Tidak diketahui sama ada kanak-kanak yang berpelukan ini
masih hidup atau sudah meninggal. Malah, mungkin juga mereka sudah berada di Malaysia sekarang ini.
Gambar ini saya rakamkan 26 tahun lalu di kem pelarian
Rohingya yang tidak jauh dari bandar di
selatan Bangladesh – Cox’s’s Bazar - pada 1992.
Kini, di Malaysia sendiri, dikatakan ada lebih 100,000
pelarian Rohingya. Mereka ‘menumpang berteduh’ dan meneruskan kehidupan, namun
tidak semua mereka berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu
untuk Pelarian (UNCHR).
Dilaporkan ada
lebih satu juta penduduk minoriti Islam Rohingya terpaksa lari mencari perlindungan di negara jiran
Bangladesh dan beberapa negara lain berdekatan sejak kekejaman rejim tentera
Myanmar yang disifatkan oleh PBB sebagai langkah
‘penghapusan etnik’.
Saya ingin menyatakan kegembiraan dan mengalu-alukan
langkah Malaysia, khususnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang
memperkatakan isu ini dengan tegas, selain mengkritik kepimpinan Myanmar dalam
krisis Rohingya ini.
Terbaru pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di Singapura beberapa hari lalu, Malaysia
menunjukkan ketegasan dan komitmen teguh agar masalah dan krisis yang
diakibatkan oleh rejim Yangoon ini diberikan perhatian mendalam oleh ASEAN dan
dunia seluruhnya.
Malah di Sidang Kemuncak ASEAN Singapura itu juga, untuk
kali pertamanya, Malaysia mengambil langkah menyatakan secara terbuka kepada
pemimpin Yangoon agar menyelesaikan krisis ini, biarpun ia sudah menjadi
pengetahuan pemimpin dan rakyat Malaysia sejak 1992.
Bukan mahu mendabik dada tetapi laporan bersiri dalam Berita
Harian yang saya lakukan pada wal 1992 hasil tinjauan di beberapa kem
pelarian Rohingya di Bangladesh, khususnya berhampiran Cox’s Baazar pada
awalnya lebih banyak dijadikan ‘alat dan
kepentingan politik’ oleh pihak tertentu – bukan berusaha mengatasi isu ini
secara bersungguh-sungguh.
Masih ingat dengan jelas, Menteri Luar ketika itu, Abdullah
Ahmad Badawi (kini Tun) tidak begitu melihat isu ini secara serius, walaupun
ada kenyataan dibuat pada 8 Mac 1992 bertajuk ‘Malaysia Gesa Jangan Tindas’
(Utusan Malaysia) mungkin kerana isu berkaitan Bosnia-Herzegovina menjadi
tumpuan utama, sementara krisis pelarian
Rohingya ke Bangladesh ketika itu masiah baharu.
Malah, bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib (Tan
Sri) pula menggunakan isu Rohingya pada 1994 untuk kepentingan kempennya bagi
menyertai Kem Wawasan pada pemilihan UMNO 1995, diketuai oleh Anwar Ibrahim
(Datuk Seri) ketika itu.
Walaupun pada 7 Mac 1992, Dr Mahathir mengatakan ‘Kerajaan
Malaysia Buat Pendirian Tegas’ (Mingguan Malaysia 8 Mac 1992) tetapi Perdana
Menteri ke-34 itu tidak dilihat meletakkan isu ini sebagai keutamaan pada
beberapa sidang antarabangsa mungkin kerana pelarian Rohingya ketika itu hanya 100,000 tetapi kini kini
sudah melebihi satu juta orang dan membebankan beberapa negara anggota ASEAN sendiri.
Pada kedudukan di mana krisis Rohingya tidak mendapat
tempat pada Sidang Kemuncak ASEAN ke- 4 di Singapura pada Januari 1992, saya
berusaha untuk menjadikan isu ini sebagai yang perlu dijadikan tumpuan.
Selepas beberapa hari kembali ke Kuala Lumpur daripada
membuat liputan sidang kemuncak ASEAN ke-4 itu, saya senyap-senyap ‘terbang ke
Dhaka’ untuk membuat tinjauan ke kem pelarian Rohingya.
Saya menghargai pendirian tegas Malaysia mengenai krisis
Rohingya ketika ini. Malah, ingin saya ucapkan setinggi terima kasih kepada bekas Timbalan Ketua
Pengarang Kumpulan Berita Harian pada awal 1990-an - Yunus Said -
kerana menerima cadangan saya untuk membuat tinjauan ke kem Rohingya berkenaan.
