Saturday, August 21, 2010

KHUTBAH DOAKAN GUAN ENG - ANWAR TUDUH UMNO BOHONG, EXCO NAFI...

Pada 13 Ogos 2010, dalam doa khutbah solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan nama Lim Guan Eng.

Tak apalah kalau tidak percaya. Tiada siapa boleh paksa untuk ketika ini.

Lebih baik siasat daripada terus membuat kenyataan bagaikan mahu 'menegakkan benang basah’.

Kenapa mengatakan khatib yang membaca khutbah sebagai ‘tidak waras’ dan 'tidak mungkin ada berlaku’.

Pastinya untuk ketika ini tiada siapa yang akan mengaku.

Sebaliknya ada penduduk tempatan yang mengesahkan kejadian itu. Malah tv3 dalam beritanya malam kelmarin dan tengah hari semalam turut menyiarkan kenyataan jemaah yang menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan.

tv3 menyiarkan kenyataan oleh dua orang penduduk.

Shuib Saad menegaskan: “Selepas khutbah kedua... tiba-tiba khatib ni dia tiba-tiba doakan kesejahteraan Lim Guan Eng dan rakan-rakannya supaya memimpin negeri ini dengan baik...jadi yang anehnya Pak Cik pun terkejut kenapa tak mention Yang di-Pertuan Agong, kenapa tak sebut TYT, Gabenor....”

Rakannya pula, Razali Ismail berkata: “Nama Agong tak sebut, nama Yang di-Petuan Negeri tak sebut..yang tu saya rasa sangat-sangat kecewa sebagai orang tua..sembahyang Jumaat kalau khutbah dia mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang..."

Dan laporan Utusan Malaysia hari ini mendedahkan dua ahli kariah dari dua buah masjid berbeza di Pulau Pinang mengesahkan berlaku penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat seperti yang didedahkan oleh Badan Perhubungan UMNO negeri semalam.

Mereka ialah Pengerusi Kariah Masjid Jamek Padang Menora di sini, Hamir Mahmud dan ahli kariah Masjid Jamek Jelutong, Abu Kassin Ismail.

Hamir mengakui nama Guan Eng ada disebut oleh seorang khatib jemputan, Zakaria Ahmad ketika membacakan doa kedua khutbah solat Jumaat pada 25 Jun lalu. Beliau turut mengesahkan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dalam doa khutbah pada hari tersebut walaupun lazimnya ia merupakan doa yang diberikan kepada Seri Paduka selaku ketua agama Islam di Pulau Pinang.

Sementara itu, Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelutong memberitahu, perkara sama turut berlaku di masjid di kawasannya kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.

Menurutnya, khatib ketika itu hanya menyebut nama Guan Eng dalam doanya dan bukan Tuanku Mizan atau Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Mahu mencari dosakah mereka pada bulan Ramadan ini kerana berbohong?

Yang pasti, mereka ini tidak akan berani atau sewenang-wenangnya menuduh khutbah menggugurkan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang pada doa khutbah kedua yang dibacakan di masjid di mana mereka mendirikan solat Jumaat.

Pertamanya, ia tuduhan berat kepada pembaca khutbah dan keduanya tidak munasabah mereka mahu mempersendakan nama Yang di-Pertuan Agong begitu sahaja.

Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sudah meminta polis dan Majlis Agama Islam Negeri menyiasat dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong digantikan kepada nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata siasatan wajar dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan fakta sebenar kerana perkara itu mempunyai implikasi besar.

"Saya mahukan perkara itu dikaji, diteliti dan jika benar kejadian itu berlaku, maka tindakan tertentu oleh pihak tertentu mesti diambil," katanya \selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Modal Insan di Putrajaya semalam.

Di sebalik itu, tiba-tiba sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melenting dan menyifatkan isu khutbah Jumaat itu dalam konteks politik, bukan agama. Kenapa?

Mahu mempertahankan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang ?

Anwar mengatakan pendedahan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya sekitar 1990-an) sebagai fitnah terbaru yang dimainkan oleh Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini.

Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Lim dalam bacaan doa khutbah Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa buah masjid di negeri itu baru-baru ini.

