Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, September 7, 2018

ISLAM PERLU DIJADIKAN ‘ROH PERJUANGAN’ BERSATU...

"BERSATU perlu jelas mengenai hala tuju dasar dan pendirian Islam. Jangan kerana ‘duduk semeja dengan DAP’, BERSATU jadi dayus dan tidak menjadi juara kepada agama Islam."

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan merayakan ulang tahun keduanya malam esok (8 September 2018).

Selepas dua tahun, BERSATU diharapkan bergerak ke arah menggantikan UMNO lindungi Melayu.

Inilah yang dikehendaki oleh Pengerusi BERSATU Tun Dr. Mahathir Mohamad, Namun  cukupkah BERSATU sekadar Islmelindungi Melayu?

Dr Mahathir berpendapat  orang Melayu berasa tidak begitu selamat selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menerajui negara disebabkan sekian lama mereka percaya bahawa perlindungan hanya mampu diberikan oleh UMNO.

UMNO hari ini dilihat oleh Dr Mahathir sebagai  sudah jauh menyimpang daripada perjuangan dan tujuan asal penubuhannya. "UMNO dulu adalah parti yang dihormati, dimuliakan tapi apabila menjadi pemerintah sekian lama, mereka lupa bahawa mereka ditubuhkan untuk perjuangan bangsa, agama dan negara.”

Dr Mahathir berkata UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak menjadi parti yang hanya fikir duit ringgit bagi diri mereka sahaja dan yang ambil duit terbanyak, yang mencuri duit ialah Presiden mereka.

Dengan Najib tidak lagi memimpin UMNO dan BERSATU kini menjadi antara parti dalam HARAPAN, wajar sekali soal Melayu dan Islam ini difikirkan secara mendalam.

Namun berapa kerat pemimpin BERSATU yang berfikir dan mengulas pendapat Dr Mahathir yang dibuat dalam Program Rumah Terbuka Aidilfitri PPBM di Laketown Resort, Bukit Merah di Taiping, 6 Julai lalu?


Juga berapa ramai cendikiawan Islam Melayu yang berjaya ditarik menyertai BERSATU. Apakah ada pemimpin berlatarbelakangkan Islam ( asam ada lulusan, ilmuan, pakar atau apa sahaja berkaitan Islam_ dalam BERSATU?

Melihat kepada keutuhan UMNO, khususnya pada 1980-an dan 1990-an, faktor meletakkan kepentingan Islam kepada UMNO dan melindungi umat Islam di Malaysia juga menjadi faktor penting terhadap kemajuan dan survival UMNO.

UMNO dihormati kerana ada ‘pemimpin Islam’ untuk jawatan Naib Presiden, ada Biro Agamanya dan tegas membuat kenyataan mengenai Islam.

UMNO ada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Tan Sri Mohd Yusof Nor, Tan Sri Abdul Hamid Othman, Datuk Dusuki Ahmad, Datuk Nakhaie Ahmad dan ramai lagi )sekadar menyebut beberapa nama).

Malah, pemimpin UMNO ‘tidak kalah dan bacul’ serta tunduk kepada pemimpin PAS yang mendakwa mereka ‘parti Islam’.

Cumanya mulai tahun 2000, pemimpin Islam dalam UMNO mula dipertikaikan kredibiliti mereka apabila ada isu salahguna kuasa dan sebagainya. Malah mufti-mufti juga bercakap hanya menyokong kerajaan pada masa itu.

Kerana itu BERSATU perlu jelas mengenai hala tuju dasar dan pendirian Islam. Jangan kerana ‘;duduk semeja dan bersekongkol dengan DAP’ BERSATU jadi dayus dan tidak menjadi juara kepada agama Islam.

BERSATU perlu memiliki pemimpin yang dilihat berjiwa dan mengamalkan pegangan Islam yang tegas dan tidak berkompromi.


Kenapa saya katakan demikian?

Jika tiada kedudukan ini, jangan harap mahu menjadi pengganti UMNO di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis.

Perlu diingat, lima negeri ini kini menjadi pusat kuasa PAS selepas PRU-14.

Itulah sebenarnya ‘lubuk orang Melayu’ dan memangpun BERSATU ditubuhkan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu luar bandar.

Pemimpin BERSATU – sama ada Pengerusi, Presiden, Timbalan Presiden dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi – perlu sedar mengenai perkara ini, bukan sekadar menjadi ‘burung kakak tua’ kepada Pengerusi atau Presiden sahaja.

Tetapi apakah dalam BERSATU kini ada pemimpin yang boleh dikategorikan sebagai ‘pemimpi Islam’?

Atau BERSATU mahu harapkan AMANAH perjuangkan Islam untuk mereka?

Jauh panggang daripada api kerana AMANAH juga bercita-cita tinggi dan kegagalan menangani masalah pemimpin Islam ini akan menyebabkan BERSATU akan ketinggalan dan nampak bahawa AMANAH lebih terserlah memperjuangan Islam.
BERSATU mahu kekal sebagai parti nasionalis? Jawalah wahai pemimpin BERSATU.

Kerana itu sambil  BERSATU perlu menggantikan UMNO sebagai pelindung kepada orang Melayu, ia jangan melihat kepantingan kepada bangsa atau kaum semata-mata tetapi juga agama Islam yang menjadi teras kepada kekuatan orang Melayu, khususnya di luar bandar.

Kegagalan memperjuang dan menjaga kepentingan Melayu dan Islam akan menjadikan BERSATU sebuah parti yang tidak mempunyai ‘roh perjuangan’.

Tanpa roh perjuangan, apa jenis parti BERSATU ini sebenarnya?

Saturday, February 8, 2014

TOLERANSI BERAGAMA BUKAN BERERTI MEMBENARKAN ISLAM, KALIMAH ALLAH DIPERSENDA...

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.”


Amat jelas Firman Allah SWT di dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4 seperti di atas menuntut umat Islam mewujudkan keharmonian antara penganut agama sebagai jalan penyelesaian terhadap konflik yang berlaku antara penganut agama di seluruh dunia.

Islam menyeru kepada seluruh umat Islam sekalian agar mengeratkan silaturrahim sesama kita.Perjuangan bagi mempertahankan dan menegakkan agama Allah serta hak-hak eksklusif umat Islam merupakan perjuangan yang suci yang dijamin mendapat pertolongan serta bantuan daripada Allah SWT.

Oleh itu, sebagai umat Islam kita wajib menolak segala bentuk atau konsep tuhan yang lain daripada Allah SWT.

Berikutan itu, sangatlah tidak wajar pemimpin bukan Islam di negara ini memetik ayat-ayat al-Quran tertentu termasuk Khutbah Jumaat, yang kemudian dimanipulasi kononnya orang Islam menggalakkan permusuhan.

Mereka seharusnya mendengar keseluruhan kandungan khutbah Jumaat dan mengelak daripada menuduh Islam menggalakkan permusuhan dengan penganut agama lain.

Bagi Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin, sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang pencegahan ekstrem agama bagi membendung amalan beragama tidak sihat termasuk mencampuri agama lain.

Pada ketika pemimpin politik BUKAN ISLAM semakin bertindak berani mempertikaikan amalan agama termasuk teks khutbah Jumaat dan penggunaan kalimah Allah yang ternyata hanya untuk umat Islam, perbuatan seumpama itu tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan.

Zamihan bimbang banyak lagi perkara yang kemungkinan dibangkitkan pihak terbabit demi kepentingan politik mereka. Persoalannya bagaimana dengan mereka (bukan Islam) yang terang-terangan mempersenda dan memperlekehkan agama Islam

Bukan sekadar diperlekehkan oleh bukan Islam tetapi memburukkan keadaan, ada pula pemimpin Islam sendiri yang turut mempersendakan Islam umpamanya dalam isu Kalimah Allah.

Menyedari dan bimbang Islam semakin dipermainkan, Mimbar Jumaat Masjid Wilayah Persekutuan semalam bertajuk KEHARMONIAN ANTARA AGAMA (baca juga teks Khutbah Jumaat minggu lalu bertajuk MANHAJ ISLAMI DALAM PERPADUAN UMMAH) menyeru kepada sidang jemaah dan umat Islam agar sama-sama kita menjaga kesucian dan identiti agama dengan tidak bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang melibatkan dasar akidah dan tauhid disalahgunakan oleh agama lain.