Tanpa sokongan beliau selain sokongan di bahagian
penyunting Berita Harian, Kementerian Luar, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di
Dhaka dan beberapa rakan wartawan di Bangladesh dan luar negara, laporan
tinjauan dan JEJAK ROHINGYA tidak akan pernah tersiar selama tiga minggu di
Berita Harian antara Februari dan Mac 1992.
Bersyukur kerana Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh
ketika itu memahami tugas saya sebagai wartawan, menjadkan perjalanan saya ke
Cox’s Bazar menjadi mudah.
Di sana saya ditemani wartawan sambilan di Cox’s Bazaar,
Munayeem Khan untuk keluar masuk kem pelarian tanya gangguan, walapun terpaksa
membayar wang ' kepada pihak tertentu.
Namun, apa nasib pelarian Rohingya sejak tarikh itu hingga sekarang sama ada yang
masih berada di Myanmar, di kem pelarian di Bangladesh dan juga di Malaysia
untuk masa-masa mendatang?
Jadi apabila Dr Mahathir pada 14 November 2018 dengan tegas
membangkitkan krisis yang dihadapi etnik
Rohingya kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi di Singapura, ia dilakukan
secara terbuka dan tidak lagi teragak-agak dan berlapit seperti bekas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sebelum ini - beberapa tahun kebelakangan ini – krisis
Rohingya dijadikan ‘alat politik’ oleh UMNO dan PAS bagi merapatkan dua
pemimpin atasan mereka agar dapat ‘duduk di pentas yang sama’ selain melaungkan
slogan yang sama. Tetapi ia hanya di Kuala
Lumpur – yang akhirnya tidak ke
mana-mana.
Demi political milage semata-mata
Ternyata tindakan mereka
hanya gimik politik murahan dan menjengkelkan demi penonjolan diri kononnya pejuang yang
menyuarakan ‘nasib pelarian Rohingya’.
Sedangkan hakikatnya untuk menarik perhatian rakyat
kononnya kedua-dua pemimpin berkenaan mempejuangkan kepentingan umat Islam.
Sebaliknya kenyataan Dr Mahathir lebih bersifat
kemanusiaan dan menentang kekejaman tanpa merujuk ia sebagai ‘perjuangan umat Islam’ sebaliknya sebagai menentang kezaliman dan penghapusan etnik di Rakhnie.
Ketegasan Dr Mahathir menyampaikan suara
hati keseksaan etnik itu kepada Suu Kyi pada pertemuan mereka selain menggesa usaha dilakukan bagi membetulkan
salah laku rejim Myanmar itu.
“Di Myanmar, umat Islam di Rakhine dibunuh, rumah mereka
dibakar serta jutaan pelarian telah dipaksa untuk melarikan diri hingga lemas
di lautan, tinggal di pondok sementara, tanpa air dan makanan, tanpa sistem
sanitasi yang sempirna.
“Bagaimanapun, pihak berkuasa Myanmar termasuk penerima Anugerah Nobel Keamaan Laureate menafikan perkara ini berlaku,” tegas Dr Mahathir.
“Bagaimanapun, pihak berkuasa Myanmar termasuk penerima Anugerah Nobel Keamaan Laureate menafikan perkara ini berlaku,” tegas Dr Mahathir.
Sebelum ini pun Dr Mahathir menyuarakan pendirian tegasnya beberapa kali secara lantang mengenai nasib umat Islam Rohingya termasuk pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September lalu.
Dalam kedudukan Perdana Menteri sedar bahawa Suu Kyi
adalah ‘Kauselor Negara’ tetapi peluang untuk menyatakan pendirian pada sidang kemuncak ASEAN itu
sangat penting.
Dengan reputsainya sebagai pemimpin tegas di arena
antarabangsa, Dr Mahathir yang tidak diselubungi dengan isu-isu seperti rasuah
dan kleptokrasi antarabangsa, pastinya beliau bebas menyatakan pendirian
negara.
Menjawab soalan sama ada beliau (dr Mahathir), sebagai
Perdana Menteri Malaysia, akan terus mengkritik Myanmar dan Suu Kyi berhubung
layanan yang diberi kepada masyarakat Rohingya sekiranya tiada langkah diambil
dalam masa beberapa bulan lagi, Dr Mahathir berkata: "Saya rasa beliau
benar-benar tahu tentang pandangan saya dan pandangan kerajaan."
