Thursday, February 16, 2012

APAKAH POLIS KITA BACUL, SANGGUP DIHINA?

Polis tidak profesional! Polis digunakan kerajaan untuk menutup mulut pembangkang!

Polis mencengkam menggunakan kuasa!

Bukan saya yang kata. Tetapi Naib Presiden PKR N Surendran yang berkata.

Apakah ini bukan menghina, mencemarkan nama baik polis yang dipertanggungjawabkan untuk menjamin keselamatan negara?

Apakah institusi polis ini buruk sebegitu rupaya? Tidak malukah polis dari Ketua Polis Negara sampai ke pangkat paling bawah sanggup dihina sebegini?

Bacul dan dayuskah anggota polis boleh disifatkan sedemikian rupa?

Kenapa bila orang biasa memaki polis atau mengatakan sesuatu dengan perkataan yang tidaklah seberat ini poliscepat-cepat mengambil tindakan?

Kenapa pemimpin PKR ini sewenang-wenang sahaja mengatakan polis tidak profesional, digunakan kerajaan dan menggunakan kuasa tetapi bebas mengeluarkan kata-kata?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini institusi polis semakin tidak dihormati kerana polis membiarkan diri mereka dihina dan dicaci tanpa ada tindakan sewajarnya dikenakan.

Semalam, Surendren yang juga seorang peguam dipetik Malaysiakini merujuk kepada siasatan polis mengenai perhimpunan haram 901 Januari lalu berkata polis akan menggunakan Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah yang membolehkan polis "sedia menahan" mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram dan disyaki mengganggu ketenteraman awam.

"Jika kamu melihat perkara itu, dan apa yang berlaku kepada saudara Azmin, jelas kerajaan menggunakan polis untuk menutup mulut pembangkang, mencengkam dengan menggunakan kuasa," dakwa Surendran.

"Perkara ini mesti dihentikan dan polis mesti bertindak secara profesional," katanya ditemui pemberita selepas menemani Azmin memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung isu berkenaan.

Tidak tahulah sama ada polis boleh tahan dengan cacian atau bertindak ke atas mereka yang sengaja mencemarkan institusi berkenaan.

Di mata rakyat institusi polis disanjung kerana kecekapannya dan perananya menjaga ketenteraman awam di negara ini.

No comments:

Post a Comment