Perbuatan itu amat merbahaya kerana matlamat utama mereka menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan kemudiannya mendakwa bahawa semua agama adalah sama.

Mimbar berkenaan berpesan: “Ingatlah bahawa semua gejala kerapuhan akidah ini sebenarnya akan menjatuhkan kemuliaan dan darjat umat Islam sendiri. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat yang menanti golongan yang ingkar.”

Berkaitan perkara lain mengenai usaha mempersenda dan memperlekehkan Islam, Khutbah Jumaat yang dibacakan di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini menyebut:  "...terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja kelihatan mahu menggugat keharmonian serta toleransi antara agama. Umat Islam hari ini diserang dan diancam dengan pelbagai isu akidah seperti ada yang mendakwa dirinya diangkat menjadi rasul, memiliki kerajaan yang memerintah dari langit, mendakwa dirinya sebagai Tuhan, solat sempurna boleh dengan niat sahaja, solat wajib untuk tiga (3) waktu sahaja.


Selain itu kita juga diancam dengan isu kalimah Allah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dengan itu, mimbar yang mulia ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah membahaskan Isu Tuntutan Penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam.

Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

Oleh itu menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan dipelihara kesuciannya kerana ianya berkait rapat dengan akidah.

Sebagai umat Islam yang beriman kita perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Oleh itu, mimbar menyeru kepada sidang jemaah dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang melibatkan dasar akidah dan tauhid disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama mereka menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan kemudiannya mendakwa bahawa semua agama adalah sama.

Ingatlah bahawa semua gejala kerapuhan akidah ini sebenarnya akan menjatuhkan kemuliaan dan darjat umat Islam sendiri. Akibat yang lebih buruk ialah azab siksa yang pedih di akhirat yang menanti golongan yang ingkar.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 72:


Maksudnya:  “Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata: Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam. Padahal al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israil!. Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”

Kelmarin, sebuah laman portal berita melaporkan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking mempersoalkan khutbah Jumaat yang disediakan JAKIM yang didakwanya boleh mencetuskan perbalahan antara agama di negara ini.


Nada sama disuarakan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang kesal khutbah Jumaat dilihatnya sebagai sengaja meniup sentimen persengketaan agama.

Semalam, khutbah yang dibaca di Masjid Wilayah, Jalan Duta dengan jelas antaranya menyebut:

1. Berdasarkan kepada Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan atau dimaksudkan juga sebagai Agama Negara. Bagaimanapun agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Oleh itu, mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa agama Islam juga telah mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak-hak kemanusiaan merentasi bangsa, warna kulit dan agama. Pengajaran paling penting adalah kita dilarang berlaku tidak adil terhadap mana-mana pihak hanya disebabkan perbezaan agama dan budaya.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat ayat 13:


Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.

2. Dalam Piagam Madinah telah termaktub bahawa sesiapa yang hidup dan tinggal di Wilayah Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat zalim, khianat dan huru hara, maka hendaklah mereka dilindungi dan diberi keamanan di bawah kekuasaan Islam yang suci. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan maksudnya: “Sesiapa yang menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka dia telah menyakiti aku, dan sesiapa yang menyakiti aku, maka dia telah menyakiti Tuhan”.(Riwayat Abu Daud). Begitu juga dengan apa yang diriwayatkan daripada Jabir Abdullah RA katanya: “Satu jenazah lalu di hadapan kami (para sahabat), maka Rasulullah SAW berdiri. Lalu kami pun turut berdiri. Kami berkata kepada Rasulullah SAW “Ya Rasulallah, itu adalah jenazah yahudi”. Sabda Rasulullah SAW “apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah”.(Riwayat al-Bukhari) Hadith ini memberi isyarat bahawa Islam menggalakkan umatnya menghormati semua agama dan kaum, kerana Islam ini, menuntut kita supaya saling hormat menghormati dan bersikap lebih sopan santun serta berjiwa kemanusiaan sesama manusia yang lain. Menurut Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya fatawa Ibn Taimiyah bahawa: “Kesejahteraan umat manusia tidak dapat diwujudkan di dunia maupun di akhirat, kecuali mereka bergabung menjadi sebuah masyarakat, bekerjasama dan saling tolong menolong untuk menciptakan kesejahteraan dan mencegah kesengsaraan.”

Khutbah Jumaat semalam, selanjutnya menyebut: Sebagai umat Islam kita dituntut bertoleransi di bawah norma dan etika hidup beragama. Namun perlu diingat, toleransi yang dimaksudkan bukanlah bererti kita mengakui doktrin keyakinan mereka kerana di dalam persoalan akidah, agama Islam tidak sama sekali berkompromi dengan kekufuran atau kesyirikan. Toleransi yang dimaksudkan oleh Islam ialah kita tidak melampaui batas dalam perkara yang telah dipersetujui. Sikap melampaui batas sebenarnya akan menjadi pemangkin kepada kecelaruan minda dan perpecahan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sosio-politik negara. 

Berikutan itu, mimbar berkenaan berpesan kepada umat Islam supaya sentiasa bersikap terbuka dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Mimbar ingin juga menyeru kepada semua pihak agar usahlah mempertikaikan perkara yang telah termaktub di dalam perlembagaan dan dipersetujui bersama serta mempertikai hak-hak eksklusif orang Islam.

Mimbar juga menggesa pihak yang berkuasa agar menangani isu ini dengan penuh berhikmah agar mereka yang cuba memporak-perandakan pegangan dan akidah umat Islam akan menyedari dan insaf bahawa usaha-usaha mereka itu sebenarnya tidak akan membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam sebuah negara yang berdaulat.

Kita bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian dan sebab itulah kita perlu mencegah lebih awal anasir-anasir yang boleh menggugat keamanan serta menolak sebarang unsur yang boleh memecahbelahkan perpaduan antara kaum dan agama.

Ingatlah bahawa agama Islam sentiasa unggul dan ianya akan terus unggul. Al-islamu ya’lu wala yu’la ‘alaih. Marilah sama-sama kita meletakkan perhambaan kita kepada Allah SWT dalam segenap kehidupan dengan mengabdikan diri kita dengan sebenar-benarnya kepada Allah SWT dan menjaga akidah kita daripada terpesong jauh dari landasan yang digariskan oleh Allah SWT.

Sehubungan dengan ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Isra’ ayat 41:


Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan i’tiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Qur’an ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.”


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, kelmarin memberi amaran, apa yang berlaku sekarang pihak tertentu cuba menilai kandungan khutbah dari sudut bertentangan dengan mesej yang cuba disampaikan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Nilai keseluruhan kandungan khutbah, bukan mengambil satu topik yang kemudian dimanipulasi untuk kepentingan politik.

Tindakan itu menggugat ketenteraman awam dalam negara majmuk seperti Malaysia,” katanya. Mohamad Shukri berkata, tindakan pihak yang tidak menghormati amalan beragama itu seharusnya dihentikan segera kerana dibimbangi menggugat keharmonian kaum yang wujud sejak sekian lama.

Kandungan teks khutbah Jumaat tidak terkeluar daripada topik peringatan kepada umat Islam termasuk mengamalkan ajaran agama serta menjauhi larangannya dan tiada ayat yang menggalakkan persengketaan dengan penganut agama lain.

“Jelas sekali khutbah menyampaikan mesej yang baik bukan saja kepada umat Islam, malah penganut agama lain… malangnya ada pihak tertentu yang melihat dari sudut pandangan negatif iaitu lain yang kita tegakkan, lain pula yang mereka nampak,” katanya.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, menjelaskan,  asas paling penting untuk disampaikan dalam teks khutbah adalah umat Islam perlu bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.

Khutbah disediakan sebagai peringatan dan didikan khusus untuk umat Islam.

Dalam menyediakannya JAKIM merujuk nas al-Quran sebagai sumber, pegangan dan sandaran khutbah.

Amat jelas ia bukan mengajak ke arah permusuhan tetapi menuntut persefahaman dan saling mnghormati antara satu sama lain.

Monday, January 20, 2014

SULTAN KEDAH MAHU HAK EKSKLUSIF UMAT ISLAM DI HORMATI

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah menyeru rakyat pelbagai kaum menghormati hak eksklusif umat Islam agar kestabilan dan keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama, terus terpelihara.
Titah baginda, pembinaan perpaduan telah melalui proses yang cukup matang dan menjadi kekuatan kepada kestabilan dan keharmonian yang dikecapi rakyat (sekarang).

