Tuesday, May 22, 2012

PENJAWAT AWAM PENCEN, ARTIS PENCEN MASUK PAS...SEMOGA MEREKA DIPANDU ARAH KE SYURGA!!!

 
"Dah pencen bertahun-tahun dan wang pencen gerenti masuk setiap bulan (Datuk Fauzi Shaari) baru nak sertai Pas, tak peliklah.... Jika hari ini Datuk Khalid Abu Bakar atau Datuk Bakri Zinin letak jawatan dan masuk Pas , barulah kita boleh rasa pelik. Cerita seorang bekas pegawai besar polis nak masuk Pas dah kedengaran sejak tahun lepas lagi, tapi bulan Mei 2012 baru masuk. Kenapa perlu tunggu berbulan-bulan ? Kenapa dari tahun lepas lagi tak masuk ?" - Blog RBF

Beberapa tahun lalu ada seorang Ketua Bahagian (kini bekas) memberitahu bahawa Datuk Fauzi Shaari antara nama yang mungkin bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Perak.

Dia dianggap sebagai calon alternatif kepada satu kawasan Parlimen berikutan wujudnya pertelingkahan mengenai pemilihan Ketua Bahagian berkenaan dan siapa patut diletakkan calon untuk Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).

Selepas itu cerita itu senyap sunyi sehinggalah pengumuman mengatakan Fauzi menyertai PAS.

PAS mengatakan polis tanpa jenayah tidak takut untuk mendekati PAS. 

Kenapa pula? Sepatutnya yang buat salah banyaklah mendekati PAS untuk 'lesen masuk syurga'!

Malah ada pihak mengatakan terdapat individu tertentu bertemu Datuk Fauzi agar menarik balik hasrat menyertai PAS sebelum majlis kelmarin. Sudah tentu terdapat orang yang ketar lutut,kerana banyak rahsia siasatan dan salah laku jenayah dalam "genggaman" Fauzi.

Setuju sangat dengan komen RBF bahawa "....sejak akhir-akhir ini Pas sering mencanangkan beberapa orang yang pernah ada nama sebelum ini menyertai mereka. Pas sambut mereka dan Pas canang seperti bulan jatuh ke riba. Pas juga guna kesempatan itu untuk mencanangkan berita kononnya Umno semakin tidak relevan kerana mereka-mereka memilih Pas. Biarkan Pas terus syok sendiri. Kita layan ja.... Berhubung tindakan Datuk Fauzi masuk Pas. Pas puja dan puji Datuk Fauzi kerana tidak takut dan tidak gentar untuk menyertai Pas. Berprinsip, teguh pendirian dan bla...bla...bla...bla....pujian yang diberikan.

RBF selanjutnya mengatakan : "Kita tak perlu hairan atau risau dengan perkembangan tersebut. Orang yang dah pencen masuk Pas apa kita nak hairan ? Kalaulah Datuk Fauzi itu masih Pengarah JSJ dan letak jawatan 24 jam untuk menyertai Pas , itu barulah satu tamparan yang hebat kepada kerajaan. Dah pencen bertahun-tahun dan wang pencen gerenti masuk setiap bulan baru nak sertai Pas, tak peliklah.... Jika hari ini Datuk Khalid Abu Bakar atau Datuk Bakri Zinin letak jawatan dan masuk Pas , barulah kita boleh rasa pelik. Cerita seorang bekas pegawai besar polis nak masuk Pas dah kedengaran sejak tahun lepas lagi, tapi bulan Mei 2012 baru masuk. Kenapa perlu tunggu berbulan-bulan ? Kenapa dari tahun lepas lagi tak masuk ? Tidak mustahil cerita mula dicanang sejak tahun lepas sebagai ugutan atau acah-acah supaya ada orang pergi pujuk dan beri apa yang dia mahu. Bila tiada yang memujuk atau tidak dapat apa yang dikehendaki , maka masuklah dia ke dalam Pas. Isu bab artis masuk Pas pula.... Siapa artis yang masuk Pas ? Yang Pas julang setakat ini Bob Lokman dan Aishah.... Bila dah puas teguk arak ,dah tak laku, badan pun jadi macam tong drum, baru mereka-mereka ini kenal islam. Oleh kerana baru kenal islam , dah tak tahu nak beza pula mana islam yang sebenar dan parti politik yang guna nama islam. Lalu masuklah Pas kononnya untuk mendekati islam. Setakat Aishah dan Bob Lokman masuk Pas apa kita nak pelik atau hairan ?

