Saturday, August 28, 2010

JANGAN MARAHKAN BUKAN ISLAM…YANG SALAH PENGURUSAN SURAU

Saya tidak bersetuju jika kita mempersalahkan mana-mana pemimpin Cina dan bukan Islam yang berani naik hingga ke ruang solat atau sehingga mimbar masjid memberikan ‘tazkirah’.

Saya yakin ia bukan satu kejadian tetapi banyak kejadian di beberapa negeri yang diperintah pakatan pembangkang. Sudah pasti akan ada banyak lagi pendedahan mengenainya selepas ini.

Bagi saya sesiapa juga yang bukan Islam akan mengambil peluang untuk naik ke masjid jika dibiar atau dibenarkan.

Seperti juga kepala kita…jika kita biarkan ia dipijak maka orang akan pijak kepala kita tetapi jika tidak memberikan peluang langsung, orang akan menghormati dan mereka tidak akan berani memijak kepala kita.

Dalam konteks ‘tazkirah oleh pemimpin Cina dan bukan Islam’ ini, yang salah ialah pengurusan masjid dan pihak atau parti yang ‘menaja’ pemimpin Cina dan bukan Islam itu sampai menyampaikan ‘tazkirah’.

Memang wajar jika Sultan Selangor murka dan dukacita dengan tindakan sebuah surau di Kajang membenarkan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hingga memberikan ‘tazkirah’ di surau itu Ahad lalu.

Dilaporkan hari ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat murka dan dukacita terhadap tindakan sebuah surau di Kajang itu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, setelah memanggil pihak pengurusan surau itu memberikan penjelasan pada hari ini, Mais mendapati bahawa ucapan oleh Nie Ching di dalam dewan solat di Surau Al-Huda, Kajang berlaku seperti dilaporkan.

Sehubungan itu, tambahnya, MAIS diarahkan mengambil tindakan tegas terhadap surau itu, termasuk mengambil alih surau dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta kerana insiden itu jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor.

"MAIS memandang serius berhubung isu ini memandangkan ini merupakan kes kedua seumpamanya yang melibatkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid/surau di negeri Selangor," kata Mohamad Adzib.

Menghairankan sedikit kenapa MAIS mahu menghantar surat amaran kepada Nie Ching dari DAP yang dilaporkan menyampaikan ceramah di ruang solat Surau Al-Huda di Kajang Sentral itu.

"MAIS sudah memanggil pengurusan surau berkenaan semalam untuk menjelaskan isu itu. Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan Ahli Parlimen itu di dalam dewan solat surau berlaku seperti yang dilaporkan,” katanya.

Mohamad Adzib berkata, MAIS juga akan memberikan surat amaran kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulangi lagi.

"MAIS juga mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama dan tidak menggunakan masjid/surau," katan Mohamad Adzib.

"Pihak MAIS juga menggesa supaya semua pihak termasuk parti-parti politik agar lebih sensitif kepada perasaan umat Islam amnya dan hendaklah menjunjung titah perintah DYMM Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di negeri Selangor, " kata Mohamad Adzib.

Memang benar tindakan Nie Ching itu menyebabkan Sultan Selangor, murka dan berdukacita tetapi Baginda mengarahkan MAIS supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pengurusan surau terbabit.

Jadi tidak timbul sampai mahu ‘menghukum’ Nie Ching dan benar kata-katanya dia tidak faham kenapa kunjungannya ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu menjadi kontroversi dan "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.

"Kunjungan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa kunjungan biasa ini dipermain-mainkan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkan tindakan Teo (kiri) menyampaikan 'tazkirah' di masjid sebagai tidak wajar.

Nie Ching berkata beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Manakala ucapannya di dalam surau tersebut, jelas Teo, tidak menyentuh langsung soal politik, tetapi sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

Dengan jelas, beliau menyebut bahawa kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.

Katanya, tarikh dan masa kunjungannya selepas solat Tarawih itu, juga ditentukan oleh pihak surau berkenaan. Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga timbalan ketua publisiti DAP menjelaskan:

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pihak) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu. Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar," katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.

Membaca kenyataan ini amat jelas pihak pengurusan surau yang patut dipertanggungjawabkan.

Dengan menyalah atau mengutuk bukan Islam memasuki masjid tidak akan membawa imej baik kepada agama Islam sebaliknya semakin menjauhkan mereka.

Yang penting adab memasuki masjid dipelihara dan jawatankuasa surau atau masjid perlu tahu peranan mereka.

5 comments:

  1. salah tu bang,
    betul surau boleh dipersalahkan, tapi org bukan islam tu, bukan baru tiba di malaysia.
    dia sudah ada lama di malaysia. alasan "saya tak tahu" , "saya tak menyangka" itu adalah alasan yang lemah.
    tentunya dia perasan yg tidak ada wanita yg tak bertudung (dan yang bertudung) duduk begitu dekat dgn mimbar tu.

    ReplyDelete
  2. anoni 5.35:
    orang kapir harbi sekarang ni saja je nak merenddahkan martabat agama islam di malaysia. bukan depa tak tahu atau tak menyangka... depa sebenarnya ambil kesempatan di atas kebodohan orang PAS itu sendiri dengan jadi pelacur agama,jadi bapak ayam kepada agama demi political mileage...

    ReplyDelete
  3. Salam..Setuju dengan tuan..kalau kita tak beri ruang orang takan ceroboh rumah kita..kecuali penyamun.

    ReplyDelete
  4. kenapa la hal-hal yang macam ni terjadi di kawasan yang ditadbir oleh PR? Kononnya banyak sangat tok-tok guru dalam PAS tu yang memperjuangkan agama tetapi hal-hal yang remeh macam ni pun depa buat tutup mata je, dah tu pulak PAS sendiri sanggup gadai maruah agama dan bangsa demi politik sempit mereka tu, lepas ni kita tengok, banyak lagi la pencabulan yang macam ni akan berlaku...

    ReplyDelete
  5. Kenapalah keluarkan gambar closeup. Takut zina mata...

    Bukan salah pengurusan surau. Pengurusan surau sekadar menjalankan ideoloji parti.

    Orang nak berbudi kita berbahasa. Sehingga perkara yang di anggap remeh tetapi sensitif terabai.

    agbr47: Teringat phrasa Tun M; "Tak salah dari segi undang-undang, tetapi salah dari segi moral". Rindu kepada kepimpinan Tun.

    ReplyDelete