"Lantaran itu beta menyeru agar isu-isu agama dan sensitiviti kaum yang berupaya menjadi ancaman, wajar dielakkan selain wajib mematuhi asas Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.

"Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlu dihormati," titah baginda pada istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran sempena keputeraan baginda ke-86, semalam.

Titah ucapan Sultan Abdul Halim bertema 'Memahat Sejarah, Membina Negeri Yang Gagah' dibacakan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah pada majlis yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, di Alor Setar.

Baginda bertitah penggunaan kalimah 'Allah' yang menjadi hak eksklusif umat Islam perlu dihormati dan dilarang penggunaannya oleh penganut agama lain.

"Kekeliruan dan kontroversi boleh dielakkan jika peruntukan undang-undang dan keputusan penghakiman dipatuhi. Inilah resmi dan amalan masyarakat majmuk yang menjadi penyumbang kestabilan dan keharmonian rakyat selama ini," titah baginda.

Sultan Abdul Halim menasihatkan umat Islam agar menolak fahaman selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah misalnya fahaman Syiah, agar kepentingan mereka terpelihara.

Dalam konteks Kedah, baginda bangga kerana kecekapan pentadbiran kerajaan negeri melalui dasar-dasar konkrit yang kondusif membolehkan banyak agenda pembangunan fizikal dan kerohanian dapat digerakkan seiringan.

Baginda yakin pendekatan perancangan pembangunan menyeluruh yang disertai pelbagai inisiatif berteraskan pembangunan mapan mampu mentransformasikan Kedah menjadi negeri makmur, maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Menjadi harapan dan impian beta kecemerlangan bidang pendidikan untuk melahirkan generasi Ulul Albab dan kemakmuran ekonomi selain melihat Kedah menjadi destinasi pelaburan industri teknoloji tinggi. 

"Tindakan penting kerajaan adalah mengkomersialkan bidang pertanian dalam usaha menjadikan Kedah Jelapang Padi Makanan Negara wajar dipuji.

"Usaha berterusan ini, tanpa menumpu pada hasil alam sebagai penyumbang pendapatan dengan memajukan sektor pelancongan berteraskan budaya, warisan dan sejarah tamadun tertua di Nusantara, ekopelancongan berteraskan Islam dan pelancongan-kesihatan," titah baginda.

Terdahulu, Tunku Annuar dalam ucapanya menyeru rakyat Kedah supaya mengambil iktibar pergolakan yang berlaku di negara-negara serantau.

"Saya ingin berpesan janganlah kita jadi fanatik agama, kaum dan parti politik sehingga hilang segala perhitungan dan kewarasan membawa kepada bencana yang mungkin tidak dapat dipulihkan," katanya. 

Pada istiadat itu, sebanyak 114 orang dianugerahkan darjah dan bintang kebesaran Kedah. Turut hadir Raja Muda Kedah, anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pembesar-pembesar negeri.

Wednesday, April 10, 2013

PAS BERJAYA MENDIDIK DAP TERIMA ISLAM ATAU SEBALIKNYA?


"Tidak ada apa-apa makna pun Logo PAS kecuali seperti bulan mengambang atau ‘Tin Kosong’. Bagaimana sekiranya Logo PAS ada kalimah Allah, seperti yang tertera di bendera Arab Saudi dan beberapa pertubuhan lain, apakah DAP tetap bersedia menggunakan lambing berkenaan?"


Benarkah DAP terima Islam? Benarkah PAS Berjaya Mendidik DAP Terima Islam?

Siapa pemimpin PAS yang berjaya mengajar atau mentarbiyahkan pemimpin DAP untuk terima Islam? Nik Aziz sendiri? Datuk Seri Abdul hadi Awang?, Ahmad Sabu?, Khalid Samad? Datuk Mahfuz Omar atau Datuk Husam Musa?

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan golongan ulama dan tahfiz yang membuat deklarasi mengundi Pas adalah haram mendabik dada kononnya PAS berjaya mendidik DAP menerima Islam.

Tidakkah selama ini sejak merdeka melalui Perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi, peruntukan itu ditentang hebat oleh DAP secara senyap-senyap?

Apakah Dasar Penerapan Islam yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memahamkan DAP mengenai dasar Islam?

Nik Aziz mendakwa, perjuangan Pas yang selama ini berkeras mahu menegakkan undang-undang Islam berjaya selepas DAP menyatakan hasrat mahu menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekiranya parti tersebut diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Apakah hanya kerana kemungkinan menggunakan lambing PAS, DAP dianggap menerima Islam?

Cetek sungguh pemikiran Nik Aziz mengenai perkara ini – saya ulangi, mengenai perkara ini – kerana Logo PAS (Bulan Kosong) bukannya lambang Islam.  

Tidak ada apa-apa makna pun Logo PAS kecuali seperti bulan mengambang atau ‘Tin Kosong’. Bagaimana sekiranya Logo PAS ada kalimah Allah, seperti yang tertera di bendera Arab Saudi dan beberapa pertubuhan lain, apakah DAP tetap bersedia menggunakan lambing berkenaan?

Selain itu DAP mungkin ‘menerima PAS” kerana keputusan PAS sendiri bersetuju dengan penggunaan Kalimah Allah yang ditentang kuat oleh sesetengah pemimpin sendiri.

Sedarkah Nik Aziz?


Kalau Nik Aziz boleh menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai 'seorang tua yang nyanyuk' kerana mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara, Nik Aziz lupa apa yang berlaku kepada partinya sendiri.

Malah dia sendiri memang bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam dalam Kitab Injil.

Kesian, pada akhir penghujung hayatnya Nik Aziz merapu dan seperti hilang arah kerana dendam terhadap UMNO dan mahu terus menerus memegang jawatan walaupun tahu akan membinasakan partinya sendiri.

Nik Aziz langsung tidak sensitif kenyataan berterusan pemimpin DAP menentang keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menolak kalimah Allah digunakan bukan Islam dalam Bible.

Beria-ia puji Lee Kuan Yew yang tidak pernah berjasa kepada Kelantan tetapi tidak kepada Dr Mahathir, Pak Lah atau Najib.
Dia sanggup mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap berkenaan politik.

Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun manakala jawatan Mursyidul Am Pas dipegangnya sejak 1987.

Keadaan kesihatannya yang semakin uzur dan kerap dimasukkan ke hospital menyebabkan banyak pihak meminta beliau berundur dari arena politik namun pemimpin itu tidak pernah mempedulikan setiap kritikan tersebut.

Sedangkan beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika Dr. Mahathir turut melakukannya.

"Selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya Menteri Besar itu masalah kedua, tapi saya terus bercakap dalam Islam," di rumahnya di Pulau Melaka, hari ini.

Nik Aziz juga lupa, selain isu Kalimah Allah yang ditentang orang Islam gara-gara pemimpin DAP memperjuangkannya, Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri menolak pelaksanaan undang-undang hudud.

Rakyat Malaysia semua tahu bahawa Karpal pernah mengatakan ‘langkah mayatnya’ terlebih dahulu jika negara Islam mahu ditegakkan di negara ini.

Hukum itu sebahagian kecil sahaja tetapi isu negara Islam yang menang menjadi dasar perjuangan PAS dipersoalkan oleh Karpal dan DAP, namun kerana apa Nik Aziz memalingkan mukanya?

Amat nyata politik Nik Aziz bersumberkan dendam dan ingin menuntut bela kerana PAS pernah ditendang keluar daripada BN gara-gara kerenah pemimpin PAS sendiri.

Sewajarnya Nik Aziz marah kepada pemimpin PAS yang menyebabkan parti itu ditendang keluar, bukan kepada UMNO atau orang Islam dalam UMNO.’

Tidak cukupkah mengkafirkan orang UMNO dan parti UMNO, menyifatkan orang yang menerima bantuan kerajaan termasuk BR1M sebagai haiwan dan banyak lagi.
 

 Nik Aziz juga ada memberikan orang ‘gula-gula’ dan apakah beliau juga ‘penternak haiwan’?

