Friday, June 23, 2017

RCI TINDAKAN TERDESAK, SEKAT KEMARAAN DR MAHATHIR, PPBM?


Bawalah apa sebab sekali pun ditubuhkan, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kerugian tukaran asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia lebih dua dekad lalu, ia dilihat oleh rakyat dalam konteks yang negatif.

Balas dendam?

Atau samakan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kerugian forex selain memperlahan dan  meredakan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri?

Mungkin juga hanya pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang  beria-ia mahu siasatan terhadap kerugian itu.

Bagi mereka setidak-tidaknya ia boleh menjadi ‘senjata penting’ untuk kerajaan dan Perdana Menteri melencongkan sedikit fokus rakyat terhadap isu 1MDB serta saman sivil terbaru Jabatan Kehakiman (Doj) Amerika Syarikat yang hangat diperkatakan.

Dalam kedudukan di mana Datuk Seri Najib Razak sedang bergelut dengan banyak isu, tekanan kepada bekas perdana menteri 22 tahun, dilihat boleh neredakan sedikit ‘kehangatan yang melanda BN/UMNO’.

Namun, apakah Dr Mahathir bimbang dengannya dan rakyat mengalu-alukan usaha itu berbanding isu tekanan akibat kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan keperluan rakyat diakibatkan oleh GST?

Bagaimana sekiranya RCI sukar mendapatkan fakta dan maklumat selain gagal menyiapkan laporan lengkap sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14?

Pastinya ia akan menjadi satu igauan buruk kepada pemimpin BN/UMNO  apabila rakyat pula mempersoalkan kenapa gagal mengheret Dr Mahathir untuk diadili?

Atau rakyat enggan mengambil penduli dan bercakap mengenai RCI ini yang akan menyebabkan ‘perang psikologi BN?UMNO’ kecundang dan kemudian tidak berpihak kepadanya.

Persoalannya juga belum tentu apa yang sedang dicari atau dikumpulkan oleh RCI ini mendapat laluan dan kerjasama mudah daripada pihak di luar negara.

Jika pun dibawa ke pengadilan, apakah mudah untuk dibuat keputusan dan berapa lama pula kes ini akan berjalan?

Bolehkah RCI dianggap sebagai ‘kemenangan moral bagi BN/UMNO?’

Menariknya PAS menyifatkan tujuan RCI hanya bersifat politik semata-mata kerana UMNO melihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  sebagai ancaman kepada UMNO di PRU14.

Melihat kepada maranya PPBM dan kepimpinan Dr Mahathir yang semakin diterima Pakatan Harapan (PH), ternyata sekali UMNO dan BN sendiri gusar dengan keddudukan itu.


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam membawa suatu persoalan menarik kerana menurutnya UMNO dan Perdana Menteri, sangat terdesak untuk ‘melemahkan lawannya’ dengan kadar segera.

Beliau bertanya "Apakah ini untuk menyamakan bahawa di zaman Mahathir juga ada skandal sebesar 1MDB?”

jika motif sebenarnya adalah bertujuan menunjukkan adanya skandal yang berkadaran dengan 1MDB semasa tempoh pentadbiran bekas perdana menteri itu bagaimana RCI ini boleh membawa manfaat kepada negara dan rakyat?

Tambahnya, jika kerajaan ikhlas terhadap RCI ini, ia juga harus mendedahkan laporan umum juruaudit mengenai 1MDB yang telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Rasanya dibandingkan antara RCI dengan laporan PAC yang diklasifikasikan di bawah OSA itu, rakyat lebih berminat dan memilih untuk mengetahui laporan umum juruaudit mengenai 1MDB itu.


Apapun, pilihan di tangan Najib, BN dan UMNO sebaliknya di pihak Dr Mahathir, beliau  sentiasa sedia menghadirkan diri ke mana-mana tribunal yang ditubuhkan dibawah undang-undang untuk menjawab sebarang dakwaan.

Rakyat sedang memerhati apakah RCI skandal forex suatu  tindakan politik terpilih dan mengapa pula dakwaan wujudnya penyelewengan dalam 1MDB tidak disasat secara menyeluruh dan terabai begitu sahaja?

Kenapa pula hanya Dr Mahathir mahu diseret sedangkan seluruh anggota Kabinet dan pentadbiran di bawah era beliau wajar sama disiasat.

Apakah ini sebenarnya ciri-ciri tindakan politik terpilih oleh pentadbiran Najib?

Juga, jika Kabinet boleh membuat keputusan menubuhkan RCI ini kenapa sehingga kini pasukan petugas meneliti skandal 1MDB tidak mendapat tempat di hati Perdana Menteri dan menanda menterinya di Putrajaya?

