Friday, August 14, 2009

SELESMA BABI – JANGAN SAMPAI JADI GILA BABI

KESIHATAN RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCEGAHAN DIUTAMAKAN.

Saya cukup bimbang dengan kedudukan jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) ketika ini.

Saya bersyukur kepada Allah kerana sehingga ini masih ramai rakyat Malaysia bebas daripadanya tetapi apakah ada jaminan bahawa jangkitan serius tidak akan berlaku?

Memang beberapa langkah sudah diambil seperti pemantauan di pintu masuk utama negara, penutupan sekolah dan sebagainya. Tetapi ternyata ia bukan langkah muktamad menangani wabak sepenuhnya.

Yang pasti penutupan sekolah, universiti menyelamatkan kawasan berkenaan tetapi bukan kawasan perumahan atau kampung yang diduduki oleh pelajar yang terdedah dengan virus itu.

Musim perayaan akan semakin hampir menjelang akhir tahun. Banyak perayaan pelbagai kaum akan berlangsung. Tentunya jika tiada usaha mengawalnya dengan serius, virus akan terus merebak.

Di negara kita sehingga kini, dua wanita warga emas dan seorang lelaki penghidap diabetes adalah antara tujuh korban terbaru akibat Influenza A(H1N1) di negara ini, menjadikan jumlah kematian 51 orang setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tujuh kematian tersebut berlaku pada 7 Ogos (satu), 10 Ogos (dua) dan empat kematian pada 11 Ogos.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata selesema babi adalah ancaman serius kepada negara.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Bagi saya dan mungkin sesetengah orang yang melibat wabak ini membimbangkan sedangkan kerajaan seperti ‘sambil lewa’ mendekati persoalan ini.

Apabila masyarakat semakin takut dan bimbang tentang diri, anak-anak dan keluarga sedangkan kerajaan bagaikan ‘tidak boleh diharap’, mereka akan melakukan apa sahaja.

Pada ketika ini ada klinik yang mengiklan vaksin menentang atau melindungi orang ramai – pastinya harganya mahal – kerajaan pula nampaknya hanya menasihat tanpa suatu rancangan menyeluruh.

Bukan semua berkemampuan sedemikian.

Bagi yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan vaksin atau rawatan awal di hospital swasta. Bagaimana pula mereka yang tinggal di kampung dan kawasan pedalaman?

Berapa ramaikah yang akan mati kerana tidak mampu mendapatkan rawatan awal? Apakah kita hanya mahu berserah kepada Allah?

Sebelum ini, sudah ada pihak mengemukakan pertanyaan apakah virus tersebut merupakan ancaman keselamatan negara dan bukan lagi ancaman keselamatan insan (human security) sahaja, bagi saya ia kini ancaman keselamatan negara.

Majlis Keselamatan Negara perlu membuat pendirian segera. Jelas kini kerajaan hendaklah mengisytiharkan ia sebagai ancaman keselamatan negara seperti ancaman dadah.

Ambillah saranan dan amaran bahawa "28,000 rakyat Malaysia dijangka akan mati kerana jangkitan influenza A H1N1 dalam tempoh dua tahun" yang dinyatakan oleh seorang pakar perubatan melalui satu saluran berita popular di Internet ia amat menakutkan.

Penyakit ini bukan untuk yang miskin sahaja tetapi juga yang kaya. Presiden Costa Rica turut dijangkiti penyakit sedemikian. Oscar Arias, 68, yang juga pemenang Hadiah Keamanan Nobel, didapati positif Jumaat lalu, dijangkiti virus itu yang menjadikannya ketua negara pertama yang didapati menghidap selesema babi.

Di Malaysia, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dimasukkan ke hospital selepas disahkan dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1) dan kini semakin pulih.

Kita doakan mereka yang sedang dirawat akan pulih dan Allah menjauhi kita daripada wabak ini.
Oleh kerana ia boleh dibendung, kerajaan perlu menyedarkan rakyat agar mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap virus ini.

