Monday, August 24, 2009

NASI SUDAH MENJADI BUBUR...

“Rohaizat adalah kawan saya, saya tahu hati budinya dan dia anak jati Permatang Pasir. Dia sendiri sudah lama menabur bakti di sana. Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan baik kepada masyarakat setempat.

“Saya tampil tempoh hari kerana berasa marah dan kecewa apabila saya dijadikan kambing hitam dalam kes membabitkan koperasi itu (KPGNPP).

Oleh itu, kenyataan terbuka dibuat semata-mata untuk mempertahankan diri saya dan menjelaskan apa yang sudah berlaku.”
"Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang terjadi harus dijadikan teladan, bukan hukuman. Secara tidak langsung, saya merasa dibabitkan sama dalam usaha memburuk-burukkan Rohaizat.

"Tetapi apabila Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.”


Ini antara pernyataan bekas rakan kongsi firma guaman Rohaizat Othman, Yusri Isahak semalam di Kuala Lumpur.

Kenyataan itu dibuat berikutan dakwaan yang mengatakan Rohaizat terlibat dalam penyelewengan melibatkan transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh Yusri bagi pihak Koperasi Pekebun-pekebun Getah Pulau Pinang.

"Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan kepada masyarakat setempat," katanya.

Yusri boleh berasa sedih terhadap serangan peribadi ke atas calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir itu.

Yusri juga boleh berasa simpati dengan keadaan ditanggung Rohaizat ketika ini dan memang benar kini Yusri ‘terpalit’ dalam usaha memburuk-burukkan Rohaizat.

Walaupun Yusri mengaku tidak boleh berdiam diri apabila melihat kenyataannya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap rakannya itu yang disifatkannya sebagai manusia dikenali secara peribadi adalah seorang yang baik hati, namun, bagi saya segala-galanya sudah terlambat.

Pertamanya, kenapa pentas pembangkang dijadikan medan untuk ‘menjelaskan’ dan kedua, kenapa kenyataan pertahankan diri dibiarkan ‘melalut’ hingga boleh menjejaskan imej calon Barisan Nasional berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan Yusri mengadakan sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Yayasan Aman, Penanti, mengenai isu berkenaan yang mana Yusri menyifatkannya dibuat sebagai untuk membersihkan nama baik beliau dan keluarga.

Dalam pada itu, laporan sebelum ini juga pernah melaporkan Yusri tanpa menafikan tuduhan penyelewengan yang berlaku, tidak mahu dipersalahkan secara perseorangan.

Berikutan kenyataan Yusri mengenai kes pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) 20 Ogos lalu, imej Rohaizat sukar dipulihkan kerana jelas berikutan kenyataan itu, pelbagai tohmahan dilontarkan yang menyimpang daripada tujuan asal beliau membuat kenyataan akhbar berkenaan.

Malang sekali, Yusri tanpa sedar atau tidak, melalui kenyataannya itu, ia digunakan untuk menghentam dan memburuk-burukkan Rohaizat habis-habisan.

Yusri boleh mendabik dada mengatakan “sebanyak mana wang dan harta dunia sekali pun tidak akan dapat membeli saya untuk menggadai bangsa, agama dan negara saya...akan timbul tuduhan bahawa saya mendapat ganjaran dan habuan untuk tampil membuat kedua-dua kenyataan akhbar ini (semalam dan tempoh hari)” tetapi ketika ini ia tidak ada apa-apa makna lagi untuk Rohaizat dan BN.

Yusri sendiri ketika ditanya sama ada Rohaizat bersalah atau pun hanya menjadi mangsa keadaan, katanya, beliau bukan dalam kedudukan untuk menyatakan perkara itu, sebaliknya pihak yang lebih tepat adalah mahkamah dan Majlis Peguam.

Kurang 24 jam hari pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, calon Barisan Nasional (BN) semalam, Rohaizat yakin peratusan pengundi yang menyokongnya akan terus meningkat.

"Majoriti pengundi berjanji untuk menyokong saya, malah mereka bersimpati dengan saya kerana taktik kotor pihak lawan yang menggunakan isu peribadi sehingga menjejaskan maruah keluarga saya," katanya.

