Saturday, March 24, 2012

KERAJAAN BN TIDAK TABUR JANJI YANG TIDAK BOLEH DITUNAIKAN...

Kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai kerajaan yang terbaik untuk rakyat, tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata tanpa perlu menabur janji-janji, kerajaan BN tetap akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.

"Pembangkang ini senjata pada tangannya adalah jual janji, tapi apabila kitatimbang punya timbang, janji itu mustahil untuk dilaksanakan," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan rumah mampu milik berkualiti di Tn Intan Duyung, Port Dickson hari ini sempena lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, MenteriPenerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri KerjaRaya Datuk Shaziman Abu Mansor dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu ZaharUjang.

Perdana Menteri juga berkata pelbagai janji pembangkang sekiranya dilaksanakan juga akan menyebabkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di negara Greece sekaligus menyebabkan rakyat hilangkeyakinan.

"Cuba bayangkan kalau pembangkang memerintah, tol dia mahu hapuskan. Di sini ada Menteri Kerja Raya, bila saya jumpa dia minta kurangkan tol, dia cakap dia kena buat perkiraan yang tepat dan kalau mampu baru boleh dikurangkan.

 "Tapi pembangkang kalau menang Putrajaya cakap semua tol dia mahu hapuskan.Boleh atau tidak boleh? -- tak boleh, tak masuk akal.

 "Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dia nak hapuskan serta merta. Saya tanya Menteri Pengajian Tinggi, dia cakap kalau hapuskan PTPTN, RM40 bilion akan hilang. Lepas itu kalau nak bagi pinjaman pada masa hadapan sudah dah tak boleh," katanya.

Perdana Menteri berkata pembangkang hanya pandai menjanjikan daripada segi perbelanjaan seperti mengurangkan tol dan menghapuskan pinjaman PTPTN sebaliknyadaripada segi pendapatan langsung tidak diambil kira.

 "Tak perlulah ada lulusan berjela-jela, kalau kita kerja kedai runcit pun tahu mesti ada pertimbangan duit masuk dan keluar, kalau tidak ada tutuplah kedai tidak lama lagi. Inilah yang kita kata kalau orang jual janji yang tak boleh ditunaikan", katanya.

Mengenai keinginan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadi Perdana Menteri, Najib berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak layak kerana ramai pengikutnya sudah mula meninggalkannya selepas hilang keyakinan.

Beliau berkata pengasas Parti Keadilan Rakyat sendiri, Dr Chandra Muzaffar yang sudah meninggalkan Anwar pernah menyatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri, satu malapetaka besar akan berlaku kepada negara.

"Kalau kita pasang billboard dan letak gambar orang yang sudah meninggalkan dia (Anwar), saya rasa kena guna billboard yang besar kerana ramai sudah meninggalkan dia dari Chandra Muzaffar, bekas setiausaha sulit dia Ezam Mohd Nor, setiausaha akhbar Anuar Shaari dan peguam dia Zulkifli Nordin," katanya.

Terdahulu, Mohamad berkata sebanyak 70 buah rumah mampu milik yang setiap unit berkeluasan 1,100 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik akan ditawarkankepada orang ramai menerusi sistem undian.

Katanya, rumah yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad itu dijual pada harga RM42,000 sebuah iaitu lebih murah berbanding rumah yang mempunyai keluasan sama yang dibangunkan pihak swasta di kawasan itu.

 "Di sini rumah yang dibangunkan oleh pemaju dijual pada harga RM52,000 hingga ke RM60,000 seunit. Tapi rumah ini kita jual pada harga RM42,000, jadi ada subsidi sebanyak RM10,000," katanya.

Baca dari sumber asal

Thursday, March 22, 2012

PINJAMAN PELAJAR - PAS RASA BERDOSA, BERSIH MAHU LAWAN...

PAS mengadakan pertemuan dengan Yayasan Terengganu baru-baru ini bagi menuntut pinjaman dikembalikan kepada pelajar Terengganu yang menuntut di Mesir.
Amat jelas kini PAS nampak seperti merasa begitu berdosa menyebabkan Yayasan Terengganu bertindak menarik balik pinjaman pelajaran terhadap sembilan pelajar Melayu dan Islam dari Terengganu yang menuntut di Mesir.