Yang menyedihkan sejauh ini mereka yang tidak langsung mempunyai kemampuan ke luar negeri paling ramai mengidapnya. Dan kini jelas, kes bukan lagi berpunca daripada virus import.

Berapa lamakah lagi kerajaan akan melakukan pengisytiharan darurat untuk membendungnya. Apakah kita perlu menunggu kepada angka tertentu umpamanya 100, 200 atau 500 yang mati kerananya?

Walaupun ada pihak cuba menafikan wabak ini mendatangkan kesan atau implikasi kepada ekonomi negara seperti sektor perkhidmatan dan perlancongan, jelas jika keadaan semakin tidak terkawal, industri pelancongan tempatan juga akan merosot.

Saya mencadangkan supaya kerajaan dan Kementerian Kesihatan melaksanakan usaha membendungkan wabak ini bukan kerana kepentingan politik (termasuk kenyataan politik) tetapi melihatnya sebagai kepentingan awam, keselamatan dengan kepentingan negara.

Saya amat yakin pada ketika ini, Menteri, Timbmulai bimbang untuk turun ke hospital atau klinik yang merawat penyakit berkenaan untuk membuat lawatan atau pemeriksaan.

Selain itu, kerajaan perlu mencari jalan supaya rakyat mendapat perkhidmatan memuaskan di hospital kerajaan seperti klinik swasta dalam konteks mendaptkan vaksin atau kemudahan khidmat yang lain dengan caj yang berpatutan.

Pemakaian topeng muka hendaklah dianggap wajib dan bekalannya mencukupi. Kerajaan perlu bertindak jika ada topeng muka dijual dengan harga yang tinggi.

Kerana itu saya merayu dan memohon kepada Kementerian Kesihatan agar cara mengawal untuk meminimumkan penyebaran penyakit ini bukan sekadar kempen membasuh tangan dengan bersih dan memakai penutup muka sahaja.

Saya bersetuju dengan pandangan supaya dilakukan pengesanan awal dengan ujian throat swab untuk semua pesakit yang suhunya melebihi 38 darjah celsius disertai simptom-simptom batuk/selesema/sakit tekak walaupun baru tiga hari demam.

Ini kerana pesakit yang positif H1N1 akan menjadi penyebar virus pada hari pertama i dia demam.

Kerajaan perlu sediakan peruntukan segera untuk mengesan lebih awal influenza A H1N1 ini agar rawatan (antiviral) dapat diberi lebih awal, dengan itu dapat mengurangkan penyebarannya dan kurangkanlah perbelanjaan negara dalam hal-hal yang kurang penting seperti majlis-majlis keraian atau yang berbentuk hiburan.

Tidak ada gunanya mengumumkan siapa yang mati atau sebab-sebab mereka dijangkiti kerana mereka ada beberapa risiko sama ada diabetes, tekan darah tinggi, penyakit jantung, imuniti rendah atau penyakit kongenital.

Apapun, harga mencegah lebih murah daripada harga merawat.

Sebelum lebih ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa, tumpukanlah kepada wabak ini ketika ini daripada melayani ‘wabak politik’ yang tidak ada penghujungnya.

Jika wabak sudah tidak boleh dikawal, dengan orang-orang politik pun boleh mati.

Mereka sewajarnya mati jika tidak menendahkan wabak ini namun rakyat yang tidak berdosa dan menjadi pengundi seharusnya dijaga.

Silap haribulan, penyakit selesma babi ini akan menjadi isu pilihan raya.

Pada ketika itu doa pelindung diri untuk orang politik sudah tidak berguna lagi.

Apabila ini berlaku, pada ketika itu orang politik termasuk Menteri dan anggota Kabinet bukan sekadar bingung dengan selesma babi ini tetapi akan menjadi GILA BABI.

TAKBIR PAS DI SELANGOR KINI TAK-BEER, TAK-BEER….

Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor Almarhum tegas mengingatkan kita khamar itu adalah "Ummul qobaais-ibu segala maksiat-mother of all evil!)

