Kenyataan Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Yusof Noor bahawa kegagalan peguam FELDA untuk hadir ke Mahkamah Persekutuan menjadi penyebab organisasi itu tewas dalam kes tuntutan 354 orang peneroka FELDA Kemahang, mengundang banyak pertanyaan.
Pertama, firma peguam jenis apa yang digunakan oleh FELDA?
Kedua, apakah pentadbiran FELDA tidak alert mengenai perbicaraan itu sehingga menyebabkan pasukan peguam mereka tidak hadir? Ini membayangkan bahawa pentadbiran FELDA tidak peduli langsung mengenai tuntutan peneroka Kemahang 3 itu.
Ketiga, jika pentadbiran FELFA sudah melakukan yang terbaik tetapi peguamnya tetap tidak hadir, apakah firma atau peguam berkenaan segaja ‘sabotaj’? FELDA perlu perjelaskan soal ini kerana ia membabitkan nama baik FELDA dan juga firma peguam berkenaan.
Seramai 354 peneroka menyaman FELDA bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.
Mereka menamakan FELDA, pengurus FELDA Kemahang 3 Ibrahim Ismail (yang telah meninggal dunia) dan FELDA Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.
Hakikatnya apa juga sebabnya FELDA perlu telus mengenai perkara ini. Ia membabitkan kepentingan rakyat dan imej kerajaan.
Memalukan kerana FELDA adalah ‘di bawah dagu Perdana Menteri’.
Semalam Dr Yusof berkata keputusan Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.
"Kegagalan kes ini sebenarnya disebabkan oleh peguam yang dilantik oleh FELDA gagal hadir semasa perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Baharu," katanya dalam satu kenyataan akhbar. (Untuk lebih jelas mengenai perbicaraan di Kota Bharu, KLIK DI SINI).
Kerana itu, FELDA tidak dapat membela tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan peneroka itu sebagaimana sepatutnya dalam mana-mana tindakan sivil, katanya.
Melihat kepada kenyataan Dr Yusof bahawa FELDA sedang mengkaji dan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap firma guaman terbabit kerana menjadi punca utama kekalahan kes ini membayangkan bahawa ia berkaitan firma guaman berkenaan.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata FELDA tiada pilihan kecuali membayar RM11 juta ganti rugi kepada 354 peneroka sebagai bayaran bagi buah kelapa sawit.
Mahkamah Persekutuan semalam menolak permohonan FELDA supaya mahkamah yang sama menyemak semula keputusannya pada 19 Januari lalu yang tidak membenarkan agensi itu merayu.
Alauddin menolak permohonan FELDA berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan FELDA membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka.
Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.
Mahkamah juga memerintahkan FELDA membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.
Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan FELDA membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka itu selepas peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.
Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul. Setiap peneroka dianggarkan akan menerima RM30,000 sebagai ganti rugi.
Seramai 100 peneroka hadir di mahkamah di Putrajaya semalam.
Mereka diwakili sepasukan peguam diketuai Wan Rohimi Wan Daud manakala Felda diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
Berikutan keputusan itu, FELDA telah mengarahkan peguamnya untuk melepaskan jumlah wang penghakiman bertarikh 13 Januari 2008 yang mana telah didepositkan ke dalam akaun bersama kedua-dua peguam dalam tempoh terdekat ini.
Wang penghakiman berjumlah RM11 juta itu akan dilepaskan kepada peguam peneroka untuk membolehkan mereka mengagih-agihkan wang tersebut kepada kumpulan peneroka berkenaan.
Apapun, kememangan peneroka Kemahang 3 ini dijangka tidak akan menjadi satu titik tolak kepada saman peneroka selepas ini kerana kes ini ternyata peneroka hanya bernasib baik.
Mudahnya kerja nak burukkan nama sebuah agensi kerajaan. Kita boleh buat bermacam andaian dengan kejadian yang begitu aneh itu.
ReplyDeleteNamun tidakkah ada sesuatu instrumen perundangan sendiri untuk mempastikan kejadian semudah ini dari berlaku dan berulang ?
kena sabotaj?...
ReplyDeletealamak..rupanya ada puak lain selain pakatan rakyat nak sabotaj FELDA...
betul ke ni bang...
tak penah jadi macam ni...
dan biasanya kalau peguam puak kerajaan takde mahkamah di tunda...tak gitu?...
misteri laa...kamon...
sekarang ini kebaikan dan keiklasan dalam diri melayu sedang dicabut dan digantikan dengan kebencian yang melampau....
ReplyDeletekini kita sedang membenci ugama,banga dan negara kita sendiri atas nama keadilan dan demokrasi!
syukurilah anugerah Allah!