Kenyataan terbaru Nik Aziz yang mendakwa jika Nabi Muhammad SAW hidup kembali parti UMNO akan menentang Rasulullah.

Pandangan Nik Abdul Aziz tentang dosa dan pahala umpama menepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri, kerana Pas sendiri bersekongkol dengan PKR dan DAP, yang secara terbuka dan konsisten telah menolak pelaksanaan hukum hudud dan dasar Islam mereka.

Amat nyata baginya laungan 'takbir' atau laungan politik sahaja dapat mengikat jiwa umat Islam terutama orang Kelantan sebaliknya soal kegagalannya mengurus pentadbiran negeri dan kebajikan rakyat diletakkan di atas bahu dan kepala orang lain.


Orang ramai tidak lupa dengan isu tajaan mengerjakan haji daripada seorang pengarah sebuah syarikat.

Penajaan itu dilaporkan turut melibatkan isteri Nik Aziz, anaknya Nik Amalina dan suami Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bergelumang dalam satu lagi kontroversi.

Selain isu tajaan haji, Nik Aziz juga menerima kritikan hebat kerana didakwa mengamalkan nepotisme dengan melantik Abdul Ariffahmi untuk menerajui PMBK sehingga mendorong exco Pemuda PAS negeri itu diminta meletakkan jawatannya.

Nik Aziz turut mengugut untuk berdoa bala terhadap perdana menteri dan Umno berhubung bayaran royalti petroleum.

Orang juga tidak lupa doa adik Nik Aziz  untuk menjahanamkan orang lain.

Thursday, September 20, 2012

4 STRATEGI MUSUH LEMAHKAN ISLAM, PERLEKEH RASULULLAH

 
 "Apabila Rasulullah SAW diperlekeh, mana sikap kita sebagai umat Islam. Kita mesti bangun memberi satu sikap, tak penting tentang politik sebab ia bersifat sementara. Kita (mesti) bangun dan buat satu kekuatan,"
- Datuk Noh Gadot

Mari kita amati dan fahami baik-baik apa kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadot mengenai empat strategi direncanakan oleh musuh Islam termasuk Yahudi untuk melemahkan umat Islam.

1. Menyekat Sebagai Pemimpin

Kumpulan musuh Islam pastinya tidak mahu umat Islam - yang berjumlah 1.6 bilion di seluruh dunia - kuat dan berani sehingga menjadi pemimpin di dunia ini.

2. Terus Miskin

Musuh Islam juga mahu menjadikan umat Islam terus berada dalam kemiskinan khususnya dalam bidang ekonomi dan membiarkan berada dalam kejahilan serta buta huruf.

 "Mereka mahu umat Islam menjadi miskin dan papa kedana, yang kaya akan terus menjadi kaya... Kita mesti mengubahnya dan mempertahankan maruah kita," kata Noh dalam tazkirah di Masjid Jamek Kampung Baru malam tadi.


3. Berpecah-belah

Dalam tazkirahnya sempena solat hajat mempertahankan keperibadian Rasulullah SAW anjuran NGO PERKASA malam tadi, Noh mendakwa musuh mahu umat Islam "berpecah-belah, benci membenci dan saling memfitnah" antara satu sama lain.

"Mereka tidak mahu umat Islam berkasih sayang... Kita tidak bersatu di peringkat dunia... contohnya isu Rohingya, isu di Iraq dan di Palestin," katanya kepada kira-kira 500 hadirin yang hadir selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah.

4. Makanan

Umat Islam sinasihati supaya berhati-hati dengan pemilihan makanan daripada musuh Islam.

"Mereka (musuh Islam) tahu, makanan yang haram, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah... Makanan haram, Allah tidak makbulkan doanya,"tegasnya.

Tegas Noh, berdasarkan sepotong hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda sesuap makanan yang haram masuk ke dalam tubuh badan individu muslim, maka Allah tidak akan menerima ibadahnya selama 40 hari bahkan diancam seksaan neraka.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam bersatu dengan menanam cinta dan kasih sayang kerana Allah tanpa mengira fahaman politik supaya dapat mengelakkan dari "diperlekehkan" musuh Islam termasuk isu yang berkaitan filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad SAW.

"Apabila Rasulullah SAW diperlekeh, mana sikap kita sebagai umat Islam. Kita mesti bangun memberi satu sikap, tak penting tentang politik sebab ia bersifat sementara. Kita (mesti) bangun dan buat satu kekuatan," katanya.

Dalam tazkirah itu juga, beliau turut menceritakan mengenai kemuliaan dan kehebatan Rasulullah SAW sebagai utusan Allah bagi membangkitkan rasa kecintaaan kepada baginda seperti yang dirakamkan dalam sirah dan sejarah Islam.

Sementara itu, Ketua Penerangan PERKASA Datuk Ruslan Kassim turut membaca lapan resolusi antaranya mengecam penyiaran filem 'Innocence of Muslims' dianggap sebagai "biadap, menghina, dusta dan fitnah" terhadap Rasulullah SAW.

Ruslan berkata PERKASA melihat usaha tersebut sebagai usaha "mencemar imej Islam, berniat jahat terhadap umat Islam dan menghasut warga dunia untuk membenci Islam".

"Tindakan pengarah filem itu sebagai satu konspirasi, pakatan dan komplot jahat untuk memporak-perandakan umat Islam supaya dapat mewujudkan jurang antara Islam dan bukan Islam.

"Saya menyeru kepada umat Islam bersatu padu, seiya-sekata, seiring sejalan untuk bersama-sama menumpukan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan menganjurkan solat hajat di rumah, surau dan di masjid," katanya.

Selepas itu, Noh mengimamkan solat Isyak dan hajat secara berjemaah dan mengakhirinya dengan membaca doa supaya umat Islam bangkit mempertahankan Islam daripada ancaman musuhnya.

Sumber - Malaysiakini

Monday, August 27, 2012

KEJAYAAN PIMPINAN BN SELAMA 55 TAHUN DIIKTIRAF NEGARA ISLAM


Pada ketika orang Islam di luar negara memuji dan mengiktiraf Malaysia sebagai contoh negara Islam, ramai rakyat kita memperlekehkannya.


Mereka bagaikan sakit hati, tidak puas hati dan meluat mendengar Malaysia dipuji dan dihormati. Kenapa mereka bersikap sedemikian?

Apakah pujian dan penghormatan kepada Malaysia itu dibuat oleh orang luar secara mengada-gada, membabi buta serta bodek untuk mendapatkan sesuatu daripada Malaysia?


Untung apa mereka memuji Malaysia jika bukan kerana kedudukan negara ini yang dihormati dan memang berada di tahap yang wajar menerima pujian?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) memerintah negara ini selama 55 tahun terbukti membawa banyak perubahan dan pembangunan kepada rakyat sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Kejayaan Malaysia membawa perubahan dan kejayaan kepada rakyat ini turut diakui negara-negara Islam yang lain, sehingga mereka mahukan Malaysia dijadikan contoh ikutan kepada negara Islam lain.

"Imej Malaysia di kalangan negara-negara Islam begitu dikenali, kita diberi penghormatan oleh negara-negara Islam dan ini menunjukkan bahawa apa yang kita perjuangkan dalam negara kita di bawah kerajaan yang ada pada hari ini mendapat pengiktirafan dan sanjungan yang tinggi di kalangan negara-negara Islam.

"Malah Presiden Mesir yang baharu, Morsi (Mohammed Morsi) begitu minat sekali nak melawat Malaysia dan beliau telah menyatakan kalau ada satu-satu negara yang boleh dijadikan contoh dan model, tidak lain dan tidak bukan ialah negara Malaysia kita ini," katanya.

Berucap di hadapan kira-kira 100,000 tetamu pada Majlis Rumah Terbuka beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di Pekan semalam, Najib berkata kenyataan itu diluahkan Morsi ketika beliau menghadiri Persidangan Negara-negara Islam (OIC) di Mekah baru-baru ini. Bukan Mesir saja yang kagum.

Malah sejak Malaysia memainkan peranan aktif di arena antarabangsa melalui pelbagai cara, khususnya melalui  OIC, Malaysia dipandang tinggi bukan sahaja kerana memperjuangkan isu kemerdekaan, kemanusiaan dan penentangan terhadap penindasan, tetapi rakyat Malaysia murah untuk menghulurkan bantuan.