Ia mengadakan pertemuan dengan Yayasan Terengganu dan mohon diberikan peluang kedua kepada pelajar berkenaan.

Sebaliknya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pula mahu membantu pelajar dari segi dana dan peguam (saman menyamanlah jawapnya!).

Tidak mengapa, terpulang kepada pelajar dan ibu bapa berkenaan untuk mengambil jalan mana. Merayu ada ruang untuk mendapatkan balik pinjaman dengan cepat dan jika ikut saman menyaman akan mengambil masa. 

Apakah pelajar dan ibubapa mahu mengambil risiko terpaksa menunggu lebih lama (itupun kalau menang, kalau kalah apakah sanggup memperjudikan masa yang terbuang begitu sahaja?)

Peluang atau pilihan adalah kepada mereka  - sama ada untuk masa depan atau menjaga maruah atau fahaman politik. Boleh cuba! 

Namun di pihak PAS, baguslah jika rasa berdosa dan lain kali tolonglah jangan ulangi perbuatan mempengaruhi pelajar kerana mereka adalah harapan ibu bapa yang rata-ratanya TIDAK MAMPU pun untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Mesir itu.

Yang hairannya wakil pelajar ini - iaitu PAS - menuntut UMNO (yang tidak ada kena mengena), Barisan Nasional (yang juga tidak ada kena mengena) dan Yayasan Terengganu supaya adil dan mengembalikan pinjaman pelajaran pelajar Mesir yang ditamatkan melalui surat yang dihantar Yayasan Terengganu pada 22 Februari lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyatakan baru-baru ini kerajaan patut menilai semula tindakan penamatan tersebut kerana Himpunan BERSIH bukan himpunan politik dan pelajar tersebut sebagai mahasiswa mempunyai hak menyuarakan suara dan hasrat mereka.

Himpunan BERSIH bukan himpunan politik? Pehimpunan anjuran parti politik termasuk PAS sendiri bukan perhimpunan politik? Mahasiswa mempunyai hak menyuarakan suara dan hasrat mereka?

Siapa kata tidak boleh. Namun mereka melanggar arahan Kerajaan Negeri dan Yayasan Terengganu sendiri supaya jangan menyertai perhimpunan politik.

Yayasan Terengganu dan Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu ke atas enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir itu.


Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.

Satiful berharap akan ada budi bicara Yayasan Terengganu yang bertanggungjawab meluluskan pinjaman kepada pelajar itu diamalkan dalam kes ini kerana rata-rata pelajar yang dikenakan tindakan itu memiliki latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

Bila merasa bersalah dan merayu minta orang lain menggunakan budi bicara. Tetapi ketika menghasut pelajar, apakah PAS menggunakan budi bicara?

Sebenarnya peluang tetap ada untuk merayu dan sebaik-baiknya pelajar dan ibu bapa membuat rayuan sendiri (bukan melalui badan politik ) kerana keputusan bakal diketahui sebaik mesyuarat lembaga pengarah Yayasan Terengganu diadakan pada 10 April ini.

Persoalannya, jika pelajar itu dari keluarga kurang berkemampuan, mereka perlu sedar dan insaf bahawa pinjaman yang membolehkan mereka berada di Mesir ialah wang rakyat untuk pelajar dan keluarga mereka juga.

Sebaliknya, menyertai perhimpunan politik yang ‘menentang kerajaan’ bagaikan ‘kacang lupakan kulit’ dan dalam bahasa lebih keras ‘anjing gigit tuannya’ dan ketika memohon, kerajaan tidak pun bertanya mereka sama ada mereka menyokong UMNO atau tidak.

Malah, UMNO dan Barisan Nasional tidak ada kena mengena seperti di dakwa Satiful itu.

Namun, Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan kelmarin nampaknya tidak bersikap seperti PAS sebaliknya menegaskan pelajar akan dibantu dari sudut mengumpul dana dan menawarkan bantuan guaman kepada pelajar terlibat.

