Showing posts with label Operasi lalang. Show all posts
Showing posts with label Operasi lalang. Show all posts

Monday, February 17, 2014

ANWAR `PUTARBELIT CARA BERILMIAH' DEMI UNDI, SOKONGAN ORANG CINA


"Kenapa Anwar BERBOHONG DAN MENIPU RAKYAT, khususnya orang Cina dengan menyalahkan Dr Mahathir dalam Operasi Lalang 1967, sebaliknya mengecualikan dirinya dalam operasi berkenaan? Demi undi dan kepentingan politiknya semata-mata? Semuga Allah melindungi mereka yang dituduh melaksanakan hukuman zalim dan kejam sedangkan niat dan tindakan mereka ialah untuk mengelak PERTUMPAHAN DARAH ANTARA KAUM DAN AGAMA di negara ini."

Bahagian Kedua - 'SAH ANWAR PUTAR BELIT... (Sambungan Daripada Semalam)

Saya turut menulis isu Operasi Lalang 1987 ini kerana terbabit secara langsung dengan perhimpunan di Stadium TPCA Kampung Baru yang menjadi antara ‘pencetus kepada berlakunya operasi berkenaan.

Kehadiran saya bukan sahaja sebagai wartawan tetapi menduduki dua jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO ketika itu iaitu Biro Antarabangsa dan Biro Kemiskinan Pemuda UMNO.

Sebelum saya teruskan ulasan, baca petikan akhbar ini:

Berita Minggu, 18 Oktober 1987...'Kekal Ketuanan Melayu - Pemuda'
Pertamanya, perhimpunan ini 'mendapat restu' kepimpinan tinggi UMNO ketika itu dan dikatakan orang di belakang perhimpunan ini adalah Anwar sendiri.

Politik ketika ini sangat berkisar antara Dr Mahathir-Anwar kerana pemimpin UMNO kurang merujuk kepada Timbalan Presiden UMNO ketika ini, iaitu Encik Ghafar Baba.

Ghafar dilihat tidak mampu melawan pengaruh Anwar walaupun dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin lain yang menyokong beliau ketika itu termasuk Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa yang lain.

Malah, Dr Mahathir ketika itu dikatakan 'sanggup menyisihkan' Sanusi Junid, Aziz Shamsuddin, Megat Junid Megat Ayob serta beberapa yang lain dalam beberapa perkara, sebaliknya 'mempercayai 100 peratus terhadap Anwar Ibrahim'. 

Jika tidak benar, saya memohon Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan kata-kata saya ini!


Kerana itu bagi saya Anwar Ibrahim jangan melampau-lampau berbohong dan menjadi PUTAR ALAM kerana ketika itu amat nyata seperti kata Dr Mahathir bahawa Naib Presiden UMNO itu turut memainkan peranan penting menjayakan Ops Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebagai orang kerajaan dalam Kabinet Dr Mahathir ketika itu Anwar turut bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan.

Benar kata Dr Mahathir bahawa: "..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar pemikiran Kassim Ahmad "Suatu Penilaian" anjuran Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya kelmarin.

Dr Mahathir juga menyifatkan ketua umum PKR itu sebagai 'ahli putar belit' dan bukan pemikir ideal, dan PKR ditubuhkan semata-mata untuk mencapai cita-citanya.

"Dia punya parti itu bukan Parti Keadilan tetapi Parti KeAnwaran, semuanya untuk Anwar dan keluarga dia, bukan untuk bangsa, agama dan lain-lain. Malah bukan untuk ideologi. "Bila dia cakap, bunyi cukup baik. Sehingga saya pun yakin.

Anwar menggunakan akal fikirannya untuk memutar belit dengan cara berilmiah," kata Dr Mahathir.

Berhentilah BERBOHONG, MENYALAHKAN ORANG LAIN khususnya pemimpin UMNO untuk kepentingan peribadi anda wahai Anwar. Sebagai Naib Presiden UMNO, Anwar pastinya merestui keputusan dan tindakan bantahan di TPCA dan Operasi Lalang berkenaan dan unsur-unsur membantah kepimpinan Dr Mahathir mula kelihatan ketika itu.

