mencaci Mohd Saiful ketika beliau tiba di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, bersama rombongan perbicaraan kes liwat tengah hari semalam.

Mereka yang kebanyakkan adalah wanita, menjerit pelbagai perkataan kesat kepada Saiful ketika beliau mengikuti hakim, peguamnya dan peguambela Anwar menuju ke kondominium itu.

Rombongan perbicaraan berada di sana untuk melawat tempat kejadian di mana perbuatan liwat itu dilakukan selepas Saiful menyambung keterangan secara tertutup di mahkamah pagi tadi.
Anwar yang turut berada di sana tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikutinya.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.

Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.Sementara itu, biarpun perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar memasuki kedua, semalam, namun pihak pembelaan masih gagal mendapatkan senarai saksi daripada pihak pendakwa raya.

Lazimnya, dalam kes jenayah, senarai saksi perlu dibekalkan pada hari pertama perbicaraan. Malah dalam kes sivil, senarai saksi biasanya perlu disediakan atau dipersetujui sebelum perbicaraan bermula.

Menurut seorang daripada peguam Anwar, Sankara Nair mereka akan mengemukakan permohonan pada Isnin, jika senarai berkenaan tidak dibekalkan hari ini.

“Pendakwa tidak berlaku adil dalam perbicaraan ini, malah mereka juga tidak membekalkan senarai saksi kepada kami. Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan kami berkata senarai saksi boleh diberikan apabila perbicaraan bermula.”

“Perbicaraan sudah memasuki hari kedua, tapi kami masih belum menerima senarai saksi. Kami memerlukan senarai itu untuk membuat persiapan kes. Tanpa senarai itu, ia seolah-olah perbicaraan secara serang hendap oleh pendakwa raya,” katanya.

Thursday, February 4, 2010

ANWAR AJAK SAIFUL ADAKAN HUBUNGAN SEKS LUAR TABII?

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam memulakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim digemparkan dengan dakwaan mangsa Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diajak oleh Ketua Pembangkang itu untuk mengadakan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful, 23 yang juga saksi pertama pendakwaan berkata perkara itu berlaku pada 26 Jun 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

Anwar mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan pada perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.
Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?
Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f*** you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata, beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yuof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.

Sebelum itu, saksi pertama kes liwat Anwar itu memberitahu mahkamah bagaimana beliau dibenatkan ke tempat kejadian.

Beliau memberitahu, dia perlu menyebut nama "Mokhtar" kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan memasuki Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara.
Perbicaraan hari ini ditangguhkan kira-kira pukul 5 petang semalam dan akan disambung semula 9.30 pagi ini.
Sementara itu, bagi perbicaraan ini, lebihi 21 orang saksi dijangka dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Anwar.

Timbalan Ketua Pendakwaan (Polis), Datuk Nordin Hassan yang menganggotai pasukan pendakwaan ketika dihubungi memberitahu, saksi-saksi tersebut turut melibatkan beberapa doktor hospital kerajaan dan swasta serta dua ahli kimia.

Sebelum ini, beberapa akhbar melaporkan pihak pembelaan menyenaraikan 13 orang saksi alibi termasuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

Dr. Wan Azizah, menurut notis alibi yang dikemukakan melalui firma guaman Tetuan SN Nair dan Partners, dinamakan sebagai saksi alibi yang pertama.

Anwar yang didakwa pada 7 Ogos 2008 mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kini dibebaskan dengan jaminan RM20,000. – Bernama/Malaysiakini/Utusan

Wednesday, February 3, 2010

MOHD SAIFUL SAKSI PERTAMA

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya, akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes itu bermula petang ini.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaaan mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008.
Menurut peguam utamanya, Karpal Singh selepas pertemuan dengan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriffin di Putrajaya, pagi ini, Alauddin akan menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhdap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung petang ini, menurut peguam utamanya, Karpal Singh selepas pertemuan dengan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriffin di Putrajaya, pagi ini.

Karpal juga berkata Alauddin akan menetapkan minggu ini satu tarikh bagi satu semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada 29 Jan lalu itu, disemak semula.

Kedua-dua pihak berhujah lebih 40 minit sebelum Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada sebab-sebab khas bagi menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan ia disambung.

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ahli parlimen Permatang Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan dijadualkan hari ini pada bila-bila masa sekarang.