Kehadiran kali pertama Tun Dr Mahathir ke sidang kemuncak di Kuwait pada akhir Januari 1987 mula membawa kesan apabila bekas Perdana Menteri itu menekankan soal pentingnya waktu dan ahli OIC mengambil sikap secara senada dalam setiap tindakan dan ketetapan.

Sejak OIC ditubuhkan, Malaysia yang mulanya dilihat berpotensi kemudian menjadi negara yang aktif dan disanjungi dalam memperjuangkan masa depan negara Islam, khususnya di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas pemimpin kita cukup dikenali  di kalangan negara Islam, termasuk Almarhum Tengku Abdul Rahman AlHaj, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, Tun Abdullah Badawi dan kini Najib mula menempa nama gemilang di persada antarabangsa, khususnya negara Islam.

Kerana itu tidak wajar ada rakyat – apalagi pemimpin – merendah-rendahkan negara sendiri hanya kerana kepentingan peribadi dan politik.

Pertanyaan kita ialah, apakah sumbangan pemimpin pembangkang itu kepada perpaduan Islam dan kesejagatan Islam dalam isu-isu penting masyarakat Islam sejak sekian lama?

Saya bersetuju sangat dengan seruan Najib agar semua rakyat negara ini bangkit dan menguatkan semangat serta terus berjuang bagi membawa kejayaan yang lebih bermakna.

"Kita (juga) bukan nak slogan, bukan nak janji, tapi nak sesuatu yang boleh dirasai oleh rakyat seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang kita beri secara langsung...tak termasuk bantuan-bantuan lain seperti subsidi minyak, beras, minyak masak, tepung dan bantuan yang telah kita laksanakan," katanya.

Sebaik-baiknya baik rakyat, juga pemimpin, sempena Syawal ini, sebagai khalifah di muka bumi ini, semua pihak wajar supaya terus mengukuhkan ikatan silaturahim, dan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain.

"Jika puasa kita merupakan ikatan kita kepada Allah maka dalam Syawal ini kita digalakkan menguatkan ikatan silaturahim, rasa ukhuwah serta maaf-bermaafan sesama manusia, maka baru dapat kita jalankan peranan kita sebagai khalifah," katanya.

Tahniah Najib, setidak-tidaknya ucapan ini sebagai peringatan, pesanan dan pujukan, bukan dengan niat dan hasrat memburukkan pemimpin atau kumpulan lain yang pada ketika ini mereka mungkin merancang untuk langkah memburuk-burukkan Malaysia seterusnya.

Bagi mereka,  tiada yang baik dan murni untuk Malaysia sebagai negara Islam contoh. Sebaliknya mereka asyik menggambarkan keburukan Malaysia di arena antarabangsa untuk memudahkan mereka menonjolkan diri kononnya ke arah memperbaiki kedudukan Malaysia sedangkan negara ini sudah lama diiktiraf sebagai negara Islam yang maju dan disegani.

Wednesday, March 14, 2012

BENARKAH RAKYAT KELANTAN 'KAYA AKHIRAT'?



Bukan mahu persoal kedudukan Islam di Kelantan.

Tetapi apakah Islam di negeri-negeri lain di Malaysia ini jauh lebih rendah berbanding Kelantan?

Apakah Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Sultan juga  Yang diPertua Negeri selain Kelantan tidak melaksanakan amanah melindungi Islam untuk dimartabatkan?

Apakah Majlis Agama Islam di negeri-negeri lain tidak sehebat Kelantan?

Apakah Islam di negeri lain hanya pentingkan dunia semata-mata?

Menurut Harakahdaily hari ini, “Kita tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan mereka. Bahkan kita kaya! Kaya akhirat.

Apabila menyebut Islam, seolah-olah Kelantan paling paling di Malaysia, hanya kerana ia diperintah oleh PAS dan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Musyridul Am PAS.

Bagaimana di Kedah? Islam di Kedah lebih rendah berbanding di Kelantan? Siapa menentukan Islam itu lebih baik, lebih tinggi darjatnya?

Jangan kerana mahu mempopular atau ‘menaikkan martabat Nik Aziz’ kerana majlis ‘bercukur rambut’ atau memohon doa melalui air yang berbotol-botol, Harakahdaily melakukan publisiti begitu murah.

Ukuran iman dan siapa lebih Islam rasanya kita serahkan kepada Allah tetapi apa dasar Islam khusus di Kelantan?

Persoalan lain ialah, jika Kelantan benar-benar menekankan pemerintahan cara Islam kenapa Kelantan dilanda masalah berikut walaupun memerintah sejak 1990?

1. Kematian kerana HIV paling tinggi?

2. Kes HIV paling tinggi di Kelantan?

3. Kes percerian dan pelacur Melayu dari Kelantan antara tertinggi di Malaysia?

4. Antara negeri paling miskin di Malaysia?

5. Masalah pengangguran yang tinggi di Kelantan?

6. Ramai yang 'samseng' dan 'gedebe' di mana juga sama ada di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan beberapa negeri lain adalah orang Kelantan?


7. Masalah air yang berterusan? Jika PAS mendakwa Islam di Kelantan lebih baik, lebih syumur dan sebagainya yang baik-baik dan pentingkan akhirat, apakah perkara asas duniawi itu tidak penting?

Selain itu ada beberapa janji yang gagal ditunaikan.

Janji adalah sesuatu yang wajid ditunaikan di Kelantan. Apakah pemerintah yang ingkar janji dijanjikan syurga oleh Allah untuk pemimpinnya? Apa antara janji-janji berkenaan?

Yang paling besar ialah penduduk Kelantan memberi tempoh 22 tahun kepada PAS untuk memerintah tetapi tidak ada perubahan besar dilakukan malah masalah asas pun masih tidak dapat diselesaikan:

 a. Segerakan pembayaran bantuan RM100 kepada seluruh warga emas di Kelantan bermula pada 1990 hingga sekarang;

b. Segera hapuskan cukai pintu dan bayaran tempat letak kereta dan sewa tapak operasi kereta sewa di seluruh negeri; 

c. Pembinaan pelabuhan darat di Kuala Krai;

d. Penyelesaian masalah Ladang Rakyat dan menyegerakan saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai pembelaan terhadap nasib Orang Asli di Kelantan; 

e. Menyediakan segera tapak rumah kepada golongan miskin di Bukit Tok Ali di Jeli, Pantai Mek Mas di Pengkalan Chepa, Alor Pulai dan Kampung Tok Ewel di Bachok dan kawasan lain untuk penempatan golongan miskin yang belum dilaksanakan. 

Setidak-tidaknya di negeri lain, dasar penerapan Islam yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sudah membuktikan keupayaan dan keberkesannya.

Secara umumnya, Islam di negeri lain terus disemarakkan dan di peringkat antarabangsa, Malaysia dihormati sebagai contoh negara Islam.

Apakah Kelantan yang mendakwa negeri Islam berada di darjat seperti itu?

Malah ditakdirkan, walaupun sebelumnya beliau kuat mengkritik kerajaan, Anwar Ibrahim akhirnya menyertai Umno pada tahun 1982 – bukan PAS - hasil pujukan dan pelawaan Dr Mahathir yang baru mengambil-alih tampuk pemerintahan pada ketika itu.

Teori penyertaan Anwar ke dalam Umno masih dibahaskan hingga ke hari ini. Yang sering didesas-desuskan adalah janji Dr Mahathir memberi mandat kepada Anwar untuk menggerakkan proses Islamisasi dalam kerajaan daripada pelbagai sudut dan bidang.

Maka lahir dan berkembanglah insitusi perbankan Islam, institusi pengajian tinggi Islam dan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam di sektor awam hasil usahasama Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim ketika itu (bukan sekarang).

Malaysia dikenali serata dunia sebagai penggerak utama perbankan dan produk-produk kewangan Islam. Dan dalam bidang pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kekal dengan imejnya di dalam dan di luar negara sebagai insitusi pengajian tinggi Islam yang progresif dan moden.

Apakah bidang pendidikan Islam yang menyerlah dilakukan oleh Kelantan?

Mahu bina sebuah universiti pun tidak mampu dan ramai anak Kelantan yang menuntut di intitusi pengajian tinggi yang dihasilkan oleh Kerajaan UMNO dan BN yang dilabelkan sebagai mementingkan duniawi dan membelakangkan akhirat.