Saya ada menulis dalam buku saya Putera Mahkota UMNO (Kuala Lumpur: 1995) seperti berikut:

“Di kalangan golongan muda pula, kira-kira 20,000 pemuda Melayu berhimpun di Stadium TPCA Kampung Baru pada 18 Oktober 1987 dan berikrar untuk terus memperjuangkan kedaulatan politik ketuanan Melayu sambil berusaha mengekalkan perpaduan rakyat. Perhimpunan Raksasa Umat Melayu anjuran Pemuda UMNO itu turut dihadiri oleh pelbagai pertubuhan Melayu yang lain. Dalam hujan lebat, angin kencang dan kilat sabung menyabung, Pemuda UMNO membaca Sumpah Anak Pribumi 17 Oktober 1987. 

Sumpah itu berbunyi :

Kami, anak-anak pribumi Malaysia,
    Yang berhimpun pada hari ini, 
    Dengan penuh takwa, takzim,
    Kerelaan berbakti dan berjuang,
     Sebagai benteng waja.

Kami bersumpah dan mengaku,
    Menjunjung perjuangan bangsa,
    Bagi meninggikan darjat, maruah,
    Mertabat serta kehormatan agama, 
     Bangsa dan Negara Malaysia yang tercinta.

Kami Bersumpah dan Mengaku,
     Akan membina negara yang makmur,
     Dan Bersatupadu, dengan semangat toleransi,
     Akan tetapi, berpantang kami,
     Jika maruah bangsa,
     Hak-hak ketuanan kami diganggu-gugat.

Kami Bersumpah dan Mengaku
     Berdiri teguh di belakang pemimpin kami,
     dan rela berputih tulang
     bagi mempertahankan maruah,
     Kedaulatan bangsa dan negara,
      Sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Merdeka, Hidup Melayu, Merdeka, Hidup Melayu, Merdeka, Hidup Melayu,
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar."

Selain sumpah itu, Pemuda UMNO membaca 10 ketetapan antaranya mendesak Perdana Menteri supaya bertindak terhadap pemimpin MCA khususnya Timbalan Presidennya, Lee Kim Sai. Perhimpunan meminta kerajaan jangan tunduk kepada sebarang tekanan dan ugutan perkauman yang dilakukan oleh parti-parti kawan dan lawan. Ketika peristiwa ini berlaku, Presiden UMNO, Dr. Mahathir menghadiri Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara Komanwel di Vancouver. Sekembalinya daripada  sidang itu, Dr. Mahathir dikatakan memanggil Najib dan kemudian pada 23 Oktober 1987, menemui Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Dalam pertemuan itu, kata beberapa orang Exco Pemuda, Dr. Mahathir `tidak gembira' dengan tindakan-tindakan seperti menganjurkan perhimpunan di Stadium TPCA itu. Malah, Perdana Menteri juga tidak akan bertindak ke atas Lee seperti yang didesak oleh Pemuda UMNO. Beberapa orang Exco yang `sukar dikawal' oleh Najib juga dikatakan dibidas oleh Dr. Mahathir. Malah, keseluruhan Exco dikatakan 'dimarahi' oleh Presiden UMNO kerana cuba `mengugut' beliau dengan berkata akan meletakkan jawatan kalau Lee tidak diambil tindakan. Najib ketika ditemui selepas pertemuan itu menafikan Perdana Menteri berbuat sedemikian kerana Pemuda UMNO tidak pernah mengugut Dr. Mahathir.

Pada 26 Oktober 1987, Exco Pemuda UMNO dikatakan mengadakan satu lagi mesyuarat. Mereka berpakat meletakkan jawatan kerana `kecewa' dengan keputusan kerajaan berkenaan isu Lee Kim Sai itu. Bagaimanapun Najib meminta mereka menangguhkan keputusan masing-masing. Sejak itu, beberapa Exco Pemuda mula mengkritik Najib yang menurut mereka terlalu `menjaga kepentingan kedudukannya dan memuaskan hati pucuk pimpinan tetapi mencemarkan maruah Melayu'. Sehari selepas itu, kejutan terbesar berlaku bila polis mula menahan pemimpin politik, pemimpin kesatuan sekerja dan orang perseorangan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tiga daripada Exco Pemuda UMNO yang lantang, iaitu Haji Ibrahim Ali, Haji Tajuddin Abdul Rahman dan Encik Fahmi Ibrahim yang dikenal pasti sebagai penyokong TEAM B dalam pemilihan 24 April 1987, ditahan bersama kira-kira 90 orang yang lain.”