Pengerusi badan itu Ahmad Zahid berkata penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Kata Anwar: "Tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan nama ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut.

Bagi Anwar ia tidak lebih daripada satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak," katanya sambil menambah pimpinan Umno berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.

Katanya, ia juga menunjukkan kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera.

Sementara Exco Hal-Ehwal Agama negeri, Abdul Malik Abul Kassim (gambar kiri) berkata siasatan awal mendapati ianya tidak berlaku kerana teks khutbah Jumaat, yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri, tidak menggunakan nama Lim.

Berikutan itu, Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan sekeras-kerasnya bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat yang dibaca di beberapa masjid di negeri itu.

Katanya, hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Abdul Malik juga berkata, sekiranya Ahmad Zahid mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut, beliau hendaklah membuat laporan supaya dakwaan tersebut dapat disiasat.

"Kalau dia ada maklumat, sepatutnya dia buat laporan kepada kerajaan negeri, atau kepada polis atau kepada pejabat mufti, bukannya pergi beri kenyataan kepada media," katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa sesetengah jawatankuasa masjid menggunakan isu tersebut untuk mensabotaj kerajaan negeri.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berpendapat, perbuatan menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong hendaklah dihentikan segera kerana ia bercanggah dengan hukum Islam dan undang-undang negara.

Katanya, sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, ia amat memalukan kerana jelas menjatuhkan maruah Islam yang mempunyai hukum dan peraturan tersendiri.

Katanya, khutbah Jumaat adalah satu ibadat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan sesuatu majlis yang dimana aturcaranya boleh diubahsuai sesuka hati dan tidak berlandaskan hukum.

"Justeru, tidak wajarlah di dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dimasukkan doa untuk mereka yang bukan Islam kerana ia tidak pernah dilakukan walaupun di zaman Nabi," katanya semalam.

Pergerakan Pemuda UMNO pula mendesak agar satu siasatan segera dibuat mengenai amalan penggantian nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi, maka amalan itu bukan sahaja menghina institusi raja selaku ketua agama bahkan kesucian masjid dengan penggunaan mimbar bagi mengagungkan Lim selaku Ketua Menteri.

"Kejadian-kejadian pelik lagi dangkal kerana pembacaan doa khutbah solat Jumaat sememangnya dikhususkan kepada Ketua Agama Islam Persekutuan atau Ketua Agama Islam Negeri, yakni Yang Dipertuan Agong dan Sultan dan bukannya untuk kuasa eksekutif pentadbiran negeri iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak kira sama ada beliau itu muslim atau tidak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

5 comments:

  1. kalau benar la ,memang khatib tu bangang tahap longkang la...

    ReplyDelete
  2. Siapa yang menyemarakkan api kebencian kepada UMNO selama ini? Tak payahlah mengatakan UMNO bertujuan menyemarakkan kebencian. Sebenarnya masa saja yang menentukan api pembakaran telah lama dibakar oleh pakatan cuma orang melayu masih berdiam dan betsabar.

    ReplyDelete
  3. apa kejadahnya doakan utk orang ini...makin sesat melayu yang berserban ini

    ReplyDelete
  4. KJ kau tak payah lah komen apa2 sebab engkau dan pak mertua 5 negeri gugur ke pembangkang..orang undi pembangkang bukan bermakna pembangkang baik tapi BENCI PAK MERTUA HANG TU

    ReplyDelete
  5. jangan bermain dengan api...pesan kat malik dan mansor pencacai tu...tolong nasihatkan nik aziz yang suka mengeluarkan fatwa songsangnya..semakin hari semakin naynyook..ALLAHMaha Kaya sebab itu kita lihat bagaimana orang yang menggunakan Agama untuk kepentingan politik semakin nyanyok..lihat sendiri bala yang sedang diturunkan kepada beliau..apakah masih tidah sedar...apakah anwar juga masih tidak sedar bahawa apakah beliau sanggup bersumpah muhabalah?? nik azizi yang sudah uzur dan nyanyok elok berhenti dari politik.

    ReplyDelete