10 comments:

  1. Yang buat keputusan Mahathir. Menteri lain tak berani bangkang. Patut dia sorang je la yg kena bukan Menteri lain. HambaLi kalau nak sokong pon bersikap adillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia selalu seorang pun, tak heran sapa. Pasti dia tak mahu sesiapa sekadar 'simply' tolong' ala Hang Tuah ataupun dalam cerita Sarjan Hasan lawan Buang barangkali
      Pentas di Davos atau PBB; debat dengan Soros (Hong Kong?), gasak Britain, lawan silat Future Tin Trading(tewas dgn tipu unethical), silat hal Guthrie (Margaret Thatcher kata 'Dawn Raid' akhirnya jadi hak M'sia), yuran penuntut di England, gasak komanwel - buang masa, Paul Keating kata keras kepala; decline Camdessus & IMF dan buat cara dia -tambatan ringgit dll; G.Bush, Israel, Singapura pun dia gasak. Obama pun dia beri 9 nasihat.
      Semasa dah ada di kerusi MT, dia gasak Tunku bersaorangan, bukan menyalak dari luar yg akhirnya dilucutkan beberapa hari kemudian.
      Sejarah lama begitu pun tak mengajar dia untuk takut itu ini.

      Delete
  2. x kan org bawah nak buat keputusan..heret mamak kutty tu jer..kalo dia kata x tahu apa2..PM apa ke bendanya dia tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Najib?
      Orang suruh dia sign, dia sign. katanya

      Delete
  3. ted manoff...
    mana lebih teruk..rugi ke curi? apa yang ditulis adalah benar..kalau betul2 nak buat, kenapa tak buat waktu di masih dalam UMNO..kesimpulan aku senang je..ahli umngok buat pe pun tak akan salah..org2 luar tak akan lupakan kes 1mdb kerana ianya lebih teruk dari kes Forex yang dah 20thn lebih berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAYA adalah ahli UMNO Taman Meru Jaya, Klang; MENGUNDI NAJIB PERSONALLY DI P085 PEKAN dengan kertas siri undi no.046600. Sila jelas!

      KITA CUBALAH BERKATA BENAR KALAU KITA MENGAKU ISLAM. Kerana TUNTUTAN ALLAH dan bukan kerana bodek atau pun dedak ataupun kerana kurang berhati-hati. Tegur-tegurlah (Quran-51 Adz Dzaariyaat; 55). (Quran-87 Al A’laa; 9)

      Dalam mana2 pengajian bisnes, pasti akan disebut untung dan RUGI dan memang ada untung-rugi. Bapa ayam yang niaga pelacuran tu pun tetap kira untung rugi. Bila rugi kita nak tanya kenapa.
      Adakah 'genuine' punya rugi atau dicuri masuk personal account? Elok kita cerdik sikit nak menganalisa. Allah Taala akan beri final result dan hukumannya ; kita akan dapat bahananya sekalipun kita hanya bekerja sama dengan yang bukan hak (di sisi Allah). Hati2lah sesama kita. Di dunia miskin nak mampus, di Akhirat pula MUFLIS terus. Na'uzubillah hi min za lik. Kut kalau aje. Nanti meyesal SANGAT. Menyesal di dunia ni pun kadang rasa macam nak potong kepala sendiri.
      Curi,..... pasti rugi. Terapung niaga masih ada adat dan 'gamble'nya.

      YANG MAHA PENTING HARI INI, CEK 1MDB tu dan betulkan di mana SILAPNYA. Yang Forex tu tak ‘urgent’ biarlah dulu. Nanti boleh buat sebab dia bukan boleh 'generate' duit kepada RAKYAT-RAKYAT-RAKYAT-RAKYAT yang nak kena seksa dengan cukai2 baru 1 Julai ni dan berterusan.

      1MDB – SATU MALAYSIA DALAM BAHAYA NI. Semua nak kena juai ke China (bukan setakat Cina)
      MAI KITA SEPAKAT BANGUNKAN SEMULA.
      RCI mai sini dulu. Cari dan betulkan silap sebab Najib kata ini PELABURAN HEBAT utk rakyat Malaysia bukan seperti FOREX tu yang Almarhum Tan Sri Jaffar Hussein mengaku ambil tanggungjawab. “Saya silap – Gabenor”-Tajuk besar Utusan. Pi lah bakar kubur dia tu. Itu pun kos atas rakyat juga untuk pesta bakar kubur tu bukan?