Dr Mahathir selaku Menteri Dalam Negeri menjelaskan, tindakan polis di Dewan Rakyat pada 28 Oktober 1987 menegaskan: "Negara tidak mampu mengalami rusuhan kaum. Negara kita mengalami kemelesetan ekonomi dan ramai daripada tenaga kerja kita menganggur. Jika kemelesetan ekonomi ditokok dengan keadaan politik yang tidak stabil, negara akan menjadi huru-hara.....".

Bagi kerajaan Operasi Lalang adalah ‘penghalang kepada kejadian tidak diingani’. Benarlah seperti kata sesetengah pihak ISA sebenarnya bukan untuk menghukum tetapi MENCEGAH!.

Jadi kenapa Anwar BERBOHONG DAN MENIPU RAKYAT, khususnya orang Cina dengan menyalahkan Dr Mahathir dalam Operasi Lalang 1967, sebaliknya mengecualikan dirinya dalam operasi berkenaan?

Apakah semata-mata demi undi dan kepentingan politiknya semata-mata?

Semuga Allah melindungi mereka yang dituduh melaksanakan hukuman zalim dan kejam sedangkan niat dan tindakan mereka ialah untuk mengelak PERTUMPAHAN DARAH ANTARA KAUM DAN AGAMA di negara ini.

Sunday, February 16, 2014

SAH ANWAR ‘AHLI PUTAR BELIT’…TIDAK MENGGUNAKAN PERKATAAN UNTUK KEBENARAN


Saya tidak tahu nak cakap apa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

Memang ‘kaki putar belit’ dan sanggup menjatuhkan orang Melayu sendiri demi kepentingan politiknya. Anwar terus mempotretkan dirinya sebagai manusia yang tidak pernah bersalah dan berdosa, demi kepentingan peribadi dan karier politik.

Dengan menafikan apa yang dia kata dulu dan memberi imej baharu kepada dirinya seolah-olah dia tidak pernah berdosa, tidak pernah salah dan selalunya betul.

Namun ingatlah wahai Anwar, kamu TIDAK BOLEH CUCI TANGAN dan meletakkan segala-galanya kepada orang lain.

Dia dianugerahkan Allah kemahiran untuk mempengaruhi orang ramai dengan cara berilmiah, tetapi pada hakikatnya beliau MAHARAJA SPIN selain menggunakan pidato untuk melonjakkan dirinya.

Benar seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Anwar pandai bercakap untuk meyakinkan orang tentang kebenaran dirinya.

“Orang yang menggunakan perkataan untuk kepentingan, bukan menggunakan perkataan untuk kebenaran. Inilah Anwar.”

Dalam isu siapa terbabit hingga membawa kepada Operasi Lalang pada 1987 yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Anwar jangan pandai mahu melarikan diri.


Dia menuduh UMNO yang mengorkestrakan Ops Lalang seperti 13 Mei 1969 dan ini adalah TUDUHAN PALING JAHAT terhadap parti yang membuka laluan untuknya menjadi seperti sekarang. Kalaupun bencikan Tun Dr Mahathir Mohamad serta beberapa pemimpin lain dalam UMNO, sepatutnya UMNO tetap suci baginya.

Dengan pelbagai ruang diberikan kepadanya oleh UMNO, khususnya Dr Mahathir, Anwar tidak wajar menuduh UMNO sedemikian. Dia MAHA PEMBOHONG dan MAHA PENGKHIANAT apabila menyebut: “Yes, like the May 13 pogrom, Ops Lalang was also orchestrated by Umno. Unlike May 13, we have the benefit of more media coverage and more witnesses among the present generation regarding Operation Lalang.”

Anwar kelmarin turut mengecam MCA dan presidennya kerana kurang keberanian untuk mengkritik kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan perdana menteri sebelumnya, Dr Mahathir yang dituduh terlibat dalam operasi itu.

Seramai 106 ahli politik dan aktivis NGO ditangkap sepanjang tempoh pentadbiran Mahathir dan kemudiannya menandatangani perintah tahanan dua tahun terhadap lebih 40 orang.

"Siapa yang menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri ketika itu? Mahathir. Siapa ketua Pemuda Umno ketika itu? Najib. Tetapi, adakah dia (Liow) berani menuduh mereka? Tidak, dia tak berani," demikian tanya Anwar kepada 600 hadirin pada satu majlis.