Rohaizat, 38, yang juga Setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, berdepan Mohd Salleh Man, 52, daripada Pas, pada pilihan raya kecil itu hari ini.

Sunday, August 23, 2009

KERAJAAN PAKATAN SELANGOR BERGOLAK?

Kerajaan pakatan pembangkang Selangor Darul Ehsan kini sedang bergolak atau dalam krisis?

Pihak yang menyokong kerajaan pakatan pembangkang berusaha mempertahankan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ada yang mengatakan Khalid tidak akan bertahan lama. Malah sudah ada ura-ura mengatakan beliau akan digantikan dalam tempoh terdekat.

Tidak semena-mena, Datuk Dr Hassan Ali menafikan beliau berminat menjadi Menteri Besar. Apakah ada kaitan dalam khabar angin ini?

Beberapa bulan kebelakangan ini, nama wakil rakyat Gombak, Azmin Ali begitu mendadak dikatakan akan menggantikan Khalid.

Lebih diperkatakan ialah apabila cadangan Khalid menggunakan wang zakat ditolak mentah-mentah oleh Sultan Selangor. Khalid terduduk dengan pernyataan Sultan itu dan ia tamparan hebat apabila kedudukan kewangan Selangor kini dikatakan semakin meruncing.

Juga dengan kedudukan Khalid sendiri yang dikatakan akan menghadapi tekanan akibat pinjamannya dengan Bank Islam yang belum diselesaikan, menggambarkan betapa Khalid kini diserang secara peribadi dan kepimpinannya.

Pendedahan oleh blog pro-PAS ‘Malaysian Waves’ yang memaparkan tulisan Tulang Besi mengenai kehilangan ADUN Pelabuhan Kelang menguatkan spekulasi.

Menurut tulisan berkenaan, ADUN Pelabuhan Klang hilang atau diculik yang mungkin mengulangi tragedi (kejatuhan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Nizar di Perak) kejatuhan kerajaan pakatan di Perak.

Menurut Tulang Besai, beliau mendapat maklumat ADUN berkenaan kini ditahap tidak dapat dihubungi.

Baca apa yang ditulis oleh Tulang Besi:

“Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah sudah sampai ke tahap tidak dapat dihubungi. Situasi ini iras-iras kedua-dua ADUN lompat di Perak tempoh hari.

Mari kita berdoa kerajaan PR Selangor akan dapat mengatasi masaalah ini dengan terbaik mungkin, inshaalah.Ingat, UMNO cuma memerlukan 9 orang ADUN untuk melompat bagi memastikan kerajaan negeri bertukar tangan. Dan dengan Najib Tun Razak sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor, mereka amat "desperate" untuk mengambil alih Selangor.

Saya merasakan UMNO sedang mencuba untuk mendapat kesembilan-sembilan orang ADUN tersebut melalui aksi melompat dari kedua2 PKR dan PAS. Dari PAS, saya yakin paling ramai yang akan melompat hanya dua orang. Yang lain itu masih berprinsip dan beriman.

Dari PKR pula, baru-baru ini bukankah berlaku ADUN PKR sendiri menyerang kerajaan negeri?Saya tidak tahu berapa orang yang mampu bertahan dan berpegang dengan prinsip mereka?

Oleh sebab itu kita semua wajib berdoa dan berusaha supaya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya dipertahan dan segala usaha jahat UMNO digagalkan, inshaalah.

Sekiranya saya dibuktikan salah dalam isu ini (yakni Badrul tidak melompat) saya akan menjadi amat gumbira.”

Sama ada pemimpin PKR atau PAS, mereka tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana ternyata krisis demi krisis dan cantas mencantas antara pemimpin di Selangor, sama ada antara parti atau antara pemimpin dalaman parti tidak boleh dibendung lagi.

Pendedahan mengenai salah laku pemimpin DAP membebankan PKR dan PAS. Sementara perbalahan antara pemimpin PAS pula membebankan PKR dan DAP.

Dalam PKR pula ada pelbagai perbuatan sabotaj dan sebagainya yang menjadikan rakyat Selangor kini menyesal mengundi parti pembangkang berkenaan untuk membolehkan mereka menang.