Wednesday, February 15, 2012

KELUARLAH DARIPADA ‘KESESATAN’, KEMBALI KE PANGKAL JALAN…

"PAS perlu kembali kepada perjuangan asal seperti yang diamalkan pada masa pentadbiran bekas Presiden, Allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor....Janganlah hanya menumpukan usaha untuk meraih undi dan mendapatkan kuasa sehingga menggadai prinsip parti," - Pengerusi Tetap PAS Kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar

Tidak usahlah sampai mendesak PAS sampai keluar dari Pakatan Rakyat – yang dianggotai PAS-PKR-DAP – kerana ia sudah jauh ‘tersesat’. Sekadar minta ia kembali ke pangkal jalan pun dah cukup!

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memang wajar meminta PAS keluar pakatan namun, berilah dulu peluang ahli-ahlinya menilai apa yang sedang dilakukan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP terhadap PAS.

Memang benar kata-kata Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, bahawa PAS perlu sedar rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang bukan hendak memperjuangkan agama Islam tetapi hanya memberi keutamaan kepada hal politik dan duniawi, katanya.

Namun kita mula melihat gerakan bawahan yang menunjukkan ahli biasa mula tidak senang dengan tindak-tanduk pemimpin atasan mereka yang terus bersekongkol dengan pemimpin pakatan pembangkang yang terang-terangan ‘tidak menyokong Islam’.

Semalam di Georgetown, Pengerusi Tetap Kawasan Tanjong, Zaidi Abu Bakar menyifatkan PAS sudah lari daripada prinsip dan perjuangan asalnya dan perlu balik kepada perjuangan sebenar.

PAS diharap dapat kembali kepada perjuangan asal seperti yang diamalkan pada masa pentadbiran bekas Presiden, Allahyarham Datuk Mohd Fadzil Noor.

"Janganlah hanya menumpukan usaha untuk meraih undi dan mendapatkan kuasa sehingga menggadai prinsip parti," katanya di hadapan Pejabat Pos di Komtar di Georgetown.

Sebelum itu beliau mengetuai beberapa ahli PAS Tanjong mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana membantah pendirian parti itu menentang sambutan Hari Kekasih, yang disambut semalam.

Mereka kesal dengan kenyataan Karpal yang mengkritik tindakan Dewan Pemuda PAS yang mencadangkan agar sambutan itu diharamkan."Karpal tidak seharusnya mencampuri urusan yang melibatkan hal ehwal Islam kerana ia membabitkan sensitiviti umat Islam di negara ini khususnya dalam usaha untuk mengekang gejala sosial yang kian menular.

Jangan guna alasan hak asasi manusia. Saya ingin bertanya bagaimana pula dengan hak orang Islam? Bantahan ini berdasarkan hukum Islam, kenapa Karpal campur tangan," katanya.

Tidakkah gesaan sebegini menunjukkan sudah ada suara yang tidak senang dengan percampuran PAS dan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang?

Diharapkan pemimpin PAS bawahan menunjukkan sikap sebenar mereka agar PAS kembali ke pangkal jalan.

Ahad lalu, Karpal berkata, pendirian PAS menentang sambutan Hari Kekasih bukanlah satu tindakan yang baik.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pun turut meminta Karpal tidak mempolemikkan isu sambutan Hari Kekasih kerana apa yang ditentang PAS bertepatan dengan perjuangan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR). Karpal diminta tidak mempersoalkan pendirian PAS kerana mereka tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada meraikannya.

Itu dengan DAP, dan bukan isu Hari Kekasih sahaja.

Bagaimana dengan isu Palestin yang lebih besar?

Semalam juga Dewan Ulama PAS Pusat menyifatkan pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel atau menyaman Wall Street Journal menunjukkaan parti itu tidak tunduk kepada mana-mana pihak dalam memperjuangkan isu-isu umat Islam.

Kenyataan ini adalah bukti yang jelas bahawa PAS tetap akan menyuarakan pandangannya dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak apabila membicarakan tentang isu-isu prinsip Islam," kata Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr. Khairuddin Razali.

Khairuddin berkata, perkembangan itu juga menunjukkan bahawa PAS tidak akan menjual prinsipnya dalam memperjuangkan Islam.

Kita berharap bukan kali ini tetapi PAS tidak akan menjual prinsipnya selama-lamanya.

Malah, Mursyidul Am PAS dan Majlis Syura Ulama PAS perlu menilai kembali apa untungnya berpakat dengan DAP dan Pakatan Rakyat.

Apakah jalan ke Putrajaya itu lebih baik daripada jalan menyelamatkan akidah dan umat Islam di negara ini?

Semua pihak dalam PAS jangan hanya menyokong apabila isu-isu membabitkan umat Islam dunia sahaja.

Sedangkan perselisihan umat Islam di Malaysia yang lebih penting termasuk di kalangan adik beradik, sanak saudara, jiran dan rakan tidak dipedulikan.

Sikap ‘klu-klek’ PAS sebenarnya merosakkan umat Islam di Malaysia kerana pendiriannya yang tidak konsisten apabila boleh bersahabat dengan syaitan dan pada masa yang sama ‘mensyaitankan’ umat Islam lain yang hanya berpandangan atau berbeza fahaman politik dengan mereka.

Namun pada DAP dan PKR yang juga berbeza politik dan berbeza agama (sedikit sahaja orang Islam di dalamnya) diberikan keutamaan.

Selama mana PAS akan ‘klu-klek’ seperti ini?

Kerana itulkah saya anggap adalah baik beri peluang dulu PAS kembali daripada ‘kesesatannya’ dan kemudian biarlah mereka menilai dalam keadaan SEDAR apakah perlu bekerjasama dengan dua parti bukan Islam itu.

Wednesday, December 14, 2011

JANGAN BENARKAN PENZINA MENGHINA ISLAM, AL-QURAN

Saya amat memuji NGO-NGO yang begitu lantang mengkritik pemimpin parti politik yang suka berzina dan amat rendah moralnya ini. Saya yakin jika calon ini bertanding di kawasan majoriti Melayu, pasti mereka akan menerima akibatnya....Amat malang sekali jika kita sebagai umat Islam masih buta, yakni meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu.

RIDHUAN TEE ABDULLAH

Sinar Harian (December 11, 2011)
(Tajuk asal - Apabila penzina menghina Islam)


Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan, undang-undang dan kedudukan Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan, secara bertubi-tubi.

Seolah-olah ia dirancang begitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam.

Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah.

Sebagai agama yang bersifat universal, sebenarnya Islam begitu terbuka. Kita boleh ditegur, tidak ada masalah. Parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, jangan terlalu kurang ajar.

Apatah jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

Kenapa perlu mencampuri urusan orang Islam atau agama Islam, sedangkan orang Islam tidak pernah sama sekali campur tangan dalam urusan agama mereka.

Siapakah kamu wahai kiasu? Jika kami melakukan tindakan yang sama menghina agama kamu, sudah tentu mereka ibarat cacing kepanasan.

Saya amat memuji NGO-NGO yang begitu lantang mengkritik pemimpin parti politik yang suka berzina dan amat rendah moralnya ini. Saya yakin jika calon ini bertanding di kawasan majoriti Melayu, pasti mereka akan menerima akibatnya.

Amat malang sekali jika kita sebagai umat Islam masih buta, yakni meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud Pas’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau.

Sebagai umat Islam kita mesti berasa sensitif. Tidak boleh pejam sebelah mata. Jangan benarkan sesiapapun menghina al-Quran. Hidup mati kita adalah dengan al-Quran. Al-Quran adalah petunjuk, kerana ia adalah kalamullah.

Saya bersetuju dengan desakan supaya penzina yang memalukan parti dan keluarganya sendiri ini, membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau berkenaan dengan hukum hudud. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang dari China dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’? Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini?

Penzina ini juga berkata, sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

Penzina ini juga meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum.

Kenapa negara China yang mengamal sistem komunis yang nampak lebih zalim tidak dikritik? Adakah pelabur lari daripada negara Cina? Apa yang saya tahu, semakin ramai yang melabur di negara komunis itu?