Alhamdullilah, sengaja atau kebetulan isu mengenai penjualan arak di Selangor ini dapat kita sama-sama fikirkan pada hari ini – Jumaat - penghulu hari bagi segala hari.

Apakah isu penjualan arak di Selangor selesai?

Apakah hanya kerana Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan anggota jawatakuasa DAP pusat, Ronnie Liu bersetuju mematuhi arahan pucuk pimpinan pakatan pembangkang, isu ini selesai?

Apa yang selesai sebenarnya?

Apakah dengan bersalaman antara mereka di hadapan media, isu perjualan khamar ini selesai?

Apakah Hassan Ali tidak jadi letak jawatan hanya kerana mahu menunjukkan sikap berbaik-baik dan mewujudkan keredaan pertelingkahan antara parti dalam pakatan pembangkang demi pilihan raya kecil Permatang Pasir?

Berasaskan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia memang sedemikian.

Bagi Anwar, dengan kedua-dua Exco itu sudah berjabat tangan, pergeseran terbuka antara kedua-dua mereka "sudah selesai". Fahamilah kata-kata ini dengan sebaik-baiknya – isu penjualan arak selesai atau pergeseran pemimpin yang selesai.

Bagi Anwar, pendirian ‘kita’ tetap sama, iaitu tidak menggalakan percambahan penjualan arak kepada orang Islam tetapi penjualan arak kepada orang bukan Islam kekal seperti sekarang. Tidak ada masalah berbangkit.

Baginya, isu arak ini sengaja dibangkitkan bagi menyorok isu mengenai PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan rasuah.

Itulah cara Anwar. Mudah sahaja selesai, iaitu membangkitkan isu lain dan dikaitkan dengan isu ini untuk membersihkan pakatan pembangkang.

Perkara ini ditegaskan oleh Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat di Tropicana Golf and Resort semalam.

Mesyuarat pakatan pembangkang itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, tokoh veteran DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pula mengulas perkara itu mendakwa isu arak tersebut merupakan isu lama dan diwarisi daripada kepimpinan Barisan Nasional (BN).

"Pun begitu, kita dapat selesaikan dengan baik, tanpa menyentuh antara satu sama lain di mana Islam dapat dilaksanakan dan orang bukan Islam dijamin haknya. Yang penting kita (Pakatan Rakyat) bersatu walaupun kita berbeza pendapat dan ideologi. Apa guna kita bersama kalau tidak bersatu," katanya.

Berbalik kepada kenyataan Anwar awal tadi, bagi pakatan pembangkang, termasuk Hadi sendiri, apakah isu penjualan arak ini selepas hanya kerana Hassan Ali dan Ronnie Liu berbaik semula?
Apakah penyelesaian isu ini dilakukan demi kepentingan politik atau melalui ekakmen, garis panduan dan peraturan?

Saya hairan kerana pakatan pembangkang tidak menyatakan sedikit pun mengenai langkah bukan politik – agama dan social dan lebih penting penguatkuasaan.

Apa yang disebut oleh kedua-dua pemimpin pembangkang itu lebih kepada keputusan politik dan kepentingan perpaduan dalaman pakatan pembangkang.

Apabila kerajaan Selangor pada 7 Ogos lepas, memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli daripada kalangan orang Islam dan remaja, ada banyak lompang dalam arahan berkenaan.

Ronald Liu yang ditanya sama ada permohonan maaf antara kedua-duanya telah dibuat, beliau enggan menjawab dan hanya bersalaman dengan Hasan.

Hassan Ali yang turut hadir pada mesyuarat tersebut ketika ditanya mengenai hasratnya untuk meletak jawatan exco kerajaan negeri, berkata beliau akur dengan keputusan yang diputuskan Menteri Besar Selangor.

"Tiada apa lagi yang perlu dibangkitkan. Kita setuju dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim)," katanya.

Beliau kini senada dengan Liu, akur dengan keputusan pucuk pimpinan pakatan itu.

Apakah mereka yang mengemukakan pandangan isu ini dari PAS dan PKR seperti Yang Berhormat Zulkifli Noordin akan patuh apabila Hassan Ali dan Ronald Liu sudah berjabat tangan?