Yang pasti kalaupun usaha menggoncang dan menjatuhkan kerajaan negeri Selangor tidak berjaya dilakukan dalam masa terdekat, pengundi dan rakyat Selangor akan tetap menghukum kerajaan sekarang yang gagal berfungsi seperti diharapkan.

Ikuti posting akan datang, bagaimana kerajaan pakatan pembangkang di Selangor memusnah dan mengecewakan pengundi mereka dan kini bersedia untuk menukar kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.

H1N1: PASUKAN KHAS DITUBUH, JANGAN BAWA KANAK-KANAK KE HOSPITAL

Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat semula jumlah kematian yang tinggi pesakit selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini sehingga mencetuskan suasana panik di kalangan masyarakat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kumpulan itu akan menjalankan analisis kenapa kematian itu berlaku dan faktor yang menyumbang kematian, sama ada berlaku kelemahan bagi pihak kerajaan atau sebaliknya.

Menurut beliau, berdasarkan kes-kes kematian yang lalu, 80 peratus daripada mangsa dikenal pasti mempunyai penyakit selain H1N1 iaitu penyakit jantung, kencing manis dan radang paru-paru.

“Ini tidak bermakna prosedur menangani H1N1 kita selama ini silap, tidak mungkin kerana sebaik sahaja kementerian dengar ada H1N1, kita sudah membuka bilik operasi dan cuma kaedah ini mungkin berbeza dengan negara lain.

“Saya yakin apa yang kita buat adalah lebih lagi daripada apa yang diminta oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kita memang terlalu jujur dalam memaklumkan punca kematian akibat H1N1 ini. Ini kerana kita mahu tekankan satu mesej supaya rakyat tidak mengambil ringan penyakit ini,” katanya semalam.

Sementara itu, hospital-hospital awam kini telah mula mengedarkan risalah dan notis yang mengingatkan orang-ramai dan juga pelawat agar tidak membawa kanak-kanak atau bayi ke premis hospital ketika mereka menziarahi sanak saudara ataupun kenalan.

Kempen terbaru ini adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh pihak hospital untuk mengelak penyebaran wabak Influenza A H1N1.

Jika tidak kerana H1N1 pun, adalah menjadi peraturan umum hospital yang melarang pelawat daripada membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke premis hospital untuk tujuan lawatan.

Malangnya, ramai ibu-bapa tidak memandang serius akan peraturan ini dan sekiranya mereka diberi ingatan, sebahagian besarnya tidak mengambil peduli akan nasihat yang diberikan oleh pihak hospital.

Sementara itu, Pakar Respiratori Dr K. Regesh pula berkata, apabila pihak hospital melabelkan sesuatu penyakit itu sebagai kronik ia bermaksud pesakit yang mempunyai masalah diabetik, kegagalan renal, asma dan lain-lain masalah respiratori.

Katanya, kepada semua pesakit ini dan juga kanak-kanak, sistem kekebalan badan mereka adalah tersangat rendah jika dibandingkan dengan seorang yang sihat. Oleh yang demikian mereka sangat terdedah kepada bahaya dijangkiti tidak kira apa jua wabak dan bukan semata-mata AH1N1.

"Di hospital, pelbagai jenis penyakit boleh berjangkit dengan mudah dan seboleh-bolehnya janganlah membawa kanak-kanak berjumpa pesakit walaupun untuk berkata ‘helo’,” katanya.

Dalam perkataan yang lain kata Dr Regesh, jika tidak dapat meninggalkan anak-anak dalam jagaan sesiapa, maka jangan datang melawat pesakit di hospital.

Dan kepada mereka yang baru pulang dari menziarahi orang sakit di hospital, ini ada pesanan yang ingin dikatakan oleh Dr Regesh;

"Bila sampai rumah, terus mandi, tukar baju baru sebelum mendakap anak kecil anda. Begitu juga bila anda balik dari kerja pergi mandi dan salin baju terlebih dahulu sebelum dakap anak anda.”

Sumber: MIngguan Malaysia/BERNAMA

Saturday, August 22, 2009

ISLAM PAS BOLEH KAWIN 2 + 3, UMNO HARAM?