Saya amat hairan kenapa kita sengaja memejamkan mata dengan strategi untuk ‘menghapuskan’ identiti Islam dan Melayu ini. Mereka bukan tidak tahu kebaikan Islam, mereka tahu. Tetapi mereka tidak mahu ada identiti Islam (Melayu) di Malaysia. Mereka mahukan sama rata dan sama rasa. Sampai bila-bila pun ultra kiasu yang berada dalam Pakatan dan Barisan tidak akan menerima Islam, kecuali Umno dan Pas bersatu.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, sebenarnya kita tidak rasis. Mereka yang seratus kali lebih rasis. Bukan sahaja rasis, tetapi busuk hati. Mereka tidak mahu langsung negara ini dikaitkan dengan identiti Melayu dan Islam, walaupun itulah hakikat yang mesti diterima.

Seperti Perdana Menteri sebut, orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis dan bersikap pelampau kerana sejak merdeka orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang (dirasa) adil kepada bukan Melayu.

Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah ultra kiasu, termasuk dalam Barisan Nasional.

Mereka licik dan bijak menyamar seperti musang berbulu ayam.

Sunday, January 16, 2011

APABILA ISLAM MUDAH DIPERLEKH & DILIHAT MENDATANGKAN MASALAH…

''Perbuatan biadab ini perlu dihentikan segera sebelum ia menjadi lebih parah dan tidak terkawal. Kedudukan Islam dan segala institusinya bukan sahaja dijamin oleh Perlembagaan negara malah diletakkan di tahap tinggi dan dimuliakan dengan peruntukan khusus yang tidak diberi kepada agama lain,”

Isunya kenapa orang bukan Islam kini sewenang-wenangnya mempersoalkan Islam dari segi amalan dan praktiknya di negara ini?

Sedangkan Islam diterima semua pihak sebagai agama rasmi persekutuan tetapi kini terdapat “musuh politik” yang cuba mengganggu-gugat perkara yang disepakati bersama.

Menghairankan ialah ‘musuh politik’ ini bukan sahaja daripada pembangkang tetapi daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri.

Saya fikir amaran yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka, bukan satu bentuk amaran yang sebenarnya – sekadar peringatan.

Kata Menteri berkenaan: "Jangan sentuh soal ibadat orang Islam. Saya ingin mengingatkan pihak terbabit tidak menggunakan parti-parti politik untuk menguji orang Islam dengan isu agama demi kepentingan politik mereka."

Kini kita sudah muak dan jemu dengan amaran-amaran sebelum ini kerana ‘provokasi yang tinggi akan menimbulkan sentimen dan kemarahan orang Islam’ tetapi tidak ada langsung usaha menghentikannya.

Benarlah apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin apabila menyifatkan tindakan pihak yang mempertikai laungan azan umpama mengisytiharkan perang secara terbuka terhadap Islam. Tindakan itu juga membawa makna mereka turut mempertikai Islam dan ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh umat Islam.

Sedangkan menurut Zulkifli, azan merupakan salah satu aspek dalam ibadah umat Islam yang sudah wujud sejak pembentukan negara Islam di Madinah pada zaman Rasulullah.

''Perbuatan biadab ini perlu dihentikan segera sebelum ia menjadi lebih parah dan tidak terkawal. Kedudukan Islam dan segala institusinya bukan sahaja dijamin oleh Perlembagaan negara malah diletakkan di tahap tinggi dan dimuliakan dengan peruntukan khusus yang tidak diberi kepada agama lain,” katanya.

Amat jelas, dalam keadaan Islam ‘diserang’, orang Islam akan bangkit mempertahankan agama mereka biarpun ada amaran pihak kerajaan supaya jangan bertindak balas atau desakan agar tidak ‘memperbesar-besarkannya’.

Kejadian-kejadian akhir-akhir ini dengan sendiri pastinya mengusik hati orang Islam seperti:

1. Peguam bukan Islam mempersoalkan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Jalan Pantai Permai, Kuala Lumpur yang didakwa mengganggu tidurnya; Memorandum itu antara lain meminta pihak pengurusan masjid berkenaan memperlahankan laungan azan yang didakwa mengganggu tidurnya setiap Subuh sekali gus membangkitkan kemarahan umat Islam;

2. Arahan anggota Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan
umat Islam bekerja di premis menjual arak;

3. Tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang berpakaian ketat mengadakan aktiviti senaman di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, baru-baru ini; dan

4. Tindakan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam memasuki masjid dan berceramah di dalamnya seperti yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah pembangkang.

Tidakkah kesemua perbuatan ini dianggap oleh orang Melayu dan Islam sebagai ‘menghiris hati’ dan menghina Islam?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi tidak sepatutnya diperbesarkan dan boleh diselesaikan dengan baik. "Isu seperti ini pernah berlaku beberapa kali dahulu tetapi dapat diselesaikan dengan cepat tanpa campur tangan pihak luar," katanya kelmarin.

Pengerusi Majlis Gabungan Ayahanda-Ayahanda Wilayah Persekutuan, Zakaria Awang berkata, perasaan penduduk sekitar Lembah Pantai dan NGO Islam amat terhiris dengan tindakan pengadu menghantar memorandum kepada Perdana Menteri berhubung perkara itu.

Katanya, azan merupakan sebahagian daripada aspek ibadah umat Islam sejak berkurun lamanya dan ia tidak pernah dipersoalkan termasuk oleh penjajah. Beliau hairan dengan sikap peguam itu yang sepatutnya mahir mengenai Perlembagaan Persekutuan dan mengetahui bahawa Islam adalah agama rasmi negara.

Berikutan penghantaran memorandum oleh peguam itu, kariah Masjid Al-Ikhlasiah terpaksa memperlahankan laungan azan sejak dua minggu lalu. “Kita minta beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini khususnya penduduk di Lembah Pantai," katanya.

Berikutan itu, kelmarin lebih 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah sebagai membantah tindakan seorang peguam bukan Islam menghantar memorandum berkaitan azan kepada Perdana Menteri, pada Disember lepas.

Mereka yang mewakili persatuan penduduk sekitar Kampung Kerinchi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mula berhimpun secara aman di pekarangan masjid selepas solat Jumaat pada pukul 2 petang.

Kumpulan itu membawa kain rentang dan sepanduk yang tertera tulisan 'Laungan Azan, Laungan Keramat', 'Jangan Main Api' dan 'Islam Agama Kami' serta melaungkan takbir.

NGO yang terlibat antaranya Majlis Gabungan Ayahanda-Ayahanda; Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Tiada insiden yang tidak diingini berlaku pada perhimpunan yang berakhir pada pukul 2.30 petang itu.

Mengenai kes azan ini, Jamil Khir menegaskan: "Kita membuat kajian dan pantau apa sebenarnya berlaku. Adakah pembesar suara di pasang 24 jam. Ia hanya dipasang apabila masuk waktu (solat).

Dalam isu pakaian ketat dalam masjid, Jamil Khir kecewa dengan tindakan anggota Parlimen PAS, Dr Lo'lo Ghazali menggunakan perkataan 'mandom' terhadap pegawai-pegawai Jakim dan Jabatan Agama dalam blognya mempertahankan Nie Ching dalam kes berpakaian ketat."Saya nak tegur supaya cermat guna bahasa kerana perkataan supaya orang seperti kita (Anggota Parlimen) dihormati."

Mengenai pekerja Islam di kilang arak, Jamil Khir menegaskan bahawa Ronnie menghina Islam apabila melarang penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang bertujuan untuk mempertahankan moral umat Islam.

Tegas beliau lagi, tindakan berkenaan bertujuan mahu melihat moral umat Islam rosak.
"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya .

Beliau menyatakan demikian menjawab kenyataan dua Exco kerajaan negeri daripada DAP iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu yang dilaporkan meminta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik peraturan melarang orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak.

Larangan itu didedahkan oleh sebuah portal berita kelmarin yang memetik kenyataan Pegawai Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd. Rashid iaitu premis perniagaan yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan kompaun atau lesen ditarik balik.

Ronnie yang merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaporkan mengesahkan pekeliling telah dikeluarkan kepada Yang Dipertua MPSJ, Datuk Md. Adnan Ikhsan untuk menarik balik larangan itu kerana mendakwa ia tidak disedari oleh kerajaan negeri.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mengulas pekeliling itu berkata tindakan MPSJ yang melarang orang Islam bekerja di premis menjual minuman keras bertujuan mengekang kegiatan maksiat dalam kalangan umat Islam.