Apapun, baca kembali tulisan Zulkifli Noordin pada 10 Ogos lalu.

TAKBEER! SELANGOR DARUL KHAMAR?

Oleh Zulkifli Noordin (10 August 2009)

Saya sangat kecewa dengan keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menolak usul yang dikemukakan oleh PAS Selangor supaya dilaksanakan larangan menyeluruh ke atas penjualan arak dikedai serbaneka dan peruncitan di Shah Alam khususnya, dan Selangor amnya. Ianya telah menukar status Selangor daripada negeri Darul Ehsan kepada Selangor Darul Khamar!!

Desakan ini dibuat berdasarkan hakikat Shah Alam adalah kawasan yang penduduknya lebih 90% adalah umat Islam. Tidak ada sebab untuk kedai peruncitan dan serbaneka untuk menjual arak, beer atau alkohol atas apa nama sekalipun, apatah lagi jika ianya berdekatan dengan surau atau masjid.

Berikutan aduan yang dibuat oleh umat Islam, Majlis Bandaraya Shah Alam telah melaksanakan langkah merampas arak yang dijual dibeberapa kedai serbaneka ini. Namun tindakan MBSA telah dipertikai oleh YB Ronnie Liu daripada DAP yang mengarahkan supaya MBSA memulangkan balik arak yang dirampas.

Tindakan YB Ronnie Liu telah membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di Shah Alam. Maka PAS Selangor dibawah pimpinan YB Dato' Hassan Ali telah mengemukakan memorandum supaya larangan penjualan arak secara menyeluruh di Selangor dilaksanakan.

Tindakan dan keputusan YAB Tan Sri Menteri Besar jelas bertentangan dengan kehendak dan aspirasi penduduk Islam di Shah Alam, dan jelas tidak menghormati pendirian PAS Selangor yang merupakan rakan Pakatan.

Malahan apa lebih dikhuatiri sikap YAB Tan Sri Menteri Besar akan memberikan persepsi beliau terlalu tunduk kepada nafsu serakah DAP yang akhir-akhir ini kelihatan makin melampau dan biadap termasuk membuat kenyataan dan tindakan yang dianggap menghina dan merendahkan Islam dan umat Islam.

Kalau Shah Alam yang majoriti besarnya adalah umat islam boleh dicabul dengan penjualan arak, apalah nasib kawasan lain di Selangor! Alangkan YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman pun pernah menyatakan supaya Shah Alam hendaklah dibebaskan daripada pengaruh arak.

Saya teringat lagi kata-kata Almarhum Dato' Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor yang sentiasa mengingatkan kita dan istiqomah dalam menegaskan bahawa arak itu adalah "ummul qobaais" - ibu segala maksiat..the mother of all evil! Saya kira kalau Almarhum masih hidup, sudah tentu beliau akan menentang habis-habisan tindakan Kerajaan Selangor ini.

Saya ingin menegaskan bahawa saya langsung tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Selangor membenarkan penjualan arak dikedai serbaneka dan peruncitan di Selangor. Saya mengambil keputusan memufaraqahkan diri daripada keputusan itu.

Saya juga mendesak supaya Kerajaan Selangor supaya menarik balik keputusan membenarkan penjualan arak tersebut dan menerima memorandum yang dikemukakan oleh PAS Selangor untuk larangan menyeluruh keatas penjualan arak di Selangor.

Saya juga berpendapat mungkin sudah tiba masanya undang-undang negara dipinda untuk membolehkan tindakan pertuduhan jenayah dikenakan terhadap mana-mana pemilik atau pengusaha kedai peruncitan ataupun serbaneka yang menjual arak kepada mana-mana orang Islam.

Kita melihat kebanyakan pemilik atau pengusaha ini terdiri daripada golongan bukan Islam, malahan ada antaranya dimiliki oleh taukeh judi. Mereka tahu bahawa jika mereka menjual arak kepada remaja Islam tindakan tidak boleh dikenakan terhadap mereka; kerana undang-undang negara menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya kepada umat Islam.