      Berbalik kepada mamak tongkang busuk hancing tu, KENAPA TAK TIRU DIA?? Banyak benda yang betui tu. Berapa hari lagi dia nak hidup yang kau orang takut macam hantu polong.
      Dia clock-card pukul 8 dan terus kerja, kerani pun tak boleh ikut? Takut dapat pahala?
      Dia berani cakap ‘kepimpinan melalui teladan’. Mak Enon kata kad jemputan mamak tongkang tu, tertulis ‘Hadiah Tidak Diperlukan’. Ada yang berani ikut? Orang mcm Mak Enon pun dia jemput?
      BTN pun dia masuk, ikut peraturan. Bangun sangat awal dan basuh pinggan sendiri. Eleh...?
      Ya betul tapi Justice Dato Ian Chin' absconded before the course was over. Perhaps he did not like getting up early and washing his own dirty plates.
      Semasa Proton mula keluar dia terus pakai. Sebagai PM, duduk di belakang macam kereta kenamaan juga walaupun terbesar masa tu hanya 1,500cc. Bangga patriotik giler. Boleh ikut? Kelam kabut menteri2 lain kena pakai Proton – tak paksa, tapi krn teladan.

      Okay lah...... Masa ekonomi tengah tenat, kita di belakang dia ‘rasa selamat’; berbanding sekarang, ‘terancam’. Musuh rakyat adalah kerajaan. Penguatkuasa macam maklekat jaga neraka, nak perah rakyat yang kering kontang ni utk di beri kepada pemimpin. AZAB SUNGGUH.
      Tiru apa?....Masa dulu gawat juga; dia pi silat dengan Britain, pasaran hadapan Timah dan BAWAK BALIK GUTHRIE. Bukan pi juai harta negara. Kesannya untung juta2 hasil ladang tu tak diangkut keluar lagi kepada tokeh2 omputih (warisan) yg tak pernah pun tengok ladang mereka.
      Dia (Proton) beli LOTUS, bukannya SEBUAH kereta Lotus (kereta James Bond 007) atau sebuah Porche Panamera. Kesannya terbeliak ‘gergasi kereta2’ dunia tewas. (Nak tengok 20 minit Proton tawan Lotus melalui perjanjian 3 muka surat sahaja? Buka Berita Harian 5/12/96). La dah hanyut pun pi China. Oh ya, Proton tu awal-awal dulu pun tak juga milik Mahathir & Sons. Nama jalan, sekolah, masjid, bangunan pun tiada satu pun namanya; ada ke? Tak perasan pula
      Ini 1/2; SILA SAMBUNG 2/2.

      Delete
    2. Ini 2/2
      Dia beli BUFORI, TVR, Eagle Aircraft (Australia), feri untuk FERI MALAYSIA (beli RM2j, tutup bisnes, dapat jual 28j masa ekonomi tgh boom. Kenapa orang tak kutuk caci? Jahat kita ni – menidakkan kebaikan orang. Masuk HIS PERSONAL ACCOUNT ke 28 juta tu?)
      Bukalah mata kut Allah kira lihat macam ni juga (mamak tongkang tu pun makhluk ALLAH juga yang sebenarnya anugerah utk bangsa kita. Cuma kita angkuh macam Abu Jahal kut). Dapat ‘sakit’ free bodoh di Akhirat tiada taranya. Jgn lupa Abu Jahal kata dia betul dan Nabi salah. Masa kita terhad.

      TNB sangat berjaya, beri hasil berbanding liabiliti LLN. Pun kena juai juga?
      Libiliti telekom, RTM... bla...bla jadi TM, TV3 dll (beri hasil). DIA BUAT BAGI ADA DUIT DULU, KEMUDIAN BARU CUKAI, adil bukan?
      Cuba tinjau MSC. Orang faham teknikal, super takjub pada infrastrukturnya. SEKALA DUNIA TERATAS. Hanya berapa di dunia (mainly Eropah). ‘At par’ dgn Silicon Valley. Bill Gates dan lebih 30 eksekutif ICT top dunia meluangkan masa mengadap PERSONALLY depan dia di California dan dia sendiri mempengerusikan penubuhan panel penasihat antarabangsa itu (16 Jan 1997).
      La ni kita seronok dok main smart fon SEMATA-MATA tanpa sikit pun fikir teknologi ‘belakang tabirnya’

      Tak apalah, sekadar fakta.Kalau anda tak nampak juga, ini jenis bentuk hidayah. Manusia tak boleh buat apa. Abu Jahal tu bapa saudara Nabi, keras! Tak dapat hidayah. Tak boleh buat apa. Anak isteri Nabi Noh pun sama.
      Kita petik pesanan Ted Manoff kepada Hambali “.................bersikap adillah”. Kredit dari Allah kerana menyelamatkan anjing haus pun begitu besar ganjarannya......... tak mahu syurga? Aircond kereta rosak pun kita tak mahu, ..kan?

