Saturday, February 20, 2010

TAHNIAH PROTON KERANA KEMBALI CATAT KEUNTUNGAN

Tahniah Proton Holdings Berhad.

Daripada kerugian pada suku ketiga 2008, ia mencatatkan keuntung sebelum cukai sebanyak RM83 juta pada tempoh yang sama tahun lalu (2009).

Berikutan peningkatan dalam prestasi keseluruhan sehingga kini - kesan pelbagai inisiatif yang dilancarkan sejak empat tahun lalu - membolehkan Proton catat keuntungan semakin baik menjelang suku ketiga tahun lalu.

Dengan jualan tertinggi tiga model, Exora, Saga dan Persona yang menjadi pemacu utama bagi kenaikan jualan kereta domestik membolehkan bahagian pasaran domestik Proton berkembang daripada 26 peratus kepada 28 peratus.

Menurut kenyataan Proton, inisiatif yang diperkenalkan itu membabitkan bidang utama seperti portfolio produk, pengurusan kos dan pengukuhan ekosistem automotif.


Semalam dilaporkan syarikat itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi sebanyak RM83 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Disember 2009, berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM61 juta pada suku sama 2008.

Perolehan pula berjumlah RM2.013 bilion berbanding RM1.548 bilion sebelumnya.

Proton berkata, meskipun jumlah jualan industri (TIV) domestik mengalami penurunan dan persekitaran ekonomi yang mencabar, syarikat berjaya mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM248 juta bagi sembilan bulan pertama yang berakhir pada 31 Disember, bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2010.
Jumlah ini adalah empat kali lebih tinggi berbanding keuntungan sebanyak RM 54.363 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama sebelumnya.

"Peningkatan dalam prestasi ini terutamanya disebabkan oleh pertumbuhan jumlah jualan dalam negara dan margin keuntungan yang lebih baik dengan kekuatan jualan model Exora, Persona dan Saga," kata pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Mohd Salleh dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun penurunan dalam jumlah jualan domestik serta kos promosi yang lebih tinggi yang diperlukan untuk menarik jualan menjelang akhir tahun kalender mempengaruhi keuntungan sebelum cukai syarikat sebanyak RM83 juta bagi suku ketiga.
Beliau berkata, peningkatan dalam prestasi keseluruhan sehingga kini adalah hasil daripada pelbagai inisiatif yang dilancarkan sejak empat tahun lalu terutamanya peningkatan portfolio produk, pengurusan kos dan pengukuhan ekosistem automotif.

Dengan jualan tertinggi tiga model, Exora, Saga dan Persona menjadi pemacu utama bagi kenaikan jualan kereta domestik membolehkan bahagian pasaran domestik syarikat berkembang daripada 26 peratus kepada 28 peratus.

Bercakap mengenai prospek 2010, Nadzmi berkata petanda pemulihan kewangan dan ekonomi global dipertimbangkan secara berhati-hati kerana syarikat meneruskan rancangan merealisasi kecekapan operasi.

"Dengan Persatuan Automotif Malaysia mengunjurkan TIV berkembang sebanyak 2.4 peratus lagi kepada 550,000 kenderaan pada 2010, kami optimistik tawaran produk kami dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan permintaan yang meningkat," katanya.

Mengenai pasaran antarabangsa, Nadzmi berkata penerimaan model seperti Exora, Persona dan Saga amat menggalakkan dan usaha kini diperhebat untuk mengukuhkan jenama di pasaran sasaran dan utama terpilih.

No comments:

Post a Comment