Saya juga memohon kepada Kebawah Duli Sultan Selangor mengambil tindakan tegas dalam hal ini kerana sebagai payung bagi agama Islam dalam negeri Selangor, rakyat mengharapkan Tuanku memelihara kesucian dan maruah Islam dan umat Islam yang sudah tercemar akibat kegagalan YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor mempertahankan Islam. Tuanku, you are the last bastion of Islam in this state of Selangor..please do something to redeem the honor and status of Islam in Selangor!

Saya juga menyeru sahabat-sahabat pejuang Islam supaya istiqomah dalam perjuangan kita memastikan Selangor khususnya, dan Malaysia amnya bebas daripada pengaruh arak, beer dan alkohol. Janganlah nanti dikata orang takbir kita dah jadi "tak-beer"!!

Tuesday, August 11, 2009

ANWAR PERCAYA HANYA NAJIB MAMPU SELAMATKANNYA!

Macam-macam berita dan khabar yang dibawakan sama ada secara lisan, bertulis melalui blog atau juga sms.

Paling terbaru dan menarik ialah kononnya (saya ulangi kononnya) Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berjumpa dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Yang tahu ia atau tidak ialah Najib dan Anwar. Kalau betul tiada lagi kononnya.

Boleh tanya kedua-dua mereka.

Tetapi untuk apa pertemuan itu?

Kononnya untuk perkara-perkara membabitkan kerajaan perpaduan dan hal ehwal kehakiman. Apakah sistem kehakiman kini tidak menyebelahi Anwar atau tidak bebas? Yang ini tidak penting. Anwar mahu ‘minta nyawa’.

Kenapa minta nyawa dengan Najib?

The Unspinners semalam menceritakan mengenai Anwar pergi berjumpa Najib di rumah peribadinya di Kuala Lumpur. Menurut cerita pertemuan diatur oleh Tan Sri Lim Kok Wing. Anwar meminta Najib masuk campur dalam hal ehwal kehakiman untuk selamatkannya dari kes liwat terbaru. Tetapi Najib mahu kehakiman yang bebas.

Bukan The Unspinners sahaja yang ‘mendendangkan cerita ini’. Sehari sebelum itu, blogger Faisal RB telah menyiarkan GEMPAR! PERTEMUAN SULIT ANWAR-NAJIB DIATUR OLEH LIM KOK WING. Versinya memberi detail tarikh pada pertengahan Jun. Katanya Anwar datang dengan Nurul Izzah.

Petang semalam, Duke of UMNO pun menceritakan perkara sama dalam tulisannya Panas!!! Anwar "minta nyawa" pada Najib!. Dalam versinya Anwar pergi jumpa main menyelinap masuk. Tak ada dicerita ada Lim Kok Wing.

Anwar diaktakan melepasi kawalan "bodyguard-bodyguard" Najib untuk menyelinap masuk ke rumah Dato' Seri Najib. Setelah melepasi "gate" rumah Najib, Anwar diberitakan telah merayu untuk bertemu dengan Najib dan Najib pun "menyudikan" dirinya untuk menerima "tetamu yang tak diundang"nya itu. Mungkin Najib tertanya-tanya, "apakah tujuan mamat ni jumpa aku ni? Macam "desperado" je nampak gayanya!".

Rupa-rupanya, Anwar "bersusah payah" redah menyelinap jumpa Najib tu bertujuan untuk MERAYU MEMOHON AGAR KES LIWAT DI ANTARA DIRINYA DAN SAIFUL DIGUGURKAN MAHKAMAH! Anwar memberi alasan bahawa dia sudah serik untuk masuk "dalam", dia sudah tua dan dia minta belas kasihan kepada anak bini cucu cicitnya.

