Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu tunjuk keangkuhan dan kedegilannya sementara Kementerian
Dalam Negeri (KDN) pula diuji dan dicabar untuk bertindak tegas..jpg)
Menurut Ahli Parlimen Batu itu, ini satu lagi keputusan 'flip flop' kerajaan BN. Permit akhbar tabloid itu yang dikeluarkan pada Julai 2009 tamat tempohnya pada 30 Jun lalu.
Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen penerbitan tidak berpuas hati dengan penjelasan ketua
editor, Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib berhubung penjelasannya mengenai sebuah artikel yang mendakwa Felda bankrap.Malaysiakini memetik Tian Chua berkata semalam : “Pada asasnya, tiada perkembangan. Kerajaan masih tidak memberikan kedudukan sebenar. Justeru, kita akan meneruskan penerbitan dan tidak akan memberhentikannya.”
“Maksud saya, tiada sebab untuk berhenti, seperti yang diperkatakan sebelum ini, kita adalah akhbar yang dimiliki oleh pembangkang. Tiada sebab untuk memuja ataupun memuji kerajaan tetapi sebaliknya memberi pandangan yang kritikal - itu kerja kita.
"Jadi, kerajaan tidak boleh menggunakan alasan yang kita mencemarkan imej atau nama baik kerajaan sebagai sebab untuk menamatkan penerbitan kami,” katanya.
Katanya, kelewatan pembaharuan permit adalah 'kes lazim' dan ia berlaku kepada kebanyakan syarikat lain dan PKR akan menerbitkan edisi Suara Keadilan minggu ini.
"Biasanya, apabila lesen tamat, penerbitan belum memperbaharuinya. Tetapi ia tidak bermakna mereka (KDN) telah mengharamkannya, ” kata Tuan Chua.
Naib presiden PKR, Lee Boon Chye pula sebelum ini pernah berkata dengan atau tanpa permit, mereka kan terus mencetak akhbar berkenaan.
presiden PKR pagi semalam telah mengemukakan permohonan kepada Dewan Rakyat menuntut supaya satu perbahasan diadakan bagi membincangkan isu tersebut atas dasar ia melanggar kebebasan akhbar. Katanya, tindakan pihak kementerian tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan telah menafikan hak rakyat untuk mendapatkan akses kepada maklumat dan juga pandangan alternatif.
Menurut laporan mStar, Azmin berkata, pihak kementerian dalam surat yang bertarikh 2 Julai itu menegaskan bahawa mereka tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan berkaitan laporan mengenai Felda.
Azmin juga berkata, tidak ada sebab untuk kerajaan berasa tergugat dengan laporan berita muka depan Suara Keadilan dengan tajuk Felda bankrap kerana jika laporan itu tidak benar, Felda sentiasa boleh menyaman mereka atau membawa kes itu ke mahkamah.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Ab Samad mengulas kenyataan Tian Chua berkata, PKR perlu menanggung implikasi undang-undang sekiranya parti itu bertindak menerbitkan akhbar Suara Keadilan yang permit penerbitannya sudah tamat.
Tegasnya: "Kalau beroperasi tanpa lesen, mereka perlu menanggung risiko dikenakan tindakan."
Pada 28 Jun, KDN memberi tempoh seminggu kepada sidang redaksi akhbar untuk memberi penjelasan mengenai artikel artikel "Felda Bankrap" yang dianggap berunsur fitnah.
Zaitun sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa permit penerbitan Suara Keadilan yang dikeluarkan pada Julai tahun lepas tamat pada 30 Jun tahun ini dan dengan itu tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan mengikut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.