Hassan menganggap larangan itu bertepatan dengan peruntukan di bawah Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang tidak membenarkan orang Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan minuman keras.

Beliau yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor menambah, syarat serupa bagi urusan pemberian lesen kepada penjual minuman keras terdapat di dalam undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan.

Menurut Hasan, mana-mana pihak tidak seharusnya bimbang dengan larangan tersebut kerana ia khusus bagi umat Islam. Peraturan itu juga telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa dan telah mendapat pengesahan dan kelulusan daripada semua pihak termasuk ahli majlis bukan Islam. ''Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kepimpinan MPSJ yang telah menguatkuasakan peraturan ini," katanya.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan semalam menyokong pandangan Dr Hasan yang mahukan MPSJ menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak. Naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Ronnie.

Harapan ialah PAS bukan sekadar menegur pemimpin rakan pembangkangnya dalam isu spesifik seperti arahan pekerja pada premis menjual arak seperti ini tetapi turut mendisiplinkan mereka agar jangan menyentuh sensitiviti orang Islam.

Walaupun PAS meletakkan kepentingan ‘mendapatkan kuasa’ sebagai sesuatu yang mutlak tetapi dengan menggadaikan Islam demi kepentingan politik, yang ruginya umat Islam seluruhnya.

Yang pasti jika dalam PAS sendiri ada pandangan berbeza umpamanya dalam konteks membenarkan bukan Islam berceramah dalam masjid, ini membuktikan bahawa parti itu sebenarnya perlu menilai dari masa ke masa kerjasama mereka dengan parti-parti seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat, bukannya sepanjang masa memekakkan telinga dan buat-buat tidak nampak mengenai ‘pencemaran masjid’ dan kesucian Islam.

Persoalannya bersediakan PAS menerima ‘balasan’ apabila orang Islam melihat Islam yang ada padanya hanya pada nama parti semata-mata?

Daripada angan-angan dapat berkuasa dan diberikan kuasa, akhirnya PAS dihukum kerana perbuatannya sendiri yang ‘membenarkan segala-galanya’ biarpun Islam tercemar dan bukan Islam sewenang-wenangnya mempersoal dan memperlekehkan Islam.

Wednesday, November 24, 2010

DR M AJAK UMAT ISLAM MUHASABAH DIRI MENANGANI CABARAN SEMASA

Rencana saya memperkatakan sikap Malaysia yang turut memetik pandangan Dr Mahathir pada Sidang Kemuncak OIC di Kuwait City pada 1987.


Bahagian Pertama

Selepas lebih lima tahun tidak mendengar ceramah bekas Tun Dr Mahathir Mohamad, saya benar-benar teruja dengan patah-patah perkataan dan rasional yang digunakan oleh bekas Perdana Menteri itu mengenai ‘Cabaran Umat Islam Masa Kini’.

Pada Ceramah Perdana anjuran Terengganu Development Institute (TDI) dengan kerjasama Aagensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di Dewan Berlian, Kemaman semalam, Dr Mahathir konsisten dalam mengemukakan pendapatnya.

Seingat saya inilah ceramah pertama sejak beliau uzur ketika berada di Australia dan terpaksa dimasukkan ke hospital di Melbourne.

Apapun, Dr Mahathir nampak bersemangat pada ceramahnya semalam dan berterima kasih kepada kerajaan Terengganu serta Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said.

Bagi Ahmad Said pula beliau berharap Dr Mahathir yang akan dijemput ke setiap daerah di Terengganu menerima pelawaan berkenaan demi menyedarkan orang ramai, khususnya umat Islam mengenai cabaran sebenar kepada mereka ketika ini.

Walaupun banyak perkara yang diperkatakan oleh beliau sudah banyak saya dengar ketika meliputi beberapa Sidang Kemuncak Pertubuhan Islam (OIC) sejak 1987, termasuk Sidang Kemuncak OIC di Putrajaya pada 16–17 Oktober, 2003, Dr Mahathir menggunakan kes-kes yang berlaku di dalam dan luar negara untuk digarapkan dengan suasana semasa yang menjadi cabaran kepada umat Islam di Malaysia ketika ini.

Beliau mempergunakan ceramahnya selama kira-kira 40 minit itu untuk mengajak umat Islam merenung beberapa perkara.

Ini termasuk penggunaan ilmu bagi memaju dan mempertahankan aqidah dan kestabilan masyarakat dan negara Islam; eksploitasi bijak pandai Islam, termasuk ulama terhadap umat Islam untuk kepentingan diri dan siasahnya; memahami ajaran Islam melalui bahasa ibunda serta suasana di Malaysia yang beliau terpaksa uruskan ketika menjadi Perdana Menteri.

Berdepan dengan audien yang bukan kalangan cendikiawan, pemikir atau juga orang politik – orang biasa serta kakitangan kerajaan – Dr Mahathir terpaksa menggunakan analogi dan rasional mudah. Matlamat beliau ialah biar rakyat ‘buka mata’ dan tidak terkongkong dengan fahaman sempit yang meletakkan kepentingan individu dan parti segala-galanya walaupun terpaksa menggadaikan Islam.

Dalam konteks ilmu – perkara ini banyak kali diulang dan ada sebabnya beliau menyatakannya berulangi kali. Dr Mahathir berpendapat, kegagalan umat Islam mempelajari dan mengaplikasikan ilmu menjadikan mereka mundur.

Bukan sahaja mereka menjadi masyarakat yang miskin, ketinggalan dan terpaksa menyerah nasib kepada Barat dan bangsa serta agama lain yang berpengaruh – umat Islam juga ternyata diancam kepupusan ajaran dan umatnya.

Dengan kata lain, jika orang bukan Islam mampu melawan, menakluki dan memerangi Islam – kerana tiada ilmu umat Islam ditindas dan mudah untuk dimalukan.

Beliau memberi contoh bagaimana Canselor Jerman, Angela Merkel (baju biru) pada 8 September lalu menyanjung dan memberikan anugerah untuk seorang kartunis Denmark, Kurt Westergaard (kot hitam) yang melukis karikatur Nabi Muhammad memakai serban menyerupai bom.

Lukisan kartunis itu adalah antara 12 karikatur Nabi Muhammad yang mencetuskan protes umat Islam di seluruh dunia sehingga menyebabkan 50 orang maut lima tahun lalu. Tokoh Islam di Jerman mengkritik Merkel kerana memberi penghormatan kepada kartunis tersebut. Namun apa yang boleh kita buat?

Menurut Dr Mahathir, paling kuat pun tunjuk perasaan di hadapan kedutaan wakil asing di negara ini yang langsung tidak dihiraukan oleh mereka.

Dr Mahathir mengingatkan masyarakat Islam, khususnya di Malaysia, jika terus ketinggalan dalam ilmu teknologi, peperangan, ekonomi dan yang berkaitan kehidupan untuk kemakmuran duniawi, selain ibadah untuk akhirat, umat Islam akan mudah diporak-peranda dan dihapuskan.

Lalu beliau kaitkan ilmu dengan bahasa. Asasnya memahami al-Quran. Menurut Dr Mahathir, apabila mempelajari agama kita diajar dalam bahasa Melayu tetapi apabila membaca al-Quran yang memang ditulis dalam bahasa Arab, ramai orang Melayu tidak memahaminya.

Lantas beliau bertanya, bagaimana kita mahu mengambil ilmu dan ajaran Islam melalui al-Quran jika kita tidak memahaminya. Beliau tidak mempersoalkan al-Quran ditulis dalam bahasa Arab. Kerana itu menurut beliau, sewajarnya orang Islam di Malaysia yang kebanyakannya Melayu, sepatutnya turut membaca terjemahannya untuk memahami apa yang diperkatakan dalam al-Quran.

Di sebalik itu, terjemahannya juga perlu diteliti sama ada dilakukan oleh orang yang berkepentingan tertentu atau yang memang menterjemah al-Quran secara tidak berpihak dan neutral. Hal seperti ini nampak remeh tetapi menurut Dr Mahathir, kefahaman dan mengerti apa yang diperkata dan diperintah Allah melalui bahasa yang difahami adalah jauh lebih baik daripada membaca al-Quran tetapi tidak memahami apa-apa.

Bersambung Esok