Sebagai timbal balas Najib menggugurkan kes liwatnya itu, Anwar berjanji tidak akan sekali-kali "attack" Najib berkenaan Altantuya. Memang celaka si Anwar ni. Dah la dia yang datang merayu minta tolong, di"blackmail"nya Najib pulak! Najib dengan selambanya memberitahu Anwar bahawa Anwar boleh terus "attack" dia dengan "isu Altantuya" kerana dia tidak ada kena mengena dengan isu itu.

Najib dah bersumpah dah! Ada saksi pulak tu. Kenapa pula Najib perlu takut dengan ugutan Anwar tu sedangkan dia tiada sebarang kaitan dengan Altantuya? Anwar must be kidding! Anwar dipersilakan untuk terus "attack" Najib dengan "isu Altantuya". Najib kata pada Anwar bahawa beliau tidak ada dan tidak akan campur tangan tentang perihal kes liwat Anwar tu di mahkamah.

Najib tidak mahu campur hal dia dengan badan "legislative". Memang sudah dasar Najib begitu. Badan "legislative" adalah bebas dari sebarang kuasa politik!

Setelah lebih "3 jam" merayu merintih "minta nyawa" pada Najib, maka pulanglah Anwar dengan kerisauan dan tekanan yang tinggi! Pertemuan "desperado" yang dikatakan "sulit" oleh Anwar ini telah bocor! Oleh kerana cerita ni dah bocor, maka Anwar pun mulalah "spin" cerita! Kononnya, Najib panggil dia ke rumah dan minta dia jangan "attack" Najib berkenaan isu Altantuya. Anwar "spin" cerita bahawa Najib "offer" untuk gugurkan kes liwatnya.

Blog eXceptiondikatakan memberi kias tentang perkara ini seawal Jun 15, 2009. Samada ia betul atau hanya teka-teka, katanya Anwar bukan iya-iya mahu bincang pasal kerajaan perpaduan dalam pertemuan dengan Najib tapi untuk minta lepas.

Apapun, baca tulisan ini terlebih dahulu:

MYSTERY: Lim Kok Wing arranged secret meeting between Anwar and Najib!

The Unspinners

Anwar Ibrahim does not want to go to jail again. He wants to run away overseas. Anwar has told his lawyers to delay the case as long as possible. The story about not getting the documents from the DPP is just slow tactics to slow down the case.

Before the case started the DPP has already offered to Anwar to bring in his own forensic DNA experts from overseas including the famous Dr Porn-tip Rojanasundal from Thailand but Anwar refused to take up the offer. He already knows that the DNA evidence is very solid and prooves he sodomised Saiful Bukhari Azlan.

Then one day Anwar went late at night secretly to PM Dato Seri Najib's house to ask that the case be dropped. The meeting with Najib was arranged by Tan Sri Lim Kok Wing - a friend of Anwar. In return for the case being dropped, Anwar offered to leave the country with his wife Wan Azizah.

Anwar was asking Najib to interfere with the AG and the Judiciary. This is the hypocrite Anwar is - after accusing the BN of interfereing with the Judiciary, now he wanted Najib to interfere to save his own backside.

The only way for Anwar to save his backside is don't go for the backside. In 1998, Anwar interefere with police work to do turn around torture on Azizan and Ummi Hafilda. So Anwar is familiar with breaking the law to save his backside. First time he failed and then went to jail.

Well, Najib refused anyway because Najib said he will not interfere with the Judiciary. So now Anwar got no choice but to delay the case.

His lead lawyer Sulaiman Abdullah has resigned from the case because Sulaiman realise that Anwar is lying. Sulaiman is not sick or in the hospital. Sulaiman went home and is also back to work in his office handling many cases for his clients.

Sulaiman does not want to get involved with Anwar sodomy case anymore. He understand very clearly now that Anwar is lying. Sulaiman realise now that Anwar is a Mahaliwat monster.

TURUNKAN REPLIKA INI...


Minta tolong kepada sesiapa juga yang bertanggungjawab, tolonglah turunkan replika ini sebelum menjadi perbahasan lebih hangat.

Ia dipasang di perkarangan kuil Batu Caves.

Tolonglah untuk kebaikan Perdana Menteri.