"Bersih 2.0 ingin memberi jaminan kepada pelajar bahawa mereka tidak bersendirian. Kami terus terang menawarkan bantuan kami dalam mendapatkan bantuan undang-undang dan bersedia untuk mengambil langkah-langkah untuk mengumpul dana untuk membantu pelajar yang terbaik kita boleh," kenyataan mereka dipetik.

Bagi Bersih 2.0 tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri Terengganu itu dianggap menindas, malah melanggar hak-hak pelajar untuk berhimpun secara aman, seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan

Bersih 2.0 yang awal-awal NAMPAK TIDAK BERUPAYA, meminta kerajaan negeri yang lain untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar dan keluarga mereka. “Tindakan kerajaan negeri Terengganu bukan sahaja menghukum pelajar, malah keluarga mereka juga," tegas kenyataan itu.

Amat jelas pelajar dan ibubapa mereka mempunyai pilihan.

Namun cara paling baik ialah pelajar dan ibubapa datang sendiri ke Yayasan Terengganu dan  gunakan budi bicara untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian. Mana tahu, tidak perlu PAS bantu atau peguam BERSIH bagi menyelesaikan masalah ini.


Yang pasti Yayasan Terengganu bersedia mendengar dan tarikh mesyuarat Lembaga Pengarah pun masih ada dua minggu!

SPM - KOMITMEN KERAJAAN NEGERI RAMUAN TERENGGANU CEMERLANG



"Kita hantar guru-guru ke Australia, Korea Selatan dan juga Amerika Syarikat bagi meningkatkan lagi cara pengajaran dan pembelajaran mereka terhadap murid...begitu juga dengan pelajar, kerajaan sentiasa memberi pengiktirafan kepada mereka..." - Datuk Seri Ahmad Said.

Komitmen kerajaan negeri, guru-guru dan ibu bapa terhadap pelajar adalah antara ramuan Terengganu memperoleh keputusan cemerlang pada peperiksaaan Sijil Pelajaran Malysia (SPM) untuk tahun keempat berturut-turut tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, sebagai contoh kerajaan negeri telah menghantar guru-guru yang pelajarnya memperolehi keputusan terbaik di peringkat sekolah untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke luar negara bagi melihat sistem pendidikan di negara berkenaan.

"Kita hantar guru-guru ke Australia, Korea Selatan dan juga Amerika Syarikat bagi meningkatkan lagi cara pengajaran dan pembelajaran mereka terhadap murid," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu, semalam.

Ahmad Said berkata, begitu juga dengan pelajar, kerajaan sentiasa memberi pengiktirafan kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam pelbagai peperiksaan awam bermula dengan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

"Kita beri hadiah wang tunai dan komputer riba kepada mereka ini manakala bagi mereka yang melanjutkan pelajaran ke universiti kita beri RM1,000 bagi mereka yang mengambil ijazah, RM750 (diploma) dan RM500 (persijilan)," katanya.

Katanya kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM17 juta bagi menyediakan segala kemudahan untuk pelajar termasuk hadiah penghargaan kecemerlangan, bantuan persediaan masuk universiti dan sebagainya pada tahun lepas.

Beliau berkata, pada tahun ini pencapaian peperiksaan SPM pelajar Terengganu bagi Gred Purata Negeri (GPN) meningkat 4.92 peratus berbanding 5.03 peratus pada tahun 2010.
 
Katanya, pencapaian 4.92 peratus itu merupakan satu rekod pencapaian terbaik sejak empat tahun lepas apabila seramai 408 pelajar memperolehi semua A berbanding 405 pelajar pada tahun 2010 iaitu meningkat tiga orang manakala 15 pelajar memperolehi A+ berbanding 17 pelajar pada tahun 2010.

teganuku

Wednesday, March 21, 2012

SAMAN SAJALAH, TAK PAYAH NAK HINA UTUSAN MALAYSIA...

Naib Presiden PKR N Surendran ini memang KURANG AJAR dan BERLAGAK TAHU ilmu kewartawanan apabila menuduh Utusan Malaysia mengamalkan ‘kewartawanan yang menjijikkan’.

Saya tidak boleh menerima penghinaan seperti ini walaupun saya bukan kerja atau warga Utusan Malaysia.