Dr Mahathir turut mendedahkan beliau mengutus sepucuk surat kepada Suu Kyi tetapi ‘Kaunselor Negara’ Rohingya itu tidak mengaku menerima surat berkenaan. Perdana Menteri memberitahu beliau langsung tidak bertanya Suu Kyi mengenai surat itu sama ada beliau menerimanya atau tidak.
Namun di sebalik itu, Perdana Menteri berpendapat: "Tapi, beliau tentu tahu benar bahawa ketika beliau hidup dalam tahanan, kami beri sokongan penuh kepadanya. Kami berusaha dengan sedaya upaya; kami berbincang dengan (Jeneral Kanan) Than Shwe agar beliau dibebaskan dan sebagainya. Saya pun pernah sebut bahawa orang yang pernah hidup sebagai tahanan sepatutnya faham tentang penderitaan orang yang dilayan dengan teruk.”
Dr Mahathir turut mendedahkan beliau mengutus sepucuk surat kepada Suu Kyi tetapi ‘Kaunselor Negara’ Rohingya itu tidak mengaku menerima surat berkenaan. Perdana Menteri memberitahu beliau langsung tidak bertanya Suu Kyi mengenai surat itu sama ada beliau menerimanya atau tidak.
Namun di sebalik itu, Perdana Menteri berpendapat: "Tapi, beliau tentu tahu benar bahawa ketika beliau hidup dalam tahanan, kami beri sokongan penuh kepadanya. Kami berusaha dengan sedaya upaya; kami berbincang dengan (Jeneral Kanan) Than Shwe agar beliau dibebaskan dan sebagainya. Saya pun pernah sebut bahawa orang yang pernah hidup sebagai tahanan sepatutnya faham tentang penderitaan orang yang dilayan dengan teruk.”
Yang nyata, Dr Mahathir dengan tegas membuat pendirian
bahawa pemimpin Myanmar itu cuba "mempertahankan yang tidak dapat
dipertahankan" dalam mewajarkan keganasan dilakukan
pasukan keselamatan negara itu terhadap penduduk Islam Rohingya khususnya di Rakhine.
Berikutan sikap tegas dan kritikal beliau terhadap rejim Myanmar, khsuusnya Suu Kyi, rakan Myanmar dalam ASEAN yang mempunyai 10 anggota itu turut mengkritik secara langsung selain "prihatin" terhadap isu Rohingya.
Pemimpin berkenaan berharap orang Rohingya akan dapat
kembali ke kampung halaman mereka di Myanmar dengan selamat.
Ketegasan pemimpin ASEAN mengkritik sikap Yanggon dan Suu
Kyi memang dinanti-nantikan dan sebelum ini tidak mendapat perhatian sewajarnya
daripada Najib dan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Forum ASEAN, apa lagi UNGA, tidak dijadikan medan untuk
menyuarakan hasrat ini secara serius.
Sebaliknya Najib khususnya bercakap krisis Rohingya hanya
di dalam negara yang menggambarkan betapa beliau hanya menggunakan krisis
Rohingya untuk kepentingan politik peribadinya, menggunakan platform
UMNO/Barisan Nasional dalam usaha berbaik-baik dan bekerjasama dengan PAS yang
turut menggunakan isu ini – kononnya bersimpati dengan masalah yang dihadapi
etnik Rohingya – gara dapat duduk sepentas dengan Najib.
Namun di sebalik semua ini, kembali ke tahun 1993,
pencalonan siri berita dan rencana saya mengenai krisis Rohingya ke Institut
Akhbar Malaysia untuk Anugerah Kajai 1993 terpaksa ‘ditolak-ansurkan’. Ia bagi
membolehkan wartawan Harian Metro, akhbar yang masih baru kertika itu
memenanginya.
Saya masih ingat kata-kata Allahyarham Tan Sri A Samad
Ismail di luar majlis penganugerahan berkenaan di Kuala Lumpur: “Kamu Hambali sudah menang sekali, berilah
pula peluang kepada orang lain pula memang. Lagipun Harian Metro daripada
kumpulan akhbar kita’.
Saya amat faham tujuannya!
Walaupun tidak mendapat anugerah, saya berpuashati kerana
laporan mengenai krisis Rohinga itu mendapat perhatian mendalam banyak pihak
sejak disiarkan oleh Berita Harian antara Februari dan Mac 1992 itu.
Harapan ialah dapat menjejak kaki sekali lagi ke kem
pelarian Rohingya yang kini jauh tersusun berbanding ketika saya mula
menjejakinya pada 1992.
No comments:
Post a Comment