Saya mohon maaf pada pagi 1 Ramadan ini kerana terpaksa menyatakan sesuatu yang sebenarnya persoalan peribadi orang.

Namun oleh kerana isu ini membabitkan politik, ia tidak lepas daripada perbincangan kerana terpaksa – dalam isu wakil rakyat kawin dua dan sebagainya.

Selepas membaca beberapa posting beberapa blog mengenai isu kawin, khususnya yang menjadi tumpuan ketika ini – calon BN- di Permatang Pasir – rasanya saya juga ingin ikut serta memberikan pandangan.

Dalam konteks berkempen janganlah sampai isu rumah tangga calon – dia kawin berapa atau sebagainya diperkatakan. Pendedahan soal peribadi seperti ini sengaja sama ada mahu menyusahkan calon atau mahu

menggoncangkan rumah tanggga seseorang seseorang sekiranya isteri pertamanya belum ketahui.

Apakah usaha pendedahan seperti ini dengan niat mahu menghancurkan rumah tangga orang lain?

Lebih memburukkan, yang berkata itu ‘paku dulang, paku serpih…” kerana isu ada bini lebih daripada satu rasanya sudah menjadi perkara di Malaysia kini.

Carilah isu-isu yang lebih sesuai – umpamanya apa kehendak pengundi dan ke mana arah calon akan membawa rakyat jika menang pilihan raya.

Soal calon atau wakil rakyat kawin lebih daripada satu rasanya bukan isu besar. Untuk geli-geli dalam kempen pun rasanya tidak sesuai.

Perkara kahwin lebih dari dua ini bukan isu sebenarnya. Kononnya calon BN, Rohaizat Othman berkahwin seorang lagi dengan perempuan bernama Rafizah Mohd Ali yang menjadi ketua kerani di pejabat guamannya, reaksi spontan blog yang menyokong PAS dan BN seronok untuk dibaca.

Nasrudin mendakwa Rohaizat telah mengabaikan Rafizah tanpa memberi nafkah yang adil dan perhatian yang adil. "Jadi saya persoal ketidakadilan itu. Tidak wajar beliau menjadi seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat.

Selesaikan dulu masalah rumah tangga dia, baru boleh selesai rakyat Permatang Pasir," kata Nasrudin sambil menambah beliau tidak berniat dan tidak suka untuk mencampuri urusan rumahtangga calon BN itu.

Nasrudin mendakwa beliau mengenali keluarga Rafizah dan mendakwa Rafizah sendiri yang menghubunginya untuk menceritakan perkara itu.

Rohaizat bagaimanapun menafikan tuduhan itu menjelaskan beliau tidak berkahwin pada tahun 2005. Katanya dia ada seorang saja bini.

Ditanya sekiranya dakwaan ini menimbulkan kerisauan kepadanya, Rohaizat berkata perkara tersebut tidak merisaukannya.

"Saya minta kepada PAS, pembangkang, cukup-cukuplah membuat tuduhan kepada saya. Lepas ini saya tidak akan layan lagi kerana PAS cukup tertekan dengan keadaan kerana tidak dapat sokongan daripada pengundi Permatang Pasir.

Berikutan itu, blog ruangbicarafaizal dengan nada marah, apabila mengatakan: “Bacul punya Ketua Pemuda PAS, apabila DAP menghina Islam sepatah haram pun tidak keluar ayat daripada mulut dia untuk mempertahankan Islam. Tiba-tiba hari ini beliau bersuara pasal calon BN berkahwin dua.”

Sesiapa yang terasa hendak meluahkan kekecewaan,protes atau teringin nak maki hamun kepada beliau,sila hubungi atau sms ke nombor ini 019-9168 182-Nasaruddin Tantawi.

Kata blog berkenaan: “Beliau cuba meruntuhkan rumahtangga Rohaizat dengan isteri pertamanya. Di Malaysia jika ada lelaki yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama adalah perkara biasa. Tetapi untuk memalukan Rohaizat,beliau mendedahkan perkara tersebut hari ini. Ini kerana beliau sakit hati melihat siaran berita malam tadi yang isteri pertama Rohaizat bersama-sama berkempen untuk Rohaizat. Inikah ajaran Islam ? Meruntuhkan rumah tangga orang. Apa ke masalahnya jika berkahwin dua,tiga atau empat ? Hj. Hadi sendiri berkahwin dua.