Siapa pula Anwar ketika itu?


Dia sudah menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pendidikan ketika itu sementara Datuk Seri Najib Razak ketika itu adalah Pemangku Ketua Pemuda UMNO.

Anwar yang mendapat laluan mudah ke jawatan Naib Presiden UMNO dan memegang jawatan penting alam Kabinet sebagai Menteri Pelajaran tidak bersekongkol dengan Dr Mahathir?

Antara tindakan Anwar yang jelas membawa kemarahan orang Cina ialah seperti disebut Karpal Singh berikut:

“The sensitive issues were brought on by what appeared innocuously enough as Education Ministry appointments of some 100 senior assistants and principals to vernacular Chinese schools. This provoked a storm of protest when it was learnt that those appointed were not Chinese (Mandarin)-educated. Politicians from the MCA, the DAP and GERAKAN, the major Chinese-based parties joined the protests and on 11 October 1987, the Dong Jiao Zhong (Chinese educationists) held a 2,000-strong gathering at the Hanainese Association Building, beside the Thian Hou Temple in Kuala Lumpur, which evoked racially provocative speeches from the Chinese politicians present. The meeting resolved to call a three-day boycott in Chinese schools if the government did not settle the appointments issue. In the event, even though the boycott was called off, albeit at the eleventh hour, the stage was set for a mirror response from the Malays, led by UMNO Youth. A mass rally of 10,000 was held at the TPCA Stadium in Kuala Lumpur and, by then, UMNO politicians had began to condemn MCA leaders for their collusion with the Dong Jiao Zhong and the opposition DAP. Amidst calls from both sides for the resignations of MCA Deputy President and Labour Minister Lee Kim Sai and UMNO Education Minister Anwar Ibrahim, UMNO announced the holding of a mammoth rally in KL to celebrate its 41st Anniversary, which it was claimed would see the attendance of half a million members.”

Kemudian Anwar dengan mudah meminta maaf kepada orang Cina kerana perlukan sokongan, lebih-lebih lagi supaya mengundinya pada Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

“Anwar has admitted that he was wrong in the dispatch of staff unversed in Mandarin to become principals and senior assistants of Chinese primary schools, which resulted in the subsequent Ops Lalang mass arrests. Anwar had admitted that what he had done in 1987 was wrong and he has now taken a stand on mother-tongue education which is in accord with justice and fair play for mother-tongue education in plural Malaysia as well as the higher national interests of enhancing Malaysia’s international competitiveness.”

Mudahnya membersihkan diri. Persoalannya apakah dia akan meminta maaf juga kepada dosa-dosanya yang lain?

“Anwar has now admitted that what he did in 1987 was wrong and he has apologised for his ‘error’. I suppose when Pakatan Rakyat depends on the Chinese vote then Anwar has no choice but to apologise. And in the spirit of ABU, the Chinese will certainly forgive Anwar or else DAP would suffer a huge loss of votes. Maybe one day Anwar can also apologise for the multi-billion Forex losses, the privatisation of government services to Umno cronies, many who were his cronies, the erosion of the English language and the decline in the standard of education in Malaysia, the Islamisation of Malaysia that has turned very ugly, and many, many more.”

Dengan menggesa MCA supaya tidak menjadikan dirinya sebagai hamba Umno, Anwar cuba memecahbelahkan Barisan Nasional apalagi berusaha menepis kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa dirinya yang menyebabkan 'Ops Lalang ' pada tahun 1987.

Najib dilaporkan mengetuai perhimpunan Melayu besar-besaran di Kampung Baru untuk membantah demonstrasi yang diadakan sebelumnya oleh NGO pendidikan Cina dan parti politik yang dicetuskan oleh keputusan kerajaan untuk menghantar kakitangan yang tidak boleh berbahasa Cina ke sekolah-sekolah vernakular.

Semalam, Liow memberitahu masyarakat Cina Kajang bahawa Anwar yang menyebabkan berlakunya Operasi Lalang pada tahun 1987.

Ini, tegasnya, kerana Anwar telah mengerahkan guru-guru yang tidak faham Mandarin ke sekolah-sekolah Cina.

Bersambung esok - Apa Sebenarnya Berlaku Di Stadium TPCA?