Kalaulah Aishah yang ada hari ini Aishah yang sedang popular dengan lagu janji manis mu dulu masuk Pas, boleh kita hairan atau pelik. Sekarang masuk Pas kutuk Shahrizat Jalil. Dulu dia pergi jumpa Shahrizat mengadu nasib dia ibu tunggal dan bla...bla....bla.... Lalu Shahrizat pun minta KSU kementeriannya pertimbangkan supaya jika ada peluang-peluang persembahan di majlis-majlis yang melibatkan Kementerian Wanita agar diberikan kepada Aishah kerana nak menolongnya sebagai ibu tunggal. Dalam masa setahun dua, ratusan ribu telah dibayar kepada Aishah oleh Kementerian Wanita untuk persembahannya. Sekarang masuk Pas pergi kutuk Shahrizat dan BN pula. Lagi nak bercakap pasal islam ke ? Oleh yang demikian kita tak perlu hairan atau pelik dengan artis-artis yang dah menopause masuk Pas. Kalau hari ini Siti Nurhaliza atau Rosyam Noor ke yang masuk Pas barulah kita boleh rasa pelik atau pun satu tamparan yang hebat kepada kita."

Bagi saya bukan sekadar "Biarkan Pas terus syok sendirian..." seperti kata RBF tetapi biarlah dia memilih laluan ke syurga yang dilorongkan oleh PAS.

Semuga mereka ini menemui jalan ke syurga yang sebenarnya!

Monday, May 21, 2012

PAS PUN DAH MACAM2...TIDAK PAYAHLAH MUZAKARAH!

"Tidak payah (perlu) syarat-syarat, kita muzakarah kerana ingin mencari perpaduan di kalangan orang Islam, orang Melayu…(Syarat) itu, nak bagi alasan tak mahu bermuzakarah, tetapi bila (bergabung) dengan DAP (dalam Pakatan Rakyat (PR)), tidak ada syarat pula… 
– Tun Dr Mahathir Mohamad

Tiada siapa pun mengatakan muzakarah itu buruk atau merugikan. Dengan syarat Nik Aziz dan ‘bodoh sombong Mahfuz’ serta keegoan Mustapa Ali itu, baik UMNO dan BN lupakan terus soal muzakarah ini dan tumpukan kepada perjuangan menegakkan Islam seperti yang diamalkan sekarang.

Harussani....platform terbaik  menyelesaikan masalah!
Orang Islam dan bukan Islam di negara ini tahu sumbangan UMNO dan BN kerana UMNO tidak berdolak-dalik seperti sesetengah pemimin tinggi PAS yang hanya ‘menghadkan syurga untuk kalangan mereka sahaja’!

Memanglah muzakarah baik dan kita diwajibkan melakukannya tetapi berdepan dengan manusia ego, bodoh sombong, pentingkan perjuangan parti daripada agama dan sanggup bekerjasama dengan kafir harbi berbanding Islam, seruan akan menjadi sia-sia akhirnya.

Kelak mereka akan menempelak UMNO dan BN seperti yang selalu dilakukan mereka sejak 1980an.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sudah menjelaskan muzakarah adalah satu platform terbaik untuk meneliti dan menyelesaikan pelbagai masalah.

Malah menurutnya, muzakarah antara PAS dan UMNO perlu disegerakan dan tidak perlu ditangguhkan jika ia bertujuan demi kebaikan semua pihak terutama umat Islam

Sayangkan kafir harbi melebihi orang Islam UMNO...
“Jangan melengah-lengahkan sesuatu yang baik. Jika tidak, ia mungkin akan melahirkan keadaan lebih parah. Segerakan perkara ini dan jangan tunggu hingga selepas pilihan raya,” kata beliau yang pernah menggerakkan inisiatif kerjasama politik PAS-UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat tahun lalu.

Namun nampaknya PAS buat onar pula.

ketika dua pemimpin tertingginya, Datuk Mahfuz Omar dan Mustapa Ali menolak diadakan muzakarah, Datuk Ibrahim Tuan Man mahu diadakan selepas PRU13. Memburukkan suasana, Musyridul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan ‘syarat gila babi’ yang memang melihat kepentingan politik semata-mata.

Benarlah kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa syarat yang diletakkan Pas untuk mengadakan muzakarah dengan Umno hanya alasan mahu menolak daripada merealisasikan cadangan pertemuan itu.

Tuan Ibrahim...lepas PRU13 lah...
"Tidak payah (perlu) syarat-syarat, kita muzakarah kerana ingin mencari perpaduan di kalangan orang Islam, orang Melayu. "(Syarat) itu, nak bagi alasan tak mahu bermuzakarah, tetapi bila (bergabung) dengan DAP (dalam Pakatan Rakyat (PR)), tidak ada syarat pula," kata beliau pada sidang media selepas menghadiri program perjumpaan bersama jentera pilihan raya Umno Kedah di Dewan Wawasan di Jitra, hari ini.

Pada ketika UMNO sudah lama menyatakan persetujuan untuk mengadakan muzakarah itu tetapi PAS sebaliknya meletakkan syarat tidak munasabah sehingga menggagalkan usaha tersebut. Berikutan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan,

Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta PAS tidak meletakkan syarat bagi muzakarah dengan UMNO, jika parti itu benar-benar ikhlas untuk berbincang.