Dalam PAS sendiri berlambak lagi yang kahwin dua ,malah ada hingga ke Kemboja. Husam Musa@Husam Minyak juga berkahwin dua. Tak cukup satu bini,tambah lagi satu bini. Dah puas merasa melayu punya 'kebab' berbelas-belas tahun maka dia beralih arah mencuba cina punya 'kebab' pula. Isteri muda Husam adalah seoarang cina Singapura. Dan saya difahamkan isteri cina beliau ini mempunyai pertalian keluarga dengan Israel.

Isteri tua di Kg.Kota, Kota Bharu. Isteri muda di Kondominium Putra Villa KL,berhampiran dengan Ibu Pejabat UMNO di PWTC. Bagaimana seorang Exco PAS yang selama ini dicanangkan miskin tetapi boleh hidup mewah dan boleh letak isteri muda disebuah kondo ditengah-tengah Bandar KL. Mana dapat duit banyak ni ?”

Sementara melalui blog msomelayu, Mohd Sayuti Omar meminta Nasaruddin belajar berfikir perkara-perkara besar bersifat global dan nasional bukannya terus terperosok dalam isu peribadi seperti soal kahwin dua, tidak berkhatan ataupun cucuk hidung dan telinga.

Katanya apa juga isu, ulasan dan idea yang dilontarkan mestilah menggambarkan sebagai orang muda yang berfikiran jauh dan melepasi dari belitan soal-soal remeh temeh seperti tuduhan ke atas Rohaizat itu.

Sayuti turut mengemukakan pertanyaan: “Apakah berkahwin dua atau lebih daripada satu menjadi kesalahan? Apakah ianya bertentangan dengan Islam? Kalau tidak kenapa perkara itu perlu dijadikan isu.”

Menariknya dalam soal berbini dua, bukan saja dari kalangan ahli UMNO tetapi dari PAS sendiri juga ikut sama mengamalkan sunah Nabi itu.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kahwin dua. MB Kedah, Azizan Razak kahwin dua. Bekas pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang kahwin dua. Exco Kelantan, Takiyuddin Hassan kahwin dua atau tiga. Bekas timbalan speaker Dun Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh kahwin dua atau tiga.

Speaker DUN Kelantan Nasaruddin Daud juga kahwin dua. Bekas speaker DUN Kelantan, Wan Abdul Rahim Abdullah juga kahwin dua atau tiga. Timbalan speaker DUN Kelantan, Zaki Ibrahim juga kahwin dua.

Bekas wakil rakyat Jeli, Apandi Mohamad juga kahwin dua atau tiga. Bekas wakil rakyat Guchil, Zulkefli Yaacob juga kahwin dua. Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Yaacob juga kahwin dua atau tiga.

Kata Sayuti, sebenarnya banyak kalau nak disenaraikan pemimpin PAS yang berkahwin dua atau lebih daripada dua.

Kerana itu beliau mencadangkan agar ditubuh Penshawat di Kelantan iaitu persatuan lelaki yang berkahwin lebih daripada dua bagi menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul di sebalik amalan sunnah itu.

Benar kata Sayuti. Berkahwin dua atau tiga tidak jadi masalah kalau ‘adil’. Yang jadi masalah ialah apabila perkahwinan itu mendatangkan masalah sosial dan menganggui orang lain. Yang bermasalah yang berkahwin secara gelap, maksudnya tidak diberi tahu kepada isteri pertama.

Misalnya ada yang sorok bini (macam sorok gula) di apartment, yang berkahwin di Medan, di Cina, Kemboja dan lain-lain. Ini yang menjadi masalahnya. Setengah itu kerana kahwin tak daftar atau lambat daftar jadi masalah bila-bila bini dah beranak.

Bagi Sayuti apabila Nasaruddin membangkitkan isu Rohaizat kahwin itu nampak sangat kerendahan pemikiran Ketua Dewan Pemuda PAS itu.

Bukan saya atau orang UMNO kata tetapi Sayuti - pendokong PAS - yang kata. Selebihnya ‘lu pikirlah sendiri….”