      Delete
  4. Betul kes Forex dah lebih dari 20 tahun. Tapi Isunya bukan tempoh masa tetapi isu manipulasi kewangan. Tempoh waktu tiada kelayakan membatalkan manipulasi. Jangan ubah tiang gol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggapkan mamak tongkang tu dah mati (memang dalam skala mati pun); apa nak buat dengan fakta FOREX tu? Nak pi bakar kubur dia?. Rakyat sengsara ke masa tu? Yang pasti rakyat sengsara masa ni!. Pensyarah PhD pun tak merasa mcm pensyarah.
      Bagi yang Islam, dulukan yang dahulu. 'CARI MAKAN' bagi betul dulu.........pakaian pun kertas.
      (Bagi yang tak tengok sendiri mungkin tak percaya AZAB kemiskinan era ini. Bukan sikit. Cuba lihat foto muka surat 142 & 143 The Malay Outcast - Dalam Google atau Amazon.com atau di MPH).
      Lepas tu buatlah macam Madir tu, walaupun mengarut, semua 'happy' bersama lihat kes Azhar mengelilingi dunia, cari waris Masuri di Thailand, LIMA Langkawi, Tahun Melawat Malaysia, maximum full house; SUKOM begitu cemerlang (hingga ada yang nak naik ke Olimpik); Proton hinggakan blackmarket (saya beli Satria - second-hand on paper 42k; baru betul hanya 36k. Tapi kena tunggu 9 bulan. Perdana 75k jadi 100k).
      Cerita dia, rakyat Melayu bodoh-bodoh belaka [khususnya suka Neraka - curi (sekecil pen,pensil; apatah lagi masa majikan yang dijanjikan), rasuah dan segala jahat tak jadi hal]; PM nak selesa haruslah cerdik. Rakyat 'diberi makan' terlebih dulu; lepas tu PM nak menyundal 5 betina high class sekali gus pun rakyat tak sempat nak tahu kerana sibuk. La tadak kerja, maka PM jadi susah.
      Contoh; 6 anak2 kecik dok meranug lapar hingga larut malam; tentu susah ayah nak 'MAIN' dengan mak walaupun pintu ditutup kunci - dia mai ketuk pintu, gedum! gedum!. Sori contoh bodoh supaya sesuai -mudah faham. La tak guna cakap tinggi-tinggi.
      Pada saya lah; "HambaLi kalau nak sokong pon bersikap adillah" tak timbul langsung kut. Sebab.... dia boleh dapat apa? tak mungkin Madir dok bagi dedak kut. Yang bodek pelik2 tu hinggakan orang2 bodoh pun terkejut, haa itu mungkinlah dedak kut. Contohnya Annuar Musa - "Pencapaian Najib jauh lebih baik dari Tun Mahathir"..... ihh ishh ishh, penyokong tegar Najib pun tadak yang berani sambut dan sambung-sambung.

      Delete
  5. Apa pun cerita, Najib hanya berpolitik 24/7/365 untuk dirinya SAHAJA! Kos spr RCI ni tentulah atas rakyat. Itu saja yang dia tahu. Tak cukup? perahlah darah, nanah rakyat sekalipun. Setahun 6 bulan lalu dah start kerangka baru cukai setem tukar milik tanah? Kalau dulu 3,4 ratus dah cukup; tapi kini siapkan 4,5 ribu? Nilaiaan tanah ditaksir yang bukan main tinggi (supaya cukai setem tinggi?terus bayar dipejabat hasil - tak boleh di pejabat tanah lagi. Punyalah tak sabar nak duit)
    Kalau nak banding dengan mamak tongkang Madir (gelaran spr orang anti dia kata); Hari ni menang, besok terus cuci poster, KERJA!, politik 5 tahun lagi. Dia berperang dengan luar untuk memakmurkan negara, bukan 'serang anak bini dalam rumah'. Dulu dia pilih Britain. Dia tukar gelombang ekonomi (cerita ahli futuris Alvin Toffler) dari pertanian ke Industri, kemudian Teknologi Maklumat. Bukan dok korek apa yang ada(Cina kata, lama-lama, habis). Pak beri 100 ekar; eleh gadai lah kat Cina 10 ekar; banyak lagi ada.......lama-lama anak bini (mestilah cantik, bukanlah macam tong arak kut) pun jalan. Cina bertukar kepada China. La pun bukan main samseng China ni. Hmm balik zaman British semulalah kita. Lama tu aje merdekah kah kah kah.

    ReplyDelete