Mustapa...jangan ada syaratlah!
 "Nak berbaik seperti mengadakan muzakarah ini lebih baik jangan adakan syarat. Sepatutnya tidak ada syarat yang boleh menjejaskan pertemuan ini. Ini perkara baik dan perlu disambut dengan tangan terbuka oleh semua pihak. Yang penting adalah untuk melihat perpaduan dapat dijalinkan dengan baik," katanya selepas merasmikan Seminar Kejururawatan sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Kelantan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersetuju mengadakan muzakarah dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO, namun dengan syarat pokok persoalan muzakarah haruslah tertumpu mengapa menolak Islam.

Katanya, kedua-dua parti Melayu beragama Islam itu perlu duduk semeja membincangkan bagaimana untuk mengeratkan perpaduan dan memperteguhkan Islam itu.

"Kita harus terbuka untuk mengadakan muzakarah ini. Bagi UMNO, ini adalah untuk kebaikan negara akhirnya," kata Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pada ketika Nik Aziz meletakkan pelbagai syarat, Musyridul Am PAS, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pertemuan tersebut hanya akan dilakukan selepas UMNO membetulkan sistem pilihan raya kerana beranggapan UMNO tidak ikhlas dalam pertemuan tersebut.

Dalam pada itu, penganalisis melihat PAS seperti menghidup dan mematikan peluang bermuzakarah kerana menyedari dan bimbang UMNO akan mendominasi sesi perbincangan itu nanti.

Pensyarah Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata, sebagai langkah untuk memastikan perbincangan kedua-dua parti itu tidak berlangsung, PAS dilihat mengambil pendekatan dengan meletakkan syarat ketat kepada UMNO sekiranya mahu bermuzakarah.

Menurutnya, tindakan PAS itu juga seolah-olah menggambarkan bahawa UMNO tersasar dari perjuangan Islam.

“Mereka tidak mahu berbaik-baik dengan UMNO sebab PAS menganggap mereka lebih kuat tanpa UMNO,” katanya.

Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi, Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula berkata, muzakarah antara PAS dengan UMNO seperti yang digembar-gemburkan itu tidak akan berlangsung sama sekali.

Ia kerana sifat keterbukaan PAS untuk bermuzakarah dengan UMNO itu sekadar gimik dan retorik politik semata-mata.

Saturday, May 19, 2012

MUZAKARAH UMNO – PAS…SYARAT GILA BABI NIK AZIZ

 
Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.,” 
- Nik Aziz Nik Mat.


Lupakanlah muzakarah dengan PAS!

UMNO sebagai parti terulung di Malaysia jangan nak jadi 'gila talak'!

Selagi Nik Aziz ada dan selagi Nik Aziz tidak berubah, PAS dan UMNO tidak akan duduk semeja, apa lagi bergabung.

Jauh panggang dari api. Bukan kerana UMNO itu tidak Islam dan bukan kerana PAS itu tidak Islam. Tetapi mereka akan terus terpisah kerana Nik Aziz tidak mahu berbincang dengan UMNO SEADANYA dan menyifatkan UMNO sebagai parti bukan Islam. Bukan parti Islam seperti PAS!

Tak guna bermuzakarah dengan PAS kerana pemimpin parti itu sudah tidak meletakkan UMNO sebagai setara dengan PAS.

Awal-awal lagi PAS tidak melihat UMNO sebaris atau SETARA dengannya.

Muzakarah ini tak akan jadi punya! Belum apa-apa dah ada syarat.

Dalam isu muzakarah ini jelas MusyridulAm PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bukan meletakkan Islam di depan tetapi parti atau politik lebih utama.

Lihat apa kata Nik Aziz:

1. Diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Mudah sahaja syarat ini. PAS mahu mengambil milage. Jika gagal atau ada kecacatan kepada muzakarah ini UMNO akan dipersalahkan. UMNO jangan terperangkap dengan strategi licik Nik Aziz. Sikap haribulan isu muzakarah ini akan MENCEMARKAN lagi UMNO.

2. Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas;

UMNO perlu patuhi perkara yang ditentukan PAS. Bagaimana pula dengan PAS…apakah akan bersetuju atau akan mematuhi syarat PAS.


 3. Tukar dasar kebangsaan dengan Islam.

Nik Aziz mahu keputusan dibuat bukan  secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. Tukar kebangsaan (asabiyah?).

Apakah UMNO parti asobiya?

Ini pun Nik Aziz sudah keliru dan cuba melabelkan UMNO sebagai parti bukan-Islam.

4. Ini syarat paling gila. Peringkat GILA BABI namanya. Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). 

Nik Aziz meletakkan syarat supaya UMNO perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR) - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan PAS. UMNO wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan PAS bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.

