(kemaskini) Setakat jam 3.55 petang tadi, lebih 76.5 peratus pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sudah keluar mengundi.
Jumlah ini dijangka memudahkan sasaran Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) bahawa pilihan raya kecil DUN Galas akan mencatat lebih 80 peratus keluar mengundi. Cuaca agak baik turut membantu jumlah yang keluar mengundi.
Pada jam 2.15 petang, jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas ialah 61.39 peratus atau 7,092 orang.
Peratusan ini tidak termasuk lima kawasan Orang Asli.
Pada 1.45 petang, jumlah yang keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Galas sehingga jam 1 tengahari tadi ialah 55.75 peratus atau 6,441 orang.
Sementara itu Ketua Puteri UMNO Kuala Krai, Suzaini Adlina Shukri (gambar atas) cedera di hidung selepas dikatakan diserang oleh penyokong wanita parti lawan ketika meraih undi di pusat pengundian Sekolah Menengah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Gua Musang.
Ini menunjukkan suasana pilihan raya kecil Galas, semakin tercemar apabila anggota Pergerakan Puteri Umno itu mengalami kecederaan di bahagian dahi dan hidung.
Nor Suzaini Adlina , 37, mendakwa dipukul menggunakan batang bendera di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Gua Musang kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Kejadian berkenaan disahkan oleh Pengerusi Tetap Puteri Umno, Azlieza Azizan.
"Suzaini dipukul semasa membawa pengundi ke kaunter SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), pada mulanya dia dipukul di bahagian belakang dan apabila dia berpusing, dia dipukul di dahi dan hidung pula," katanya.
Terdahulu pada kira-kira pukul 8.30 pagi, insiden tumbuk menumbuk dan pergaduhan kecil turut berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Wangi yang dipercayai berpunca daripada tindakan provokasi penyokong PAS yang didakw masuk ke kawasan khemah BN.
Pada jam 1.40 tengah hari tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata seramai lebih 55 peratus pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sudah melangsaikan tanggungjawab mereka sehingga 1.40 tengah hari tadi.
Menurut laporan kijangjantan, bagaimanapun jumlah itu belum mengambil kira empat pusat mengundi Orang Asli yang di pedalaman.
DUN Galas mempunyai 11,553 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 11,426 pemilih biasa dan 127 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, 7,125 orang (61.63 peratus) terdiri daripada kaum Melayu, Cina (2,317), India (185), Bumiputera Sarawak (10), Orang Asli (1,889) dan lain-lain (27).
Penjumlahan undi akan dilakukan Pusat Sivik Gua Musang, di sini dan keputusan dijangka diumumkan pada 8 malam.
Pada temubual dengan TV3 dalam Buletin 1.30 sebentar tadi, Abdul Aziz berkata secara keseluruhannya proses pengundian berjalan lancar.
Bagaimanapun seperti dilaporkan sebelum ini, pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas itu turut dicemari dengan pergaduhan dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah BN untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di Gua Musang.
Menurut laporan Bernama, dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.
Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap BN.
"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya kepada Bernama.
Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan pergaduhan itu.
Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin, yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.
"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya.
Tuan-tuan,
ReplyDeleteCuba fikirkan,
1. kalau BN yang bagi duit kepada pengundi seperti di Hulu Selangor dan lain-lain PRK dulu adakah ianya tidak disebut rasuah? Walhal cuba tanya semua orang yang tahu, amalan ini dah biasa dalam BN.
2. Kalau penyokong BN yang yang menyerang seperti di Port Dikson dulu, ianya tidak akan digembar-gemburkan.
So, ada akal berfikirlah dengan hati yang tulus, insyAllah Allah akan membuka hati tuan-tuan.
Amin
Promosi Dun Galas - Rahsia mudah hafaz Quran terbongkar
ReplyDeletealahai anon..... kalau PAS dah terang2 bagi rasuah kita boikot PAS, OK.
ReplyDelete