Saya tidak tahu warga Utusan Malaysia sama ada mereka boleh menelan kata-kata pedih dan pahit ini. Ia suatu penghinaan bukan sahaja kepada profesyen kewartawanan tetapi juga peribadi akhbar itu sendiri.

'Kewartawanan yang menjijikan' bukan tuduhan tetapi suatu kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin tinggi PKR ini sangat  MENGHINA dan MENJIJIKKAN (pinjam kata-kata Surendran).

Apapun, Surendran dan Datuk Seri Anwar Ibrahim jangan nak pusing, auta atau ‘belit’! Yang penting jawab tuduhan senator Datuk S Nallakarupan itu.


Walau ‘belit’ sepanjang atau sebesar mana pun, yang penting rakyat Malaysia nak tahu benarkah tuduhan terhadap Anwar oleh bekas rakan Anwar selama 30 tahun itu.

Cara Surendran, pengamal undang-undang bercakap memang menggambarkan beliau seorang yang cetek mengenai dunia kewartawanan.

Selain itu perangai pemimpin PKR ini jelas bersifat ‘cauvinis terhadap akhbar Melayu ini’!

OKlah, Anwar memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

Tetapi kenapa mahu kaitkan Utusan Malaysia?

Lebih buruk tuduhan Surendran ialah mengatakan ‘akhbar milik Umno’ itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Dalam kenyataannya semalam, Surendran berkata, laporan itu sekali gus menzahirkan wajah sebenar Umno dan melekehkan retorik perdana menteri terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan. "Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN," katanya.

Sedangkan laporan atau pemberitaan oleh Utusan Malaysia adalah straight forward reporting apabila memetik kata-kata Nalla pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Kuala Lumpur, kelmarin.

Saya ulangi, pada sidang media, bukan pungut berita daripada cakap-cakap atau spin giler seperti yang sering dilakukan oleh pemimpin PKR.

Atau Surendran hanya mengiktiraf laporan oleh Wall Street Journal atau Jerusalem Post sahaja? Akhbar Melayu di Malaysia ini semuanya tidak betul?

Utusan Malaysia tidak memutar ‘belit’ pun kenyataan Nalla yang secara terbuka mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama 30 tahun dengan Ketua Pembangkang itu sebelum ini.

Malah, Utusan Malaysia memetik apa yang diucapkan oleh Nalla (bukan komentar, ulasan, analisis atau sebagainya sama ada dalam bentuk rencana atau analisis. Tidak salah dan tidak melanggar etika kewartawanan pun.

Malah apabila Nalla mengatakan kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan mendakwa “beliau sendiri pernah melihat Ketua Pembangkang itu melakukan aksi seks sama ada bersama lelaki atau wanita” ia bukan sengaja diada-adakan oleh Utusan Malaysia.'

Ini semua cakap Nalla…malah Nalla secara sinis meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengeluarkan fatwa membenarkan individu biseksual menjadi Ketua Pembangkang.

Kata Nalla lagi : "Dahulu pekerja Magnum (Corporation) yang lelaki Anwar ada simpan dan Anwar juga pernah bawa isteri orang. Saya bersedia untuk mendedahkan kesemua nama mereka di mahkamah.

Pendedahan kelmarin merupakan siri kritikan terbaru terhadap Anwar yang pernah menjadi rakan permainan tenis beliau.

Dalam notis yang dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu. "Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran.

Kepentingan awam?

Habis yang diminta oleh Nalla itu apa? Bukan kepentingan awam? Anwar perlu jawab secara jujur…jangan tuntut orang supaya adil dan jujur sedangkan kita sendiri apakah kita jujur dan mahu menjawab secara terbuka tuduhan Nalla itu?

Tak guna berbahas panjang. Saya cadangkan Utusan Malaysia siarkan sepenuhnya transkrip sidang media Nalla itu.

Tujuannya ia bukan direka-reka untuk ‘belit’. Selain itu agar pemimpin PKR yang BAHLOL  boleh membacanya dan bukan Utusan Malaysia sengaja mahu mem’belit-belit’ berita itu!