"Kalau UMNO nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam. UMNO kena terima PAS sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila UMNO dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya Kuala Terengganu hari ini.

Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Tetapi melihat syarat Nik Aziz ini mana keikhlasannya? Mana ada ikhlas kalau meletakkan kedudukan UMNO seperti itu.

Yang pasti kalau PAS tetap dengan keputusan Nik Aziz, kedua-dua parti tidak akan ke mana-mana.

Hanya ada dua sahaja kemungkinan. Pertama PAS pujuk atau paksa Nik Aziz jangan meletakkan syarat - rasanya amat sukar.

Kedua tunggu Nik Aziz mati dan pemimpin lain tidak meletakkan syarat seperti Nik Aziz barulah UMNO - PAS duduk semeja!!!

Friday, May 18, 2012

AJAK JER PAPAGOMO PERGI MAKAN KAT BISTRO TU...BIAR BARA BERAPI


Ini bukan mahu masuk campur hal orang muda. Saya Blogger OTAI…orang tak pandang pun. Hit pun bukan banyak.

Namun seperti orang muda, kalau tak menulis rasa serta merta nak demam.

Dapat je posting, tak makan panadol macam Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dah kebah!

Tapi yang tak sedapnya ada je yang tak kena antara kumpulan UBN dengan kumpulan Brotherhood ini.


Nasihat OTAI...dulu pada 1999, OTAI pun kena belasah juga oleh kumpulan propembangkang khususnya laman  mahazalim/mahafiraun. Ingat nama tu betul-betul. MAHAZALIM/MAHAFIRAUN (orang PKRlah tu)

Mereka mengatakan OTAI akan dapat stesen tv yang akan diberikan oleh Tun Daim Zainuddin kerana kerja di Ibu Pejabat UMNO melawan Reformasi. Maknanya mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad lah tu.

Kesian Dr M ketika itu. Digelar MAHAZALIM, MAHAFIRAUN dan sebagainya!!!!

Selepas 'dibuang' oleh ntv7 pada 1998, nasib OTAI baik diterima kerja di Ibu Pejabat UMNO dengan kumpulan 'belakang tabir' (bukan bantai bini orang tau).

Jadi buat kerja yang sepatutnya, termasuk menjadi Ketua Pengarang akhbar WAWASAN MERDEKA akhbar rasmi UMNO Malaysia). Tak apalah lupakan...itu cerita dah lebih 12 tahun!

Semalam Papagomo 'merintih' kerana ada masalah dengan kumpulan UBN. Biasalah tu....

Tapi puncanya di mana?

Ketua UBN? Tak kanlah orang seperti beliau yang dihormati mahu menganggu-gugat parti UMNO sendiri!

Atau ada orang yang jadi ambil kesempatan duit UMNO?

Atau ada musuh dalam selimut. Jaga-jaga jangan sampai UMNO kena gerudi dri dalam sudahlah.

Baik Papagomo atau sesiapa sahaja, termasuk HAJI RBF atau Parpukari jenguk-jenguk rakan dalam UBN yang boleh dibuat kira bicara.

Kita tidak mahu ada musuh dalam selimut. Kita semua tahu siapa yang ambil kesempatan. Seperti juga dalam kumpulan Brotherhood sendiri, ada juga yang tidak ikhlas. Kalau tidak tak kan ada seseorang yang mukanya dipaparkan dalam blog macam orang WANTED.

Sebenarnya klu daripada Parpukari mudah dibaca atau diterka untuk mengetahui siapa Papagomo tengah HANGIN. Bunyi-bunyi dekat REFORMASI jugak, tapi pendek sikit.

OTAI pun mungkin kenal orang ini. Tidak silap pernah ada pemimpin UMNO yang dekat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak termakan dengan pujukan orang ini.

Apa dia dapat tak tahulah. Ini cerita empat lima tahun lalu.

Hairannya orang ini dapat pula tepat di hati sesetengah pemimpin kita. Buta, desperate atau bodoh sangatkah pemimpin kita?

Kepada Papagomo bersabarlah. Tolonglah rakan-rakan seperti Rbf dan Parpukari pujuk dia…kalau tak dengar juga seret je dia pergi makan kat BISTRO yang Parpukari poskan dalam blognya itu.

Ajak dia minum teh tarik bila lega sikit… Rasanya jika Rbf dan Parpukari seret Papagomo tak terlawan dia. Badan hangpa berdua...fuyooo!!!

Kalau Papagomo berkeras juga,  jom kita candat sotong di Terengganu untuk hilangkan seketika ‘marah gila’ tu!

Jangan marah yang Papagomo nanti kalau marah, Tak Boleh Naik Kapal Selam lagi…. 

Untuk Rbf dan Parpukari..ingat pesan orang tua...tarik rambut dalam tepung!!!!